Categories
Berita Semasa

Israel arahkan pengusiran ribuan rakyat Palestin dan antarabangsa Dari Tebing Barat.

Rabu, 14/04/2010 – Kerajaan Israel telah merangka pelaksanaan baru untuk mengusir ribuan rakyat Palestin mahupun penduduk antarabangsa yang menetap di Tebing Barat. Warga Gaza yang tinggal di Tebing Barat juga akan dianggap penduduk haram dan boleh diusir.

Perintah ini secara jelas mensasarkan penduduk Gaza yang tinggal di Tebing Barat, sebahagian besar daripada mereka telah menetap bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal mendapatkan kad pengenalan Tebing Barat dan permit menduduki.

Arahan ini juga turut berkuatkuasa ke atas penduduk antarabangsa, yang sebahagiannya adalah warga Arab Israel yang berkahwin dengan rakyat Palestin dan ke atas sesiapa sahaja yang tinggal di Tebing Barat tanpa mendapat keizinan dari Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Kembar Siam Pertama Gaza – Apa Peluang Mereka?

Selasa , 13/04/2010 – Bulan lalu menyaksikan buat pertama kalinya kelahiran kembar siam di Palestin yang mana menarik perhatian media. Mereka telah di pindahkan ke Hospital Riyadh Hospital di Arab Saudi dimana doktor bedah surgeons akan cuba untuk memisahkan mereka tetapi apa nasib mereka?

Malangnya disebabkan kejadian aktiviti rejim Zionis Israel yang lalu, masadepan mereka akan suram. Seluruh semenanjung Gaza telah dicemarkan dengan senjara uranium dan ini adalah masalah besar bagi sistem kesihatan di Gaza.

Pasangan kembar Rittal dan Retag, sebagaimana anda lihat, kelihatan amat sihatdengan mata yang cantik. Sesuatu kelainan dengan kembar siam ini adalah kedua-duanya mempunyai berat yang normal yang mana jarang berlaku situasi sebegini. Bagi kembar siam yang kelihatan sihat ini, boleh juga menunjukkan masalah yang tersembunyi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis halang pasukan perubatan ke klinik.

Selasa , 13/04/2010 – Jawatankuasa Yayasan Kesihatan Pekerja mengutuk serangan pengawal sempadan kerajaan Zionis terhadap anggota yayasan itu di pintu masuk Kampung Khallet Al Nouman di Baitullaham yang sedang dalam perjalanan ke klinik mereka yang terletak di kampung itu.

Yayasan tersebut menganggap beberapa tindakan tidak masuk akal oleh tentera rejim Zionis dan serangan ke atas pasukan perubatan serta halangan-halangan ke atas penduduk Palestin adalah satu prejudis kerana mendapatkan khidmat kesihatan adalah jaminan asas yang diberi ke atas penduduk di wilayah yang dijajah Zionis.

Menurutnya lagi, ini adalah kali ketiga pasukan perubatan yayasan itu diserang dengan provokatif dan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah oleh pengawal sempadan kerajaan Zionis. Justeru, yayasan itu menggesa campur tangan institusi antarabangsa dan oraganisasi hak-hak kemanusiaan untuk menghentikan ketidakadilan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis terhadap pasukan perubatan serta perlanggaran hak asasi penduduk Palestin untuk mendapatkan khidmat kesihatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menembak 2 warga Palestin dalam serangan di kem Deheisheh.

Selasa , 13/04/2010 –Dua pemuda mengalami kecederaan dan yang lainnya telah ditahan dalam pertengkaran antara pemuda tersebut dan pasukan pendudukan Israel awal hari ini dalam serangan di selatan Kem Deheisheh,Betlehem, yang dilakukan oleh askar rejim Zionis.

Sumber keselamatan berkata bahawa pasukan Israel menyerang bandar Doha yang bersebelahan dengan kem, di mana pergaduhan berlaku antara tentera Israel dan pemuda Palestin, askar rejim Zionis menggunakan peluru getah dan peluru tajam untuk membedil pemuda Palestin tersebut, yang mengakibatkan kecederaan lalu dibawa ke heospital di Beit Jala untuk mendapatkan rawatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel serang Timur Khan Yunis , Gaza.

Selasa , 13/04/2010 –Tentera rejim Zionis hari ini menyerbu sebahagian kecil kawasan di Al-Qrara di timur utara Younis Khan, Gaza.

Menurut agensi berita Safa, sembilan jentolak dan 18 kereta kebal menceroboh 400 meter di daerah Al-Qrara berdekatan sempadan dengan tanah Palestin yang dijajah. Jentolak tersebut yang dilindungi pesawat-pesawat tentera rejim Zionis memusnahkan kawasan pertanian.

Pasukan Israel menceroboh daerah ini berkali-kali selepas pertengkaran yang menyebabkan kematian dua warga Palestin dan Israel dua bulan lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif & Ameen

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Kami tidak akan berdiam diri jika Israel cuba membakar Gaza.

Selasa , 13/04/2010 – Recep Erdogan, Pemimpin Turki, menggesa supaya dunia patut menyokong Gaza sebagaimana yang dilakukan dengan Haiti dan Chile, Dia menambah, “Kita tidak patut kekal berdiam diri berkenaan masalah Palestin”.

Dia mengatakan bahawa Turki tidak akan berdiam diri jikalau Israel cuba membakar Gaza. Erdogan berkata sedemikian pada perasmian saluran TV Turki berbahasa arab 24 jam “El-Turkiye” pada Ahad petang, Berharap tindakan itu akan mengeratkan hubungan turki dengan Jiran Arabnya

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Sindiket perdagangan organ di utara Israel dibongkar.

Jumaat , 09/04/2010 – Selasa lalu polis telah menangkap enam orang yang disyaki terlibat dalam rangkaian perdagangan organ di utara Israel. Di kalangan suspek antaranya adalah IDF jeneral briged dan dua orang peguam.

Bahagian pencegahan penipuan dan penyalahgunaan di utara Israel telah melakukan siasatan dan penyamaran berikutan aduan seorang wanita berumur 50 tahun dari Nazareth yang telah menghubungi iklan dalam Bahasa Arab sambil menawarkan 100,000 dolar bagi mendapatkan buah pinggang.

Wanita itu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan keserasian sebelum diterbangkan ke sebuah negara di Eropah Timur di mana buah pinggangnya dikeluarkan di situ. Wanita itu berkata ketika kembali ke Israel, dia tidak menerima wang yang dijanjikan. Polis mengatakan mereka telah menerima beberapa aduan lain yang serupa.

Polis juga mengatakan selama siasatan dilakukan mereka mendapati satu industri besar perdagangan organ dirancang dengan amat baik. Rangkaian termasuklah perdagangan organ, agen dan peguam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Aktivis Barat berarak demi Gaza

Jumaat , 09/04/2010 – Pada 30 Mac yang lalu, aktivis Barat telah mengadakan demontrasi aman bagi menentang zon penampan (tanah tanpa manusia) antara Gaza d an dengan Khan Younis di mana dua orang askar rejim Zionis telah ditembak mati pada Jumaat lepas. Askar rejim Zionis kemudiannya melepaskan tembakan amaran, menurut sumber militari Zionis itu.

Sementara keadaan menjadi kurang stabil pada minggu ini disebabkan kematian askar rejim Zionis pada minggu ini, konfrantasi seperti ini biasa berlaku, terutamanya d kawasan zon penampan yang memutuskan talian hayat rakyat Palestin. Sebagai contoh, para nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 3 batu nautika dari persisiran pantai yang biasanya hasil tangkapan adalah sangat sikit dan sering dicemari oleh sisa buangan. Laporan yang dikeluarkan oleh AP pada bulan lepas menyatakan bahawa Gaza yang dahulunya pemacu industri perikanan, kini telah menjadi pengimport ikan disebabkan kepungan oleh Zionis. Perkara yang sama berlaku kepada para petani yang mana perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kepungan itu.

Salah seorang aktivis Barat yang menyertai perarakan pada 30 Mac itu adalah Vittorio Arrigoni ataupun Vic, yang melawat pangsapuri penulis selama 3 jam pada Jumaat lepas. Vic merupakan aktivis Itali berusia 35 tahun yang merupakan anggota Pergerakan Kebebesan Antarabangsa (ISM). Beliau telah menginap di Gaza secara berkala dalam tempoh 6 tahun. Beliau telah 2 kali dipenjarakan oleh rejim Zionis dan dihantar pulang oleh Pasukan Pertahanan rejim Zionis. Pada tahun 2008, Vic dihantar pulang ke Itali oleh askar rejim Zionis dengan menaiki pesawat El Al dengan memakai tanda nama “baju busuk dan tidak berkasut”. Dalam operasi ketenteraan Zionis tahun lepas yang digelar Vic sebagai penyembelihan beramai-ramai, Vic telah menumpang ambulans untuk mendokumentasikan kedahsyatan kecederaan dan kematian yang dialami penduduk awam. Beliau melaporkan bahawa 16 orang paramedik telah terkorban dalam masa 22 hari sepanjang operasi Zionis itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Israel adalah ancaman sebenar kepada keamanan Timur Tengah.

Jumaat , 09/04/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa Israel boleh disifatkan sebagai ancaman sebenar kepada negara-negara di Timur Tengah. Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu memulakan rangka lawatan ke Paris.

Erogan memberitau para wartawan sebelum majlis makan malam bersama President Perancis, Nicolas Sarcozi bahawa Israel adalah ancaman kepada daerah yang aman.

Israel selalu menganggap Turki sebagai sekutunya di dalam negara Islam dan dunia Arab, akan tetapi hubungan antara dua negara tersebut bertambah buruk sejak pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada akhir Disember 2008 dan Januari 2009.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Turki kecam kenyataan Lieberman mempersoal Erdogan.

Khamis , 08/04/2010 – Kerajaan Turki hari ini mengecam kenyataan Menteri Luar Negeri Zionis Avigdor Lieberman, yang menyamakan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dengan dua pemimpin Libya dan Venezuela, Muammar Gaddafi dan Hugo Chavez.

Kementerian Luar Negeri Turki , dalam kenyataan rasminya mengatakan, “Kami sangat kecewa dan menolak kennyataan yang tidak berasas, yang disampaikan oleh Avigdor Lieberman dan diterbitkan oleh Zionis-Israel mengenai perdana menteri kami.”

Kenyataan kerajaan Turki memuatkan bahawa Lieberman terus melanggar aturan diplomatik yang menyusun hal-hal berkaitan hubungan antarabangsa. Keraajan Turki juga menyeru agar Zionis Israel meninggalkan pendekatan yang tidak mempunyai semangat diplomasi.

Dalam satu wawancara, Menteri Lieberman mengatakan PM Turki sekarang ini sudah berubah menjadi seperti pemimpin Libya dan Presiden Venezuela.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Netanyahu tidak mahu bertemu Obama.

Khamis , 08/04/2010 – Sumber Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear di Amerika Syarikat tetapi tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama yang juga akan menyertai sidang kemuncak yang sama minggu depan.

Akhbar harian Israel, Haaretz melaporkan disebabkan “keterbatasan waktu”, Netanyahu dan Obama tidak akan mengadakan pertemuan.  Sementara itu, sumber Israel melaporkan Netanyahu kemungkinan akan mengelak untuk menyertai sidang kemuncak itu bagi mengelak tekanan daripada Obama yang menuntut beliau menyahut tawaran meneruskan perbincangan tidak langsung dengan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam tegaskan tetap berpegang dengan syarat pertukaran tawanan.

Khamis , 08/04/2010 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS menegaskan bahawa ia telah bersumpah akan terus berpegang teguh dengan syarat dan prinsipnya bagi menyelesaikan isu tawanan, terutamanya mereka yang dikenakan hukuman berat atau penjara seumur hidup. Ia juga mengatakan bahawa mogok lapar yang dilaksanakan oleh para tawanan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mempertahankan diri mereka dan sebagai langkah menghidupkan isu mereka.

Abu Ubaid, jurucakap media briged tersebut berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman webnya pada hari Rabu (7/4): “Ini adalah pertarungan dan keutamaan kita pada fasa hadapan. Dengan izin Allah, kesabaran akan dapat mengalahkan kezaliman.”

Beliau seterusnya menambah: “Kita tidak akan membiarkan para tawanan begitu sahaja. Kita akan terus berusaha untuk merealisasikan pembebasan mereka daripada cengkeman penjenayah Zionis. Kita memberi ingatan kepada setiap orang bahawa sejak lama dahulu, sekarang dan pada masa akan datang, kita akan tetap memperjuangkan kebajikan mereka dan meletakkannya di hadapan keutamaan dan objektif kita yang paling utama.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Gerakan Jihad Islamiah menyeru penangkapan tentera Israel.

Khamis , 08/04/2010 – Gerakan Jihad Islamiah di Palestin menyeru penculikan tentera Israel sebagai tahanan dan memastikan mereka dapat membuat pertukaran dengan rakyat Palestin yang dipenjara oleh Israel.

Gerakan ini menambah bahawa penangkapan begini adalah satu-satunya pilihan untuk menamatkan bilangan tahanan Palestin dan memastikan pembebasan mereka dari penjara-penjara Israel. Khalid Al-Batsh, seorang pemimpin politik Jihad Islam, menyatakan bahawa semua pilihan yang akan dilaksanakan adalah demi menjamin kebebasan tahanan Palestin secara sah.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika tunjuk perasaan di hadapan palang merah di Bandar Gaza Ahad lalu. Al Batsh disebut untuk memperjuangkan fail dari tahanan sebagai keutamaan kerana mereka selama ini menjadi sasaran kekejaman dan serangan secara berterusan.

Beliau selanjutnya disebut untuk mencapai perpaduan antara semua puak, dan menyatakan bahawa puak-puak Palestin tidak akan pernah meninggalkan isu tahanan, dan akan terus bertindak untuk pembebasan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Mesir perhebatkan pembinaan tembok besi di sempadan Gaza.

Khamis , 08/04/2010 – Saksi menegaskan kerajaan Mesir telah memperhebatkan kerja-kerja untuk menyiapkan pembangunan “tembok besi” di sempadan Gaza sejak akhir-akhir ini bagi memperketatkan kawalan terhadap terowong ‘perdagangan di sepanjang sempadan Mesir-Palestin.

Sumber pegawai keselamatan menegaskan kerajaan Mesir menyiapkan sebahagian besar tembok besi di sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza di bawah pengawasan Amerika dan Perancis bagi mengelakkan penyeludupan berterusan ke Semenanjung Gaza yang kini dikepung masuk tahun keempat.

Seorang saksi Palestin yakin kerja pembinaan tembok dilakukan sejak awal tahun ini, terutamanya dengan peningkatan jumlah mesin dan peralatan yang dibawa oleh kerajaan Mesir untuk digunakan di tempat pembinaan tembok di sempadan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel buang empat warga Jerusalam.

Khamis , 08/04/2010 –Polis Israel memutuskan pada hari Selasa, untuk menahan empat orang yang bekerja di Kota Lama di Baitulmuqaddis daripada memasuki Kota Lama selama dua minggu.

Polis Israel telah menangkap empat warga Jerusalam dalam serangan yang dilakukan oleh unit khas di daerah Kota Lama di Baitulmuqaddis dua hari lalu, ketika mereka menyerang mereka dan menuduh mereka melakukan mata-kenalan dengan tentera rejim Zionis.

Menahan lelaki berusia antara 20 – 30 tahun dan mereka semua pekerja. Perlu dicatat bahawa penjajahan kerajaan haram Israel baru-baru ini mula melaksanakan hukuman pembuangan dari Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa, kempen ini bermula pada 2007 dan berkembang sebanyak dua kali ganda sejak awal tahun mencapai 150 warga sesuai dengan data yang dikumpul oleh Pusat Baitulmuqaddis untuk hak-hak sosial dan ekonomi

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen