Categories
Berita Semasa

Feedom Flotilla Masih Disita Israel

Selasa, 06/07/2010 –Kapal Freedom Flotilla yang ditahan Israel sehingga kini masih belum jelas kesudahannya. Sumber Eropah menegaskan, ada perbincangan yang dilakukan oleh penyelenggara bantuan Freedom Flotilla dengan ahli politik dan anggota parlimen Eropah dalam rangka menekan Israel mengembalikan kapal-kapal itu.

Freedom Flotilla terdiri dari lapan kapal di antaranya kapal pengangkut yang didanai oleh Kuwait yang membawa bendera Turki dan Kuwait, kapal pengangkut Algeria, kapal pengangkut Eropah yang dibiayai oleh Sweden dan Greece dan kapal pengangkut Ireland milik gerakan Gaza Merdeka serta dua kapal penumpang; satunya bernama Skoci 8000 (merujuk kepada jumlah tahanan Palestin di penjara Israel) milik gerakan Kempen Eropah Anti Sekatan Gaza dan kapal penumpang Turki Mavi Marmara.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Gaza meminta supaya dikembalikan bekalan air dan kuasa elektrik

Jumaat, 02/07/2010 –Para penduduk Gaza telah membuat satu desakkan terhadap Negara-Negara Arab Islam dan Dunia Bebas dan juga kepada sesiapa jua yang mempunyai hati dan perasaan supaya mengambil tindakan untuk mengembalikan semula bekalan air dan kuasa elektrik yang telah dipotong secara berterusan semenjak seminggu yang lepas sambil menekankan bahawa bekalan air dan elektrik tersebut hanya akan wujud untuk beberapa jam sahaja yang mana sememangnya tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Berdasarkan laporan daripada salah satu stesyen radio tempatan mengatakan bahawa laungan salah seorang penduduk di situ yang sudah hampir serak suaranya jelas kedengaran kerana mengadu mengatakan bahawa bekalan air tidak sampai ke rumahnya dan tidak sampai ke perumahan kawasan kejirananya semenjak lebih dari empat hari dan mengatakan lalat,nyamuk dan bermacam jenis serangga telah menghurungi rumahnya dan kawasan kejirananya kerana kotor dan air pula tiada untuk membersihkanya.

Begitu juga seorang penduduk yang lain yang hanya ingin dikenali sebagai Ummu Muhammad mengadu bahawa bekalan elektrik tidak sampai ke rumahnya dan jikalau ada pun hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan tersebut kadang-kadang boleh berlaku sepanjang malam dan telah berlarutan semenjak empat bulan lebih.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Wakil Netanyahu dan Menteri Turki dalam satu perbincangan rahsia

Jumaat, 02/07/2010 – Seorang wakil dari Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengadakan satu perbincangan sulit Rabu lepas bersama dengan menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu untuk menyelamatkan hubungan mereka susulan serangan terhadap kapal bantuan di Gaza, lapor media Israel dan Turki.

Wakil itu, Menteri Perdagangan dan Industri, Benjamin Ben-Eliezer, dilaporkan oleh NTV Turki bahawa beliau telah bertemu dengan Davutoglu di Brussels. Saluran itu turut menambah bahawa mereka bersetuju untuk melanjutkan perbincangan tersebut pada masa dan tempat yang dirahsiakan.

Satu laporan lain oleh penyiaran television Channel Two Israel juga menyatakan tempat pertemuan itu adalah dirahsiakan, namun dikatakan menyatakan misi perhubungan itu tanpa diketahui Ben-Eliezers telah melalui Zurich.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Presiden Parti al-Wafd Mesir: Memecahkan kepungan sudah menjadi kemestian

Jumaat, 02/07/2010 –Dr al-Sayyid al-Badawi, Presiden Parti al-Wafd Mesir menegaskan bahawa memecahkan kepungan dan sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza sudah menjadi suatu kemestian, terutamanya ketika semua pihak pada peringkat rantau dan antarabangsa menuntut pemecahan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa membantu bangsa yang dikepung adalah suatu yang tidak dapat tidak mesti dilakukan, sama ada pada peringkat negara Arab atau Islam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin sebelum meninggalkan sebuah konvoi bantuan yang menuju ke Gaza semalam (Rabu): “Kita sentiasa merindui untuk menziarahi Gaza yang tegar dan berjumpa dengan para penduduknya serta membantu mereka. Kita berharap terdapat perancangan yang boleh kita sertai bagi menyempurnakan pembukaan pintu sempadan Rafah secara kekal dan pembukaan pasaran bersama antara Gaza dan Mesir.”

Beliau juga mengumumkan bahawa konvoi tersebut bukanlah yang pertama. Ia juga akan diikuti oleh konvoi-konvoi lain dan menganggap bahawa memecahkan sekatan adalah suatu kefardhuan yang kita tidak akan mencuaikannya, kerana di sana terdapat 1.5 juta nyawa sedang terancam. Sekatan ini mendukacitakan hati kami, terutamanya isu Palestin dianggap sebagai isu Mesir juga, kerana ia turut menjadi perhatian rakyat Mesir keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Delegasi Jordan : Sempadan Rafah masih dihalang

Jumaat, 02/07/2010 –Ketua delegasi Jordan yang baru pulang dari Gaza, Dr Ahmad Armuthi, mengecam larangan yang dikenakan ke atas delegasi para ahli akademik.Jordan. Dr. Ahmad Armuthi, mengecam larangan delegasi gabungan ini untuk masuk Gaza. Walaupun mereka telah menguruskan segala dokumen dari kerajaan Mesir dan mendapat kelulusan.

Dr Ahmad berasa hairan apabila rakyat Mesir dan seluruh pihak antarabangsa mahukan sempadan Rafah itu di buka, tetapi kerajaan Mesir mengambil langkah di sebaliknya. Mesir menyatakan sempadan Rafah telah di buka, tetapi itu hanyalah kenyataan palsu. Realitinya keadaan di Rafah amat teruk. Layanan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin amatlah biadap.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Turki melarang ruang udara digunakan oleh rejim Zionis.

Jumaat, 02/07/2010 –Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan Turki telah melaksanakan larangan kemasukan pesawat tentera Israel dalam ruang udaranya sejak tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan keamanan yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza sehingga meragut sembilan nyawa warga Turki dan mencederakan ramai yang lain.

Erdogan membenarkan kenyataan tersebut sebagai respon terhadap laporan pesawat yang membawa pegawai Israel ke Poland untuk melawat Auschwitz terpaksa mengubah haluan selepas Turki menolak untuk membenarkan mereka memasuki ruang udara Turki.

Menurut sumber terbaru media Israel, Erdogan mengatakan ia akan menutup ruang udara Turki terhadap pesawat tentera Israel dan ini merupakan langkah praktikal pertama yang diambil oleh Ankara terhadap Israel sejak memanggil pulang duta besar mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu minta Rusia memberi tekanan kepada Hamas.

Khamis, 01/07/2010 –Keluarga askar Israel yang diculik tiba ke daerah Haifa pada hari ke 3 perarakan protes terhadap penangkapan itu. Mereka menuju ke Jerusalem, yang disertai 3,000 penyokong.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada hari Selasa meminta Rusia untuk memberikan pengaruh pada Hamas agar tentera Angkatan Pertahanan Israel, Gilad Shalit yang ditangkap oleh mereka, dibebaskan.

Dalam perbualan dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov, Netanyahu meminta Moscow untuk mengambil kesempatan dari hubungan dengan kumpulan Islam itu dengan cara penukaran tahanan dengan Shalit yang telah empat tahun di dalam tahanan.

Keluarga askar diculik dan ditangkap oleh militan Palestin dalam serangan 2006 lintas-sempadan dari Jaluran Gaza, tiba di daerah Haifa pada hari Selasa dengan sekitar 3,000 penyokong pada hari ketiga melakukan aksi protes di kediaman Perdana Menteri di Baitulmuqaddis.

sumber :  Haaretz
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Zionis serang dan ceroboh Gaza di beberapa tempat

Khamis, 01/07/2010  – Seorang penduduk Gaza terkorban manakala 3 orang lagi cedera dalam serangan oleh rejim Zionis di tembok pemisah di timur Gaza.

Para saksi memberitahu bahawa kereta kebal tentera rejim Zionis (IOF) melepaskan bom di penghujung jalan palma yang terletak di kawasan Sha’f. IOF pula mendakwa pesawat pejuang mereka melakukan serangan selepas mendapati ada pergerakan yang mencurigakan di tembok pemisah di timur Gaza itu.

Beberapa buah kenderaan IOF menceroboh kawasan Nahda pagi ini, yang terletak di timur Rafah dan selatan Gaza. IOF telah melepaskan tembakan rambang ke arah para petani.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Eropah Buka Pintu Kepada Produk Palestin

Khamis, 01/07/2010 – Keputusan Kesatuan Eropah yang membuka pintu kepada barang-barang Palestin tanpa cukai atau syarat tertentu, merupakan harapan bagi rakyat Palestin untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang teruk kesan sekatan regim Zionis Israel.

Para penganalisa melihat keputusan Eropah ini akan menjadi asas perkembangan ekonomi produk Palestin pada masa hadapan. Pada masa yang sama mereka menegaskan bahawa semua itu hanya akan terhenti jika tidak disertai dengan tekanan Eropah terhadap (Israel) untuk mengizinkan eksport produk dan barang dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Dua orang penganalisa ekonomi menjelaskan bahawa pentingnya memanfaatkan keputusan Eropah tersebut, demi membangun hubungan ekonomi Palestin dengan negara-negara Eropah dan melepaskan diri dari kebergantungan pada ekonomi Israel.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Ahli Parlimen Indonesia Tiba di Gaza

Khamis, 01/07/2010 –Delegasi Ahli parlimen Indonesia tiba di Gaza dan masuk melalui Rafah. Tujuan delegasi ini adalah untuk melihat sendiri keadaan Gaza dan juga menyerahkan sumbangan dari kerajaan Indonesia.

Para delegasi juga akan berkesempatan berjumpa dan berbincang dengan ahli parlimen HAMAS dan pimpinan kerajaan di Gaza. Delegasi ahli parlimen ini juga dijangkakan akan meletakkan batu asas pertama dalam usaha membina sebuah hospital di Gaza selain menyerahkan bantuan yang dianggarkan berjumlah 2juta US dolar.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Al-Asy’al mengutuk sikap Mesir terhadap HAMAS

Khamis, 01/07/2010 – Seorang bekas diplomat dan pensyarah dalam bidang sains politik di beberapa buah universiti Mesir, Abdullah al-Asy’al  (gambar) mengkritik cara Mesir mengambil pendirian terhadap isu sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza dan terhadap HAMAS yang memerintah genting tersebut.

Dalam kenyatan yang diberikan kepada al-Quds Press, beliau menegaskan Kaherah adalah rakan kongsi utama dalam sekatan terhadap Gaza. Ia adalah pihak yang memihak kepada Presiden Mahmud Abbas yang sentiasa menghalang daripada tercapainya apa sahaja perdamaian nasional. Beliau juga berkata: “Di Mesir, isu Gaza mempunyai dua sudut. Pertama pintu sempadan Rafah yang berhubung dengan sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza, yang Mesir turut serta dalam menutup pintu sempadan tersebut. Dengan tindakan tersebut, Mesir menunjukkan keikhlasannya kepada Israel sekalipun pelbagai amaran telah diberikan. Dengan itu juga, Mesir mewujudkan pertelingkahan dengan HAMAS kerana Kaherah mengaitkan penutupan pintu sempadan itu dengan penjagaan kepentingannya.”

Beliau juga menolak kemungkinan perdamaian di antara HAMAS dan Fatah dengan berkata: “Pada pendapat saya, perdamaian antara HAMAS dan Fatah tidak akan berlaku. Perbezaan antara keduanya amat besar. Kedua-duanya mempunyai agenda sendiri. Agenda HAMAS berbentuk nasiolis Islam bagi membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf regim Zionis. Sementara Mahmud Abbas pula tidak akan kekal berkuasa melainkan dalam dakapan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Zahhar : 8 kapal menuju ke Gaza bulan hadapan.

Khamis, 01/07/2010  – Pemimpin Politik Hamas, Mahmoud Zahhar, menyatakan bahawa terdapat 8 buah kapal pembebasan yang mungkin akan ke Genting Gaza dalam dua bulan ini nanti. Zahhar menambah bahawa kapal tersebut akan bertolak dari Teluk Arab.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Britain, The Independent pada hari Isnin, pemimpin Hamas itu manyatakan yang beliau telah dimakluman di Teluk, sekurang-kurangnya terdapat 8 buah kapal akan bergerak ke Gaza selepas acara World Cup 2010 tamat.

Apabila ditanya tentang kemungkinan Iran akan menyertai misi flotilla terbaru itu, Zahhar menjawab “Kenapa tidak? Dan Iran juga mempunyai hak untuk memberi bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada Gaza”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Serangan Zionis di Timur Gaza sebabkan kematian dan kecederaan

Khamis, 01/07/2010 – Seorang warga Palestin syahid dan sekurang-kurangnya seorang lagi cedera akibat serangan yang dilancarkan oleh tentera Zionis di timur perkampungan al-Shuja’iyyah ke timur bandar Gaza. Ini berikutan gangguan berterusan yang dilakukan oleh pihak Zionis terhadap Gaza dari masa ke semasa.

Adham Abu Silmiyyah, penyelaras media bagi perkhidmatan perubatan ketenteraan berkata kepada wartawan Pusat Media Palestin bahawa berita awal menyatakan berlaku pengeboman yang dilakukan oleh pesawat peninjau Zionis serentak dengan pengeboman meriam yang menyebabkan kematian seorang warga Palestin, Bassam Badwan (29 tahun) dan kecederaan sekurang-kurangnya seorang lagi warga Palestin yang terkena serpihan bom, yang tiba di hospital dalam keadaan putus kedua-dua belah kakinya dan kecederaan di seluruh badannya.

Abu Silmiyyah menyebutkan bahawa penyelarasan telah dibuat dengan pihak Palang Merah Antarabangsa agar kereta ambulan boleh masuk ke kawasan terbabit bagi membawa orang-orang yang tercedera yang kemungkinan ada, kerana beberapa penduduk kawasan tersebut menyatakan tentang kewujudan beberapa warga yang tercedera.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Keluarga tentera yang ditawan mulakan perarakan ke Jerusalem

Rabu, 30/06/2010 –Beribu-ribu penyokong dan pengikut berkumpul di kediaman keluarga tentera yang ditahan iaitu di Mitzpe Hila berhampiran sempadan Lubnan ke Kibbutz berhampiran Bandar Nahariya sebagai langkah permulaan untuk 12 hari perarakan ke Jerusalem.

Bilangan penunjuk perasaan yang memakai pakaian putih dan kebanyakan memakai topi dan kemeja-T dengan tertera ayat “ Gilad masih hidup,”, semakin bertambah menjelang tengahari sehingga mencecah 10,000 orang seperti dianggarkan oleh pihak penganjur.

Perarakan ini bertujuan untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Benyamin Netanyahu untuk mendapatkan persetujuan pertukaran seorang tentera yang ditempatkan di satu lokasi rahsia sejak 25 Jun 2006 dengan Kerajaan pimpinan Hamas di Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  rahina

Categories
Berita Semasa

Israel buka pintu masuk komersial Gaza, tetapi bahan api untuk stesen janakuasa tidak dibenarkan

Rabu, 30/06/2010 –Kerajaan haram Zionis memutuskan hari ini untuk membuka pintu masuk komersial ke Semenanjung Gaza. Pengerusi bekalan Gaza, Ir. Raed Fattouh mengesahkan bahawa kerajaan haram Zionis hari ini memutuskan untuk membuka sebahagian pintu masuk komersial Kerem Abu Salem dan Karni bagi membolehkan beberapa jenis barang keperluan, bantuan dan gas masakan dibawa masuk ke Gaza.

Fattouh juga meyakinkan bahawa kerajaan haram Zionis merancang untuk membenarkan kemasukan 143 trak yang membawa muatan bantuan dan barang-barang keperluan menerusi pintu masuk Kerem Abu Salem bagi menampung kekurangan gas masakan.

Sementara itu, diesel industri yang diperlukan untuk satu-satunya stesen janakuasa Gaza, Fattouh berkata bahawa kerajaan haram Zionis tidak akan membenarkan kemasukannya hari ini. Fattouh turut memberi jaminan bahawa pintu masuk Karni hari ini akan menerima kemasukan 120 buah trak yang sarat muatan gandum dan bahan makanan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa