Categories
Berita Semasa

Tahanan pengurusan meneruskan mogok lapar di hospital Israel.

Khamis , 06-11-2014 – Peguam kepada Badan Tahanan Rakyat Palestin, Karim Ajwa berjaya melawat tahanan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar, Ra’ed Mousa, yang memulakan mogok laparnya sejak 46 hari lalu dan kini ditahan di Pusat Perubatan Barzelai Israeli.

Ajwa berkata Mousa dipindahkan ke ke Barzelai seminggu yang lalu apabila tahap kesihatannya merosot teruk terutamanya apabila berat badannya susut kerana dia telah berhenti mengambil minuman, gula, garam dan juga vitamin dan hanya meminum air. Mousa kini mengalami kesakitan teruk di bahagian perutnya, pening yang berterusan, hilang rasa di kedua belah kakinya dan muntah 4-5 lima kali sehari.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya 6 warga Palestin diculik semalaman

Khamis , 06-11-2014 – Tentera rejim Israel dilaporkan menculik 6 warga Palestin pada subuh Selasa ketika serbuan besar-besaran di seluruh Tebing Barat yang dijajah.

Menurut media Palestin, sumber tempatan menyatakan, tentera rejim menahan seorang pelajar universiti setelah dengan ganasnya menyerbu dan menggeledah rumahnya di bandar Deir Sammit, selatan al-Khalil (Hebron).

Ahli keluarganya dilaporkan terpaksa berada di luar rumah dalam cuaca hujan ketika serbuan. Manakala, 2 bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama beberapa bulan di penjara Israel turut ditahan apabila tentera rejim menyerbu kediaman mereka di Beit Ummar, Hebron. Di Jenin, tentera rejim menculik seorang pemuda yang cedera, Mujahed al-Iz, pada subuh hari dari rumahnya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamdallah gesa komuniti antabangsa untuk penuhi tanggungjawan ke atas Gaza.

Khamis , 06-11-2014 – Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa khasnya Kesatuan eropah untuk mempercepatkan pelan pembangunan semula Gaza. Ahli-ahli daripada pelbagai komuniti antarabangsa semakin memberi sokongan kepada Palestin.

Sewaktu mesyuarat dengan wakil Kesatuan Eropah ke Pihak Berkuasa Palestin, John Gatt-Rutter, di Ramallah, Mr. Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap janji yang dibuat sewaktu Persidangan Bantuan Antarabangsa untuk Pembangunan Gaza, untuk membolehkan rakyat di Gaza meneruskan kehidupan sukar yang terpaksa dilalui mereka terutamanya apabila musim sejuk semakin hampir.

Menurut WAFA Ejensi Berita dan Maklumat Palestin, Hamdallah meminta negara-negara EU mengambil langkah-langkah muktamad untuk memastikan Masjid Al Aqsa dilindungi, untuk menghentikan keganasan Israel terhadap masjid dan rakyat Palestin di Jerusalem dan juga untuk menghentikan keganasan penjajah ke atas tempat-tempat suci orang Islam dan Kristian.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Askar Menyerang, Menculik Seorang Wanita Palestin Di Masjid Al-Aqsa

Rabu , 05-11-2014 – Tentera Israel yang menyamar pada pagi Isnin telah menculik seorang wanita Palestin di halaman masjid al-Aqsa di Jerusalam, apabila wanita tersebut cuba untuk menghentikan anggota pelampau Knesset (MK) dari menyerang dan menguasai laman masjid yang diiringi oleh pengawal bersenjata dan tentera Israel.

Saksi mengatakan wanita itu, Sahar Natasha, mula melaung dan menjerit Allahu Akbar (Allah Maha Besar) untuk menyatakan penolakannya terhadap pencerobohan dan pencemaran masjid, dan cuba untuk menghentikan MK Israel, Shuli Mualem-Rafaeli, dari Parti “Home Jewish “. An-Natasha adalah salah seorang daripada ramai wanita yang cuba menahan Shuli dan pengawal, yang mara ke arah Kubah Emas, selepas
menguasai lamannya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Bangunan milik kaum Badwi di Hebron dimusnahkan

Rabu , 05-11-2014 – Tentera rejim Israel memusnahkan 4 bangunan di kampung Badwi, Umm al-Daraj, tambahan kepada pemusnahan sebuah ketuhar tradisional di Umm al-Khair, demikian menurut laporan Operation Dove pada Rabu. Ramai wanita dan lelaki di Umm al-Khair dilaporkan diserang oleh tentera dan polis rejim ketika mereka cuba untuk menghentikan pemusnahan harta benda mereka secara aman.

Pada awal pagi Isnin, tentera rejim Israel memecah masuk Umm al-Daraj menggunakan 2 jentolak. Sebuah tandas, pondok untuk biri-biri, gua yang digunakan sebagai rumah dan sebuah rumah yang menjadi kediaman 8 orang telah dimusnahkan. 2 jam kemudian, tentera rejim tiba di kampung Umm al-Khair dan mengumumkan ia sebagai kawasan ketenteraan yang tertutup, demikian menurut laporan WAFA. Mereka menghalau sukarelawan antarabangsa yang tiba untuk mengawasi perlanggaran hak asasi manusia dan mengugut untuk menahan mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menculik tiga warga Palestin Di Hebron

Rabu , 05-11-2014 – Beberapa kenderaan tentera Israel menyerang bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing Barat dan menculik dua warga Palestin . Seorang lagi warga Palestin juga telah diculik semasa menghadiri persidangan mahkamah untuk sepupunya di mahkamah tentera Israel di Ofer.

Sumber tempatan mengatakan tentera menyerbu sebuah petempatan di kota Hebron dan menculik seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Mo’taz Taiseer an- Natsha , setelah mencari dan menggeledah rumahnya. Selain itu , tentera menyerang kota Beit Ola , barat Hebron, dan menculik seorang warga Palestin yang dikenalpasti sebagai Ra’ed Abdul- ‘Afo al- ‘Emla juga setelah menggeledah rumahnya , menyebabkan kerosakan harta benda yang berlebihan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Empat Cedera akibat serangan askar berhampiran Jenin

Selasa, 04-11-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa empat rakyat Palestin telah cedera akibat serangan tentera Israel, pada petang Selasa , di bandar Ya’bad , selatan bandar Tebing Barat utara Jenin. Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan yang agak serius.

Ketua Dewan Bandar Ya’bad Samer Abu Bakar berkata beberapa jip tentera menyerbu kota, dan bertempur dengan skor belia tempatan.
Askar-askar melepaskan pusingan peluru hidup mencederakan empat orang pemuda, seorang didapati serius , manakala berpuluh-puluh mengalami kesan akibat menyedut gas pemedih mata.

Mahmoud as- Sa’adi , Ketua Jabatan Kecemasan Bulan Sabit Merah, berkata tiga rakyat Palestin yang cedera , dikenal pasti sebagai Sharaf Mohammad Abu Bakar , 20 tahun, (mengalami kecederaan serius ) , Abdullah Mohammad ‘ Amarna , dan Amjad Jaber Hamrsha. Mereka telah dipindahkan ke hospital kerajaan Khalil Sulaiman di Jenin .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel Terus Meningkat di Kawasan Yang Dijajah

Selasa, 04-11-2014 – Provokasi daripada tentera Israel dan pendatang haram Israel berterusan di kawasan Palestin yang dijajah pada Rabu dengan beberapa pencerobohan dilaporkan berlaku di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis ketika penduduk militan Yahudi memecah masuk masjid al-Aqsa melalui pintu Mughrabi.

Tentera Israel yang bertopeng telah dilaporkan menyerang seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun sebelum menahan pelajar itu di dalam sekolahnya, di bandar lama Hebron, menurut bapa pelajar itu, Arif Jabir.

Encik Jabir memberitahu Agensi Berita dan Maklumat WAFA Palestin bahawa tentera itu memasuki sekolah, menyerang dan memukul anaknya Bara’a dengan kejam sebelum membawa pelajar itu keluar dengan cara yang zalim diiringi bahasa yang kesat.

Tentera itu dengan ganasnya memasukkan Bara’a ke dalam jip tentera, mencederakannya. Bara’a kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin (PA) mula membayar gaji kerajaan Gaza yang tertangguh

Selasa, 04-11-2014 – Pada Selasa, PA memindahkan jutaan dollar ke Semenanjung Gaza untuk pembayaran pekerja kerajaan yang dulunya diterajui kerajaan Hamas yang sekian lama tertangguh, seorang pegawai Palestin memberitahu Agensi Berita Ma’an.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, wang telah dibawa masuk secara rahsia ke Gaza menerusi laluan Erez, dalam kenderaan yang dikawal ketat oleh pegawai keselamatan Gaza.

Dalam hal berasingan, Menteri Hal Ehwal Sosial berkata, setiap pekerja kerajaan akan menerima pembayaran permulaan sebanyak $1,200, bermula Rabu dan menambah yang wang itu dipindahkan rentetan pengiktirafan antarabangsa.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Militan Mesir Mula Kerja-Kerja Wujudkan Zon Pemisah Dengan Semenanjung Gaza

Selasa, 04-11-2014 – Militan Mesir pada hari Rabu (29/10) mula menrobohkan rumah-rumah dan fasiliti yang berada di sepanjang pagar sempadan dengan Semenanjung Gaza sebagai tindakan awal untuk membuat zon pemisah antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Pihak wartawan Berita France-24, mengambil keterangan daripada saksi yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, “Jentolak-jentolak masuk daerah Barahimah di utara pintu Rafah dan merobohkan rumah-rumah di sepanjang pagar sempadan.”

Sejumlah besar penduduk di lokasi sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka sebelum didirikan zon pemisah aman di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemenang Anugerah Nobel Laureate Derma $50k untuk Pembinaan Semula Sekolah UNRWA

Selasa, 04-11-2014 – Pemenang Anugerah Nobel Peace Prize Laureate, Malala Yousafzai telah mengumumkan untuk menderma 50,000 Dollar Amerika untuk membina semula sekolah UNRWA yang musnah sewaktu pertelingkahan di Gaza. Cik Yousafzai membuat pengumuman di Stockholm di mana beliau telah pergi untuk menerima Anugerah Kanak-kanak Dunia. Jumlah tersebut ialah jumlah keseluruhan hadiah yang diterima beliau.

Gambar dan ucapan seperti yang disampaikan oleh beliau boleh didapati di laman web UNRWA bermula petang ini.

Ulasan oleh Malala Yousafzai berkaitan sumbangannya kepada UNRWA :
“Saya sangat berbesar hati mengumumkan keseluruhan wang hadiah daripada Hadiah Kanak-kanak Dunia ini akan diberi untuk membantu pelajar-pelara dan sekolah-sekolah di tempat yang sukar – di Gaza.”

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan membayar harga pembangunan semula Tebing Gaza akibat tertangguh

Khamis , 30-10-2014 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayyat berkata, Rejim Zionis akan menerima balasan kerana menangguhkan pembangunan semula Tebing Gaza, sambil menegaskan supaya Presiden Mahmud Abbas mengambil tindakan tegas mengadakan pilihanraya sempurna segera dan berterusan.

Beliau berucap dalam temubual secara langsung di rangkaian televisyen satelit Al-Aqsa pada petang Sabtu menegaskan, “gerakan penentangan mampu menghalang mana-mana pasukan Israel yang datang, dan berjaya mengatasi mereka dalam serangan terbaru.”

“Kesabaran rakyat Gaza semakin menipis, tidak ada cara bagi bertahan lagi, dan semua orang tahu apa maknanya jika kesabaran orang Gaza sudah hilang.” Beliau menggesa supaya Gaza diberikan peluang pembangunan semula, diberikan keperluan hidup asasi dan diangkat sekatan terhadapnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Remaja Amerika-Palestin Dibunuh oleh Tentera Israel

Khamis , 30-10-2014 – Bapanya kini berada di Amerika Syarikat; ibunya pula di Jordan, dan beliau menjadi syuhada di tanah Palestin.

‘Orwa Abdul Wahab Hammad menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi tentera Israel yang menembaknya dalam satu serangan hendap, ketika bersembunyi di belakang pokok zaitun. Peluru yang membunuhnya telah dilepaskan oleh salah seorang tentera Israel daripada jarak 400 meter, menembusi leher beliau. Remaja itu kemudiannya rebah, tidak bergerak.

Ianya bermula apabila sekumpulan remaja Palestin mendengar tembakan yang menyebabkan mereka bersembunyi menyelamatkan diri. Kemudiannya mereka kembali berkumpul sebelum menyedari bahawa Hammad tidak muncul. Mereka tidak tahu apakah yang terjadi ke atas Hammad.

Ketika inilah mereka mula tertanya-tanya tentang nasib yang menimpa Hammad, dan kenapa beliau tidak bersama mereka. Selepas tentera Israel melepaskan tembakan, mereka meninggalkan tempat persembunyian mereka dan berlari ke arah Hammad, dan menghalang penduduk serta kumpulan kami untuk memberikan bantuan serta merekodkan kejadian itu.

Remaja itu dibiarkan berdarah sehingga setengah jam, dan menghembuskan nafasnya ketika dikelilingi oleh tentera Israel yang sedang bergembira mengambil gambar dan video remaja itu dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Pasukan perubatan Palestin kemudiannya dibenarkan untuk membawa jenazah itu ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Beberapa orang rakyat Palestin Cedera Di Hebron

Selasa , 28-10-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan , pada hari Jumaat, terdapat ramai penduduk , termasuk kanak-kanak, telah cedera selepas tentera Israel menyerang sebuah tunjuk perasaan secara aman di pintu masuk utara bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing Barat yang diduduki Israel secara haram .

Saksi mata mengatakan ratusan rakyat Palestin berarak di bandar memprotes pelanggaran Israel secara berterusan itu, terutama serangan berterusan terhadap Masjid al -Aqsa di Yerusalem , sebelum tentera melepaskan berpuluh-puluh peluru logam bersalut getah dan bom gas kepada mereka.

Sumber perubatan berkata beberapa penduduk cedera, termasuk seorang kanak-kanak , 7 tahun, yang mengalami kecederaan sederhana dan dipindahkan ke rumah sakit setempat . Dalam berita berkaitan, pertempuran terjadi di kem pelarian ‘ Aida , di utara Bethlehem , setelah beberapa jip tentera Israel berusaha melakukan serangan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :  norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Aktivis – aktivis Washington DC bangkang hummus Israel

Selasa , 28-10-2014 – Sekumpulan aktivis berkumpul di luar restoran ‘Hummus House’ di Washington DC awal minggu ini bagi mengutuk keras hubungan restoran itu dengan tentera Israel. Pelanggan – pelanggan restoran tersebut termasukla seorang lelaki yang memakai bendera Israel menyanyikan mantera seperti ‘Sabra Sabra, anda tidak berguna, tinggalkan kawasan kejiranan Georgetown’ dan ‘1,2,3,4, Sabra menyokong peperangan/ 5,6,7,8, Mereka membuat Gaza tertekan.’

Pemilik separuh daripada bahagian syarikat hummus tersebut iaitu Strauss Group di Israel, secara terbuka menaja angkatan tentera Israel Golani dan Givati yang terkenal dengan tindakan dan penyertaan mereka dalam apa yang diklasifikasikan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia sebagai jenayah perang. Sabra juga dikritik kerana tindakan Strauss Group yang memasarkan satu hidangan tradisi rakyat Palestin/Arab sebagai makanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira