Categories
Berita Semasa

Mesir menjumpai 17 terowong pada Khamis lalu.

Selasa, 17/08/2010 – Pihak keselamatan Mesir telah menemui 17 buah terowong semasa kempen keselamatan besar-besaran pada Khamis lalu, menurut sumber tempatan.  Sumber tempatan melaporkan terowong itu didapati kosong ketika pasukan keselamatan Mesir menemuinya.  Sumber juga mengatakan 15 daripada 17 terowong itu digunakan untuk menyeludup bahan binaan seperti semen dan baja.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis-Israel larang solat di Al-Aqsa

Selasa, 17/08/2010 – Tentera Zionis-Israel telah menghalang rakyat Palestin untuk solat Jumaat yang pertama di dalam Ramadhan kali ini. Di anggarkan puluhan ribu umat Islam akan solat di al-Aqsa. Meraka yang hanya dibenarkan untuk menunaikan solat ialah lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan 45 tahun ke atas bagi wanita.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

220 Pelbagai Pertubuhan Switzerland Sokong Freedom Flotilla

Selasa, 17/08/2010 – Sebanyak 220 organisasi kemasyarakatan, parti dan pelbagai persatuan Switzerland menyatakan sokongan terhadap Freedom Flotilla. Mereka akan bergabung dengan salah sebuah kapal dari Switzerland yang dijadualkan akan berlayar menuju Gaza, sebelum akhir tahun ini.

Ketua Persatuan Hak untuk Semua, Anwar Garbi dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa sejumlah parti politik Swiss menyatakan sokongannya terhadap flotilla 2 yang akan disertai lebih kurang 450 aktivis negara tersebut. Garbi yang juga anggota Eropa Campaign untuk penghapusan sekatan Gaza mengatakan, organisasi Hak Asasi Manusia Switzerland mendukung penuh kapal Swiss yang akan berlayar ke Gaza. Mereka sudah berkoordinasi dengan pelbagai pihak di Eropah dalam rangka melancarkan gerak kerja.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel tuju tuduhan baru terhadap Haneen Zoubi

Isnin , 16/08/2010 – Anggota Israeli Knesset, Ahli Parlimen Haneen Zoubi, berkata dalam satu kenyataan bahawa beberapa tuduhan Israel berkecenderungan menuduhnya mengetahui tentang “militan pra-bersenjata” di atas kapal konvoi pembebasan, dalam usaha membalas dendam terhadapnya.

Komen Zoubi muncul selepas satu video ditunjukkan oleh Radio Tentera Israel yang mendakwa Zoubi muncul di atas kapal konvoi tersebut dan mengetahui terlebih dahulu maklumat tentang aktivis bersenjatakan kayu dan alatan tajam.

Anggota Knesset berkata: “Terdapat banyak masalah di peringkat politik dan ketenteraan Israel pada masa yang sama, terutamanya dalam hal berkaitan pencabulan dan peralihan tanggungjawab antara pemimpin kerajaan bagi membunuh kebebasan, jadi mereka telah memilih musuh yang sama bagi mengganggu pendapat orang awam Israel dan mengalih perhatian daripada mereka, musuh itu ialah Haneen Zoubi.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Krisis bekalan elektrik Gaza yang tidak berpenghujung, sekarang apa?

Isnin , 16/08/2010 – Naib Pengerusi Agensi Tenaga di Gaza, Kanaan Obeid, memberi amaran berkenaan penutupan sepenuhnya satu-satunya pusat jana kuasa Gaza sekali lagi sekiranya kuantiti minyak yang diperlukan tidak dipam ke satu-satunya generator yang masih berfungsi.

Obaid berkata satu-satunya janakuasa Gaza akan terhenti pada pagi Jumaat ini jika kuantiti diesel yang diperlukan tidak dimasukkan atau dipamkan ke Gaza pada hari ini atau esok, menekankan pada masa yang sama bahawa kuantiti yang dipamkan masih menurun dan penurunan tersebut tidak berubah.

Dia menerangkan bahawa tempat tersebut memerlukan 400 bekas diesel industri untuk menggerakkan hanya 1 generator, tetapi yang dimasukkan cuma kurang dari 80 bekas sehingga saat ini, menekankan bahawa krisis bekalan elektrik masih di takuk yang lama dengan penurunan minyak yang berterusan bagi menggerakkan satu-satunya generator yang berfungsi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Turkel mula Menyoal Netanyahu

Isnin , 16/08/2010 – Pada hari ini, Jawatankuasa Turkel Israel yang ditubuhkan bagi menyiasat serangan ke atas “konvoi kebebasan” telah memulakan kerja mereka pada Isnin lepas di mana mereka akan menginterview Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang akan menjadi ahli politik pertama yang memberi testimony kepada Jawatankuasa itu.

Berdasarkan akhbar Israel berbahasa Hebrew, “Maariv”, testimony Netanyahu akan dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama akan kekal rahsia sementara bahagian yang satu lagi akan diterbitkan di Internet di laman web Jawatankuasa Turkel pada petang ini.

Keputusan ini dicapai pada Ahad lepas iaitu sebahagian daripada maklumat yang dikumpul perlu disiarkan kepada orang ramai dan jawatankuasa tersebut akan memilih bahagian-bahagian yang perlu dirahsiakan bagi tujuan keselamatan Israel .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Adakah anda percayakan jiran anda? Tidak, jika dia Israel .

Isnin , 16/08/2010 – Rakyat Lebanon dan Palestin sentiasa curiga terhadap jiran Israel mereka yang licik atas sebab yang kukuh. Apabila seseorang melihat ke arah sumber air yang luas kepunyaan Israel , kenapakah mereka mahu menggerudi betul-betul di sempadan anda? Adakah mungkin sementara mereka membuli anda, mereka juga mengeringkan sumber semulajadi anda?

Ini semuanya adalah tentang perang! Jika kita mengimbas kembali era semasa pra-perang Iraq kita mempelajari situasi di mana pelantar-pelantar minyak di bahagian sempadan Kuwait menggunakan teknik menggerudi bersudut bagi mencuri sumber minyak Iraq . Perbuatan ini sahaja telah menjadi alat yang menyebabkan Iraq menyerang Kuwait yang kemudiannya membawa kepada Perang di Iraq. Oleh itu, adalah penting bagi komuniti antarabangsa (PBB) untuk memantau aktiviti-aktiviti sebegitu bagi mengelakkan konflik, tetapi berdasarkan apa yang telah kita lihat pada masa lampau, mereka cenderung melepaskan tangan dan membiarkan konflik berlaku. Lagipun, meneruskan peperangan terjadi adalah matlamat Amerika!

Oleh itu, apakah masalah Lebanon dan Palestin dan mengapakah PBB tidak mengambil langkah bagi menyelesaikan perebutan sempadan? Di dalam PBB terdapat satu organisasi yang menguruskan isu tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

30 organisasi Itali menyertai armada (Kebebasan)

Jumaat , 13/08/2010 – Lebih dari 30 institusi awam Itali telah bergabung dengan armada (kebebasan 2) yang dijadualkan akan bertolak sebelum akhir tahun ini dalam usaha untuk menghapuskan sekatan di Gaza yang telah berlanjutan untuk tahun keempat berturut-turut.

Seorang jawatankuasa dalam “Kempen Negara-Negara Eropah Menghapuskan Kepungan di Gaza” (salah satu organisasi yang bertindak sebagai penyelenggara armada) Mohammed Hanoun, telah bersetuju untuk membentuk sebuah Lajnah Itali yang berfungsi sebagai pengantara yang boleh menghubungkan antara Jawatankuasa Kempen Eropah dan Republik Itali,sebagai usaha penyusunan dan persediaan bagi melancarkan armada kebebasan terhadap Gaza.

Hanoun menambah lagi ketika membuat kenyataan kepada media “Safa” melalui telefon, bahawa persetejuan itu datang selepas perbincangan yang diadakan di Rom dengan penyertaan lebih dari 30 lembaga masyarakat awam di Itali di samping puluhan orang undang-undang di Itali.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Gaza : Ratusan pesakit menanti maut akibat tiada elektrik

Jumaat , 13/08/2010 – Ratusan pesakit sedang menanti detik kematian akibat terputusnya sumber elektrik. Ini merupakan antara tindakan Zionis-Israel mengenakan tekanan kepada kerajaan HAMAS di Gaza. Sepintas lalu keadaan di hospital al-Syifa, Gaza.

Bahagian makmal : peralatan untuk menyimpan darah memerlukan tenaga elektrik bagi memastikan sistem hawa dingin sentiasa berfungsi bagi menjaga taraf kualiti darah. Selain itu, pelbagai peralatan lain yang terjejas apabila kehilangan tenaga elektrik secara terus. Bahagian ICU : Bahagian ini amat kritikal kerana peralatan bantuan pernafasan memerlukan tenaga elektrik yang berterusan. Selain itu, mesin hemodialisis turut tidak dapat digunakan. Dalam keadaan pesakit buah pinggang memerlukan cuci darah, tidak dapat dijalankan kerana sumber tenaga elektrik yang terhad.  Dalam keadaan serba kekurangan ini, pihak kerajaan HAMAS menggunakan generator bagi menampung kekurangan yang ada.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Qatar Cadang Bantu Gaza 13.5 Juta Dolar

Jumaat , 13/08/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar mengumumkan strategi baru untuk menyokong Gaza dengan dana dianggarkan bernilai 13.5 juta dolar. Aisha Al-Mana’ee, Dekan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan ahli Parlimen, mengatakan bahawa projek yang diluluskan dari strategi baru untuk melatih dan memperlengkapi dapur di hospital di Gaza, membuat rangkaian air dan pembetungan di kawasan Tel al-Hawa dan Asheikh Radwan, dan pemulihan rumah dan persekitaran.

Rencana tersebut merangkumi pemulihan Hospital Al-Quds di Gaza dan pembinaan telaga air dan meningkatkan kualiti air minum di Deir al-Balah dan Khan Younis dan penyediaan peralatan dan peralatan perubatan untuk hospital dan Jabatan Kesihatan di Gaza dan memperbaiki kerosakan hospital dan pusat kesihatan kerajaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ashkenazi bertanggung jawab pembunuhan Marmara

Jumaat , 13/08/2010 – Ketua Staf Israel, Letjen Gabi Ashkenazi, mengatakan bahawa sebagai komander Tentera Darat dia akan bertanggung jawab ke atas pembunuhan armada pembebasan yang berlaku dua bulan yang lalu di perairan antarabangsa.

Dia menyatakan kesaksiannya pada hari Khamis di hadapan Suruhanjaya Turkel yang menyiasat peristiwa pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap armada pembebasan. Memetik katanya, “Keputusan untuk memilih saya dari pemimpin-pemimpin atau tentera-tentera lain untuk bersaksi adalah keputusan yang tepat. ” Dia menjelaskan bahawa ini akan memudahkannya untuk melakukan siasatan dalaman terhadap tentera sekali gus mengambil tindakan terhadap setiap kapal yang belayar ke Gaza.

Tegasnya lagi, tentera penjajah Israel adalah telus dan sentiasa di bawah pemerhatian manakala setiap langkah yang diambil akan diteliti terlebih dahulu. Beliau turut menekankan bahawa penjajah Israel akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan mana-mana kapal dari sampai Semenanjung Gaza.  Pernyataannya itu dipaparkan kelmarin sejurus selepas kesaksian Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Ketenteraan Israel, Ehud Barak, di hadapan jawatankuasa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nursyuhada

Categories
Berita Semasa

Libya Menyumbang Juadah Berbuka Puasa Untuk Gaza

Jumaat , 13/08/2010 – Yayasan Antarabangsa Kebajikan dan Pembangunan Gaddafi telah menandatangani perjanjian dengan agensi pelarian PBB: UNRWA. UNRWA merupakan sebuah institusi yang membantu keluarga-keluarga miskin di Gaza.

Perjanjian tersebut merangkumi penyediaan juadah dan masakan panas kepada 110,000 warga Gaza di Semenanjung Gaza yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Yayasan Gaddafi berjanji untuk meneruskan pemberian juadah berbuka puasa kepada UNRWA dan Gaza seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mitchell bakal bertemu Netanyahu, Abbas

Jumaat , 13/08/2010 – Wakil utusan perdamaian Timur Tengah Amerika Syarikat, George Mitchell akan bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudiannya akan bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah pada Selasa akan datang hasil desakan dari pentadbiran Obama agar kedua-dua belah pihak bertemu dan berbincang secara langsung secepat mungkin.

Menurut Jabatan Luar Negeri, George Mitchell akan menghabiskan satu hari menjawab soalan-soalan daripada kedua-dua belah pihak sebelum kembali ke Amerika Syarikat pada hari Rabu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Konvoi pertama parlimen Arab bergerak ke Gaza Isnin lepas.

Khamis , 12/08/2010 – Konvoi pertama Parlimen Arab telah berlepas hari ini untuk memulakan perjalanan ke Semenanjung Gaza dari Kaherah , ibu kota Mesir. Mereka dijangka akan menetap di Gaza sehingga 12 Ogos.

Media rasmi Algeria telah melaporkan bahawa Parlimen Algeria akan turut serta dalam konvoi ini, iaitu MP Samari Abdel-Kader; ahli Parlimen Arab dan Politik Luar Negeri dan Jawatankuasa Keselamatan Nasional serta Ketua konvoi – konvoi darat ke Semenanjung Gaza. Seorang ahli Parlimen Arab, MP Madani ElBaradei akan turut menjadi ahli konvoi. Konvoi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk Semenanjung Gaza di sepanjang bulan Ramadhan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Isreael Tahan 5 Rakyat Palestin di Nablus

Khamis , 12/08/2010 – Angkatan tentera rejim Israel telah menahan 5 rakyat Palestin di bandar Asira Al-Shmalia di Nablus pada jumaat lepas . Datuk Bandar tersebut, Abed Al-Kareem Saied berkata, tentera rejim Israel telah menyerang bandar tersebut dan beberapa buah rumah. Mereka juga telah memusnahkan perabot dan peralatan di sebuah bangunan tiga tingkat yang dimiliki Mohammed Yassin.

Dia menambah, tentera rejim Israel telah menahan 5 rakyat Palestin tersebut selepas menyerbu ke rumah mereka. Mereka yang ditahan ialah: Mohammed Yassin, Anas Hmdana, Rami Yassin, Mohammed Swalha and Fakher Berawi

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : fatimah