Isnin ,05/01/2009 –
Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09), medik dan saksi melaporkan.
Category: Berita Semasa
Isnin ,05/01/2009 –Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.
Ahad ,04/01/2009 –Media “as Safir†mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.
Satu dunia bersuara derita Gaza.
Helsinki , Finland.
Amman, Jordan.
Klik [ Read More ] utk lebih foto eksklusif.
Ahad ,04/01/2009 –
Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel.
Ahad ,04/01/2009 –Israel meneruskan untuk kelapan hari berturutan serangan ketenteraannya mengsasarkan orang awam sepanjang Semenanjung Gaza mengakibatkan dalam kematian 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2.
Ahad ,04/01/2009 –Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berkata petang semalam , serangan ke atas tentera rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza akan terus sehingga matlamat-matlamat mereka tercapai.
Obama diam membisu ?
Imbas Kembali .
Barack Obama di hadiahkan t-shirt oleh Datuk Bandar Sderot , Eli Moyal sementara Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak (kiri ) melihat selepas memeriksa roket buatan sendiri Palestin yang di tembak ke arah penempatan tersebut tahun lepas.
Sabtu ,03/01/2009 –Ulama’ terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.
Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.
Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan .
Klik [Read More] untuk lebih foto eksklusif di dalam.
Sabtu ,03/01/2009 –Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam.
Sabtu ,03/01/2009 –Sumber-sumber pihak keselamatan di Ramallah menyebutkan arahan dan perintah telah sampai ke pihak keselamatan di kebanyakkan wilayah Tebing Barat dari pejabat Presiden Mahmud Abbas untuk menggagalkan sebarang usaha yang dilakukan pihak-pihak Palestin untuk memulakan intifadhah ketiga, khususnya di Tebing Barat, melalui demonstrasi dan protes serangan militan Zionis Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza.
Jumaat ,02/01/2009 –Dr Osama Al-Muzzaini , salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, telah menggariskan pejuang Palestin masih berkemampuan untuk berlawan dan akan menyediakan “kejutan-kejutan” untuk angkatan tentera rejim Zionis.
Jumaat ,02/01/2009 –Tentera udara rejim Zionis pada petang Khamis, telah mengebom rumah Dr Nizar Al-Rayyan, menyebabkan beliau dan 15 ahli keluarga beliau terbunuh.
Jumaat ,02/01/2009 –Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel.