Jumaat, 12-11-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.
Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 69 orang peneroka memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.
Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan provokasi sembahyang Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 12-11-2021 – Seruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestine berkata, banduan Ayyad al-Harimi berusia 34 tahun yang berasal dari Bethlehem telah melakukan mogok lapar selama 49 hari sebagai tanda protes kepada pihak pentadbiran atas penahanannya.
Menurut peguam suruhanjaya, baru-baru ini banduan Harimi telah dipindahkan dari penjara Ramla ke penjara Ofer, di mana beliau kini ditahan di dalam sel penjara yang kotor dan dipenuhi dengan lipas.
Banduan ini juga tidak diberikan sebarang vitamin dan makanan tambahan bahkan tiada sebarang pemeriksaan kesihatan dilakukan semenjak beliau memulakan mogok la[ar tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 12-11-2021 – Pejuang perlawanan Palestin melancarkan tembakan ke sebuah trak pengangkut gas Israel berdekatan Hebron Tebing Barat.
Sejumlah media Israel mengatakan, serangan tembakan trak pengangkut gas ke kelompok Yahudi di penempatan Kuriet Arba.
Disebutkan bahawa penembak berjaya melarikan diri, sementara itu pasukan Israel segera ke lokasi kejadian.
Video kejadian dikeluarkan sejumlah media Israel yang menunjukkan trak pengangkut gas menjadi sasaran tembakan.Bekas tembakan kelihatan di bahagian pintu hadapan.
Sementara itu, seorang wanita warga emas Palestin (74) mengalami kedcederaan, akibat ditembak di kota Nazaret wilayah Palestin 48 terjajah.
Pihak polis Israel menyebutkan wanita tersebut mengalami kecederaan ketika berada di rumahnya, kemudian dirujuk ke klinik Rambam Kota Haifa, untuk mendapatkan rawatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 12-11-2021 – Tempoh tahanan pentadbiran banduan warga Palestin Alaa al-Araj dilanjutkan sehingga hari Khamis akan datang walaupun tahap kesihatannya merosot semasa beliau meneruskan mogok lapar untuk hari ke-94.
Isteri Al-Araj mengesahkan bahawa suaminya telah dipanggil untuk siasatan pada minggu lepas walaupun tidak mampu bergerak kerana keadaan kesihatannya yang kritikal.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa suaminya akan meneruskan mogok lapar sehingga penahanannya ditamatkan tanpa didakwa atau dibicara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 12-11-2021 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Isnin menghantar arahan berhenti kerja terhadap beberapa rumah di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, sebagai permulaan untuk merobohkannya kemudian.
Menurut sumber tempatan, penduduk tempatan di kawasan berbeza Masafer Yatta menerima arahan berhenti kerja terhadap tujuh rumah dengan alasan pembinaan tidak berlesen.
Rumah-rumah tersebut terletak di kawasan at-Tuwani dan Irfaiya di Masafer Yatta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor Syuhada
Khamis, 11-11-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menghantar arahan menghentikan kerja ke atas sembilan kediaman warga Palestin di selatan Qalqilya.
Menurut sumber tempatan, warga Palestin menerima notis ketenteraan mengarahkan mereka berhenti membina sembilan rumah di Arab al-Ramadin dan Abu Farda, yang terletak di belakang tembok pemisah.
Tentera rejim memberi alasan yang tindakan itu dilakukan kerana rumah-rumah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang di bawah kawalannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 11-11-2021 – Pertubuhan Kempen Global untuk Kembali ke Palestin (Global Campaign to Return to Palestin / GCRP) telah melancarkan kempen solidariti antarabangsa pada hari Isnin lalu sebagai menyokong tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang melancarkan mogok lapar.
Kempen itu menggesa agar diadakan mogok lapar sehari secara beramai-ramai pada hari Selasa untuk menunjukkan sokongan kepada banduan yang sedang mogok, selepas mereka menunjukkan kemerosotan kesihatan yang serius.
Kempen itu menyeru mereka yang terlibat dalam mogok lapar sehari itu untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial di bawah hashtag #TheBattleOfEmptyStomach dan berkongsi gambar mereka dengan slogan “Lapar untuk Kebebasan”.
Enam banduan Palestin telah melancarkan mogok lapar untuk tempoh yang berbeza sebagai bantahan terhadap penahanan secara pentadbiran mereka.
Mereka adalah Kayed al-Fasfous, Alaa al-Araj, Miqdad al-Qawasmeh, Hisham Abu Hawash, Ayyad al-Harimi dan Louay al-Ashqar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 11-11-2021 – Khalil al-Hayya, ketua Jabatan Perhubungan Arab dan Islam Hamas berkata bahawa penentangan Palestin tidak mempunyai pilihan selain menculik tentera Israel untuk menukar mereka dengan tahanan.
“Kita berurusan secara berasingan dengan isu pertukaran tahanan, gencatan senjata dan pembinaan semula dan pengepungan Gaza, dan kita telah memberitahu semua pihak dan pengantara bahawa fail-fail ini tidak boleh saling berhubung,” kata Hayya dalam ucapannya kepada saluran satelit al-Jazeera pada hari Isnin.
Beliau memberi amaran bahawa akan ada satu lagi pusingan konfrontasi dengan negara pendudukan jika terdapat sebarang ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah atau banduan yang mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 11-11-2021 – Bank Dunia menyatakan, Semenanjung Gaza masih mengalami keadaan krisis ekonomi parah dengan meningkatnya kadar pengangguran dan memburuknya keadaan sosial, wujud ketidakpastian prospek masa hadapan serta keterbatasan sumber daya yang berterusan.
Menurut laporan Bank Dunia keadaan ekonomi Palestin, yang salinannya diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (9/11), pada 17 November 2021 akan diadakan pertemuan politik di Oslo Norway, berkait bantuan pembangunan untuk bangsa Palestin.
Laporan tersebut menyoroti cabaran besar aspek ekonomi Palestin secara umum, lebih khusus lagi cabaran bagi layanan ekonomi di Gaza dan keperluan terhadap pembangunan.
Mengulas laporan tersebut, pengarah dan wakil Bank Dunia di Tebing Barat dan Gaza, Khantan Shankar mengatakan, keadaan ekonomi Gaza hampir ‘stagnant’, terutama akibat pertempuran terakhir yang berlangsung selama 11 hari pada Mei lalu.
Beliau menjelaskan bahawa tahap pertumbuhan di Gaza mencapai 5,4% pada suku pertama tahun 2021 dan dijangka mencapai 6 % pada akhir tahun ini, namun ada kemungkinan terjadi penurunan kembali di tahun 2022 kepada 3%, disebabkan kelewatan proses pemulihan pasca covid 19, dan sumber pertumbuhan masih terbatas.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 11-11-2021 – Tentera penjajah Israel pada pagi hari Selasa memusnahkan tiga buah rumah berpenghuni dan menyingkirkan penghuninya di perkampungan al-Walaja, barat Baitullaham, atas alasan dibina tanpa lesen.
Menurut sumber tempatan, rumah-rumah berkenaan terletak di kawasan Ein Guwaza perkampungan tersebut dan dimiliki oleh dua orang adik-beradik dan anak saudara mereka dari keluarga Abu-Attin. Pentadbiran awam tentera rejim telah memusnahkan salah sebuah rumah tersebut sebelum pemiliknya membinanya semula.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 10-11-2021 – Pihak berkuasa Tenaga Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pada SAbtu bahawa bekalan bahan api Qatar ke Semenanjung telah berhenti sejak 2 November hingga kini.
Pihak berkuasa turut menyatakan ia dipaksa untuk membekalkan diesel dari pasaran tempatan untuk menjalankan stesen tenaga sehingga esok paginya, Ahad 7 November.
Pihak berkuasa itu turut menyeru campur tangan segera untuk membenarkan kemasukan bahan api Qatar dalam usahanya untuk membaiki keadaan di kawasan yang ditindas. Sekatan tidak adil oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza telah memberi kesan buruk kepada dua juta penduduknya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 10-11-2021 – Rejim Zionis pada petang Sabtu lalu telah menculik tiga warga Palestin di Jenin dan seorang lagi di Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik tiga warganegara di pusat pemeriksaan sementara di timur laut Jenin. Mereka yang ditahan dari kampung Deir Abu Da’if di timur Jenin dikenali sebagai Mohamed Muayyad, Hilal Bader dan Salem Iyad.
Rejim Zionis turut menculik seorang lagi warganegara dikenali sebagai Yousef Shamasneh, seorang penduduk bandar Qatanna di barat laut Baitulmaqdis, di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Biddu yang berdekatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 10-11-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyerang petani Palestin pada pagi Sabtu ketika memetik buah zaitun mereka di kampung Tuqou, timur bandar Bethlehem di selatan Tebing Barat.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa peneroka dari penempatan haram Yahudi berhampiran Tuqou menyerang petani dan cuba memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.
Bagaimanapun, para petani telah berhadapan dengan mereka dan menolak pendatang tersebut keluar dari kawasan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor Syuhada
Rabu, 10-11-2021 – PihakĀ berkuasa Zionis menubuhkan pos pendatang Yahudi di utara al-Khalil yang terletak di bahagian utara bandar Beit Ummar. Pos penempatan ini merupakan sebahagian daripada penempatan Karmei Tzur.
Youssef Abu Maria, jawatankuasa penyelaras di selatan Tebing Barat berkata, pembinaan Karmei Tzur ini telah bermula dari tahun 1982 dan telah berkembang dari tahun ke tahun. Penempatan ini telah menyebabkan kemusnahan Kawasan pertanian yang agak luas serta landskap bandar berkenaan. Pos pemdatang ini juga menyebabkan kegiatan masyarakat setempat dan para petani turut terganggu daripada mengusahakan tanah tersebut.
Abu Maria turut menambah, rejim Zionis dan penerokanya telah merampas serta memagar Kawasan berkenasan seluas 206 hingga 250 bahagian tanah milik keluarga Beit Ummar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu, 10-11-2021 – Pergerakan Hamas mengalu-alukan undian memberangsangkan yang memihak kepada resolusi PBB yang menyokong hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri negara mereka dan menyeru supaya menamatkan penjajahan Israel.
Resolusi Perhimpunan Agung PBB berkenaan hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri telah diluluskan pada hari Jumaat dengan rekod undian 158 negara yang menyokong dan enam yang menentang (AS, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau) dan sepuluh tidak hadir (Australia, Cameroon, Guatemala, Honduras, Kiribati, Papua New Guinea, Rwanda, Kepulauan Solomon, Togo, Tonga).
Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem menghargai kedudukan negara-negara yang menyokong resolusi itu dengan undi majoriti yang besar, menegaskan bahawa sokongan tersebut membuktikan lagi pengasingan pentadbiran AS yang “berkeras untuk menentang hak Palestin dan kehendak antarabangsa.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan