Isnin, 10-02-2020 – Rejim zionis Israel mengeluarkan arahan menahan tanpa bicara dua pemuda asal Baitulmaqdis.
Menurut pihak Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, perintah penjara itu dikeluarkan ke atas Malek Wajeeh Baseet, 20 tahun dan Moatasem Khalil Baseet, 24 tahun.
Polis rejim telah menahan pemuda tersebut tanpa sebab dan tidak mengikut proses undang-undang serta mendakwa bahawa penahanan itu sebagai satu langkah berjaga-jaga.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 10-02-2020 – Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Al-Quds berlaku beberapa peristiwa penting dan sangat cepat dalam beberapa waktu terakhir. 3 syuhada gugur syahid, sementara puluhan lainya cedera dalam sejumlah konfrontasi dan pertempuran antara para pemuda dan pasukan Zionis memfokus penduduk awam sebagai sasaran serangan.
14 orang tentera Zionis tercedera ketika mereka menyerbu kota Al-Quds subuh Khamis (6/2). Menurut media Ibrani, sekurang-kurangnya 14 tentera Israel tercedera dalam operasi tahap dua di Al-Quds terjajah.
Saluran 13 televisyen Israel berbahasa Ibrani menyatakan, ambulans tentera membawa 14 orang yang tercedera dari tempat kejadian. Ia menambah, salah seorang yang cedera dalam keadaan kritikal.
Sementara itu saluran televisyen rasmi Israel Kan melaporkan bahawa seorang pemandu kereta melanggar salah seorang tentara Zionis di Al-Quds jajahan.
Saluran televisyen tersebut turut melaporkan dua warga Palestin cuba menikam anggota pasukan Israel di kompleks komersial di kota Hadera dengan pisau lipat milik keduanya.
Dia mengatakan, pihaknya sedang melakukan penyelidikan awal tahap pertama untuk membuktikan niat mereka yang akan melakukan serangan penikaman di kompleks tersebut. Kedua-duanya sudah ditahan oleh pasukan Shin Bet untuk soalsiasat.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 07-02-2020 – Pesawat perang Israel pada subuh Rabu membom pos pejuang Palestin yang dimiliki oleh Briged al-Qassam di kota Khan Yunis city, selatan Semenanjung Gaza.
Seorang wartawan
Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata yang drone Israel melepaskan peluru ke arah
pos pejuang Briged al-Qassam di barat Khan Yunis.
Tidak lama kemudiannya, empat lagi peluru berpandu ke kawasan yang sama, mengakibatkan letupan besar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 07-02-2020 – Tentera laut rejim Israel bertindak melancarkan serangan mesin gun ke arah bot nelayan Palestin yang menangkap ikan di pantai bahagian utara Semenanjung Gaza.
Saksi melaporkan bahawa bot rejim yang dilengkapi senjata api mengejar dan melepaskan tembakkan ke arah bot nelayan di perairan utara Gaza serta memaksa mereka kembali ke darat.
Berikutan serangan tentera laut rejim itu, tiga nelayan warga Palestin cedera dan bot mereka rosak teruk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 07-02-2020 – Penduduk haram Israel dari penempatan Karnei Shomron pada hari Rabu meratakan tanah Palestin di kampung Jinsafut di wilayah Qalqilya untuk membina unit perumahan baru.
Para petani Palestin di Jinsafut mengatakan bahawa mereka telah kehilangan tanah yang paling subur kepada pengembangan penempatan haram Israel yang menyaksikan peningkatan yang tidak pernah berlaku di kawasan itu.
Penempatan haram Karnei Shomron didirikan pada tahun 1978 atas tanah Palestin yang secara haram dirampas di desa-desa Kafr Laqif, Jinsafut dan Deir Istiya di wilayah Qalqilya Barat Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 07-02-2020 – Sadiq al-Mahdi, ketua parti politik Umma, mengutuk pertemuan ketua majlis kedaulatan Sudan Abdul-Fattah al-Burhan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berlaku di Uganda pada Isnin lalu, mengatakan ia bertentangan dengan kepentingan nasional, negara Arab mahupun kepentingan antarabangsa.
Dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa, Mahdi menyifatkan pertemuan oleh
pegawai-pegawai Sudan berkenaan sebagai “melanggar garis merah,”
amaran bahawa isu ini perlu ditangani dengan bijak, jika tidak ia boleh menular
menjadi sumber ekstremisme.
Beliau juga berkata bahawa beliau akan mendapatkan butiran mengenai
pertemuan Burhan dengan Netanyahu.
Pemimpin Parti Umma menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai
bersifat perkauman kerana memanggil Israel sebagai sebuah negara Yahudi, dan
mengatakan bahawa dasar-dasar beliau melanggar semua resolusi antarabangsa
mengenai Palestin dan bertentangan dengan konsep keamanan yang adil dan menyeluruh
di Timur Tengah.
Di dalam suatu kenyataan lain, Parti Komunis Sudan turut mengecam pertemuan
itu, dan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan” terhadap rakyat Sudan
dan rakyat Palestin.
Berita mengenai pertemuan Burhan-Netanyahu telah mencetus tunjuk
perasaan oleh sejumlah besar rakyat Sudan di luar ibu pejabat kerajaan di
Khartoum pada hari Selasa. Penunjuk perasaan telah mengutuk perjumpaan itu dan
menyifatkannya sebagai “pengkhianatan yang tinggi”.
Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Penerangan Sudan, Faisal Mohamed Saleh, mendakwa bahawa kabinet hanya mengetahui mengenai pertemuan tersebut melalui media dan tidak dirujuk terlebih dahulu. “Kami akan menunggu penjelasan lanjut selepas Burhan pulang dari Uganda”, katanya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 07-02-2020 – Sumber media Israel pada Selasa malam (4/2/2020) mendakwa bahawa puluhan belon api terlihat di ruang udara wilayah penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.
Saluran televisyen Israel “Kan 11” mengatakan, bunyi ledakan terdengar di wilayah Sderot, disebabkan oleh peledak yang dikaitkan dengan belon api
Sementara itu belon-belon lain kelihatan di Kibbutz Dvir, Lahavim di Negev, Hebron selatan dan di Kibbutz Nir yang berada di pinggiran Semenanjung Gaza.
Sumber media Israel mengatakan, puluhan belon kelihatan di ruang udara pinggiran Gaza dan wilayah selatan dalam pelbagai bentuk dan sarat dengan bahan peledak.
Pada petang Selasa, terdengar dua ledakan kuat di ruang udara Sderot. Awalnya disangka roket, namun diketahui kemudian bahawa terjadi letupan belon.
Surat khabar Israel Yediot Aharonot juga mengatakan, tentera Israel mengerahkan para penembak tepat di sempadan Semenanjung Gaza untuk menghalang belon-belon berpeledak tersebut masuk ke wilayah Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 06-02-2020 – Jentolak Israel bersenjata pada pagi Selasa menuju timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, beberapa jentolak keluar dari pos ketenteraan ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis dan mula meratakan tanah.
Manakala tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah para petani yang mengerjakan tanah mereka di timur kota Jabalia utara Gaza. Namun mereka bernasib baik kerana tiada yang cedera dalam serangan tembakan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 06-02-2020 – Sumber media Israel pada Selasa malam (4/2/2020) mendakwa bahawa puluhan belon api terlihat di ruang udara wilayah penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.
Saluran televisyen Israel “Kan 11” mengatakan, bunyi ledakan terdengar di wilayah Sderot, disebabkan oleh peledak yang dikaitkan dengan belon api
Sementara itu belon-belon lain kelihatan di Kibbutz Dvir, Lahavim di Negev, Hebron selatan dan di Kibbutz Nir yang berada di pinggiran Semenanjung Gaza.
Sumber media Israel mengatakan, puluhan belon kelihatan di ruang udara pinggiran Gaza dan wilayah selatan dalam pelbagai bentuk dan sarat dengan bahan peledak.
Pada petang Selasa, terdengar dua ledakan kuat di ruang udara Sderot. Awalnya disangka roket, namun diketahui kemudian bahawa terjadi letupan belon.
Surat khabar Israel Yediot Aharonot juga mengatakan, tentera Israel mengerahkan para penembak tepat di sempadan Semenanjung Gaza untuk menghalang belon-belon berpeledak tersebut masuk ke wilayah Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 06-02-2020 – Jentolak milik majlis perbandaran Israel yang dikawal oleh pasukan polis pada pagi Selasa lalu telah memusnahkan asas-asas rumah yang sedang dibina di kawasan kejiranan Jabel Mukaber di tenggara Baitulmaqdis yang terjajah.
Struktur berkenaan milik seorang warganegara berkeperluan istimewa yang dikenali sebagai Ismail Qara’ein.
Majlis Perbandaran rejim Zionis itu juga telah memusnahkan pagar yang mengelilingi sebidang tanah di kawasan kejiranan yang sama.
Sementara itu, pekerja majlis perbandaran Israel telah mula meninjau kawasan yang luas di kawasan Wadi al-Rababa di daerah Silwan, selatan Masjid Aqsa, sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan infrastruktur untuk pembinaan landasan kereta api ringan di bandar suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu, 05-02-2020 – Sebilangan aktivis dari Jerman bersama penduduk dari negara Arab dan Islam telah menyertai protes di Berlin bagi membantah ‘Perjanjian Abad Ini’ oleh Amerika Syarikat.
Peserta protes tersebut membawa bendera dan plakat Palestin bagi mengutuk perjanjian tersebut.
Para penunjuk perasaan menyeru parti politik Jerman dan Eropah bagi menyatakan kedudukan yang jelas terhadap rencana perdamaian presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan menyokong hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara merdeka mereka sendiri dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
Bantahan serupa terhadap rancangan Amerika Syarikat itu juga diadakan di Barcelona. Aktivis keamanan dan rakyat negara Arab, ahli kesatuan dan tokoh politik juga terlibat didalam demonstrasi tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Rabu, 05-02-2020 – Pentadbiran penjara Ofer memutuskan akan memindahkan 30 tahanan warga Palestin yang ditahan di penjara itu ke penjara lain.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin, sembilan tahanan akan di hantar ke penjara Ramon sementara 21 lagi ke penjara Negev.
Pihak rejim mengambil keputusan sebagai satu langkah berjaga-jaga selepas seorang tahanan bertindak menyerang dengan menikam seorang warden penjara tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 05-02-2020 – Tentera rejim Israel (IOA) telah mengarahkan pemusnahan tiga rumah warga Palestin di bandar Kafr Qasim dan Los.
Majlis Perancangan
dan Pembinaan Kebangsaan Israel pada minggu lepas mengeluarkan arahan untuk
memusnahkan dua kediaman Palestin dan satu tembok di bandar Kafr Qasim atas
alasan yang ia dibina tanpa lesen.
Satu keluarga Palestin yang lain pula menerima arahan pemusnahan rumah tiga tingkat mereka di bandar Lod atas alasan sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu, 05-02-2020 – Organisasi Kerjasama Islam (OIC) Isnin 3/2/20 secara sepakat menolak rancangan perdamaian Amerika di Timur Tengah yang dikenali dengan Deal of Century (Kesepakatan Abad Ini). OIC tetap menyokong Palestin sejak awal dalam memperjuangkan keadilan demi mendirikan negara mereka dengan ibukota Al-Quds Timur.
Hal itu disampaikan dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan dalam pertemuan terbuka Kumpulan Eksekutif Khusus di tahap Menteri-menteri Luar Negeri, negara anggota OIC yang membahas kesan dan implikasi rancangan Amerika tersebut.
Kumpulan Eskekutif menyeru negara Anggota OIC agar tidak bekerjasama dengan Amerika untuk menjalankan rancangan terebut dalam sebarang bentuk.
OIC menolak tegas rancangan,kesepakatan atau inisiatif yang diajukan oleh mana-mana pihak seperti penyelesaian damai yang tidak selari dengan hak-hak legal undang-undang bangsa Palestin yang tidak sewenangnya dibuat tawar-menawar. Hak tersebut sudah diakui oleh PBB dan Undang-undang antarabangsa serta tidak selari dengan referensi yang diakui dunia internasional dalam proses perdamaian terutama Undang-undang antarabangsa,resolusi-resolusi PBB dan Inisiatif Perdamaian Arab.
Organisasi negara-negara Islam tersebut menekankan bahawa Palestin dan Al-Quds adalah isu sentral bagi umat Islam seluruhnya dan menjadi identiti Arab.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman