Categories
Berita Semasa

Para Peneroka Menyerang Kampung Rakyat Palestin Berdekatan Ramallah

Isnin, 19-03-2012 – Sekumpulan peneroka Israel bersenjata menyerang, pada hari Selasa petang, Kampung Qarawat Bani Zeid, utara pusat bandar Tebing Barat Ramallah, dan menyerang beberapa penduduk menyebabkan satu kecederaan.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa peneroka-peneroka bersenjata menyasarkan sumber mata air yang terdapat dalam kampung itu, dan dinyatakan, sebaik tiba di tempat kejadian, para peneroka menyerang beberapa belia yang sedang duduk berhampiran kawasan mata air tersebut.

Seorang penduduk Amir Jom’an cedera ringan dalam serangan tersebut, dan menerima rawatan daripada anggota perubatan tempatan. Peneroka-peneroka juga melepaskan pusingan peluru hidup ke udara ketika melarikan diri dari kampung tersebut; tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh

Jumaat, 16-03-2012 – Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat kawasan perniagaan di Bandar Gaza, kata sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC). Menurut mereka, warga emas yang terbunuh itu, Adel Isy, merupakan seorang pengawal keselamatan kepada ladang keluarga Wahidi yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pengantin baru juga terbunuh pada awal Ahad lepas dalam dua serangan berbeza yang dilakukan oleh rejim Zionis, manakala 4 orang yang lain tercedera. Mangsa terbaru ini menjadikan angka korban rakyat Palestin seramai 18 orang dalam serangan bertubi-tubi oleh rejim Zionis ke atas Gaza yang bermula Jumaat lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

7 Warga Palestin, Termasuk Kanak-kanak Terbunuh, 24 Cedera

Jumaat, 16-03-2012 – Angkatan Tentera Pekerjaan Israel (IOF) telah meneruskan serangan ketenteraan ke atas Tebing Gaza yang telah bermula sejak 9 Mac 2012. Selain dari itu, dua orang warga Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan udara Israel. Ini menjadikan bilangan warga Palestin yang terbunuh sejak awal serangan telah meningkat kepada 18 dan bilangan mangsa yang cedera meningkat kepada 53 orang.

Siasatan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia (PCHR) ke atas jenayah yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Pekerjaan Israel (IOF) dari 9 Mac 2012 hingga 10 Mac 2012 mendapati:

Kira-kira jam 12.45 pada 10 Mac 2012, kapal terbang perang Israel melepaskan dua peluru berpandu dan membedil sebuah motorsikal di atas jalan raya dekat ‘Perkampungan Abassan’, timur Khan Yunis. Dua aktivis Bridget Nasser Saladin, orang kanan bagi Jawatankuasa Penentang Popular yang menetap di perkampungan Bani Suhaila, di timur Khan Yunis, sedang dalam perjalanan menggunakan motorsikal. Peluru berpandu tersebut mengenai motorsikal dan membunuh dua akktivis yang dikenali sebagai Hussein Saleem Hassan Barham, 52 dan Mansour Kamal Abu Bussaira, 21 yang mati serta merta di hospital Eropah Gaza di Khan Yunis.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Tentera Culik 12 Warga Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 16-03-2012 – Tentera Israel hari ini dilaporkan telah menyerang beberapa buah bandar, perkampungan dan juga kem pelarian di sesetengah kawasan di Tebing Barat dan memecah masuk berdozen buah rumah serta menculik dua belas orang penduduk.

Tentera Israel juga menghalau dan memaksa penduduk Palestin keluar dari rumah mereka serta menyoal siasat beberapa orang remaja. Serangan terbaru dijangka akan dilakukan di Daerah Tebing Barat Nablus, Qalqilia, Ramallah, Bethlehem dan Hebron.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Hamas tidak akan mengalah dalam perjuangan bersenjata

Selasa , 13/03/2012 – Seorang pemimpin Hamas, Osama Hamdan berkata tindakbalas tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza adalah sebahagian daripada sifat agresif Israel.

Dalam satu temu bual dengan Quds Press pada hari Ahad lalu beliau berkata, pencerobohan menunjukkan bukti baru yang praktikal atas kegagalan “proses damai”. Hamdan berpendapat pencerobohan itu mencerminkan krisis dalaman Israel dan takut akan perubahan yang sedang melanda negara-negara Arab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Batesh: Tiada Ruang untuk Ketenangan Selagi Israel Mara

Selasa , 13/03/2012 – Khaled Al-Batesh, pemimpin gerakan Jihad Islam di Gaza telah menegaskan dalam kenyataan media bahawa tiada ruang untuk berbicara mengenai ketenangan di Gaza memandangkan keganasan Israel ke atas wilayah kecil tersebut masih belum dihentikan.

Beliau berkata pergerakan itu akan terus teguh membalas serangan Israel, turut menyatakan bahawa Israel mahu puak pejuang Palestin untuk menerima ‘ketenangan’ atas terma Israel, yang mana cadangan tersebut ditolak oleh puak mereka. Batesh turut menyatakan usaha Mesir untuk mengembalikan ketenangan adalah sia-sia selagi Israel meneruskan serangan ke atas Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Seorang Wanita dan Remaja Cedera Parah Akibat Serangan Zionis

Selasa , 13/03/2012 – Seorang wanita Palestin dan seorang remaja cedera parah akibat serangan roket Zionis Ahad (11/3) ke Absan Raya, timur Khan Yunis.

Sumber tempatan menyebutkan, seorang wanita dan seorang remaja cedera parah, menyusul serangan pesawat kawalan tanpa pemandu melancarkan roket ke arah sebuah rumah di jalan Qadeh di Farahin Absan Raya.

Sumber menyebutkan, serangan roket tersebut menyebabkan kerosakan pada rumah tersebut dan menimbulkan ketakutan di wilayah tersebut. Sementara itu, para petugas perubatan segera menuju lokasi untuk merawat mangsa yang cedera mahupun meninggal dunia.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Wanita, Kanak-kanak Cedera Dalam Serangan Terbaru Zionis

Selasa , 13/03/2012 – Satu serangan udara Zionis berhampiran bandar selatan Tebing Gaza, Khan Younis pada petang Ahad mencederakan seorang kanak-kanak dan seorang wanita, kata sumber tempatan.

Mereka memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat peninjau Zionis melepaskan peluru berpandu ke arah Jalan Qudaih di Abassan Al-Kabira timur Khan Younis, yang jatuh berhampiran sebuah rumah dan mencederakan wanita dan kanak-kanak itu. Menurut sumber itu, bahawa letupan merosakkan rumah dan kebimbangan merebak di rantau ini yang mana pasukan ambulans bergegas dan memindahkan mangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bom Penentangan Entiti Mengesahkan Kegagalan Puluhan Roket “Besi Kubah”.

Selasa , 13/03/2012 – Berhubang dengan penentangan Palestin,hujan lebat,dan kawasan penempatan wilayah selatan yang diduduki sejak tahun 1948,telah mengalami puluhan bom tangan roket dengan tidak ada alasan pesawat yang sukar untuk meninggalkan langit Gaza,dan mengesahkan kegagalan Kubah Besi.

“Baitulmaqdis Briged” mengishtiharkan sayap ketenteraan Gerakan Jihad Islam di Palestin mendakwa tanggungjawab yang mengebom Zionis ‘Gelat” dan “Tsalim’ ,lokasi dan pengkalan tentera Zionisme dan Ashdod,”Be’er Sheva”,dan “Ofakim” pada Ahad lalu dengan 27 buah roket “Grad”dan 9 buah roket berkaliber berat 5107.

Pasukan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa roket dan peluru berpandu yang dilancarkan sejak permualan zionis yang agresif itu keatas semenanjung gaza telah mencapai lebih daripada 100 roket,yang menyebabkan berlakunya kecederaan -kecederaan dan kes-kes panik dan kemusnahan besar rumah,sekolah dan harta Zionisme.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Ketua FIOE, Bin-Makhlouf gesa usaha yang bersungguh untuk pertahankan Jerusalem dan Aqsa

Isnin , 12/03/2012 – Ketua Persekutuan Organisasi-oganisasi Islam Eropah (FIOE), Shakib Bin-Makhlouf menggesa lebih banyak usaha dijalankan untuk melindungi Jerusalem yang telah dirampas dan juga Masjid Al-Aqsa daripada ancaman pendatang haram Yahudi.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Bin-Makhlouf menegaskan bahawa pendirian menyokong tempat-tempat suci umat Islam dan penganut Kristian di wilayah Arab, Jerusalem, yang diambil oleh pelbagai pihak dalam dunia Islam mesti diterjemahkan melalui tindakan supaya keganasan rejim Zionis di wilayah terbabit mampu dibendung.

Beliau turut mengesahkan bahawa komuniti Muslim di Eropah menyokong keadilan ditegakkan di Jerusalem dan memaklumkan bahawa FIOE telah memutuskan untuk menubuhkan Yayasan Eropah khusus untuk menangani isu-isu Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pasukan Rejim Zionis ceroboh Utara Gaza dan Ratakan Tanah

Isnin , 12/03/2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF)telah menceroboh utara Gaza pada hari Rabu dan menyekat laluan Beit Hanun (Erez) semasa operasi tersebut, ujar sumber-sumber tempatan. Mereka menyatakan kepada Quds Press bahawa tentera-tentera telah memasuki Gaza melalui laluan Beit Hanun (Erez) selepas menutup laluan tersebut. Seterusnya pasukan tersebut mara kira-kira 250 meter dalam kawasan Palestin.

Mereka berkata bahawa tentera telah meratakan timbunan pasir dan halangan dalam kawasan perindustrian tinggalan di situ, serta laluan tersebuta dibuka semula selepas pengunduran pasukan IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan delegasi British di Al-Khalil

Isnin , 12/03/2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan seorang delegasi British di roadblock berhampiran Tal Al-Rumaida di bandar Al-Khalil pada Rabu.

Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa delegasi itu melawat Hana’a Abu Haikel dalam rumahnya. Delegasi datang dalam perpaduan dengan Hana’a dalam menghadapi serangan peneroka Yahudi diulangi di rumahnya dalam usaha untuk memaksa dia untuk meninggalkan tempat itu, kata mereka. Sumber-sumber menyatakan bahawa sebilangan peneroka telah mengganggu perwakilan, menghina mereka, dan membaling batu pada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel tangguh perbicaraan pegawai Baitulmuqaddis yang telah diculik

Isnin , 12/03/2012 – Mahkamah utama Israel di Baitulmuqaddis tangguhkan perbicaraan ahli parlimen Mohammed Totah dan bekas menteri Khaled Abu Arafa hingga Mei depan. Peguam Fadi Al-Qawasme berkata, keputusan mahkamah pada Sabtu itu adalah reaksi daripada permohonan Israel untuk memohon memastikan bukti-bukti yang tidak memberi manfaat kepada mereka dirahsiakan.

Beliau berkata, pendakwaan itu akan membicarakan dan menyokong keputusan menteri perang Israel Ehud Barak untuk menghentikan pendedahan fail-fail rahsia yang boleh memberi ancaman kepada Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mortar Israel Musnahkan Mimpi 2 Remaja Palestin

Isnin , 12/03/2012 – Kumpulan Pencari Fakta Palestin, Rabu (7/3) petang menegaskan bom yang meledak di daerah Sair di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, mengakibatkan dua orang remaja Palestin, Hamzah dan Zayid terkorban.

Hasil Kumpulan Pencari Fakta berkait peristiwa tersebut menyebutkan, terkorbannya dua remaja Zayid Jaradat (12) dan Hamzah Jaradat (13) serta mencederakan dua orang remaja dan seorang warga lainnya, adalah kerana ledakan mortar yang ditinggalkan pasukan penjajah Zionis Israel di daerah Sair di Hebron. Mortar tersebut berukuran 62 mm.

Sementara itu Pusat Penjejak Bom Palestin telah meminta entiti Zionis Israel agar menyerahkan peta kawasan bom yang bertebaran di beberapa wilayah di Tebing Barat, yang sering mengakibatkan terjadinya peristiwa ledakan yang menyebabkan korban dan kecederaan di kalangan warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rafah sedia terima bahan api dari Mesir

Isnin , 12/03/2012 – Jabatan tenaga dan sumber asli Gaza berkata ia sudah selesaikan prosedur teknikal untuk menerima bekalan bahan api melalui kawasan sempadan Rafah mengikut perjanjian yang ditandatangani sisi Mesir.

Jurucakap jabatan itu, Ahmed Abul Amrin berkata secara teknikal semua sudah bersedia untuk menerima bahan api diesel Mesir di Rafah dan pihak berkuasa sedang menunggu Mesir untuk memenuhi apa yang telah dipersetujui bersama.

Jurucakap itu, bagaimanapun, berkata pihak berkuasa Gaza tidak mempunyai sebarang idea apabila Mesir akan mula melaksanakan perjanjian itu dan menyediakan loji janakuasa Gaza dengan keperluan bahan api.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz