Categories
Berita Semasa

Batrran Hentikan Mogok Lapar Setelah Tarikh Pembebasan Ditetapkan

Isnin, 12-04-2021 – Tahanan Palestin Emad al-Battran, dari al-Khalil, telah memberhentikan mogok laparnya yang telah berlangsung selama 47 hari, berikutan janji Israel untuk menetapkan had masa untuk penahanan pentadbirannya, pada petang Rabu lalu.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin, banduan Battran menerima janji dari pihak berkuasa untuk membebaskannya pada bulan Julai hadapan.

Disebabkan mogok laparnya yang berpanjangan, Battran menjadi kurus kering dan menjadi amat lemah serta menderita kesakitan fizikal dan radang kulit.

Battran memulakan mogok laparnya di penjara Megiddo sebelum beliau dipindahkan ke penjara Ramla (Ayalon), kemudian ke hospital dan baru-baru ini ke sel pengasingan di penjara Nitzan.

Battran telah ditahan dan dipenjara lebih dari sekali dan menghabiskan 10 tahun di penjara Israel, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran. Pada tahun 2013, beliau melakukan mogok lapar terbuka selama 105 hari untuk membantah penahanan pentadbiran beliau dan kemudian pada tahun 2016 untuk tempoh 35 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Tebing Barat, Culik Warga Palestin

Isnin, 12-04-2021 – Rejim Zionis pada malam tadi dan waktu subuh hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa berkempen di Tebing Barat, di tengah-tengah pertempuran dengan pemuda tempatan di beberapa kawasan.

Menurut sumber setempat, pertempuran ganas berlaku di bandar Qabatiya di Jenin setelah Rejim Zionis memecah masuk dan menggeledah sebilangan buah rumah. Saksi berkata kenderaan peronda rejim itu telah diserang tembakan di Qabatiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Puluhan peneroka Yahudi menceroboh Masjid Al-Aqsa.

Isnin, 12-04-2021 – Puluhan peneroka Yahudi telah memecah masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dengan perlindungan ketat daripada polis Israel pada pagi Khamis.

Jabatan Wakaf Islam di Jerusalem berkata, seramai 86 orang peneroka pelampau ini telah menceroboh masuk dan melintasi perkarangan masjid tersebut.

Menurutnya lagi, kumpulan ini telah menggunakan pintu Maghareba untuk memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa dan keluar melalui pintu Silsila.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

28 Maut, 2,884 Kes Baharu Corona Di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Isnin, 12-04-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 28 kes kematian selain 2,884 kes baharu Corona di Tebing Barat dan Sempadan Gaza dalam tempoh 24 jam, pada Khamis.

Dalam laporan tersebut, 20 kematian berlaku di pelbagai kawasan sekitar Tebing Barat, manakala lapan lagi di Gaza.

201 pesakit tenat Corona turut menerima rawatan intensif di hospital dengan 61 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan. Dalam masa sama, 1,898 pesakit lain turut dilaporkan semakin pulih.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

PPI memindahkan Sheikh Salah ke penjara lain

Isnin, 12-04-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel (PPI) rejim Zionis telah memindahkan Sheikh Ra’ed Salah, ketua Pergerakan Islam di Israel, secara tiba-tiba ke penjara Ramon, tanpa memaklumkan peguamnya terlebih dahulu.

Peguam yang mewakili Sheikh Salah telah mengecam tindakan Israel tersebut sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan mengesahkan bahawa beliau telah dipindahkan ke penjara lain tanpa memaklumkan mereka atau menyatakan alasan perundangan untuk pemindahannya.
Peguam tersebut menyatakan bahawa tindakan ke atas Sheikh Salah itu sebagai ‘membebankan’ dan ‘sebahagian pencabulan yang menyasarkan beliau dan keluarganya’.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF memasang rumah mudah alih di selatan Nablus

Jumaat, 09-04-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin memasang dua caravan di tanah kampung Asira al-Qibliya, selatan Nablus.

Ghassan Daghlas, pegawai yang memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat berkata bahawa IOF telah memasang dua karavan di kawasan Dahr tanah Asira al-Qibliya, bersebelahan penempatan Yitzhar, yang dibina di atas tanah rakyat.

Daghlas menyatakan yang peralatan pembinaan Israel masih berada di kawasan itu, dan menjangka beberapa rumah mudah alih akan dipasang. IOF ingin meluaskan penempatan Yahudi dan merampas lebih banyak tanah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ratusan Penduduk Yahudi Ceroboh Kawasan Bersejarah Di Kota Sabsatia

Jumaat, 09-04-2021 – Ratusan penduduk Yahudi, Rabu (7/4) memasuki kawasan bersejarah di kota Sabsatia, Nablus utara.Datuk bandar Sabsatia, Mohammad Azim dalam keterangan akhbarnya mengatakan, ratusan penduduk Yahudi memasuki kawasan bersejarah, dikawal ketat pasukan militan Israel. Mereka menutup ruang jalan menuju lokasi dan melarang penududuk Palestin memasuki kawasan tersebut.

Pencerobohan ini merupakan rangkaian agenda yang pernah diumumkan kelompok penduduk Yahudi, untuk memasuki kawasan bersejarah tersebut di setiap hari Rabu.

Azim menjelaskan bahawa sejak hampir 4 bulan lalu, para penduduk Yahudi memasuki kawasan tersebut pada setiap hari rabu dengan kawalan daripada pasukan militan Israel.

Pasukan Israel bertebaran di segenap pelosok di kawasan tersebut. Pencerobohan dilakukan para penduduk Yahudi untuk mendapat penguasaan tempat yang mereka dakwa sebagai peninggalan kaum Yahudi.

Dalam pada itu seorang warga Palestin mengalami cedera parah setelah dilanggar kenderaan penduduk Yahudi di kawasan Musalas Simiya, di kota Samu, Hebron selatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemilik Dua Rumah, Bangsal Terima Notis Perobohan

Jumaat, 09-04-2021 – Rejim Zionis (IOA) mengeluarkan notis perobohan dua rumah dan bangsal tanaman di Perkampungan Al-Jiftlik, Lembah Jordan dalam tempoh dua minggu, pada Rabu.

Sumber tempatan memberitahu, notis tersebut dikeluarkan oleh IOA kepada Omar Muhammad Idais, pemilik dua rumah dan bangsal terbabit.
Idais berkata, keputusan ini menyebabkan keluarga besarnya terpaksa berpindah sekaligus bakal kehilangan satu-satunya mata pencarian di kawasan tersebut sejak sekian lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Lebih 50 Peneroka Menyerbu Halaman Al-Aqsa

Jumaat, 09-04-2021 – Puluhan peneroka Yahudi memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem yang berada di bawah perlindungan polis Israel pada hari Rabu.

Firas al-Dibs, Ketua Jabatan Perhubungan Awam dan Media, Jabatan Wakaf Islam di Jerusalem berkata, 28 peneroka dan 25 pelajar institusi agama ekstremis telah mencemarkan halaman Al-Aqsa dan melakukan upacara Talmud.

Dijangkakan lebih ramai peneroka akan menyerbu Masjid itu selepas solat Zuhur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Wanita Warga Emas Palestin Terbunuh Dalam Langgar Lari Oleh Peneroka Haram Yahudi

Jumaat, 09-04-2021 – Seorang wanita warga emas Palestin disahkan meninggal dunia diakibatkan  kecederaan serius setelah dirempuh oleh kereta yang dipandu oleh seorang peneroka Yahudi di sebatang jalan di selatan al-Khalil di Tebing Barat Yang Diduduki, pada pagi Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, seorang peneroka yang memandu dengan laju merempuh wanita berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah. Kejadian berlaku di kawasan Muthalat as-Simya berhampiran bandar as-Samu, selatan al-Khalil.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Soroka di Beersheba di mana beliau disahkan meninggal dunia. Beliau dikenali sebagai Shafiqa Mohamed Abu Aqeel yang berusia 73 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merobohkan bangunan milik rakyat Palestin di Issawiya

Jumaat, 09-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah merobohkan sejumlah struktur yang dimiliki oleh rakyat Palestin di Issawiya, daerah timur Baitulmaqdis dengan alasan pembinaan yang tidak berlesen.

Jameel Abdul-Hems, seorang penduduk tempatan berkata bahawa krew perbandaran merobohkan bangunan di dalam kawasan az-Zaroura dan Habayel al-Arab di Issawiya yang merupakan miliknya dan dua orang lagi penduduk.

Beliau menerangkan bahawa rejim Zionis merobohkan dua buah kedai alat ganti kenderaan miliknya serta sebuah garaj dan dua buah bilik milik penduduk tempatan dikenali sebagai Majed al-Mazraawi dan Darwish Darwish.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Seorang warga Palestin dibunuh, isterinya cedera ditembak IOF di Baitulmuqaddis

Khamis, 08-04-2021 – Seorang warga Palestin ditembak mati dan isterinya cedera pada pagi Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di barat laut Baitulmuqaddis.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa seorang warga dikejarkan ke Hospital Palestin dalam keadaan kritikal serta kemudiannya diumumkan meninggal dunia akibat cedera ditembak oleh Israel di kepala.Isteri mangsa turut cedera teruk ditembak di belakangnya serta menerima rawatan perubatan di hospital. Keadaannya dilaporkan stabil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 90 Peneroka Haram Cemari Masjid Aqsa

Khamis, 08-04-2021 – Berpuluh-puluh peneroka pelampau Yahudi telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki di bawah perlindungan polis pada pagi Selasa lalu.

94 peneroka, termasuk 50 pelajar dan 12 pegawai perisik, memasuki Masjid melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di kawasan halamannya di bawah pengawasan polis yang ketat.

Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para penceroboh menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh penceroboh Yahudi.

Semasa kehadiran penceroboh di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Delegasi Keselamatan Mesir tiba di Semenanjung Gaza

Khamis, 08-04-2021 – Delegasi keselamatan Mesir tiba di Semenanjung Gaza pada Selasa petang melalui sempadan Beit Hanoun (Erez) dalam lawatan yang tidak diumumkan.

Pejabat media pemerintah sempadan berkenaan dalam kenyataan ringkas berkata delegasi keselamatan itu telah tiba tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Delegasi risikan Mesir yang diketuai oleh Ahmed Abdel Khalek, pegawai risikan bertanggungjawab terhadap portfolio Palestin, sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Hamas. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan beberapa isu keselamatan dan politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memasang rumah bergerak di selatan Nablus

Khamis, 08-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah memasang dua karavan di perkampungan Asira al Qiblya, di selatan Nablus.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang mengawas aktiviti pencerobohan di utara Tebing Barat berkata bahawa tentera Zionis telah meletakkan dua buah karavan di dalam kawasan Dahr di tanah Asira al Qibliya, bersebelahan dengan Yitzhar, yang dibina di atas tanah penduduk.

Daghlas menyatakan bahawa peralatan pembinaan pihak Israel masih ada di kawasan tersebut, dengan jangkaan beberapa rumah bergerak lagi akan dipasang. Rejim Zionis menyasarkan untuk meluaskan lagi penempatan Yahudi dan merampas lebih banyak tanah penduduk Palestin, tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan