Jumaat, 01-12-2023 – Pasukan penjajah Israel (IOF) menyerbu bandar Tubas pada pagi Selasa, 28 November dan mengepung sebuah rumah sebelum menembak beberapa das peluru ke dalam rumah itu kerana mendakwa seorang pejuang Palestin bersembunyi di dalamnya.
Sumber tempatan menyatakan bahawa pasukan khas IOF menyerbu sebuah kawasan pinggir bandar dan mengepung sebuah rumah sebelum meminta pemuda Palestin yang dicari untuk menyerah, jika tidak rumah itu akan dibom.
Mereka menambah bahawa sejumlah penduduk di dalam rumah itu keluar dan ditangkap oleh tentera IOF, yang menggunakan mereka sebagai perisai manusia selepas menggari mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Jumaat, 01-12-2023 – Pada pagi Selasa, Rejim Zionis(IOF) meruntuhkan tiga rumah di al-Khalil, bahagian selatan Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan mengesahkan bahawa rejim Zionis melancarkan serangan ke komuniti Yaqin di bandar Bani Naim, di timur bandar tersebut, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 340 meter persegi. Lebih daripada 20 orang tinggal di dalam rumah itu.
Rejim berkenaan juga menyerbu bandar Al-Deirat, di timur Yatta, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 260 meter persegi.
Selain meruntuhkan rumah-rumah berkenaan, rejim Zionis juga merosakkan beberapa pokok zaitun yang sedang berbuah dan menggunakan jentolak untuk membongkar tanah berdekatan.
Sebuah rumah seluas 150 meter persegi juga diruntuhkan di komuniti Abu Shaban, di timur Yatta, selatan al-Khalil, menyebabkan lima ahli keluarga kehilangan tempat tinggal.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Jumaat, 01-12-2023 – Gerakan Hamas telah menyeru agar peningkatan protes besar-besaran Pro-Palestin di seluruh dunia pada Hari Solidariti Antarabangsa (International Day of Solidarty) dengan warga Palestin sebagai penolakan terhadap pencerobohan berdarah Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyokong hak Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan.
Hamas berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, “Pada Hari Solidariti Antarabangsa bersama-sama dengan warga Palestin, 29 November, kami menyeru kesemua rakyat kami, bangsa Arab dan Muslimin dan Muslimat serta orang-orang yang tidak ditindas di seluruh dunia untuk meningkatkan segala bentuk aktiviti protes pro-Gaza secara besar-besaran, dan perhimpunan sebagai kutukan terhadap jenayah kejam Israel dan jenayah perang pembunuhan kaum yang dilancarkan terhadap rakyat kami selama lebih dari 50 hari.”
Hamas juga mengulangi seruannya untuk “memperluas dan menyokong mobilisasi di semua bandar, ibu kota dan medan-medan perdagangan di seluruh dunia dalam menyokong hak rakyat kami untuk pembebasan, kembali dan penentuan nasib sendiri serta mengecam pencerobohan dan jenayah perang Israel untuk mendorong menjadikan ia satu jenayah dan penghentian jenayah dan pelanggaran Israel”.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperingati 29 November setiap tahun, sebagai hari di mana Sidang Umum PBB mengeluarkan Resolusi Pembahagian No. (181) (Partition Resolution No [181]).
Setiap tahun, tarikh ini diperingati dengan acara-acara solidariti pro-Palestin oleh tokoh politik dan organisasi dalam menyokong tuntutan-tuntutan Palestin. Walau bagaimanapun, 29 November ini bertepatan dengan peningkatan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat termasuk Jerusalem.
Menjawab seruan PBB, kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia mengadakan pelbagai acara tahunan untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin termasuk, mengeluarkan petisyen, surat solidariti, mengadakan konvensyen, dan mengedarkan risalah media, menayangkan filem-filem dan aktiviti lain.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Jumaat, 01-12-2023 – Osama Hamdan: Kehancuran Zionis Israel adalah lebih tinggi dan ancamannya untuk menyambung semula perang akan memburukkan lagi keadaan mereka.
Pemimpin Hamas, Osama Hamdan, berkata, “Kenyataan Zionis Israel tentang jumlah tenteranya yang terbunuh dan cedera tidak menunjukkan angka yang sebenar, dan kerugian mereka akan meningkat pada hari-hari mendatang.”
Beliau menambah dalam sidang akhbar yang diadakan petang Selasa, di Beirut, bahawa “Ancaman Zionis Israel untuk meneruskan perang adalah sia-sia dan akan memburukkan lagi keadaan. Hal ini kerana kerana mereka belum lagi menjejakkan kaki di 80% tanah Gaza dan itu tidak akan berlaku.”
Dia menegaskan bahawa “Pembebasan tahanan yang dibuat oleh Qassam di tempat yang berbeza bukanlah petunjuk bahawa tentera Zionis berjaya menguasai wilayah-wilayah di Gaza.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Rabu, 29-11-2023 – Kenyataan Perdana Menteri Sepanyol dan Belgium di hadapan lintasan Rafah, membuatkan penduduk Israel marah dan mendorong mereka memanggil duta besar kedua-dua negara itu, untuk “ditegur”. Pada hari Jumaat, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menekankan tentang keperluan melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan dan gencatan senjata yang bersifat kekal di Tebing Gaza.
Madrid mungkin akan mengambil keputusan sendiri bagi mengakui negara Palestin jika Kesatuan Eropah tidak melakukannya. Hal ini disampaikan dalam sidang media bersama yang diadakan oleh Sanchez dengan rakan sejawatannya dari Belgium, Alexander De Croo, ketika berkunjung ke sempadan Rafah dan Tebing Gaza.
Sanchez menambah, “Kami menuntut pembebasan lebih ramai tawanan dan gencatan senjata kekal.” Beliau melanjutkan, “Hari ini kita perlu memulakan pelaksanaan akhir dalam isu perpecahan dua negara. Kita memerlukan perspektif yang serius untuk mencapai perdamaian, dan perlu ada solusi komprehensif untuk mengakhiri konflik Arab-Israel yang telah berlaku selama hampir satu abad, dan komuniti antarabangsa perlu memainkan peranan yang konstruktif dan efektif.”
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas mengumumkan dalam satu kenyataan ringkas pada petang Ahad yang mereka ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel.
Kami ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel lebih daripada empat hari sekiranyanya terdapat usaha serius untuk menambah jumlah tahanan Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel, demikian menurut kenyataan tersebut.
Ahli biro politik Hamas, Khalil Al-Hayya, mengesahkan kesungguhan gerakan itu untuk meneruskan rundingan pertukaran tahanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Rabu, 29-11-2023 – Presiden Turki dan Iran berbincang dalam panggilan telefon pada hari Ahad mengenai serangan biadab Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, kata pihak berkuasa Turki.
Menurut kenyataan oleh Direktori Komunikasi, Recep Tayyip Erdogan dan Ebrahim Raisi bertukar pandangan mengenai langkah-langkah mungkin yang perlu diambil untuk genjatan senjata secara kekal di kawasan itu, bersama dengan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Erdogan menekankan kepentingan dunia Islam, khususnya Turki dan Iran, mengambil sikap bersama menentang kekejaman Zionis Israel di wilayah Palestin, tambah kenyataan itu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas menyampaikan ucapan penghargaan pada Sabtu malam terhadap usaha Mesir dan Qatar bagi memastikan pelanjutan perjanjian gencatan senjata sementara setelah mereka menyampaikan komitmen terhadap penjajah Israel terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kesepakatan perjanjian.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar memngakui bahawa 39 warga sivil Palestin akan dibebaskan malam ini dengan imbalan pembebasan 13 tahanan Israel dan 7 warga asing di luar kerangka perjanjian.
Brigade Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyerahkan 13 tahanan Israel dan 7 warga negara asing kepada Badan Palang Merah sebagai sebahagian dari gencatan senjata kemanusiaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Rabu, 29-11-2023 – Briged Al-Quds mengumumkan kematian seorang tawanan yang dijangka akan dibebaskan atas sebab kemanusiaan.
Briged Al-Quds, sayap tentera Jihad Islam, mengumumkan pada Selasa kematian tawanan yang bernama Hanna Katzir, yang sebelum ini dijangka akan dibebaskan atas sebab kemanusiaan.
Al-Saraya menambah, “Tetapi penangguhan musuh menyebabkan kehilangan nyawanya, dan dalam menghadapi pengumuman ini, kami memperbaharui penegasan kami untuk menafikan tanggungjawab kami terhadap tawanan musuh kami memandangkan pengeboman biadab dan berterusan dari setiap penjuru Semenanjung Gaza.”
Abu Ubaida, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap tentera Gerakan Penentangan Islam (Hamas), sebelum ini mengumumkan bahawa kira-kira 50 banduan yang ditahan olehnya terbunuh akibat serbuan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Isnin, 27-11-2023 – Presiden Turkiye Recep Erdogan memberi amaran pada Selasa lalu bahawa kejatuhan Gaza bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap kesatuan dunia Islam dan menggesa negara-negara Islam menyuarakan penentangan terhadap pendudukan Israel.
Bercakap tentang sekatan di Gaza, Erdogan menekankan tentang keperluan strategi yang komprehensif, yang melibatkan semua ahli dalam Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab bagi membantu Semenanjung Gaza. Beliau turut menyeru untuk menggunakan kesemua aspek ekonomi, politik, diplomatik, sosiologi dan budaya bagi gencatan senjata dan penghantaran bantuan kepada Gaza serta pembinaan semula selepas peperangan.
“Sekatan (di Gaza) tidak akan berjaya melalui satu atau dua negara, tetapi melalui langkah-langkah serta strategi oleh Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab,” kata beliau kepada pemberita semasa penerbangan pulang daripada Algeria. Erdogan menjelaskan bahawa hampir semua negara Eropah pasif terhadap pembunuhan dan jenayah Israel malah tidak mengambil sebarang usaha bagi menghentikan pembunuhan harian itu.
“Dunia Islam tidak seharusnya berdiam diri dengan hal ini. Kejatuhan Gaza akan mengakibatkan luka yang dalam terhadap kesatuan dan solidariti Dunia Islam,” tambah beliau lagi. Erdogan seterusnya menyebut serangan Israel terhadap Gaza sebagai “keganasan negara” dan “jenayah terhadap kemanusiaan” juga “genosid”.
Presiden turut menyatakan harapannya bahawa kesakitan dan kesediahan yang turut dirasai masyarakat dunia terhadap gaza akan menjadi satu “harga kesengsaraan penduduk negara Palestin dan keamanan yang telah lama diimpikan”.
Beliau seterusnya berkata bahawa Turkiye akan terus berusaha untuk memindahkan pesakit Gaza ke negaranya dan akan berbincang hal ini semasa lawatan ke Mesir kelak.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq
Isnin, 27-11-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya serta beberapa pemimpin tinggi Hamas telah bermesyuarat pada hari Selasa di sini dengan pegawai-pegawai kanan Fatah; Nasser al-Qudwa dan Samir al-Mash’harawi.
Para pemimpin Hamas dan Fatah tersebut telah membincangkan situasi genting di Jalur Gaza dan meneliti langkah menghentikan serangan Israel terhadap orang awam serta cara untuk menyalurkan keperluan kemanusiaan mustahak kepada mereka.
Para pemimpin Palestin telah menzahirkan rasa bangga pada keberanian para pejuang Palestin di Gaza dan kekuatan pendirian rakyat Gaza walau terdedah kepada serangan ganas hampir sepanjang masa tanpa henti.
Para pemimpin berbicara tentang situasi antara warga Palestin secara umum, perihal kepentingan pembinaan semula tempat kediaman warga Palestin diatas asas-asas nasional yang kukuh, dan juga mengenai peranan kumpulan-kumpulan Palestin dalam usaha bagi menggagalkan matlamat yang ingin dicapai oleh puak penjajah Israel melalui asakannya terhadap Gaza.
Mereka juga membincangkan isu-isu lain yang melibatkan kepentingan bersama dalam arena Palestin, terutamanya jenayah serta penyalahan undang-undang oleh Israel di Baitulmuqaddis dan di Tebing Barat, serta tentang keadaan penahanan warga Palestin di penjara Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul
Isnin, 27-11-2023 – Angka kematian rakyat Palestin akibat pencerobohan berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 14,352 sejak 7 Oktober, dedah Pejabat Media Kerajaan (GMO) dalam sidang akhbar pada petang Rabu.
Lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita adalah antara mangsa yang dilaporkan, dengan lebih 33,000 yang lain cedera.
Menurut GMO, lebih 69 peratus daripada jumlah korban adalah wanita dan kanak-kanak, sambil menambah bahawa Israel melakukan sejumlah 1, 384 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza.
GMO menegaskan bahawa seramai 205 kakitangan kesihatan, 25 anggota pertahanan awam, dan 64 orang wartawan terbunuh dalam serangan Israel.
Dianggarkan sebanyak 102 buah ibu pejabat kerajaan dimusnahkan beserta 266 buah sekolah, di mana 67 buah sekolah tidak lagi beroperasi.
Dalam serangan yang sama, 85 buah masjid musnah sepenuhnya, dan 174 buah masjid rosak sebahagiannya, manakala tiga buah gereja turut menjadi sasaran.
GMO menambah bahawa 26 buah hospital dan 55 pusat kesihatan telah menghentikan operasi di Gaza akibat serangan Israel dan kekurangan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan penjana kuasa. 56 buah ambulans juga menjadi sasaran dalam serangan ganas itu.
Ini disertai dengan pengeboman besar-besaran yang menghancurkan dan memusnahkan seluruh blok kediaman dan kawasan kejiranan. Sebanyak 45,000 unit rumah musnah sepenuhnya, manakala 233,000 unit rumah rosak sebahagiannya.
GMO menyatakan Israel dan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, menyeru dunia lebih berani untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan perang berdarah ini.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Isnin, 27-11-2023 – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, dengan tegas menyatakan bahwa “Setiap perjanjian yang melibatkan masa depan rakyar Palestin harus memperoleh persetujuan dari rakyat Palestin dan juga harus mengambil kira pertimbangan undang-undang negara di sekitarnya.”
Pernyataan Menteri Luar Negeri China ini disampaikan dalam pertemuan beliau pada hari Isnin dengan sekumpulan menteri luar negeri dari negara-negara anggota Organisasi Kerjasama Islam (OIC).
Wang Yi menyatakan, “Sebagai pengerusi Majlis Keamanan, China akan terus memperkukuhkan koordinasi dengan negara-negara Arab dan Islam, membangun persetujuan dan kesepakatan, dan mendorong Majlis Keamanan untuk mengambil tindakan yang lebih bermakna terkait situasi di Gaza.”
Diplomat utama China berkenaan menegaskan bahawa China mendukung “diadakan konferensi perdamaian internasional yang lebih inklusif dan efektif sesegera mungkin, serta penghasilan jadual dan halatuju untuk tujuan ini.” Beliau menekankan bahwa Beijing “akan terus berusaha secara efektif untuk mempromosikan perdamaian antara Palestin dan Israel, serta perdamaian dan kestabilan di Timur Tengah.”
Wang Yi menegaskan bahawa “China teguh mendukung integriti dan keadilan dalam konflik Palestin-Israel, sambil berupaya mengurangi ketegangan, melindungi warga awam, meningkatkan bantuan kemanusiaan, mencegah bencana kemanusiaan, dan kembali pada solusi dua negara serta penyelesaian cepat terhadap isu Palestin.”
Beliau menekankan perlunya “pelaksanaan penuh resolusi terkait yang dikeluarkan oleh Majlis Keamanan PBB dan Majlis Umum PBB, serta penerapan gencatan senjata segera dan mengakhiri konflik.”
Selain itu, Beliau juga mendesak “kepatuhan serius terhadap hukum internasional, terutama hukum kemanusiaan antarabangsa.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Isnin, 27-11-2023 – Pasukan penjajah Zionis meneruskan kehancuran berdarah mereka di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-45 berturut-turut, dengan mempergiatkan serbuan, mengebom, menyasarkan hospital Indonesia dan mengepungnya, terus mengebom rumah dan pusat perlindungan penduduk Palestin , dan melakukan lebih banyak jenayah pembunuhan beramai-ramai, dengan pencerobohan darat dari beberapa pihak.
Terdapat penduduk yang syahid dan cedera apabila Israel menyasarkan 3 rumah keluarga “Suleiman” di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Enam syahid, kanak-kanak dan wanita, dimasukkan ke Hospital Syahid Al-Aqsa selepas sebuah rumah menjadi sasaran di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Kebakaran besar berlaku di kilang span “Fomco” di Jalan Salah al-Din di Semenanjung Gaza, akibat pengeboman oleh pesawat di tempat itu.
Pesawat melancarkan serbuan di sekitar Menara Al-Basha, barat kawasan Al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza. Dua wartawan wanita syahid selepas pesawat pendudukan Israel mengebom rumah keluarga mereka di Semenanjung Gaza. Sumber media berkata: Wartawan Ayat Omar Khadura syahid, bersama neneknya dan beberapa saudara lelaki dan perempuannya, selepas pesawat pendudukan mengebom rumah keluarganya di projek Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.
Wartawan Alaa Taher Al-Hasanat juga syahid akibat pengeboman pendudukan rumah keluarganya di Gaza City. Dengan kesyahidan kedua-dua wartawan itu, jumlah syahid wartawan akibat pengeboman dan pencerobohan pendudukan tentera ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 62 orang syahid sejak 7 Oktober tahun lalu. Pesawat pendudukan melancarkan serbuan di sekitar Menara Al-Basha, barat kawasan Al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza. Sejumlah kecederaan tiba di Hospital Al-Najjar akibat pendudukan yang menyasarkan sebuah rumah di utara Hospital Al-Najjar, timur Rafah.
Lima terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan pangsapuri kediaman di Pekan Hamad, barat Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ketibaan 4 orang mati syahid ke Hospital Syahid Al-Aqsa akibat pendudukan yang menyasarkan sebuah rumah untuk keluarga Abu Hamada di kawasan Al-Mughraqa di tengah Semenanjung Gaza.
Pesawat pendudukan itu juga melancarkan beberapa serbuan ke atas kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya seorang syahid terbunuh dan yang lain cedera apabila pesawat pendudukan mengebom sebuah rumah untuk keluarga Baraka di Bani Suhaila, timur Khan Yunis. 10 mati syahid dan yang lain cedera apabila pesawat pendudukan mengebom sebuah sekolah yang menempatkan orang yang kehilangan tempat tinggal di kem Bureij di tengah Semenanjung Gaza. Pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah untuk keluarga Abu Anza di New Abasan, timur Khan Yunis.
Artileri pendudukan mengebom sekolah menengah di kem Bureij, Blok 12, dan sejumlah syahid dan kecederaan telah diangkut.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Khamis, 23-11-2023 – Parlimen Afrika Selatan telah mengundi untuk menyokong usul yang meminta penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan penggantungan hubungan diplomatik kerana ketegangan yang meningkat antara kedua-dua negara berikutan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Usul yang meminta penutupan kedutaan dan penggantungan semua hubungan diplomatik sehingga gencatan senjata dicapai telah diluluskan pada hari Selasa dengan 248 undi menyokong dan 91 undi menentang.
Langkah ini diperkenalkan oleh parti pembangkang sayap kiri, Economic Freedom Fighters, dengan sokongan daripada parti pemerintah African National Congress dan dibantah oleh ahli-ahli parti Democratic Alliance yang majoritinya berkulit putih dan berhaluan tengah, dan kebanyakannya menyokong Israel.
Presiden Afrika Selatan, Matamela Ramaphosa, sebelum ini mengumumkan bahawa negaranya telah mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC – International Criminal Court) untuk menyiasat “jenayah perang” yang dilakukan oleh proses penjajahan Israel di Semenanjung Gaza.
Ramaphosa menyatakan bahawa negaranya percaya bahawa Israel sedang melakukan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza di mana ribuan orang-orang Palestine telah dibunuh, selain daripada pemusnahan hospital dan infrastruktur awam.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida