Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan Gaza telah melaporkan bahawa korban keganasan Israel keatas bumi Gaza telah meningkat kepada 8776 orang syahid termasuklah 3648 kanak-kanak dan 2290 wanita sejak serangan itu bermula pada 7 Oktober yang lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra dalam sidang media berkata: Pencerobohan ini juga telah mengakibatkan 22219 orang cedera. Kementerian dimaklumkan bahawa masih terdapat 2030 orang mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan sehingga kini, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Seramai 132 staf perubatan telah gugur syahid disebabkan serangan ganas Israel. 16 hospital turut berhenti beroperasi kerana menjadi target pengeboman Israel dan telah kehabisan bahan api, termasuk yang terakhir Hospital Persahabatan Turki – Palestin.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Nur Amnah
Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan di Gaza kini mengeluarkan amaran akhir berkenaan dua buah hospital besar di Gaza bahawa pihak mereka bakal berdepan kehilangan perkhidmatan perubatan apabila bahan api habis digunakan.
Pada Selasa lalu, wakil jurucakap Kementerian Kesihatan iaitu Ashraf Qudra menyatakan dalam sidang akhbar bahawa penjana kuasa di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia akan berhenti berfungsi dalam beberapa jam sahaja jika tiada bekalan bahan api sewajarnya.
“Kami telah menyatakan kebimbangan kami (tentang keadaan hospital) kepada negara-negara pengeluar minyak untuk membantu secara terus dengan membekalkan bahan api kepada Pusat Perubatan Al-Shifa dan Hospital Indonesia demi menyelamatkan nyawa mangsa yang sakit dan cedera,” beliau berkata.
Beliau juga menambah “keperluan sangat mendesak untuk hospital memandangkan nyawa 42 orang kanak-kanak yang bergantung kepada alat inkubator, 62 orang yang tercedera serta pesakit yang bergantung kepada alat bentuan pernafasan (ventilator), 650 orang pesakit kegagalan buah pinggang, dan ratusan lagi dalam bilik pembedahan.”
Jurucakap berkenaan juga turut memohon kepada pemilik stesen minyak dan individu berkemampuan turut membantu Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia dengan bantuan bahan api demi nyawa masyarakat di sana.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq
Isnin, 06-11-2023 – Tentera Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di kem pelarian Jabalia, di utara Semenanjung Gaza, dengan memusnahkan seluruh kejiranan kediaman melalui serangan udara pada petang Selasa.
Sumber dari pasukan perubatan berkata: 100 syahid dan 400 cedera tiba di hospital Indonesia, manakala berpuluh-puluh lagi dilaporkan berada di bawah runtuhan.
Tentera Zionis itu juga mengebom Bangunan Jurutera di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan ramai yang cedera dan syahid.
Sumber tempatan memberitahu wartawan kami bahawa bangunan itu terdiri daripada 9 tingkat dan termasuk sekurang-kurangnya 24 pangsapuri kediaman yang didiami oleh penduduk dan menempatkan orang yang berpindah. Tentera Zionis mengebomnya tanpa sebarang amaran dalam suatu serangan udara. Anggaran awal mendapati 45 orang mati syahid dan berpuluh lagi kecederaan dalam pembunuhan beramai-ramai Nuseirat.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Jumaat, 03-11-2023 – Doktor Tanpa Sempadan ataupun digelar sebagai Medecins Sans Frontiers (MSF) mengulangi panggilan mereka pada hari Isnin untuk gencatan senjata dengan segera di Semenanjung Gaza yang dikepung untuk menghalang lebih banyak kematian dan juga membenarkan kemasukan bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan.
MSF berkata dalam satu kenyataan :”Utara Gaza sedang dihancurkan sehingga ke tanah, tetapi seluruh Semenanjung juga telah dibom. Tiada lagi tempat yang selamat untuk penduduk Gaza berlindung.”
“Penyeruan resolusi Perhimpunan Agung PBB untuk gencatan senjata kemanusiaan tidak mendatangkan sebarang kesan setakat ini dalam mengekang kekejaman yang masih berleluasa dan sewenang-wenangnya terhadap penduduk di Gaza. Masyarakat dunia perlu mengambil tindakan yang lebih tegas untuk berhentikan pertumpahan darah” tambahnya.
“Orang ramai telah dibunuh dan terpaksa berpindah dari rumah mereka, dan juga bekalan air dan minyak yang teramat sedikit. Kekejaman yang dilakukan kepada mereka adalah kekejaman diskala yang tidak pernah dilihat di Gaza” tambah MSF.
Bekalan perubatan di hospital juga semakin habis. Awal minggu ini, Dr. Mohammed Obeid, pakar bedah MSF di Gaza menerangkan keadaan yang berlaku : ” Hospital telah dibanjiri oleh pesakit. Amputasi dan pembedahan telah dilakukan tanpa penggunaan bius yang tepat. Dan bilik mayat juga dibanjiri dengan jenazah mereka”
Pertubuhan perubatan juga menggariskan bahawa pemutusan komunikasi juga telah mengehadkan keupayaan doktor dalam tugas mereka dalam memberi bantuan perubatan terhadap jumlah pesakit yang amat besar. Bahan api yang terputus juga telah menyebabkan ribuan penduduk yang terperangkap dalam runtuhan termasuk wanita mengandung dan warga emas tidak dapat mencari bantuan yang sangat diperlukan. MSF telah terputus hubungan dengan kebanyakkan ahli mereka disebabkan pemutusan komunikasi.
“Di seluruh Gaza, jumlah orang yang cedera yang memerlukan bantuan perubatan segera jauh melebihi kapasiti sistem kesihatan, yang kini mempunyai sekitar 3,500 katil. Menurut Kementerian Kesihatan tempatan, lebih daripada 7,760 orang telah terbunuh dan 21,400 orang telah cedera di Gaza sejak 7 Oktober. Jumlah mangsa yang begitu ramai dalam masa yang singkat juga amatlah luar biasa, berbanding dengan serangan besar-besaran Israel sebelum ini” MSF berkata.
“Kemudahan kesihatan seperti Hospital Al Shifa di Bandaraya Gaza, di mana beberapa kakitangan MSF terus bekerja,dibanjira dengan pesakit. Arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital di seluruh utara Gaza adalah berbahaya dan amat tidak berperikemanusiaan,” tambahnya.
Organisasi perubatan kemanusiaan menyatakan bahawa “Sehingga malam Jumaat, Hospital Al Shifa berada dalam kapasiti penuh dengan pesakit yang mendapatkan rawatan perubatan, dan berpuluh-puluh ribu yang lain mencari perlindungan yang selamat. Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, pesakit, pekerja kesihatan, dan kemudahan kesihatan mesti dilindungi pada setiap masa.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi
Bagi pihaknya, Presiden Antarabangsa MSF, Dr. Christos Christou berkata: “Orang yang tidak berdaya sedang mengalami pengeboman yang mengerikan. Keluarga tidak mempunyai tempat untuk lari atau bersembunyi, seperti neraka telah dilepaskan kepada mereka. Air, makanan, bahan api, bekalan perubatan, dan bantuan kemanusiaan di Gaza perlu segera dipulihkan. Kami memerlukan gencatan senjata sekarang”
Christou menggariskan bahawa “Seluruh penduduk Gaza, lebih 2.2 juta orang, menderita di bawah pengepungan Israel. Ini adalah hukuman kolektif, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Beliau menegaskan pihak berkuasa Israel masih menghalang kemasukan bahan api ke Gaza, yang amat penting untuk membekalkan tenaga kepada hospital serta loji penyahgaraman yang menghasilkan air minuman bersih.
“Sebelum 7 Oktober, antara 300 hingga 500 trak bekalan menyeberang ke Gaza setiap hari, di mana kebanyakan orang sudah bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana sekatan selama bertahun-tahun. Sejak lintasan sempadan Rafah dibuka semula pada 21 Oktober, hanya 84 trak bantuan telah memasuki Gaza, menurut agensi kemanusiaan PBB. Ini adalah tindak balas yang sangat tidak mencukupi kepada keperluan yang berterusan dan semakin meningkat di Gaza,” jelasnya.
“Kami bersedia untuk meningkatkan kapasiti bantuan kami di Gaza. Kami mempunyai pasukan bersiap sedia untuk menghantar bekalan perubatan dan memasuki Gaza untuk menyokong tindak balas perubatan kecemasan, sebaik sahaja keadaan mengizinkan. Tetapi selagi pengeboman berterusan dengan keamatan semasa, sebarang usaha untuk meningkatkan bantuan perubatan tidak dapat dielakkan,” kata Dr. Christou.
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Belarra memperingatkan negara-negara Kesatuan Eropah akan bahaya jatuh ke dalam perangkap penglibatan dengan Israel dalam genosid yang dilakukan di Semenanjung Gaza.
Dalam hantaran videonya di platform “X”, Belarra mengecam peristiwa menyakitkan yang terjadi pada malam hari di Gaza. Beliau menyampaikan pidatonya dengan sangat jujur kepada para pemimpin Eropah dengan mengatakan, “Setelah malam yang mengerikan di Gaza ini, saya ingin menyampaikan pesan ringkas namun sangat penting bagi para pemimpin Eropah: Jangan membuat kami terlibat dalam genosid massal … Bergeraklah kalian.”
Menteri Sepanyol ini menyatakan keprihatinannya yang mendalam ke atas meningkatnya serangan Israel di Semenanjung Gaza, khususnya di wilayah utara.Beliau turut menyeru kepada Kesatuan Eropah untuk tidak menyokong tindakan Israel dan melakukan sesuatu.
Beliau menyatakan bahawa Israel telah memutuskan semua saluran komunikasi di Semenanjung Gaza dan Israel berusaha menutup kejahatannya di Semenanjung Gaza.
Belara bertanya tentang kemungkinan yang ada untuk melakukan intervensi dan menghentikan kehancuran yang terjadi di wilayah tersebut dengan melemparkan soalan “Tidak adakah yang boleh berbuat apa-apa terhadap apa yang terjadi di Gaza?” Menteri Sepanyol ini mengusulkan serangkaian langkah praktis yang dapat diambil oleh negara-negara Eropah termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, memberi tekanan ekonomi dan menyeru agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Luar Negara Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah menegaskan bahawa hal yang terjadi di Gaza selama beberapa hari terakhir adalah perang balas dendam, hukuman kolektif, dan kejahatan perang. Dia mempersoalkan, bagaimana apabila lebih daripada 3000 kanak-kanak terbunuh dalam beberapa hari, jika hal ini tidak dianggap sebagai kejahatan perang!
Al-Sabah mengatakan dalam sidang akhbar hari ini di Kuwait, “Masalah dan isu Palestin ialah isu paling utama bagi Kuwait. Usaha menyelesaikan isu ini sudah dibuat selama enam dekad dan Kuwait tidak menyimpang daripadanya. Garis permasalahannya jelas, lurus dan tidak kabur.”
Menteri Kuwait menjelaskan bahwa negaranya menolak pengusiran warga Palestin dari tanah air mereka. Perang di Gaza harus segera dihentikan, bantuan kemanusiaan dan akses bantuan kepada rakyat Palestin perlu diberi segera. Penyelesaian akhir terhadap masalah Palestin harus dibuat dengan cepat.
Beliau menambah, “Sikap Pemerintah Kuwait dan Majlis Nasional konsisten terhadap masalah Palestin. Terdapat kesepakatan prinsip mengenai perkara yang dibahas dalam pertemuan Jawatankuasa Urusan Luar Negara mengenai resolusi undang-undang yang melarang berinteraksi (membina hubungan) dengan entiti Zionis.”
Sejak awal serangan terhadap Tebing Gaza pada tanggal 7 Oktober, Kuwait telah memantau peningkatan pergerakan rakyat dan politik yang mendukung perjuangan Palestin. Kuwait menuntut keganasan terhadap Tebing Gaza ditamatkan dan melaungkan sokongan buati rakyat Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Khamis, 02-11-2023 – Pertahanan Awam Palestin melaporkan pada hari Isnin bahawa serangan Israel ke kawasan Tel al-Hawa, di selatan Bandar Gaza, dianggap sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan bangsa.’
Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam, berkata semasa sidang akhbar, “Beratus-ratus bom dijatuhkan ke Tel al-Hawa, dan kami menghadapi kesukaran untuk melakukan kerja kami. Seluruh kawasan sekitar Hospital Al-Quds, Jalan 8 dan Jalan 10 telah menjadi sasaran.”
Kata Basal lagi, “Apabila kami cuba memberi bantuan, kami dijadikan sasaran, maka kami terpaksa meninggalkan kawasan tersebut.”
Sejak 24 hari lalu, tentera penjajah telah melakukan serangan udara intensif ke kawasan perumahan di Gaza, mengakibatkan kematian 8,306 rakyat Palestin, termasuk 3,457 kanak-kanak dan 2,136 wanita, menurut Kementerian Kesihatan.
Di Tebing Barat, 122 rakyat Palestin telah terbunuh sejak 7 Oktober, dan tentera Israel sedang menjalankan kempen tangkapan meluas yang telah memberi kesan kepada kira-kira 2,000 rakyat Palestin, menurut sumber rasmi Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Khamis, 02-11-2023 – Briged Syuhada Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, terus berhadapan pencerobohan Israel ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, melalui serang hendap, pertempuran, dan pertempuran langsung, menjadikan beberapa kenderaan disasarkan dengan peluru berpandu Al-Yassin.
Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan petang ini penghapusan pasukan Zionis di Beit Hanoun, dan menyasarkan traktor dan kenderaan yang dinaikinya di utara Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan tentera, briged itu berkata: Mujahidinnya menyerang pasukan Zionis selepas mereka menyerang hendap sebuah bangunan yang terdapat pasukan Mujahidin di dalamnya di Beit Hanoun, dan menyasarkan jentolak dan kenderaan tentera.
Briged Al-Qassam juga menyasarkan kereta kebal Zionis yang menembusi timur kejiranan Al-Zaytoun dengan peluru “Al-Yassin 105”, dan membakarnya.
Sebelum itu, Briged Al-Qassam mengesahkan bahawa mujahidinnya terlibat (10:10 pagi) dalam pertempuran dengan tentera musuh yang menembusi barat laut Gaza. Mereka mengesahkan bahawa dua kenderaan disasarkan dengan peluru “Al-Yassin 105”, membakarnya, dan menumpaskan salah seorang askar dari permulaannya.
Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa Mujahidinnya memusnahkan kenderaan Zionis di timur Erez pada waktu subuh hari ini dengan alat letupan dan dua peluru “Al-Yassin 105”.
Briged Al-Qassam menghantar mesej kepada musuh, dengan menyatakan: Kamu tidak akan terlepas.
Dalam satu kenyataan pagi ini, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa Mujahidinnya melepaskan tembakan dalam serang hendap ke arah kenderaan yang menembusi barat Al-Tawam di utara Semenanjung Gaza dan bertempur dalam pertempuran itu dan menyasarkan 3 kenderaan Zionis menggunakan peluru “Yassin 105”. Briged Al-Qassam juga menyasarkan tentera darat Zionis berhampiran persimpangan Kerem Shalom dengan mortar.
Briged Al-Qassam berkata, selepas tengah malam: Mujahidin menyasarkan kenderaan penjajah Zionis dengan peluru berpandu Al-Yassin 105, sebagai sebahagian daripada konfrontasi tentera yang menembusi dua paksi di Gaza.
Mereka menyatakan dalam satu kenyataan tentera bahawa Mujahidinnya berhadapan dengan pasukan musuh menembusi paksi selatan Gaza, bertempur dengan mereka menggunakan mesingan, dan menyasarkan 4 kenderaan dengan peluru “Al-Yassin 105” dan alat letupan.
Dalam satu kenyataan lain, menambah bahawa Mujahidinnya menyasarkan tangki dan jentolak Zionis di barat laut Gaza dengan dua peluru “Al-Yassin 105”.
Pada petang Isnin, Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan penceroboh yang menembusi barat laut Gaza.
Briged Al-Qassam berkata dalam satu kenyataan ringkas pada pukul 18:06 waktu tempatan bahawa pejuang Mujhidinnya terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan mesingan dan peluru “Al-Yassin 105” dengan pasukan tentera penceroboh di barat laut Gaza.
Pada jam 16:45 waktu tempatan, Briged A-Qassam melaporkan bahawa mereka telah membedil kenderaan Israel di barat laut Beit Lahiya (utara Semenanjung Gaza) dengan peluru mortar.
Dia menambah bahawa “Mujahidinnya mengejutkan pasukan tentera penceroboh yang menembusi barat laut Beit Lahia, dan menyerang mereka dengan peluru dan mesingan “Al-Yassin 105” sambil diawasi penembak hendap.
Rejim Zionis memotong Jalan Salahuddin, tenggara Bandar Gaza, selepas waktu subuh ke kawasan terbuka yang memisahkan Gaza daripada gabenor pusat, sebelum pertempuran yang memaksanya berundur ke arah kawat pemisah.
Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyasarkan sebuah kapal pengangkut tentera Israel ‘menembusi’ ke kawasan kejiranan Zaytoun di timur Semenanjung Gaza.
“Briged Al-Qassam menyasarkan kapal pengangkut tentera Zionis menembusi timur kawasan kejiranan Zaytoun dengan peluru Al-Yassin 105,” kata al-Qassam dalam satu satu kenyataan.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Joe Ajoei
Khamis, 02-11-2023 – Dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh berikutan serangan di Tebing Barat pada pagi Selasa.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Muhammad Abdel Qader Kharaz, yang berusia 14 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang diterimanya dalam serangan oleh Rejim Zionis di bandar Zawata, Nablus. Seorang lelaki berusia 70 tahun bernama Rawhi Rashid Sawafta juga terbunuh selepas ditembak di muka semasa serangan Rejim Zionis di kawasan Tubas.
Selain itu, tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan dalam serangan Tubas, dua di antaranya dalam keadaan kritikal. Angka kematian rakyat Palestin di Tebing Barat telah mencapai angka 123, sementara hampir 1,950 lainnya mengalami kecederaan sejak 7 Oktober lalu dalam insiden-insiden serupa yang melibatkan konflik di kawasan tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 02-11-2023 – Menteri Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 8,525 warga Palestin, yang terdiri daripada 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita, telah terkorban dalam insiden serangan pihak Israel yang masih berlangsung sejak 7 Oktober. Sebanyak 21,543 warga Palestin yang lain telah mengalami kecederaan.
Ashraf al-Qudra, yang bertindak sebagai jurucakap untuk Kementerian Kesihatan Palestin, mengesahkan bahawa 18 serangan pembunuhan besar-besaran telah dilakukan di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lalu, menyebabkan 216 lagi terbunuh.
Sebanyak 926 serangan telah dilakukan di Semenanjung Gaza, ujar beliau lagi, yang mana menyaksikan beribu-ribu korban syahid. 2,000 orang lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, termasuk 1,100 kanak-kanak.
Beliau menekankan bahawa terdapat 15 hospital dan 32 pusat penjagaan utama tidak dapat digunakan, malah 25 buah ambulan telah musnah dalam letupan bom. Para petugas kesihatan seramai 130 orang juga terkorban di dalam beberapa siri serangan.
Al-Qudra memberitahu bahawa penaklukan Israeli mengancam keselamatan Turkish-Palestinian Friendship Hospital. Recep Erdogan, Presiden Turki melarang keras sebarang ancaman atau pemusnahan ke atas mercu tanda kemanusiaan Turki di Semenanjung Gaza.
Jet-jet pengebom Israeli juga berulangkali mensasarkan kawasan Al-Quds Hospital dan Indonesian Hospital, menurut Al-Qudra lagi.
Beliau merayu agar kerajaan Mesir membuka laluan Rafah bagi membenarkan kemasukan pasukan dan keperluan perubatan serta bekalan petrol.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Khamis, 02-11-2023 Pertahanan Palestin terus memperbaharui serangan peluru berpandunya terhadap pencerobohan Zionis dan kumpulan tenteranya, ketika Pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari ke-24 berturut-turut hari ini. Mereka terus berhadapan dengan pasukan musuh yang cuba menembusi pinggir Semenanjung Gaza dari segenap arah.
Dalam peristiwa malam ini, Briged Qassam telah berjaya menyasarkan dua pengeboman di Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai orang awam Gaza.
Media Ibrani (Rejim Zionis) turut melaporkan bahawa sebuah rumah di Rishon LeZion telah terkena peluru berpandu yang berada di tengah bumi Palestin yang dirampas.
Briged Al-Qassam turut mengumumkan – pada petang Isnin yang lalu- bahawa mujahidinnya berjaya mengejutkan tentera musuh dengan menembusi barat laut Beit Lahia dan menyerang mereka dengan roket dan mesin gun “Al-Yassin 105” yang ditembak oleh penembak tepat.
Mereka juga mengumumkan kejayaan pengeboman beberapa kenderaan tentera di barat laut Beit Lahia menggunakan peluru mortar.
Dalam sidang itu beliau juga menegaskan pengeboman Beersheba iaitu tanah yang dirampas dengan peluru berpandu Salvo dan serangan-serangan lain adalah sebagai tindak balas terhadap sasaran Zionis yang dibuat keatas orang awam.
Briged Al-Qassam juga menyenaraikan kejayaan mereka antaranya melakukan serangan ke atas Ashdod menggunakan peluru berpandu, tembakan peluru “berdebu” ke arah dron Zionis yang berada di udara wilayah tengah, serangan peluru berpandu ke arah Netfot di Negev barat, serangan ke atas Kibbutz “Nirim” dengan peluru mortar, dan pengeboman tapak tentera “Mars” dengan peluru mortar.
Briged Al-Quds, yang merupakan sayap tentera Gerakan Jihad Islam, berkata bahawa pejuangnya hari ini berjaya menangkap pasukan berperisai musuh (Israel) dalam serangan hendap yang dilakukan di timur kejiranan Zaytoun di Gharra, sekaligus mengakibatkan peningkatan angka korban dalam kalangan penjajah haram Zionis.
Kenyataan oleh Briged Al-Quds itu menegaskan lagi, “Mujahidin kami turut memerangkap pasukan berperisai musuh dalam serangan hendap di timur Olive,” dengan menyatakan bahawa terdapat korban dalam kalangan pasukan itu, tanpa butiran lanjut.
Mereka terus melaporkan bahawa pejuangnya terlibat dalam pertempuran yang sengit untuk menghalau dan menghalang tentera yang menyerang tenggara kejiranan Al-Zaytoun.
Sementara itu, pertahanan (Gaza) terus menghadapi percubaan pencerobohan Israel lebih daripada satu arah di Semenanjung Gaza.
Briged Al-Qassam terus berjaya menyasarkan kapal pengangkut tentera Zionis yang menembusi timur kejiranan Al-Zaytoun dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.
Sumber tempatan turut mengesahkan bahawa pertahanan (Al-Qassam) berhadapan dengan kenderaan (tentera musuh) yang berjaya menembusi Jalan Salah al-Din dan memaksa mereka berundur.
Sebagai fakta, sejak bermulanya Pertempuran Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober, 2,000 orang Israel (askar dan penjajah haram) telah terbunuh, ditangkap, atau hilang tanpa dikesan, dan lebih daripada 5,600 cedera, termasuk 1,200 tentera cedera parah.
Briged Al-Qassam juga setakat ini dapat menawan sepenuhnya bahagian Gaza yang telah dirampas oleh tentera, dan ratusan ribu peneroka haram Israel telah dipindahkan dari bumi Gaza manakala ribuan lagi melarikan diri melalui lapangan terbang, di mana hal ini memberi tekanan kepada ekonomi Israel.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Khamis, 02-11-2023 Pada pagi Isnin lepas, pejuang penentang Palestin telah menggagalkan pencerobohan beberapa kereta kebal dan jentolak berperisai rejim Zionis di timur Gaza, iaitu di Jalan Salahuddin di selatan Gaza City.
Menurut sumber tempatan yang memaklumkan kepada wartawan Palestinian Information Center (PIC), rejim Zionis mara daripada kawasan pertanian yang terletak kira-kira 3km daripada pagar sempadan di timur Gaza menghala ke Jalan Salahuddin. Pejuang Palestin menyerang mereka dengan sengit menggunakan peluru berpandu sehingga memaksa mereka berundur dengan bantuan persenjataan udara. Ini mengesahkan bahawa rejim Zionis tidak dapat berada di lokasi tersebut melebihi 10 minit sebelum disekat dan diserang oleh pejuang Palestin.
Dalam masa yang sama, Pejabat Media Kerajaan Palestin menegaskan bahawa tiada pencerobohan dan kehadiran rejim Zionis di kawasan kediaman penduduk mahupun di jalan-jalan Semenanjung Gaza, sambil menggambarkan dakwaan rejim Zionis sebagai penipuan.
Berkenaan insiden di Jalan Salahuddin, Pihak Pejabat Media mengesahkan bahawa ia hanyalah percubaan rejim Zionis untuk menceroboh selepas mara daripada kawasan pertanian di Juhor ad-Dik. Pihak rejim telah mengebom 2 kenderaan orang awam di jalan tersebut dan melaksanakan operasi jentolak sebelum pejuang Palestin muncul melawan dan memaksa mereka berundur.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman
Khamis, 02-11-2023 – Orang ramai menahan nafas.. Abu Ubaida akan menyampaikan ucapan.Laman rangkaian sosial dari Timur hingga Maghribi menunggu apa yang akan dikatakan oleh lelaki bertopeng itu
Abu Ubaida nampaknya berkata bahawa Israel hanya berjaya membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah, dan dengan logik yang mencabar, Abu Ubaida berkata bahawa penentangan sedang menunggu pertempuran darat “untuk mengajar mereka kepahlawanan,” berikrar untuk mengalahkan pendudukan dan menghapuskannya. , menafikan kisahnya tentang pertempuran di lapangan.
Rintangan yakin akan kemenangan!
Abu Ubaida bercakap tentang dua pertempuran: yang pertama diperangi oleh seorang pejuang penentangan terhadap beberapa askar Israel yang melarikan diri darinya, dan yang kedua telah diperangi oleh tiga pejuang penentangan terhadap seluruh bahagian tentera, menyebabkan kerugian besar. Sebuah novel yang menyentuh semangat masyarakat Israel yang diduduki.
Sambil menyingsing lengan bajunya, Abu Ubaidah mengejek naratif “tentera yang tidak dapat dikalahkan” dan kelemahan dan kehinaannya berbanding dengan keberanian dan keganasan penentangan. Abu Ubaidah kelihatan tenang, yakin dan yakin, memetik firman Yang Maha Kuasa, “Begitulah. , dan sesungguhnya Allah-lah yang melenyapkan tipu daya orang-orang kafir”.
Abu Ubaida menaikkan semangat orang ramai, menegaskan bahawa penentangan membuat senjata sendiri dan mampu mencapai matlamatnya, menjelaskan bahawa matlamat penentangan adalah untuk menghapuskan pendudukan dan membebaskan tahanan Palestin. Dia mencadangkan perjanjian “semua untuk semua”, dan tidak ada perselisihan mengenai kaedah itu, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.
Oleh itu, Abu Ubaida menyampaikan ucapan yang tegas, yakin dan tawaran yang realistik dan terpakai, untuk menyatakan hasrat menentang kerajaan pendudukan, dan meletakkannya di hadapan masyarakatnya, yang kemudiannya menimbulkan permintaan untuk menyelesaikan perjanjian pertukaran yang akan membawa kepada pembebasan semua banduan dari kedua belah pihak.
Penjajah yang dikalahkan secara psikologi!
Sebaliknya, sejauh mana perselisihan pendapat dan kekecewaan yang semakin meningkat yang berlaku dalam kalangan rasmi dan popular Zionis menjadi jelas melalui sidang akhbar bersama dengan Netanyahu, Gantz, dan Gallant, dan kesan yang mendahului dan mengikutinya. Peribadi Netanyahu sebagai tumpuan perselisihan faham mendominasi adegan Israel, dan tidak jelas sejauh mana orang Israel menantikan untuk mendengar ucapan Netanyahu, terutamanya kerana sebahagian besar daripada mereka menuntut pemergiannya segera, dan tidak mempercayai kepimpinannya dalam peperangan
Netanyahu, menurut konsensus penganalisis dan pakar Zionis dan Barat, tidak bercakap tentang matlamat yang realistik, dan dia mengulangi lebih daripada sekali bahawa Hamas mesti dikalahkan dan dihapuskan, kerana semua orang tahu bahawa ini hampir tidak mungkin. Kemudian dia bercakap bahawa menyelamatkan banduan adalah matlamat kedua. Apabila dia ingin menarik balik penghinaan terhadap banduan, dia mengesahkan bahawa dia merasakan kesakitan keluarga mereka, dan berkata, “Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mendapatkan mereka kembali,” ungkapan yang tiada makna.
Netanyahu…pencuri narsis!
Di tengah-tengah pertikaian ini, penulis akhbar Maariv Ben Caspit menggesa agar Netanyahu disingkirkan serta-merta, dan berkata, “Netanyahu telah menyebabkan kerosakan yang banyak, dan mesti disingkirkan daripada kuasa,” manakala editor laman berita Walla, Nir Kivnis, percaya bahawa laluan Netanyahu Ahli politik kontroversial itu mengiringi Israel dalam peperangan di Gaza melalui perselisihan pendapat dan pendirian yang berbeza mengenai peribadi dan pendekatannya.
Penganalisis politik Akiva Eldar percaya bahawa perdebatan Israel semasa perang pada asalnya mencerminkan pertikaian yang sedia ada dalam kancah politik mengenai peribadi Netanyahu, yang, di tengah-tengah perang ke atas Gaza dan ketegangan di bahagian utara dengan Lubnan, sedang melancarkan memperjuangkan masa depan politiknya. Pengarang hal ehwal politik di akhbar Haaretz, Ravit Hecht, berkata, “Apa yang Netanyahu lakukan adalah menghakis kepercayaan askar kepada komander mereka dan membahayakan keselamatan negara.” Dia “seperti pencuri di malam hari, seorang narsisis yang tidak mengawal motifnya. , walaupun dalam masa perang dan kecemasan, dan selepas waktu berjam-jam.” Hanya beberapa minit selepas sidang akhbar dengan rakan-rakannya yang membenci dan meluatnya – Galant dan Gantz -, Netanyahu memilih untuk menyerang tentera dan perisikan, untuk menguatkan dirinya dan membawa naratif yang membebaskannya daripada sebarang tanggungjawab.
Mayat bergerak!
Dalam konteks ini, laporan dalam akhbar Ibrani Haaretz mengesahkan bahawa “isteri Netanyahu, anaknya, dan pekerja pejabatnya semuanya terputus hubungan dengan masyarakat Israel dan daripada apa yang berlaku hari ini… Mereka pasti bahawa bencana itu hanyalah satu lagi bencana. krisis bahawa mereka akan dapat bertahan.”
Salah seorang menteri Likud mengulas tweet Netanyahu yang dipadam, berkata, “Cap jari keluarga diraja (keluarga Netanyahu) muncul dalam tweet pada malam Sabtu, dan saya fikir ia adalah kesilapan besar yang menjadikan kejatuhan Netanyahu lebih dekat.”
Dia menyambung: “Saya selangkah lagi untuk menentangnya (Netanyahu) secara terbuka, tetapi mereka memberitahu saya: Jangan peduli, anda sedang memijak mayat.”
Sejak 29 Disember, Netanyahu telah mengetuai kerajaan campuran yang digambarkan dalam media Ibrani sebagai “kerajaan sayap kanan paling ekstrem dalam sejarah Israel.”
Setelah memimpin beberapa kerajaan selama kira-kira 16 tahun, Netanyahu ialah perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel, dan beliau adalah yang pertama menghadapi perbicaraan jenayah atas tuduhan rasuah semasa memegang jawatan.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Rabu, 01-11-2023 – Israel telah memutuskan perkhidmatan telekomunikasi di kebanyakan kawasan kejiranan di utara Semenanjung Gaza pada petang Ahad. Walau bagaimanapun, banyak kawasan lain di Semenanjung Gaza turut mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet untuk jangka masa yang lama.
Menurut sumber media tempatan, perkhidmatan telekomunikasi dan Internet tiba-tiba telah dilumpuhkan. Sementara itu, pengeboman kejam Israel berterusan dengan beberapa kawasan kejiranan menjadi sasaran.
Perkhidmatan telekomunikasi dan Internet secara beransur-ansur kembali pulih di pagi Ahad di Semenanjung Gaza selepas terputus sepenuhnya dari petang Jumaat, semasa mereka sedang menghadapi serangan udara yang menakutkan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di kawasan yang dikepung itu.
Kumpulan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa menyatakan bahawa memutuskan komunikasi dan Internet selepas membunuh begitu ramai wartawan dan menakut-nakutkan yang lain dengan membunuh keluarga mereka adalah permulaan kepada kekejaman yang lebih ngeri, di samping bertujuan untuk menyembunyikan jenayah mereka daripada dunia.
Gangguan komunikasi ini juga telah menyebabkan keupayaan sistem kesihatan, ambulans, dan pasukan perubatan lumpuh sepenuhnya.
Kementerian Telekomunikasi Palestin pula mendedahkan pada hari Jumaat bahawa Rejim Zionis telah memutuskan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet melalui kawalannya ke atas kabel dari luar Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Rabu, 01-11-2023 – Penentangan Palestin telah memperbaharui serangan peluru berpandunya ke atas penempatan dan perhimpunan tentera Israel ketika Pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari ke-24 pada hari Isnin lalu.
Briged Al- Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan pelancaran serangan roket ke atas penempatan Netivot di barat Negev.
Radio tentera Israel berkata bahawa 40 roket menyasarkan penempatan Netivot, sebahagiannya mengenai bangunan secara langsung, dengan dua kecederaan telah dilaporkan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul