Categories
Berita Semasa

Pusat bandar Yatho dicerobohi rejim Zionis.

Jumaat , 23-05-2014 – Aparat rejim Zionis melakukan pencerobohan ke atas pusat bandar Yatho,selatan Khalil, selain memenuhi jalan dan menahan sebilangan pemuda.

Seorang saksi memberitahu PIP, lebih daripada 5 buah kenderaan termasuk trak tentera menceroboh bandar dan berhenti di hadapan Majlis
Perbandaran bersebelahan Baladiah dan segitiga But. Dan mereka menahan beberapa orang pemuda dan menyoalsiasat mereka. Tentera Zionis turut membawa bersama mereka peta dan kamera serta senarai nama kedai dan senarai nama penduduk.

Menurut saksi itu lagi, tentera tersebut menceroboh kedai yang mendaftar di bawah nama keluarga Abu Suhbah, dalam masa yang sama,
kenderaan mereka memenuhi jalanan dan bangunan sekitar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

24 Tahun Peristiwa Serangan “Uyun Qarah”.

Jumaat , 23-05-2014 – Hari ini bertepatan dengan peringatan ke 24 serangan Uyun Qarah yang dilakukan warga Israel terhadap para pekerja Palestin di Wilayah Palestin 48, yang menyebabkan ramai yang tercedera dan syahid.

Serangan dilakukan warga Israel terhadap para pekerja Palestin yang sedang menuju tempat kerja mereka, tepatnya pada pukul 6:15 pagi, 20 Mei 1990.

Kronologi Serangan:

Seorang warga Israel bergerak menuju terminal tempat para pekerja Palestin berangkat, dan meminta pemandu turun dari kenderaan, kemudian beliau memandu kenderaan tersebut ke arah para pekerja Palestin yang berjumlah sekitar 100 orang. Pekerja Palestin kemudiannya diminta berbaris 3 barisan dan menunjukkan kad pekerja.

Ketika warga Israel tersebut mengetahui bahwa mereka adalah pekerja Palestin, dia segera melepaskan tembakan secara semberono, 7 orang meninggal di tempat kejadian dan puluhan yang lain cedera, korban semuanya berasal dari Gaza.

Korban yang gugur syahid adalah: Abdul Rahim Muhammad Salim Barkah (23), Zayid Zaidan Abdul Hamid Amur (23), Sulaiman Abdul Raziq Abu Anzah (22), Umar Hamdan Ahmad Dahlis (27) Zakarian Muhammad Qadih (35) Yunus Manshur Ibrahim Abu Diqah dari Khan Yunis, dan Ziyad Musa Suwaid (22) dari Rafah, Gaza Selatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu kediaman di Bethlehem dan menahan kanak-kanak

Jumaat , 23-05-2014 – Tentera rejim Israe menyerbu empat kediaman di kampung Obaidiya village, timur Bethlehem, pada subuh Selasa. Sumber tempatan mengatakan bahawa para tentera memecah masuk 4 kediaman yang didiami 4 ahli keluarga Abu Sarhan dan memeriksa mereka, tetapi tiada yang ditahan. Namun begitu, Ahmed Al-Azraq, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari kem pelarian Aida di Bethlehem telah ditahan pada Isnin setelah dipanggil untuk soal-siasat di pusat tahanan Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jumlah kematian pelarian Palestin di Syria meningkat, berpuluh dinafikan hak mendapatkan perlindungan

Jumaat , 23-05-2014 – Jumlah kematian pelarian Palestin di Syria meningkat kepada 12 orang dalam minggu ini, berpunca daripada serangan yang berterusan, kekasaran, seksaan dan pengepungan yang menyasarkan kem-kem pelarian Palestin.

Sementara itu, berpuluh-puluh Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah keluar telah dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan di Tunisia dan Lubnan.

Kumpulan Bertindak Palestin di Syria berkata di dalam satu kenyataan, Fouad Kahoul dan Ayham Khalaf terbunuh pada hari Ahad berikutan serangan hebat dan pertembungan yang berlaku yang menyasarkan kem pelarian Deraa di selatan Syria.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor azihan

Categories
Berita Semasa

Ratusan banduan teruskan mogok lapar bersama dengan tahanan

Jumaat , 23-05-2014 – Ratusan tahanan Palestin di penjara penempatan Israel melancarkan mogok lapar pada hari Selasa sebagai tanda sokongan kepada tahanan-tahanan pentadbiran yang telah memulakan mogok lapar sejak 27 hari lalu.

Persatuan tahanan Palestin, dalam satu kenyataan, berkata mogok lapar selama sehari itu merupakan salah satu langkah bagi menunjukkan sokongan kepada para tahanan pentadbiran itu. Menurut persatuan itu lagi, para tahanan pentadbiran yang lain telah turut serta dalam mogok lapar yang dilakukan oleh rakan sekerja mereka. Namun begitu, Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) masih tidak mengendahkan mogok lapar yang sedang berjalan walaupun keadaan kesihatan mereka yang terlibat dalam mogok tersebut semakin merosot.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Mishaal akan berucap kepada rakyat Palestin pada Selasa

Rabu , 21-05-2014 – Khaled Mishaal, pengerusi biro politik gerakan Hamas akan berucap kepada rakyat Palestin pada Selasa di kediamannya di Doha, Qatar.

Gerakan itu menyatakan demikian di dalam jemputan kepada media yang dimaklumkan di laman web rasminya bahawa ucapan Mishaal bersempena ulangtahun Nakba yang ke 66.
Ucapan itu akan menekankan kesungguhan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka. Kenyataan itu menyatakan yang Mishaal akan menyampaikan ucapan di hadapan pegawai Palestin dan Qatar serta sejumlah duta.

Ucapan itu juga sempena penandatanganan perjanjian damai antara Hamas dan Fatah serta mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan pentadbiran Palestin di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Tangkap Pemuda Palestin Di Pintu Masjid Al Aqsa

Rabu , 21-05-2014 – Pasukan penjajah Zionis pada Isnin (10/5) malam menangkap seorang pemuda Palestin warga al Quds di pintu masjid al Aqsa.

Sumber-sumber laporan di al Quds mengatakan bahawa pasukan polis penjajah Zionis menangkap seorang pemuda bernama Hamzah Mulhis di pintu Majlis, iaitu salah satu pintu masjid al Aqsa, ketika beliau hendak menunaikan solat Isyak.

Sumber-sumber Palestin di al Quds menambah bahawa mangsa dibawa pasukan polis Zionis ke tempat rahsia. Ketika ini pasukan penjajah zionis memperketat kawalan di sekitar masjid al Aqsa dengan melarang warga Palestin yang berusia di bawah 50 tahun untuk masuk masjid al Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin memperingati ulang tahun ke 66 Nakba

Selasa , 20-05-2014 – Rakyat Palestin, bermula hari ini 15 Mei 2004 untuk memperingati Nakba dengan mengadakan pelbagai acara di dalam dan di luar Palestin. 66 tahun telah berlalu semenjak kumpulan zionis yang didalangi kuasa barat melakukan jenayah pembersihan etnik terbesar dalam sejarah moden. Sejak 1948, ratusan ribu rakyat Palestin telah terdedah kepada tindakan terancang yang menyebabkan pengusiran, keganasan, pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

ASHRAWI MENGUTUK SERANGAN ZIONIS TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Selasa , 20-05-2014 – Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hanan Ashrawi semalam
khamis (5-15) mengutuk tentera zionis yang meningkatkan serangan histeria mereka ke atas rakyat Palestin dan membunuh dua orang pemuda, Nadim Nawara dan Mohamed Abu Zahir berdekatan kem Ofer di bandar Bitounia barat Ramallah.

Ashrawi berkata dalam satu kenyataan bahawa, setelah 66 tahun melalui Hari Nakba ( Hari Malapetaka), bencana kemanusiaan dan politik masih berterusan dan Nakba dengan wajahnya yang berbeza menerima kesan negatif ke atas kehidupan rakyat Palestin yang dibayar
setiap hari di hadapan kebisuan masyarakat antarabangsa yang membawa kepada perbuatan melampaui bataz zionis.

Beliau menambah, rakyat Palestin tidak akan membenarkan malapetaka yang lain dan akan mempertahankan tanah mereka sehingga mencapai kemerdekaan dan membina negara dan ibu kota Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Parlimen Knesset Israel Setuju Rang Undang-Undang Tiada Penjamin Kepada Tawanan Palestin

Selasa , 20-05-2014 – Parlimen Knesset telah bersetuju menerima rang undang-undang (RUU) pada bacaan pertama yang melarang pembebasan tawanan Palestin kecuali setelah membayar denda kepada keluarga Israel yang menjadi mangsa.

Berdasarkan RUU yang diajukan oleh anggota Knesset dari parti Yahudat Haturat, Jacob Litsman, seiapapun tidak boleh menjamin tawanan Palestin yang didakwa melakukan tindakan anti Israel.

Dalam RUU ditegaskan, Kami menyaksikan sejak kebelakangan ini, perkara tidak masuk akal terutama berkait hak jaminan yang diberikan kepada tawanan Palestin yang menyertai serangan pembunuhan terhadap Israel sementara keluarga korban merasa sengsara.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menolak permohonan MP Kufaisheh

Jumaat , 16-05-2014 – Mahkamah Ketenteraan Ofer telah menolak permohonan yang diserahkan oleh MP Hatem Kufaisheh, dari al-Khalil, yang menentang keputusan mahkamah untuk melanjutkan penahananannya.

MP Kufaisheh telah diculik oleh Pihak Berkuasa Regim Zionis Israel pada bulan April 2013 dan ditahan selama enam bulan sebelum dilanjutkan selama enam bulan lagi, menurut isterinya. Pada hari dia sepatutnya dilepaskan tiga bulan lepas, penguasa penceroboh Israel melanjutkan penahanannya selama enam bulan untuk kali ketiga berturut-turut. MP Kufaisheh sebelum ini telah memohon untuk menentang arahan mahkamah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Serbuan dan penangkapan besar-besaran di Tebing Barat

Jumaat , 16-05-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) menjalankan serbuan besar-besaran di Tebing Barat dan menahan 18 warga Palestin manakala 9 lagi dipanggil untuk siasatan, kebanyakannya ahli Hamas. IOF menyerbu kampong Qarawat Bani Hassan di wilayah Salfit pada Khamis dan menahan 10 warga yang berkait dengan Hamas.

Saksi mata memberitahu wakil PIC: “puluhan kenderaan dan gerombolan tentera menyerbu bandar itu pada tengah malam dan menyerang beberapa kediaman warga Palestin dan menahan ahli Hamas terbabit.” IOF menjalankan kempen serbuan itu di beberapa kawasan dan memeriksa kenderaan yang lalu lalang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sejumlah Perisik Zionis Bekerja Di Negara Arab

Jumaat , 16-05-2014 – Sejumlah sumber militan Zionis mengakui kesilapan yang berlaku dalam satu majlis yang dihadiri presiden Israel, Shimon Perez, semalam. Beliau memberikan penghargaan kepada 120 tentera yang cemerlang dalam kalangan militan. Akibatnya, sejumlah tentera diketahui identitinya, terutama daripada kalangan perisikan.

Sejumlah tentera yang diberikan penghargaan daripada presiden Israel ini, nampak cuba menyembunyikan muka mereka ketika sesi bergambar dengan presiden Perez. Namun wajah mereka tetap tersiar. Ternyata sejumlah nama diketahui bekerja di beberapa negara yang dianggap musuh oleh Israel.

Gambar yang disebarkan kemudian memperlihatkan sejumlah tentera yang sudah dikenali di beberapa negara, seperti di Tebing Barat, negara-negara Arab dan lainnya. Mereka ternyata adala para tentera Zionis yang ditugaskan untuk membuat risikan terhadap beberapa negara yang dianggap musuh oleh Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Redwan menyeru untuk melindungi Masjid al-Aqsa

Jumaat , 16-05-2014 – Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza, Dr Ismail Redwan, menekankan kepentingan untuk mempertahankan tempat suci Islam di Palestin terutama Masjid al-Aqsa berikutan siri serangan dari tentera Israel dan peneroka Israel beserta pencabulan keatas tempat suci tersebut.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Dr Redwan menegaskan bahawa 1300 peneroka Israel dan tentera Israel telah menyerbu Masjid al-Aqsa pada bulan April, manakala 70 rakyat Palestin dilarang untuk ke masjid pada tempoh masa yang berbeza 70 yang lain cedera dalam serangan oleh Israel.

135 penduduk Baitulmuqaddis ditahan dalam bulan April, katanya, ia menunjukkan bahawa penduduk Baitulmuqaddis masih tertakluk kepada pencabulan kejam oleh Israel dan serangan ke atas hakmilik dan kebebasan beribadat adalah sebahagian daripada skim yahudi Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Pakatan Freedom Flotilla bertemu di London untuk perbincangan bebaskan Gaza

Jumaat , 16-05-2014 –Pakatan Freedom Flotilla bercadang untuk mengadakan satu mesyuarat pada 10-11 Mei di London bagi membincangkan mekanisma – mekanisma untuk menghentikan sekatan maritim di Semenanjung Gaza.

Wakil – wakil dari ahli pakatan yang terdiri daripada 10 buah negara dijangka akan menghadiri mesyuarat tersebut.Pakatan itu juga akan mengadakan satu sidang akhbar pada hari Isnin depan untuk mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk membebaskan Gaza dari pengepungan yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira