Jumaat, 30-12-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menekankan kepentingan perjuangan dan kesatuan Palestin bagi menghadapi kerajaan rejim zionis yang baru.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Rabu, Haneyya memberi amaran tentang polisi dan aliran rejim baru.
Pembinaan penempatan yang semakin bertambah akan ditentang dengan perjuangan, beliau menambah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 30-12-2022 – Jawatankuasa keluarga para syuhada yang jenazahnya ditahan menggesa penganjuran lebih banyak mogok bagi menuntut pembebasan jenazah syuhada tersebut oleh negara penceroboh Israel.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Rabu, ahli jawatankuasa Fatima Mansour menuduh kerajaan penceroboh Israel menjalankan dasar jenayah sistematik terhadap syuhada Palestin melalui kedegilan mereka menahan mayat para syuhada.
Fatima juga berkata bahawa kerajaan Israel cuba memberikan tekanan psikologi kepada keluarga para syuhada tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 29-12-2022 – Persatuan zionis Elad mengumumkan ia telah mula menjalankan penggalian di kawasan Birkat al-Hamra di bandar Silwan selatan Masjid Al-Aqsa setelah merampasnya pada pagi Selasa.
Dalam satu kenyataan akhbar, penyelidik daripada Baitulmuqaddis Radwan Amr berkata bahawa para pendatang Yahudi mendakwa yang mereka menemui kolam Hezekiah yang telah wujud sejak abad kelapan di Birkat al-Hamra.
Amr menekankan yang luas Birkat al-Hamra adalah 5 dunum, dan menambah yang tanah tersebut merupakan kepentingan besar sejarah dan arkeologi.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 29-12-2022 – Gerakan Hamas mengutuk pengagihan tanah ‘al-Hamra’ oleh peneroka Yahudi di timur Silwan pagi Selasa.
“Ini adalah jenayah terkini Zionis. Ia sebahagian usaha berterusan Israel meyahudikan Jerusalem, mengusir penduduknya, dan mengawal ketat persekitaran Masjid Aqsa,” kata jurucakap Hamas, Mohamed Hamada dalam ucapan akhbar.
Beliau mengesahkan, penduduk Palestin mesti bertindak balas dengan lebih banyak penentangan dan ketabahan di Jerusalem, menekankan bahawa Masjid Aqsa kekal menjadi tapak suci umat Islam.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Khamis, 29-12-2022 – Penceroboh Yahudi memagar tanah milik Palestin di utara Lembah Jordan pada hari Selasa sebagai persediaan untuk merampasnya.
Sumber tempatan melaporkan bahawa penceroboh Yahudi memagar dengan kawat berduri tanah pastoral Palestin di timur kawasan al-Farisiya sebagai langkah awal untuk merampasnya, tanpa mengenal pasti kawasan tanah itu.
Penceroboh Yahudi telah meningkatkan serangan mereka terhadap petani Palestin dan tanah mereka di al-Farisiya selain menyerang harta benda mereka dan merampas traktor pertanian mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 28-12-2022 – Mahkamah Israel melanjutkan tempoh tahanan tiga remaja Palestin dari daerah Silwan di Jerusalem pada pagi Rabu.
Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, mahkamah Israel melanjutkan penahanan Amin al- Abbasi, Khalil al-Awar dan Mustafa al-Abbasi sehingga 9 Januari 2023. Kesemua mereka ditahan di penjara Damon.
Polis Israel juga melanjutkan tempoh tahanan seorang remaja bernama Musaab Mahmoud dari daerah Issawiya di timur Jerusalem untuk sehari lagi. Dia telah ditahan pada petang Selasa sekembalinya dari sekolah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 28-12-2022 – Rejim Zionis melancarkan pencerobohan terhad di timur Semenanjung Gaza pada hari Khamis, dan menjalankan operasi perataan di kawasan itu.
Sumber setempat melaporkan bahawa lima jentolak dan kenderaan berperisai Israel telah menyerbu kejiranan timur Zaitun dan meratakan tanah serta merosakkan harta benda dan tanaman milik rakyat Palestin.
Rejim itu kerap melancarkan pencerobohan terhad ke tanah Palestin di sepanjang sempadan utara dan timur Semenanjung Gaza, memusnahkan tanah warga Palestin dan merosakkan harta benda mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 28-12-2022 –Pada Khamis, warga Palestin beramai-ramai menyertai pengebumian seorang pemuda Palestin yang dibunuh dalam serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di Tebing Barat kota Nablus.
Perarakan Ahmad Daraghmeh, 23 tahun bermula dari Hospital Rufaidah di Nablus, kemudian ke rumah keluarganya di Tubas, kemudian ke perkuburan.
Gerakan Hamas berkabung ke atas Daraghmeh, menyeru pemuda Palestin agarebrtindak ke atas jenayah Israel dan serangan pendatang yang semakin meningkat ke atas tanah Palestin dan tempat sucinya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 28-12-2022 – Persatuan Tahanan dan Bekas Tahanan Wa’ed Wa’ed telah menuduh perkhidmatan penjara Israel (IPS) enggan memberikan rawatan perubatan untuk banduan yang diserang barah, Walid Daqqa yang telah menghidap kanser darah yang jarang berlaku sejak hampir dua bulan lepas.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Wa’ed menjelaskan bahawa IPS menghantar Daqqa dari hospital Barzilai ke penjara Ashkelon dan enggan menahannya di mana-mana tempat yang sesuai untuk menerima rawatan perubatan.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Daqqa mengalami sakit yang semakin meningkat di seluruh badannya dan sentiasa memerlukan bekalan darah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 28-12-2022 – Regim Zionis Israel merobohkan kemudahan komersial pada Khamis dan merobohkan jalan raya di kampung Deir Sharaf di barat Nablus.
Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata bahawa jentolak Israel yang diiringi oleh tentera regim Israel merobohkan sebuah kedai kerja badan dan jalan berturap sepanjang 500 meter di kampung Deir Sharaf dengan alasan pembinaan itu tidak berlesen.
Penduduk Palestin di wilayah yang dijarah secara haram itu tidak mempunyai pilihan selain membina tanah mereka sendiri tanpa lesen kerana tiada struktur pemetaan semula kawasan itu walaupun berlaku peningkatan jumlah pendatang haram Yahudi tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Jumaat, 23-12-2022 – Anggota biro politik Hamas, Maher Salah telah mengesahkan bahawa pergerakannya adalah rakan kongsi dalam perjuangan Palestin menentang pencerobohan rejim Israel di Tebing Barat, yang disifatkannya sebagai “simbol terhormat bagi penentangan yang semakin meningkat.”
Dalam temu bual yang dijalankan dengannya oleh saluran satelit al-Aqsa pada petang hari Selasa, Salah berkata bahawa misi Briged al-Qassam adalah untuk mempertahankan tapak suci Palestin dan membebaskan Palestin, menyeru semua orang untuk menyokong briged tersebut menentang pencerobohan Israel yang berterusan.
“Hamas telah menghadapi gelombang besar konspirasi dan percubaan untuk menamatkan kewujudannya dan mengeringkan sumber sokongannya untuk menghalang daripada kedudukannya, tetapi ia akan kekal berpegang kepada prinsipnya dan tidak akan pernah melepaskan program penentangannya,” katanya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 23-12-2022 – Puluhan warga Palestin menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata pada Rabu apabila tentera rejim menyerbu bandar Abu Dis, dan bertelingkah dengan pemuda tempatan dan menyerang kampus university al-Quds.
Menurut sumber tempatan, polis rejim secara rawak melepaskan tembakan gas pemedih mata dengan sengaja ke kampus Universiti al-Quds dan orang awam yang lalu Lalang di jalan berdekatan ketika pertelingkahan dengan sekumpulan pemuda di Abu Dis.
Di Nablus, tentera rejim zionis menyerbu kejiranan al-Hebla di kota lama, memecah masuk dan menggeledah rumah as-syahid Hani Owaijan, dan menyerbu kejiranan Ras al-Ein dan kawasan sekitar Gunung Gerizim, dengan tiada tangkapan dilaporkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 23-12-2022 – Menteri Perang Israel, Benny Gantz menegaskan keputusan untuk tidak menyerahkan jenazah syahid Nasser Abu Hamid, tahanan yang maut akibat kanser pada Selasa di Hospital Assof Harofeh berikutan tiada bantuan perubatan untuk tempoh yang lama.
Dalam kenyataan beliau pada Rabu, tindakan itu mengikut saranan pihak keselamatan dan sesuai dengan keputusan kabinet berkenaan polisi penukaran mayat bangsa Palestin dengan tawanan bangsa Israel pada masa hadapan.
Pengidap kanser, Nasser Abu Hamid, 50, disahkan meninggal dunia Selasa pagi selepas bertarung dengan penyakitnya berbulan-bulan dalam tahanan Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Jumaat, 23-12-2022 – Puluhan pendatang haram ekstremis Yahudi mencemarkan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang diceroboh pada pagi Rabu dan kemudian pada sebelah petang.
Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 318 pendatang diiringi oleh pegawai polis memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya pada hari keempat cuti Hanukkah Yahudi.
Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam, para pendatang haram itu menerima ceramah daripada para rabbi tentang gunung kuil yang dikatakan, dan sebilangan daripada mereka menunaikan solat Talmud di kawasan timur Masjid dan di pintu masuk menuju ke sana.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Jumaat, 23-12-2022 – Puak-puak Palestin telah menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk melancarkan mogok umum bagi meratapi kematian tahanan Palestin, Nasser Abu Hamid dan mengutuk jenayah pengabaian perubatan oleh rejim Israel yang dikenakan terhadapnya.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Jawatankuasa Penyelaras Puak di Nablus menyeru rakyat Palestin untuk melancarkan mogok umum bagi menyokong tahanan Palestin dan mengutuk dasar pengabaian perubatan Israel yang berterusan yang diamalkan ke atas tahanan Palestin yang sakit.
Selain itu, Pasukan Kebangsaan dan Islam Palestin di bandar Jenin, Tebing Barat menyeru rakyat Palestin untuk turun ke jalanan sebagai tanda solidariti bersama keluarga syahid, Abu Hamid.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan