Categories
Berita Semasa

Israel Melakukan Serangan dan Penahanan di Tebing Barat

Isnin , 30-06-2014 – Tentera Penjajahan Israel menyerbu Nablus, Jenin dan al-Khalil pada pagi Selasa. Mereka juga turut memecah masuk puluhan rumah di Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran dan operasi mencari dan menggeledah rumah-rumah milik penduduk Palestin. 50 rakyat Palestin ditahan ketika kempen itu sebelum dibebaskan semula.

Di Nablus, seorang pelajar Palestin yang berkait dengan blok Islamik telah ditahan di bandar Tel setelah rumahnya diserbu dan digeledah dengan ganas sebanyak dua kali.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Zionis Berniat Jadikan 200 Mangsa Penangkapan Sebagai Tahanan Administratif.

Rabu, 26-05-2014 – Pihak Mahkamah Tentera Zionis berniat mengeluarkan perintah penahanan secara administratif terhadap lebih kurang separuh mangsa penangkapan dalam operasi militan di Tebing Barat. Demikian menurut surat khabar Zionis Ha?aretz, Ahad (22/6).

Sebanyak 100 mangsa penangkapan sudah dijadikan tahanan administratif. Pada waktu yang sama Mahkamah Tentera Zionis menyampaikan kepada Mahkamah Militan Ofer di barat Ramallah, tentang niatnya untuk mengeluarkan perintah penahanan administratif terhadap 100 mangsa penangkapan lainnya.

Ha?aretz menyebutkan bahawa Mahkamah Zionis telah mulai menyiasat mangsa pada Khamis lalu dan meminta penundaan tahanan sejumlah besar dari mangsa tersebut kerana terdapat tekanan besar yang dialaminya.

Menurut Ha?aretz, pihak perisikan Zionis hanya menyiasat 30 orang sahaja dari jumlah keseluruhan 400 mangsa penangkapan sepanjang operasi militan terakhir di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

6 Kanak-kanak Palestine dibunuh oleh Zionis Sejak 2014

Rabu, 26-05-2014 – Enam orang kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak permulaan tahun 2014, yang terkini adalah Mohamad Doudin, 15 tahun yang ditembak dibahagian dadanya pada kempen Israel dekat Khalil, jumaat lepas.

Defense for Children International (DCI), memetik saksi sebagai berkata bahawa peristiwa tersebut berlaku apabila pertempuran meletus antara remaja di bandar Dura dengan pasukan tentera Israel yang menceroboh dan menggeledah beberapa rumah.

Tentera penceroboh menghujani remaja tersebut dengan gas pemedih mata dan bom tangan serta menembak mereka dengan peluru getah dan peluru hidup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

MK Zoabi: Abbas ialah pembelot kepada rakyatnya

Rabu, 26-05-2014 – Ahli Arab Knesset Hanin Zoabi menyelar presiden Mahmoud Abbas di atas pendiriannya tentang penangkapan 3 pendatang Yahudi, dan menyifatkannya sebagai pembelot. Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu, Zoabi berkata, penglibatan Abbas dalam penyelarasan keselamatan dengan Israel merupakan pembelotan terhadap kebaikan rakyat Palestin. Ahli parlimen itu menyatakan kenyataan Abbas yang terbaru itu adalah kerana kebimbangannya jika hilang kuasa di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pakar Keselamatan : Israel masih gagal jumpa petunjuk kehilangan penjajah.

Rabu, 26-05-2014 – Pakar Keselamatn Palestin Mahmoud al-Ajrami berkata pihak tentera Israel dan agensi-agensi keselamatan masih gagal untuk mendapatkan maklumat tentang nasib tiga orang penjajah Israel yang hilang setelah sepuluh hari kehilangan mereka.

Al Ajrami memberitahu PIC bahawa kenyataan oleh pegawai kanan tentera Israel membayangkan kegagalan Israel untuk mengetahui perihal kejadian tersebut. Dia juga menegaskan, walaupun dengan koordinasi keselamatan mereka dan pihak berkuasa keselamatan Palestin, Israel masih gagal mencari ketiga-tiga tentera yang hilang yang diculik di kawasan pendudukan yang paling ketat kawalannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Penangguhan pengundian di bawah undang2 memberi makan kepada tahanan yang mogok lapar secara paksa.

Rabu, 26-05-2014 – Radio Awam Israel berkata bahawa gereja zionis telah menangguhkan pengundian bagi bacaan kedua dan ketiga sekurang-kurangnya seminggu yang dijadual berlangsung pada hari isnin (23-6) dibenarkan di bawah rang undang-undang. Ini bagi kemaslahatan tahanan Palestin yang telah mogok lapar secara paksa.

Menurut radio tersebut, punca penangguhan pengundian adalah disebabkan tekanan yang dilakukan kumpulan “di sana ada masa depan” yang diketuai Menteri Kewangan Israel Yair Lapid kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Akhbar Zionis Haaretz melaporkan bahawa Lapid menuntut penangguhan undi resolusi selama seminggu bagi membincangkan undang-undang secara mendalam disebabkan rundingan puluhan perkara dalam undang-undang yang dibentangkan anggota gereja Yifat Crieff dari parti Yesh Atid dengan bacaan permulaan, kedua dan ketiga bagi mengesahkan undang-undang memberi makan kepada tahanan Palestin oleh pihak berkuasa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

IOF bunuh tiga pemuda Palestin di kempen keganasan terbaru di Tebing Barat

Rabu, 26-05-2014 – Tiga pemuda Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel pada petang semalam dan pada subuh hari Ahad di Jordan Valley, Nablus dan Ramallah. Saker Burhan yang berumur 19 tahun terbunuh serta merta setelah tentera Israel menembaknya di dada, menurut saksi-saksi kejadian. Burhan sedang mengumpulkan biri-biri ternakannya di Al-Maleh berdekatan kawasan Jordan Valley apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penganiayaan Israel Terhadap Bangsa Kami Tidak Akan Menggagalkan Perjuangan Kami

Rabu, 26-05-2014 – “Kempen penculikan besar-besaran Israel tidak akan berjaya menghalang usaha penentangan kami mahupun komitmen kami ke arah memperjuangan rakyat Palestin,” Pergerakan Penentangan Islam, Hamas, dekat al-Khalil berkata dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Kempen ganas yang mensasarkan rakyat Palestin dan kepimpinan Hamas ini bukanlah yang pertama seumpamanya. Kami, rakyat Palestin, telah melihat segala-galanya sejak penceroboh Israel yang menuntut tanah kami. Namun, kita percaya kemenangan akan datang tidak lama lagi dan akan sentiasa berpaut kepada hak-hak kami, “tambah Hamas.

Gelombang serangan telah di mulakan dengan pantas sejak beberapa hari lalu oleh tentera Israel di al-Khalil dan daerah lain di Tebing Barat, bandar, pekan, perkampungan dan kem tahanan yang telah dikawal oleh tentera Israel yang bersenjata lengkap.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Amaran bahaya untuk isu mogok lapar Palestin

Isnin , 23-06-2014 – Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan kebimbangan mengenai taraf kesihatan peserta mogok lapar Palestin yang semakin merudum terutamanya bagi Muayed Sharab. Walaupun Sharab telah didiagnosis dengan penyakit kardiovaskular, penggumpalan darah, kehilangan berat badan dan pendarahan gastrousus, pihak pentadbiran penjara Israel masih tidak mengendahkan situasi yang berlaku, tambah kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa lalu.

Kementerian itu telah meminta Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Kesihatan Dunia , bersama- sama dengan institusi kebajikan yang lain, untuk campur tangan dalam isu ini dan melawat tahanan yang berada di pusat perubatan Barzilai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan polis

Isnin , 23-06-2014 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang fanatic mencemarkan dataran Masjid Aqsa pada pagi Selasa dengan kawalan ketat polis. Menurut Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa, sejumlah 20 orang pendatang Yahudi yang diiringi polis bersenjata menerokai dataran Masjid. Manakala polis Israel mengenakan sekatan masuk kepada rakyat Palestin terutamanya pelajar di sekolah Masjid itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Enam pelarian Palestin mati di Syria, seorang mati akibat penyeksaan

Isnin , 23-06-2014 – Enam pelarian Palestin telah diisytiharkan mati pada hari Isnin, salah seorang daripada mereka telah terbunuh akibat disiksa, menurut kumpulan aksi untuk rakyat Palestin Syria.

Kumpulan itu menyatakan bahawa Abul-Abd Khalil, ahli kem pelarian majlis sivil di Al-Yarmouk, telah dibunuh oleh kumpulan bersenjata semasa beliau berada jalan Safad di dalam kem. Di samping itu, seorang bapa rakyat Palestin dikenal pasti sebagai Ahmed Qasem dan dua daripada anak-anaknya dan juga seorang lagi orang awam bernama Abu Wahid Ghazi terbunuh dalam serangan peluru di kawasan Zamalka di desa Damsyik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Amaran Hamas tentang “Cerita Penculikan” Israel

Isnin , 23-06-2014 – Hamas telah memberi amaran tentang akibat serius yang tidak dapat dielakkan seandainya Israel terus mendakwa terhadap kemungkinan Pergerakan tersebut bertanggungjawab atas kehilangan tiga anggota tentera Israel.

“Tiada komen” adalah cara pihak Hamas menolak dakwaan oleh Isarel tersebut, di dalam kenyataan pada hari Selasa, menggambarkan ia adalah sebahagian daripada perancangan politik yang diselit untuk menutup cerita keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan cubaan berterusan untuk menggagalkan proses damai.

Pihak mana sekalipun yang bertanggungjawab terhadap ‘penculikan’ tersebut, Palestin berhak untuk mempertahankan diri mereka dan menyokong saudara-saudara mereka yang dipenjarakan, kenyataan tersebut menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

“Histeria” berlaku di Al-Khalil dalam misi mencari tentera yang hilang

Isnin , 23-06-2014 – Pertempuran ganas tercetus pada waktu subuh Selasa di antara orang awam Palestin dan polis peronda Israel yang bersenjata di kawasan yang berlainan di Al-Khalil diikuti oleh segerombolan Israel memecah masuk ke kawasan bandar. PIC memberitahu, saksi mengatakan pertempuran berlaku kerana kekejaman pihak Israel dan pencerobohan mendadak terhadap puluhan rumah rakyat Palestin.

Bekas tahanan Palestin,Ali Sabarna telah diberkas oleh tentera Israel sementara penculikan sewenang-wenangnya dijangka bakal berlaku oleh kerana serangan Israel yang berterusan dilancarkan di kawasan berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kecederaan, Penahanan dilaporkan ketika pertembungan di Jenin

Isnin , 23-06-2014 – Tiga orang warga Palestin cedera manakala enam yang lain ditahan ketika Pasukan Penjajah Israel(IOF) menyerbu dan menggeledah rumah-rumah di Jenin pada Subuh hari Selasa.

Sumber tempatan memberitahu bahawa beratus tentera Israel menyerbu bandar Jenin dan kem-kem berhampiran dalam satu kempen ketenteraan yang besar. Lebih daripada 20 rumah dan sebuah kenderaan milik UNRWA rosak ketika kempen itu berjalan.

Sumber itu menambah bahawa pertembungan ganas berlaku apabila tentera IOF menembak gas pemedih mata dengan banyak. Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru hidup manakala berpuluh yang lain menderita sesak nafas apabila mengidu gas pemedih mata yang dilepaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pintu Gerbang Karem Abu Salem Dibuka Semula Secara Normal

Isnin , 23-06-2014 – Pihak otoriti penjajah Zionis akan membuka kembali pintu gerbang Karem Abu Salem di sempadan selatan Semenanjung Gaza, hari ini, Rabu (18/6), setelah ditutup selama tiga hari.

Pengarah Bahagian Imigresen Otoriti Palestin Nadzmi Muhanna dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa pintu gerbang (Karem Abu Salem) akan kembali beroperasi secara normal pada hari ini untuk kemasukan semua jenis barang dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Pihak Otoriti penjajah Zionis telah menutup pintu gerbang Karem Abu Salem pada hari Ahad, Isnin dan Selasa lalu, ia hanya dibuka untuk kemasukan bahan bakar sahaja kerana berlaku serangan Zionis di Semenanjung Gaza.

Pintu Gerbang Karem Abu Salem merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan untuk Semenanjung Gaza. Pihak otoriti penjajah Zionis selalu menutup pintu gerbang ini dari masa ke masa dengan pelbagai dalih dan suasana tidak aman. Akibatnya sering berlaku krisis di Semenanjung Gaza, terutama kekurangan bahan bakar.

sumber : COMES
penterjemah : Osman