Selasa, 31-10-2023 – Kementerian Kesihatan mendedahkan sejumlah 116 orang staf perubatan syahid akibat serangan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, yang mengakibatkan lebih 8,000 orang syahid dan lebih 20,000 orang cedera.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra, mengesahkan dalam satu sidang akhbar pada petang Ahad bahawa jumlah yang syahid daripada sektor peurbatan meningkat kepada 116, 25 ambulans musnah dan 57 fasiliti kesihatan terus diserang Israel.
Sejak serangan bermula, tentera rejim zionis (IOF) terus menyasarkan ambulans, dan Hospital Al-Muamadani serta Hospital Indonesia, menyebabkan beberapa kru perubatan syahid, yang lain cedera, juga ratusan orang awam, beliau menjelaskan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Selasa, 31-10-2023 – Al-Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan pada petang Ahad bahawa sekumpulan pejuangnya menyerang pasukan Israel dan kenderaan mereka di barat laut Beit Lahia selepas menjalankan operasi penyusupan di belakang barisan musuh.
Dalam satu kenyataan, al-Qassam Brigades menambah bahawa pejuangnya bertempur dengan pasukan tentera Israel yang merampas tanah di barat laut Beit Lahia, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Brigades juga mengatakan bahawa mereka menyerang kumpulan kenderaan tentera Israel di kawasan al-Amerikiya, barat laut Beit Lahia, dengan pesawat tanpa drone yang membawa bom.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Selasa, 31-10-2023 Pasukan Penjajah Zionis meneruskan pencerobohan kejam mereka di Semenanjung Gaza, holokus berdarah ini telah memasuki hari ke-24 dan mereka telah melancarkan berpuluh-puluh serangan dan mengebom rumah , kawasan perumahan dan keatas penduduk-penduduk sekitarnya, penjajah zionis mengebom hospital dan persekitaran mereka, menyebabkan lebih ramai syahid dan cedera.
Ketua Pengarah Hospital Al-Sadaqah Turki berkata bahawa pesawat perang Zionis menyasarkan kawasan sekitar hospital berulang kali semenjak beberapa hari lalu, yang membawa kepada kemusnahan sebahagian besar hospital.
Beliau menambah bahawa pesakit kanser dan kakitangan perubatan berada dalam keadaan panik akibat serangan itu, yang menyasarkan satu-satunya hospital untuk pesakit kanser di Semenanjung Gaza.
Beliau menegaskan bahawa kerosakan teruk di bangunan itu adalah akibat penjajah Israel berulang kali menembak kawasan itu.
Beliau menjelaskan bahawa penjajah Israel bukan sahaja menambah penderitaan dan kesakitan pesakit kanser, mereka juga menghalang mereka daripada ubat-ubatan dan dihalanh untuk mendaparkan rawatan di luar negara, dan membahayakan nyawa mereka dengan menyasarkan kawasan berdekatan hospital.
Pesawat perang Israel juga terus melancarkan berpuluh-puluh serangan agresif berbentuk bom kimia di sekitar Hospital Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Al-Quds di kejiranan Tel Al-Hawa, barat daya Bandar Gaza.
Menurut sumber tempatan, pesawat perang Israel mengebom kawasan sekitar Hospital Al-Quds untuk memaksa penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam untuk berpindah ke selatan.
14,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan di hospital sebagai tempat selamat, selain kira-kira 400 pesakit, termasuk cedera, yang juga kini diancam pengeboman.
Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa menjelaskan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel memperbaharui amaran mereka hari ini untuk mengebom Hospital Al-Quds, dan mengarahkan pemindahan segera, memegang pendudukan yang bertanggungjawab untuk keselamatan rakyatnya.
Dalam satu kenyataan ringkas, beliau menegaskan mereka tidak akan mengosongkan hospital itu, sambil menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan segera dan segera bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai.
Pesawat perang Israel dilaporkan mengebom sebuah rumah milik keluarga Nofal di utara Semenanjung Gaza. Pesawat perang Israel juga mengebom sebuah rumah di selatan Gaza dan meneruskan bedilan artileri di timur Semenanjung Gaza.
Wartawan yang membuat liputan peristiwa dari dalam Gaza melaporkan bahawa pasukan Zionis meminta mereka meninggalkan kawasan itu.
Malam tadi, rangkaian komunikasi dan internet terputus di kebanyakan kawasan kejiranan di utara Semenanjung Gaza, sementara mereka menghadapi gangguan besar selama berjam-jam di seluruh Semenanjung.
Menurut sumber media, komunikasi dan Internet tiba-tiba terputus malam tadi di kawasan utara, sementara pasukan zionis meneruskan jenayah serangan kejam mereka di kawasan kejiranan yang berasingan.
Sejak 7 Oktober, tentera penjajah Israel terus melakukan holokus berdarah di Semenanjung Gaza, yang setakat ini telah mengakibatkan 8,005 orang mati syahid, termasuk 3,342 kanak-kanak, 2,062 wanita dan 460 orang tua, selain lebih daripada 20,000 cedera, 70% daripadanya adalah kanak-kanak, selain perpindahan 1.4 juta rakyat Palestin, dan perobohan lebih daripada 200,000 unit rumah secara keseluruhan atau sebahagian.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul
Isnin, 30-10-2023 Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva berkata pada hari Rabu bahawa apa yang berlaku di Semenanjung Gaza merupakan satu pembasmian kaum.
“Ia bukan peperangan; ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang telah membunuh hampir 2 ribu kanak-kanak yang tiada kaitan dengan perang ini; mereka adalah mangsa peperangan. Dan terus terang, saya tidak tahu bagaimana seorang manusia mampu berperang walaupun mengetahui bahawa akibat daripada peperangan itu adalah kematian kanak-kanak yang tidak berdosa,” isytiharnya.
Tambahnya, “Apa yang sedang berlaku di Timur Tengah pada masa ini adalah serius, dan ia bukan soal membincangkan siapa yang betul atau siapa yang salah, siapa yang melepaskan tembakan pertama dan siapa yang melepaskan tembakan kedua,”.
Bagi pihak Sepanyol pula, Pemangku Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Pellara telah menyeru negara-negara Eropah untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan mengenakan sekatan senjata serta sekatan ekonomi ke atas mereka.
Pellara berkata dalam catatan blog di aplikasi X, “Mari kita bertindak. Ia masih boleh menghentikan genosid ini,” merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau menyeru negara-negara Eropah untuk mengambil tindakan terhadap Israel, iaitu memutuskan hubungan diplomatik dengan mereka dan mengenakan sekatan ekonomi secara tegas.
Pellara menggesa agar sekatan senjata dilakukan dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta semua pemimpin politik lain yang mengebom orang awam dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah
Isnin, 30-10-2023 Sekurang-kurangnya 2,360 kanak-kanak telah dibunuh sepanjang 18 hari lalu dalam kekejaman berterusan Israel di Semenanjung Gaza, dengan lebih 400 kanak-kanak sama ada terbunuh atau cedera setiap hari, menurut laporan Pertubuhan Kanak-Kanak Bangsa Bersatu, UNICEF .
Pertubuhan PBB turut mendedahkan, seramai 5,364 kanak-kanak Gaza telah cedera sejak 7 Oktober, menggambarkan tempoh 18 hari itu sebagai peningkatan pertembungan paling dahsyat di Semenanjung Gaza yang telah disaksikan oleh pihak PBB sejak 2006.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, UNICEF berkata: “Keadaan di Semenanjung Gaza semakin meremehkan pegangan nilai sejagat kita”, dan menggesa “gencatan senjata kemanusiaan segera”, dan “semua akses lintasan ke Gaza dibuka untuk keselamatan, akses bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan, termasuk air, makanan, bekalan perubatan dan bahan api.”
Tegas UNICEF, hampir setiap kanak-kanak di Semenanjung Gaza terdedah kepada peristiwa dan trauma yang amat menyedihkan kerana menyaksikan kemusnahan yang meluas, serangan tanpa henti, perpindahan, dan kekurangan melampau terhadap keperluan penting seperti makanan, air dan ubat-ubatan.
“Pembunuhan dan kecacatan akibat serangan terhadap kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, serangan ke atas hospital dan sekolah, dan penafian akses kemanusiaan merupakan pencabulan terbesar kepada hak kanak-kanak,” Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khader berkata.
Kenyataan itu juga merujuk kepada pembunuhan kanak-kanak oleh rejim Israel di Tebing Barat, menyatakan “Tebing Barat juga telah menyaksikan lonjakan yang membimbangkan dalam kematian, dengan hampir seratus rakyat Palestin dilaporkan kehilangan nyawa mereka, termasuk 28 kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 160 kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan, sejak 7 Oktober 2023.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Jumaat, 27-10-2023 Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu yang lalu, Ketua Pejabat Media Kerajaan di Gaza, Salama Marouf berkata bahawa “Serangan udara oleh Israel ke atas kedai roti Al-Maghazi adalah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara berterusan terhadap rakyat kita.”
Marouf turut menjelaskan bahawa kedai roti itu dibekalkan dengan tepung beberapa jam lebih awal oleh UNRWA. Sebagai bekalan makanan untuk puluhan ribu penduduk kem dan mereka yang dipindahkan di sana. Peluru berpandu itu telah memusnahkan sepenuhnya kedai roti dan hanya meninggalkan kesan lubang besar di tempat tersebut. Selain itu, turut merobohkan beberapa rumah di sekitar kedai roti di tengah kem pelarian Al-Maghazi, 10 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera.
“Tingkahlaku mereka memang benar-benar konsisten semenjak awal jenayah pencerobohan lagi. Ini menunjukkan pembohongan pendudukan dan sifat sasarannya di Semenanjung Gaza. Kita telah menyaksikan berpuluh-puluh contoh peristiwa serangan udara yang menyasarkan tempat himpunan orang awam seperti di kedai roti, pasar, hospital dan gereja. Misalnya peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al-Ahli Al-Arabi dan Gereja Ortodoks Yunani,” katanya.
“Ini adalah jenayah melalui penjajahan yang meningkatkan kos kemanusiaan bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila rakyat kita menanggung kesengsaraan ini di bawah kepungan ketat dan sekatan daripada mendapatkan keperluan asas dan keperluan hidup,” tambah beliau.
Terdahulu pada petang Selasa, pesawat pejuang Israel telah menjatuhkan lebih 12,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Kekuatan letupan adalah sama dengan bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima di Jepun pada tahun 1945.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Kamariah
Jumaat, 27-10-2023 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat al-Reshaq menyeru Negara Arab dan semua Muslim di seluruh dunia untuk bergerak dan mengambil bahagian dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang terkesan dengan pencerobohan kejam Israel di Semanjung Gaza.
Rabu lalu, Resheq menyatakan bahawa pencerobohan Israel telah berlangsung selama 19 hari dengan pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh dengan kejam dalam rumah mereka sendiri.
Wakil Rasmi Hamas turut menyatakan bahawa “Pencerobohan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 6,100 rakyat Palestin dan kecederaan kepada lebih 17,000 termasuklah kes-kes kritikal. Semua keluaga telah dibuang daripada Daftar Awam,” beliau berkata.
Akibat pemusnahan Rejim Israel itu, banyak infrastruktur seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja telah musnah ditambah lagi dengan pemotongan sumber bekalan air dan elektrik. Resheq turut menambah “Hal terjadi ini sama seperti Nazi, Zionis dan pencerobohan pengganas terhadap kami.”
Ketua Hamas itu memuji keteguhan hati rakyat Palestin dalam mendepani kekejaman jenayah perang oleh Israel dan ketabahan pertahanan rakyat Palestin serta Briged al-Qassam (sayap bersenjata Hamas).
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq
Jumaat, 27-10-2023 Rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai secara berturut-turut dalam satu malam ketika pencerobohan haram Israel yang telah berterusan selama 18 hari tanpa henti di Gaza, mengakibatkan berdozen-dozen rakyat Palestin yang syahid dan cedera.
Kementerian Dalam Negeri Palestin mengesahkan bahawa serangan udara tanpa henti Israel telah dilancarkan di satu kawasan tidak berpenghuni di Projek Beit Lahia, iaitu kejiranan Al- Faluja di utara Gaza, dan Khan Younis di selatan enklaf yang dikepung itu, membawa kepada kematian dan kecederaan yang besar jumlahnya.
Menurut daripada sumber kesihatan, pencerobohan yang berterusan oleh Israel telah membunuh 130 rakyat Palestin sejak malam tadi, kebanyakan dari mereka adalah kanak-kanak.
Pagi semalam, sebanyak 7 orang para syuhada telah dibunuh, dan berpuluh orang telah cedera dan 8 lagi telah hilang disebabkan pengeboman udara Israel terhadap keluarga Abu Hussein berdekatan dengan Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir El-Balah.
Ramai lagi yang cedera dalam serangan udara Israel yang telah menghancurkan rumah Abu Ratmiya di kejiranan Tel El-Sultan di barat Bandar Rafah.
Sekurang-kurangnya satu rakyat Palestin dilaporkan syahid dan yang lain cedera dalam kalangan keluarga Abu Rukba di Kem Pelarian El- Shabora di Rafah.
Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 10 kematian para syuhada dan yang tercedera telah sampai di Hospital Al-Emirati susulan daripada serangan udara Israel yang telah menyasarkan rumah keluarga Al-Hashash di daerah Hashashin di Rafah, selatan Genting Gaza yang dikepung.
Menyasarkan penduduk Gaza yang telah berpindah dari Utara Gaza ke Selatan Gaza yang telah disekat itu,Rejim Zionis komited untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang baru terhadap pelarian yang telah berpindah ke satu rumah di Bandar Al-Qarara di Khan Younis, mengakibatkan kematian 17 rakyat Palestin, 11 daripadanya ialah daripada keluarga Saqallah, 4 lagi keluarga Husny, dan 2 lagi ialah keluarga Otul.
Serangan tanpa henti Israel itu turut menyasar satu rumah yang tidak berpenghuni di Jabalya al-Balad di utara Gaza.
Ramai yang syahid dan cedera dalam satu lagi serangan udara Israel terhadap rumah rakyat Palestin dalam kawasan Blok 6 di Kem Pelarian al-Buraji di Tengah Gaza.
Wartawan PIC melaporkan bahawa Rejim Zionis melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Rafah, ketika serangan Israel melanda rumah yang didiami keluarga Al-Maghazi dan Qeshta berhampiran pusat perlindungan untuk pelarian, mengakibatkan kematian lebih 28 orang mati syahid di samping itu juga, banyak kecederaan yang terjadi.
Kira-kira 17 rakyat Palestin juga telah syahid, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 40 cedera dalam pengeboman yang dilancarkan ke atas dua rumah milik keluarga Siam dan Al-Farra di daerah Al-Katiba dan Al-Balad di Khan Younis.
Kemudian, serangan udara Israel melanda sekitar stesen minyak di garisan timur Khan Younis, mencetuskan kebakaran dan menyebabkan banyak kecederaan.
Krew pertahanan awam di kem Al-Shati, barat Gaza, juga telah dibom semasa mengangkut mangsa yang cedera. Sementara itu, sekurang-kurangnya 5 rakyat terbunuh akibat pengeboman Israel ke atas rumah keluarga Al-Bakir, bertentangan dengan Masjid Khalil al-Rahman di kem pelarian Al-Shati.
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan, pada masa sebelumnya, bahawa Israel melancarkan serbuan baru di beberapa rumah di kem pelarian Al-Shati.
Di Beit Lahia, bekalan elektrik ke Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza terputus kerana kekurangan bahan api.
Jumlah yang syahid dan kecederaan
Pada petang Isnin, jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa Rejim Zionis telah melakukan 23 pembunuhan beramai-ramai dalam masa beberapa jam lepas, meragut nyawa 436 syuhada, termasuk 182 kanak-kanak, yang majoritinya dari selatan Semenanjung Gaza.
Pembunuhan beramai-ramai Israel yang dilakukan terhadap keluarga rakyat Palestin berjumlah 597 pembunuhan beramai-ramai, meragut nyawa 3,813 syuhada, jumlah besar daripada mereka masih di bawah runtuhan bangunan, tambah Al-Qudra.
Beliau menegaskan bahawa jumlah keseluruhan mangsa Palestin dalam pencerobohan Israel ke atas Gaza, sejak dari mula, berjumlah sehingga 5,087 syahid, dengan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita, dan 217 warga emas, selain 15,273 rakyat Palestin mengalami kecederaan.
“Kami menerima 1,500 laporan kehilangan rakyat Palestin yang masih di bawah runtuhan, termasuk 830 kanak-kanak,” katanya.
Al-Qudra juga mendedahkan bahawa pasukan perubatan melaporkan kecederaan melecur yang teruk dan kes-kes pencairan kulit yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada mayat yang cedera dan sewajarnya amat sukar untuk ditangani.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi
Khamis, 26-10-2023 “Israel tidak sepatutnya dibiarkan untuk terus membunuh tanpa mengira sesiapa,” kata Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani semasa ucapan tahunannya bagi pembukaan Majlis Shura negeri Arab Teluk pada pagi Selasa, 24 Oktober 2023.
“Ia perlu dihentikan. Israel tidak patut diberi lampu hijau untuk membunuh sesiapa sahaja tanpa syarat dan batasan,” tambah beliau. Beliau mengulangi seruan untuk gencatan senjata segera selepas pertumpahan darah telah melanggar semua batasan dan mengancam keselamatan rantau itu.
“Kami menyeru agar serantau dan antarabangsa bersikap lebih serius bagi menentang tragedi yang semakin parah yang mengancam keselamatan serantau dan dunia,” kata Sheikh Tamim.
Ujar beliau lagi, “Israel tidak sepatutnya dibenarkan untuk memutuskan bekalan air, ubat, dan makanan sebagai salah satu bentuk serangan mereka.”
“Kami tidak dapat menerima sikap pilih kasih yang menganggap nyawa kanak-kanak Palestin tidak penting, seolah-olah mereka tidak mempunyai wajah atau nama,” kata Sheikh Tamim.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah
Khamis, 26-10-2023 Tentera Zionis berterusan melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza memasuki hari kelapan belas.
Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa tentera zionis membunuh 47 lagi penduduk Palestin dalam beberapa jam yang lalu, menyebabkan 704 mati syahid.
Bilangan rakyat yang maut dan cedera juga meningkat ekoran serangan bom udara yang disasarkan keatas dua rumah di Al-Saftawi dan Bir Al-Naja di utara Gaza.
Sekurang-kurangnya 50 rakyat mati syahid dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat siri serangan pesawat Israel ke atas rumah-rumah penduduk di Khan Yunis.
Berlaku juga peningkatan penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel yang mengebom sebuah rumah di “Jum’ah” di Jabalia, utara Semenanjung Gaza. Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat Israel mengebom beberapa rumah di (Blok G), mengakibatkan sekurang-kurangnya 29 mati syahid, manakala 6 lagi mati syahid selepas Israel menyasarkan rumah di Abu Nasira di Bani Suhaila, dan beberapa lagi dalam serangan berasingan.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel yang mengebom sebuah rumah di “Jomaa” di Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah di “Al-Adini” di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.
Kematian dan kecederaan juga meningkat akibat serangan udara Israel menyasarkan beberapa rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa terdapat mangsa yang terkorban susulan kebakaran yang berlaku akibat peluru fosforus yang dilepaskan tentera Israel ke Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.
Bilang kematian dan kecederaan juga meningkat dalam pengeboman oleh pesawat Israel di “Khattab” di Deir al-Balah di Wilayah Tengah.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Khamis, 26-10-2023 Rejim Zionis semalam telah melancarkan serbuan secara besar-besaran di Tebing Barat dengan menangkap sekurang-kurangnya 50 orang Palestin yang terdiri daripada bekas tahanan dan aktivis yang menyokong Pergerakan Hamas.
Ketika operasi serbuan di Jenin, Rejim Zionis telah menangkap seorang bekas tahanan kurang upaya, Sheikh Adnan Hamarsheh selepas membuat serbuan di rumahnya di Bandar Ya’bad serta menahan dua orang lagi bekas tahanan lain.
Selain itu, mereka juga telah menyerbu Al-Taram di Barat Jenin dan telah mengancam untuk mengebom sebuah rumah tempatan dipercayai milik Yahya Al-Fakhouri, jika dia tidak menyerah diri.
Serbuan lain juga telah diadakan di sekitar bandar yang mengakibatkan seorang pemuda ditahan dan Rejim Zionis kemudian meneruskan tagkapan terhadap dua bekas tahanan di Qalqilya dan Salfit.
Sekurang-kurangnya sejumlah 10 orang Palestin telah ditahan termasuk bekas tahanan dan aktivis politik, manakala tujuh yang lain termasuk 4 adik beradik telah ditahan di Bethlehem dan sembilan diculik di al-Khalil.
Sejak Pergerakan Hamas memulakan operasi ketenteraannya “Taufan Al-Aqsa” terhadap tentera Israel, Rejim Zionis telah meningkatkan kempen penangkapannya di Tebing Barat dan Jurusalem dengan menculik beratus orang Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hakimah
Khamis, 26-10-2023 Briged Al-Qassam telah membebaskan dua orang lagi tahanan wanita setelah proses rundingan dijalankan oleh Qatari dan Mesir, walaupun Israel sebelum ini menolak usul berkenaan.
“Dengan bantuan Mesir dan Qatar selaku perantara, kami melepaskan dua tahanan atas sebab-sebab kemanusiaan, biarpun pihak musuh sebelum ini menolak rundingan berkenaan,” kata Abu Obeida, jurucakap Briged Al-Qassam, dalam kenyataan di rangkaianTelegram. Pasangan berkenaan tuirut disahkan sebagai Nurit Yitzhak berusia 79 tahun dan Yocheved Lifshitz berusia 85 tahun.
Abu Obeida menambah bahawa pembebasan dua tahanan tersebut adalah atas “sebab-sebab kemanusiaan dan perubatan yang mendesak, walaupun pihak Israel melakukan lebih dari lapan pelanggaran prosedur (dalam proses berkenaan).”
“Telah dipersetujui bersama dengan perantara bahawa pihak Israel akan mematuhi prosedur semasa penyerahan dua tahanan itu, tetapi ia [Israel] melanggarnya,” katanya, tanpa menjelaskan syarat-syaratnya.
Pembebasan pasangan berkenaan berlaku beberapa hari selepas penglibatan Qatar sebagai pengantara yang berhasil membebaskan dua tahanan Amerika, yang dikenal pasti sebagai Judith Raanan dan Natalie Raanan—pasangan ibu dan anak perempuan.
Pada Jumaat yang lalu, Abu Obeida memberitahu Qatar bahawa Al-Qassam sedia untuk melepaskan dua tahanan wanita tambahan “atas sebab-sebab kemanusiaan,” tetapi tindakan itu ditolak oleh Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 26-10-2023 Omar Hamza Hassan Daraghmeh, berumur 58 tahun, meninggal dunia di penjara Megiddo pada malam Isnin dalam keadaan yang misteri. Omar adalah rakyat Palestin yang menjadi tahanan pentadbiran.¹
Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan bersama Persatuan Banduan Palestin dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa tentera Israel menahan Daraghmeh bersama dengan anaknya, Hamza, pada 9 Oktober, dan menempatkan mereka di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan.
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa sesi mahkamah diadakan untuk Daraghmeh lebih awal hari ini melalui video konferens di Mahkamah Tentera Ofer, dengan kehadiran peguamnya, Ashraf Abu Sneineh, yang bertanya tentang keadaan kesihatan beliau dan beliau menjawab bahawa beliau dalam keadaan sihat.
Kenyataan itu menegaskan bahawa naratif Israel mengenai keadaan kematian beliau adalah dan akan kekal dipertikaikan.
Kenyataan bersama itu menegaskan tentera Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas jenayah itu, yang bermula dengan penahanan pentadbiran Daraghmeh tanpa tuduhan, di bawah alasan “fail rahsia.”
Beberapa banduan yang baru-baru ini ditahan mengesahkan bahawa mereka dikenakan penderaan dan dibelasah teruk.
Angkatan Hamas meratapi kematian Omar Daraghmeh, menyalahkan tentera Israel atas pembunuhan beliau.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Sofia
Khamis, 26-10-2023 Puak-puak penentang Palestin mengarahkan serangan peluru berpandu baharu ke arah penempatan penduduk dan tentera, ketika pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari kelapan belas, ketika barisan Lubnan terus terbakar dan mungkin lebih ramai disebabkan oleh pembunuhan beramai- ramai yang dilakukan oleh penjajah di Semenanjung Gaza.
Briged Al-Qassam melancarkan serangan roket ketiga di Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Media Ibrani melaporkan 60 peluru berpandu menyasarkan Tel Aviv. Briged Al-Qassam memperbaharui pengeboman mereka ke atas Tel Aviv dan Beersheba yang dijajah dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap Zionis yang menyasarkan orang awam.
Akhbar Maarif melaporkan bahawa peluru berpandu jatuh ke atas penempatan Alfei Menashe, yang didirikan secara haram di tanah timur Qalqilya. Ini membawa kepada kerosakan dan kemusnahan beberapa bangunan.
Pada petang Selasa, Briged Al-Qassam melepaskan bedilan roket ke arah Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Briged Al-Qassam mengebom Beersheba yang dijajah dengan bedilan roket sebagai tindak balas kepada sasaran orang awam, dan pengerahan musuh berhampiran Mufkai’m. Jurucakap tentera Israel mengakui pelancaran peluru berpandu dari Lubnan ke arah penempatan Shtula.
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan pengeboman kompleks Miftahim dengan bedilan roket pada pagi Selasa. Briged Al-Quds, sayap tentera Jihad Islami, melepaskan tembakan roket ke arah pendudukan haram Kissufim dan Third Eye. Sebelum itu, pasukan ini mengumumkan bahawa pembentukan tentera di tapak Sufa yang dibedil dengan mortar.
Briged Penentangan Kebangsaan (Pasukan Syahid Omar Al-Qasim) juga mengumumkan bahawa mereka mengebom – pada Selasa – sekumpulan pasukan musuh di selatan markaz tentera Malka dengan tiga peluru mortar berkuasa tinggi.
Malam tadi, Hizbullah mengebom lebih banyak kedudukan tentera di pendudukan haram sempadan Lubnan. Semalam juga menyaksikan berbilang operasi oleh Briged Al-Qassam, derngan pelancaran dua pesawat serangan berani mati yang menyasarkan pasukan pendudukan Zionis. Jurucakap Hamas, Abdul Latif Al-Qanou berkata, tentangan itu padu, kuat, mampu menguruskan pertempuran dan sangat bersedia untuk menghadapi sebarang pencerobohan darat ke atas Gaza.
Sejak bermulanya pertempuran taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober, 2,000 orang Israel (tentera dan peneroka tanah haram) telah terbunuh, ditangkap dan hilang, dan lebih daripada 5,600 yang cedera,
termasuk 1,200 orang tentera kurang upaya, berpuluh-puluh kes yang tiada harapan, dan beratus-ratus kes serius, selain pemusnahan Bahagian Gaza dalam operasi ketenteraan terhadap pendudukan haram sepenuhnya, dan perpindahan ratusan ribu peneroka haram dari Gaza dan dari dalam entiti pendudukan haram, selain mengganggu ekonomi Israel dengan ketara.
sumber; https://arabic.palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Khamis, 26-10-2023Seorang ahli Persatuan Ulama Palestin, Syeikh Muhammad Khair Musa berkata, “Hari ini kita perlu menyerbu sempadan Palestin, dan jangan biarkan saudara-saudara kita terus menerus diratah oleh serigala (Rejim Zionis), kerana jika mereka (Rejim Zionis) berterusan meratah saudara kita, kelak mereka akan memakan kita semua pula. ”
Tambahnya lagi “Jihad kerana Allah perlu dilaksanakan semaksimum mungkin, bukan sekadar apa yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja.”
Dia turut berkata, “Setelah Taufan Al-Aqsa datang, setiap Muslim mesti berada di atas bahtera kebenaran, kerana di Gaza hari ini terdapat pelajaran penting tentang iman (dalam diri kita).”
Beliau turut menekankan, “Tugas kita hari ini adalah berada di atas bahtera jihad, atau lebih jelas lagi, tugas setiap negara adalah untuk terlibat dalam jihad samaada dengan jiwa, wang, usaha, atau perkataan.”
Beliau menegaskan, “dalam keadaan kemanusiaan semakin terhakis dari jiwa dan sanubari, di mana perlumbaan didalam mencipta senjata-senjata canggih yang memusnahkan semakin meningkat, tercetusnya insiden ini mungkin untuk memulihkan keseimbangan cara kita berfikir dan berurusan dengan nilai kemanusian, iaitu dengan cara realistik dan praktikaliti dan bukan dengan hanya slogan semata-mata lagi.”
Musa turut menambah, “Seseorang tidak sepatutnya menjadi pengecut apabila (melihat) musuhnya mempunyai senjata, sebaliknya perlu rasa takut apabila dia kehilangan semangat untuk mempertahankan haknya, kerana keberanian tidak lagi bernilai apabila tanah air tidak lagi menjadi milik kita, manakala maruah yang telah hilang tidak mungkin akan kembali walau dengan darah yang ditumpahkan.”
Beliau turut menegaskan bumi Gaza yang serba kekurangan berbanding lawannya pada hari ini, telah memberitahu kita bahawa ia tidak akan lenyap dari muka bumi selagimana sesebuah negara itu, memiliki anak watan yang mempunyai keyakinan dalam dirinya sebagai seorang pejuang yang berjuang demi kebebasannya, malah sanggup menjadikan diri-diri mereka sebagai perisai demi mempertahankan maruah tanah air mereka, walau bagaimana dahsyat sekalipun serangan yang dilakukan.
Beliau melanjutkan lagi “Terciptanya kemenangan di bumi Gaza hari ini sehingga tercetusnya taufan ini, bukanlah berasaskan senjata atau peluru berpandu, sebaliknya (kekuatan jiwa) manusia (yang berjuang) demi sebuah kehidupan, itulah fakta Gaza, bukan mengikut logik para penzalim yang menindas.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Simpunk