Categories
Berita Semasa

Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho

Rabu, 02-08-2023 – Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho pada petang Isnin.

Sejumlah pendatang Yahudi memasang rumah bergerak setelah menyerbu kawasan dekat bulatan al-Tayiba sebagai langkah merampas tanah Palestin di kawasan itu.

Manakala tentera rejim zionis (IOF) memecah masuk ke kawasan arkeologi di bandar Sebastia town, ke barat laut Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa memberi amaran mengenai rancangan pengyahudian di Masjid Al-Aqsa

Rabu, 02-08-2023 – Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa telah mengeluarkan amaran mengenai langkah-langkah besar yang diambil oleh pihak penjajah Israel untuk merosakkan Masjid Al-Aqsa, dan mengutuk ketidakberkesanan antarabangsa terhadap pelanggaran Israel terhadap Masjid tersebut.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Fakhri Abu Diab, seorang ahli Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa, menyatakan bahawa Israel sedang mengambil langkah-langkah lebih lanjut untuk mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.

“Pihak penjajah Israel telah menjalankan penggalian di Masjid Al-Aqsa untuk melaksanakan rancangan pengyahudian dan menghapuskan tanda-tanda Islamik Masjid tersebut,” tegas Abu Diab.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamadeh: Pencerobohan ke atas Masjid Aqsa adalah sebahagian daripada perang agama

Selasa, 01-08-2023 – Muhammad Hamadeh, jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis telah menekankan yang pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa merupakan sebahagian daripada perang agama terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.

Hamadeh pada Khamis menyelar pencerobohan berulang pendatang ke Masjid Aqsa, dan menegaskan yang rakyat Palestin akan terus mempertahankan tanah mereka hingga tiada lagi penjajahan.

“Pencerobohan Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi merupakan provokasi ke atas perasaan orang Islam seluruh dunia”, Hamadeh berkata, menyeru seluruh negara Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid dengan apa cara sekalipun, dan mengakhiri normalisasi dengan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di bandar Jenin

Jumaat, 28-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Yabad, Jenin pada petang Rabu dan menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin, lalu mencederakan seorang pemuda, demikian menurut sumber tempatan.

Dalam perkembangan lain, polis rejim menahan seorang bekas tahanan ketika serbuan di rumahnya di Wadi al-Jouz di Baitulmuqaddis, satu sumber tempatan berkata.

Polis rejim turut menahan seorang pemuda dari kedainya di Baitulmuqaddis, warga tempatan melaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lakukan 17 Pertempuran di Tebing Barat dan Al Quds

Jumaat, 28-07-2023 – Aksi-aksi perlawanan terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds terus berlanjutan selama 24 jam terakhir.

Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya 17 aksi perlawanan selama 24 jam terakhir. Ia termasuk 4 tembakan, pelemparan mercub dan bom molotov serta pertempuran di 11 tempat.

Para pejuang mujahidin menembak helikopter tentera penjajah di Jenin dan mensasarkan penduduk Yahudi “Homesh” di selatan Jenin dengan tembakan secara intensif.

Pejuang Palestin terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan penjajah Zionis Israel sepanjang serangan kem pelarian Al-Ain di Nablus yang dilakukan pasukan penjajah Zionis, mengakibatkan seorang pemuda Palesetin, Mohammed Abdel-Hakim Naim Nada (23 tahun), syahid akibat peluru pasukan penjajah Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas di ketuai oleh Haneyya bertemu Abbas di Turki.

Jumaat, 28-07-2023 – Delegasi peringkat tertinggi dari Pergerakan Hamas dengan diketuai oleh Ketua biro Politik, Ismail Haneyya pada hari Rabu , bertemu dengan President Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas di Ankara, ibu negara Turki dalam persediaan untuk mesyuarat Setiausaha Negara yang bakal di adakan di Kaherah.

Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata mesyuarat melibatkan perbincangan terbuka dan terperinci sebagai usaha Pergerakan Hamas untuk memastikan keberkesanan mesyuarat yang bakal di adakan di Kaherah oleh Setiusaha kesatuan Palestin pada hujung bulan Julai.

Pada pertemuan tersebut, dua parti bersetuju dalam kepentingan untuk berkerjasama dalam usaha menghadapi tentangan terhadap usaha Palestin terutamanya dari golongan ekstrimis yang menjalankan projek rejim Zionis Israel untuk merampas tanah milik Palestin dan meluaskan penerokaan haram.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Tahanan: Pelanggaran oleh IPS akan memburukkan keadaan di penjara

Khamis, 27-07-2023 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab di atas akibat tindakan pelanggaran ke atas tahanan-tahanan wanita Fatimah Shahin dan Itaf Jaradat. 

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Isnin, suruhanjaya itu menekankan yang keputusan Israel untuk meletakkan Shahin dan Jaradat dengan tahanan penjenayah tidak akan dibiarkan.

Suruhanjaya itu menyuarakan kebimbangan tentang keputusan Israel untuk meletakkan dua tahanan Palestin dengan tahanan penjenayah, dan menyeru rakyat Palestin agar menyokong mereka semampu mungkin. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis hak asasi manusia meminta Amazon dan Google untuk menghentikan kontrak dengan Israel

Khamis, 27-07-2023 – Aktivis hak asasi manusia di Amerika Syarikat telah menyeru semua pekerja Google dan Amazon untuk bangkit menentang syarikat mereka dan mendesak mereka untuk menghentikan perniagaan dengan Israel yang mengamalkan sistem aparteid.

Dalam kenyataan pada hari Isnin, para aktivis menegaskan bahawa kontrak Amazon dan Google dengan Israel untuk menyediakan teknologi awan akan memudahkan kerajaan Israel untuk mengawasi rakyat Palestin dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.

Para aktivis telah memanggil untuk bergerak menyertai perhimpunan tahunan Amazon Web Service yang diadakan di New York pada Rabu depan kerana Amazon memberi keutamaan keuntungan di atas manusia dengan memperkuat keganasan regim Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua orang pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di barat Jenin.

Selasa, 25-07-2023 – Dua orang pemuda Palestin cedera pada petang Ahad ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di barat Tebing Barat, kota Jenin.

Sumber tempatan melaporkan yang dua orang pemuda cedera akibat tembakan peluru getah bersalut besi dan serangan bom tangan di rumah-rumah warga Palestin di Kampung Rummanah.

Dalam perkembangan lain, tentera IOF menyekat jalan pertanian di Kampung Wadi Fukin, barat Bethlehem, menghalang para petani Palestin daripada pergi ke tanah mereka, demikian menurut Ibrahim al-Hroub, Ketua Kampung.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Tangkap 570 kanak-kanak Palestin Separuh Pertama 2023

Selasa, 25-07-2023 – Pasukan pendudukan Zionis menangkap 570 kanak-kanak Palestin di bawah umur pada separuh pertama tahun 2023, 435 daripadanya berasal dari Baitulmaqdis yang dijajah.

Pengarah Pusat Pengajian Tahanan Palestin, Riyad Al-Ashqar berkata, 570 remaja bawah umur Palestin ditahan pada separuh pertama tahun semasa, peningkatan 15 peratus berbanding tahun yang sama sebelumnya.

Al-Ashqar menggariskan bahawa 29 kanak-kanak dalam kalangan remaja bawah umur yang ditahan berusia bawah 12 tahun, termasuk Rayyan Abu Rayyan, 10, dan Omar an-Natshah, 10.

Beliau menambah bahawa mahkamah Ofer mengenakan jumlah denda mencecah 175,000 shekel ke atas kanak-kanak Palestin pada separuh pertama tahun semasa.

“Berpuluh-puluh kanak-kanak telah ditahan di rumah selepas dibebaskan pada separuh pertama 2023,” kata al-Ashqar, sambil menambah bahawa mahkamah Israel mengeluarkan 23 perintah penahanan pentadbiran terhadap kanak-kanak Palestin dalam tempoh yang sama.

160 kanak-kanak Palestin kini ditahan di penjara Megiddo, Ofer, dan Damon dalam keadaan yang sukar kerana mereka tidak mendapat keperluan asas manusia mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Ramallah menuntut pembebasan tahanan politik

Selasa, 25-07-2023 – Warga Palestin menyertai perhimpunan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada hari Ahad untuk menuntut pembebasan tahanan politik yang ditahan di penjara-penjara Otoriti Palestin di Tepi Barat.

Para peserta perhimpunan menyeru agar tahanan politik dibebaskan untuk mencapai perpaduan nasional Palestin, sambil menekankan bahawa penangkapan pejuang-pejuang perlawanan Palestin merupakan suatu jenayah terhadap rakyat Palestin.

Keluarga tahanan politik mengulangi seruan mereka kepada rakyat Palestin untuk menyertai aktiviti-aktiviti solidariti dengan tahanan politik di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua peneroka haram Yahudi mencemari Gereja Orthodoks di Jerusalem.

Selasa, 25-07-2023 – Dua peneroka haram Yahudi menyerbu gereja Orthodoks di Gunung Zion di kawasan kepungan Jerusalem dan menyatakan keinginan mereka untuk menetap di kawasan berikut.

Video yang tular di media sosial menunjukkan peneroka haram duduk di atas hamparan  di kawasan perkarangan gereja.  Mereka juga membawa beberapa buku dan peralatan perkhemahan bersama mereka.

Dua peneroka haram menuntut bahawa kawasan tersebut milik orang yahudi dan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai gereja yang meminta mereka untuk berundur dari kawasan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis

Isnin, 24-07-2023 – Seorang pendatang Yahudi telah cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis pada petang Khamis.

Akhbar Ibrani Israel Hayom melaporkan yang seorang pendatang Yahudi telah cedera teruk setelah ditikam di penempatan Gilo, selatan Baitulmuqaddis.

Ia menekankan bahawa seorang penyerang meninggalkan tempat kejadian, dan menambah yang Shin Ben akan menyiasat kejadian itu. Manakala polis rejim mula mencari penyerang itu, tanpa memberikan maklumat lanjut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Kiswani menyeru Muslim meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa

Jumaat, 21-07-2023 – Sheikh Omar al-Kiswani menggesa para Muslim agar meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa untuk melindunginya daripada dicemari polis rejim dan pendatang Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sheikh Kiswani, pengarah Dataran Masjid Aqsa berkata, keberadaan berkekalan Muslim di Masjid Aqsa adalah sangat penting untuk melindungi legasi Nabi dan hak asasi Muslim terhadap tempat suci itu.

Beliau memuji warga Baitulmuqaddis atas kesungguhan mereka mengunjungi Masjid Aqsa dan mengerjakan solat di dalamnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF menahan seorang lelaki Palestin di tenggara Tulkarem

Khamis, 20-07-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan dan mencederakan seorang lelaki Palestin pada petang Ahad selepas menyerbu kampung Shufa, di tenggara bandar Tulkarem, di Tepi Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa seorang lelaki Palestin ditahan selepas cedera di kakinya akibat peluru hidup IOF, tanpa memberikan maklumat mengenai identitinya.

Dalam perkembangan lain, pendatang Yahudi menghalang petani dan gembala Palestin daripada menjejaki tanah mereka atau memberikan makanan rumput kepada kambing mereka di bandar Bartaa, di barat laut Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin