Categories
Berita Semasa

Polis rejim menculik bekas tahanan

Jumaat, 16-06-2023 – Polis rejim menculik seorang bekas tahanan di kem pelarian Jenin pada petang Rabu.

Saksi mata melaporkan yang polis rejim menculik bekas tahanan, Mujahid Mahmoud Abu Khalifa, di sekitar kem Jenin.Polis rejim menyusup masuk ke sebuah trak komersil dan menculik bekas tahanan itu sebelum membawanya ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas mendakwa Israel bertanggungjawab atas kenaikan kadar jenayah

Selasa, 13-06-2023 – Gerakan Hamas, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad, mendakwa Israel bertanggungjawab terhadap keganasan yang meningkat.

Keganasan tersebut telah membawa kepada kematian lebih 100 orang warga Palestin sejak permulaan 2023, menurut kenyataan itu.

Rejim zionis terus mengabaikan penyebaran senjata di kalangan kumpulan kongsi gelap, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah, tambahnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tokoh Palestin Ingatkan Tentang Bahaya Rancangan Yahudi Membahagikan Masjid Al-Aqsha

Selasa, 13-06-2023 – Tokoh Palestin memperingatkan semula tentang bahaya rancangan Israel untuk membahagi Masjid Al-Aqsha secara ruang atau tempat antara pendatang Yahudi dan kaum Muslimin.

Hanady Al-Halawani dari Al-Quds mengatakan, rancangan penjajah Zionis Israel untuk membahagi Al-Aqsha bukanlah rancangan baru, cuma bezanya sekarang dengan pendekatan pemerintah fasis yang lebih serius untuk menerapkannya.

Halawani menyatakan dalam pernyataan akhbar yang disiarkan Freedom News, bahawa penjajah Zionis Israel mengikuti langkah awal di masa lalu dengan menyerbu Al-Aqsha dan melakukan ritual Talmud dan hari ini secara rasmi membincangkan tentang pembahagian ruang Masjid Al-Aqsha.

Beliau menyatakan bahawa kelompok-kelompok Kuil (yang menyeru pembangunan kuil Yahudi di Masjid Al-Aqsha) adalah paling berbahaya kepada Masjid Al-Aqsha.Hari ini mereka telah menjadi sebahagian dari pemerintahan Zionis.

Merekalah yang menekan dan mempengaruhi pemerintah Zionis berkait dengan Masjid Al-Aqsha.Halawani menekankan bahawa tindakan penjajah Zionis Israel bertujuan untuk mengosongkan Al-Aqsha dari orang-orang yang melakukan ribat (bersiaga di dalam masjid) dan berpengaruh dengan mengganti mereka kepada para penduduk pendatang Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel merobohkan tiga kediaman Selatan al-Khalil.

Isnin, 12-06-2023 – Rejim Zionis Israel pada hari Rabu lepas mengeluakan perintah merobohkan tiga kediaman Palestin di Masafer Yatta di Tebing Barat.

Rejim Zionis Israel mengeluarkan notis perobohan tiga kediaman selepas menyerbu komuniti Haribat a-Nabi berhampiran Kampung Mneizil di Masafer Yatta. Sementara itu  rejim Zionis Israel mengeluarkan satu notis pemin dahan bangunan kediaman di utara Lembah Jordan menurut sumber media.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi Tercedera Dalam Serangan Di Selatan Nablus

Isnin, 12-06-2023 – Seorang penduduk pendatang Yahudi tercedera, Selasa (6/6/2023) malam dalam peristiwa tembakan yang dilakukan pejuang Palestin yang mensasarkan kenderaan berdekatan pos pemeriksaan militan Israel Hawara, selatan Nablus, wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa kenderaan penduduk pendatang Yahudi menjadi sasaran tembakan antaranya adalah pos pemeriksaan militan Za’tara dan Hawara di Nablus. Akibatnya penduduk pendatang Yahudi tersebut tercedera dan kenderaannya rosak.

Sumber tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menutup pos pemeriksaan militan Hawara, selatan Nablus dan menutup kedai serta menghalang pergerakan kenderaan dan warga Palestin.

Pasukan penjajah Zionis Israel menutup pos-pos pemeriksaan ketika pengerahan pasukan mereka secara intensif di kota Hawara dan penempatan sekitarnya.

Pasukan penjajah Zionis Israel menyatakan bahawa 12 peluru mengenai kenderaan tersebut dan penduduk pendatang Yahudi tersebut terkena serpihan peluru di bahunya dan mengalami cedera ringan.
Aksi perlawanan meningkat di Tebing Barat sepanjang 24 jam terakhir. Dilaporkan berlaku 14 aksi serangan yang menyebabkan 3 orang Israel tercedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Projek penempatan baru Israel akan memisahkan Tebing Barat

Isnin, 12-06-2023 – Jawatankuasa Kecil Israel di bawa Jawatankuasa Perancangan Tertinggi dijadualkan untuk membincangkan bantahan terhadap perancangan E1 pada Isnin hadapan, sumber media Hebrew mendedahkan pada Rabu.

E1 bertujuan membentuk penempatan di antara Ma’ale Adumim dan Baitulmuqaddis, menghalang penerusan wilayah Palestin di antara selatan Tebing Barat dan utaranya. Juga mempromosi blok Ma’ale Adumim Israel.Perancangan itu merangkumi penubuhan 3,412 unit penempatan yang menempatkan 14,500 orang pendatang di tanah Palestin, timur Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Agensi rejim Zionis meruntuhkan premis perniagaan di Jerusalem.

Selasa, 06-06-2023 – Rejim Zionis Israel memusnahkan beberapa premis perniagaan dan satu kediaman yang dibuat dari kepingan besi di daerah Wadi Qaddum di timur Jerusalem di daerah Silwan.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, jentolak kepunyaan majlis daerah rejim Zionis Israel memusnahkan premis perniagaan dan kediaman satu bilik di atas sebidang tanah di Wadi Qaddum selepas rejim Zionis Israel menutup jalan-jalan yang berhampiran. Majlis Daerah Israel memberi alasan bahawa bangunan-bangunan tersebut dibina tanpa permit.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

35 Organisasi Bekerja untuk Lakukan Yahudinisasi Al-Quds dan Al-Aqsha

Selasa, 06-06-2023 – Sheikh Najeh Bakirat, Wakil Ketua Pengarah Bahagian Wakaf Islam di Al-Quds, mengatakan bahwa sebanyak 35 organisasi penjajah Yahudi sedang bekerja untuk melakukan proses Yahudinisasi di kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha dengan pelbagai cara.

Dalam sebuah pernyataan akhbar pada Selasa (30/5/2023), Bakirat mengatakan bahawa pemerintah penjajah Zionis Israel telah menempatkan kota Al-Quds dalam lingkaran sasaran dengan cara yang berbeza dari aspek sasasran sepanjang beberapa dekad terakhir.

Beliau menyatakan bahawa sasaran penjajah Zionis Israel terhadap Al-Quds telah menjadi terbuka dan dipercepat serta mencakupi semua aspek kehidupan melalui transformasi yang lengkap dan sistematik yang bertujuan untuk mempercepat penciptaan ibukota Yahudi dengan simbol-simbol Taurat, sehinga kepada “Kuil” yang mereka dakwa di lokasi Masjid al-Aqsha dan melenyapkan segala perkara yang berbau Islam dan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kota Belgium memutuskan hubungan dengan rejim apartheid Israel

Selasa, 06-06-2023 – Kota Verviers, Belgium telah menjadi kota terbaru di Eropah yang memutuskan hubungan dengan rejim apartheid itu bagi mengukuhkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Verviers menuruti jejak langkah kota Liege, Belgium yang mana Majlis Perbandarannya mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Israel, dan menyebut ia sebagai rejim apartheid, kolonial dan penjajah ketenteraan.

Juga pada bulan April, Oslo (Norway) mengambil keputusan untuk mengecualikan syarikat-syarikat yang secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada penempatan haram Israel, dan pada Februari, Datuk Bandar Barcelona, mengambil keputusan menggantung perhubungan dengan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel, penangkapan di Baitulmaqdis yang dijajah

Selasa, 06-06-2023 – Pasukan polis Israel memindahkan dua aktivis Jerusalem, termasuk seorang wanita, dari kejiranan Sheikh Jarrah, pada petang Rabu.

Aktivis Baitulmaqdis, Muhammad Abu al-Hummus menerima perintah pengusiran dari kejiranan Sheikh Jarrah selama dua minggu.

Aktivis wanita Nafisa Khwais juga telah dihantar pulang selama dua minggu dari kejiranan Sheikh Jarrah, selepas dia dipanggil untuk disoal siasat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Raafat Nassif dikurung bersendirian selama lima bulan

Khamis, 01-06-2023 – Perkhidmatan Penjara Israel telah mengurung pemimpin Hamas, Raafat Nassif secara bersendirian selama lima bulan.

Pejabat Media Asra menegaskan dalam kenyataan pada Selasa, yang Nassif telah ditahan tanpa bicara selama dua belas bulan.

“Nassif menderita beberapa masalah kesihatan termasuk migrain dan ulser perut,” pejabat itu menegaskan, dan menyeru semua organisasi hak asasi manusia untuk bertindak segera bagi membebaskan Nassif dan semua yang ditahan tanpa bicara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin di persidangan Eropah mengutuk propaganda Sweden

Rabu, 31-05-2023 – Warga Palestin di Yayasan Persidangan Eropah mengutuk sekeras-kerasnya kempen menghina yang dilancarkan oleh beberapa akhbar Sweden terhadap sesi ke 20 persidangan itu, yang diadakan di Malmo pada Sabtu lepas dengan lebih 20,000 penyokong pro Palestin hadir.

Yayasan itu menekankan bahawa khabar angin dan penipuan yang disebarkan tentang persidangan itu dan presidennya, yang mengaitkan dengan gerakan-gerakan terlarang, merupakan sebahagian propaganda rejim Israel untuk menewaskan usaha popular Eropah bagi menuntut Israel agar mematuhi resolusi PBB, terutamanya Resolusi 194 PBB yang berkaitan dengan hak untuk kembali rakyat Palestin.

“Kempen yang dilancarkan terhadap beberapa ahli politik Sweden yang menghadiri persidangan itu merupakan usaha jelas Israel bagi mempengaruhi keputusan politik Sweden dan menyebarkan ketakutan di kalangan penyokong pro Palestin di Sweden,” Yayasan itu menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IPS melanjutkan kurungan banduan Ahmad Saadat secara solo.

Selasa, 30-05-2023 – Khidmat Penjara rejim Zionis Israel pada hari Khamis melanjutkan tempoh kurungan persendirian mengikut laporan Setiausaha Barisan Pembebasan Palestin.

Persatuan Tahanan Palestin melaporkan IPS melanjutkan kurungan persendirian Saadat selama 2 minggu serta menafikan hak lawatan ahli keluarga beliau selama sebulan.

Melanjutkan kurangan persendirian adalah sebahagian dari hukuman yang dikenakan oleh IPS ke atas tiga tahanan PFLP Ahmad Saadat, Ahid Abu qais dan Walid Hanatsha melanggari keputusan rejim Zionis sebelum ini  untuk mengakhiri kurungan persendirian menurut PPS.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

EU menyelar keputusan Homesh Israel, keganasan pendatang di Tebing Barat

Selasa, 30-05-2023 – Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan kebimbangan terhadap ekputusan rejim zionis untuk membenarkan pendatang Yahudi Kembali ke penempatan haram Homesh di utara Tebing Barat yang telah dikosongkan.

“Kesatuan Eropah sangat bimbang dan mengutuk keputusan Israel untuk membenarkan warganya berada secara kekal di Homesh. EU menggesa rejim agak menghentikan keputusan yang diambil pada 17 Mei untuk meneruskan pembinaan 600 unit rumah dan penempatan baru di Tebing Barat,” jurucakap untuk EU itu berkata pada Rabu.

“Penempatan itu adalah haram menurut undang-undang antarabangsa dan menjejaskan penyelesaian dua negara. Tindakan berat sebelah itu bertentangan dengan usaha untuk mengurangkan tekanan.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

43 orang kanak-kanak Palestin menderita di penjara Damon

Jumaat, 26-05-2023 – Terdapat 34 orang kanak-kanak Palestin ditahan di penjara rejim zionis, penjara Dampn. Mereka menderita akibat keadaan yang teruk dan tidak berperikemanusiaan, demikian menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, suruhanjaya itu berkata, kanak-kanak tersebut ditahan di dalam sel yang kotor dan dipenuhi serangga serta pengudaraan dan pencahayaan yang tidak elok. Manakala makanan yang disediakan juga sedikit dan tidak berkualiti.

Mereka juga tidak menerima penjagaan kesihatan dan tidak dapat menemui ahli keluarga serta terdedah kepada penderaan fizikal dan lisan ketika dan selepas ditahan. Di samping itu, mereka turut diancam hukuman dan ugutan ketika serbuan di sel. Seramai 170 orang warga Palestin bawah umur di penjara-penjara berbeza, 43 daripanya di penjara Damon.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati