Zionis culik menteri Nizar Ramadhan

Jumaat, 03/06/2011 – Zionis pada petang Selasa (31 Mei) lalu menahan menteri di Majlis Legislatif Palestin, Nizar Ramadhan, yang berada dekat sempadan “Containers” yang memisahkan bahagian tengah Tebing Barat dengan selatannya, selepas penahanan Pengerusi Majlis, Aziz Duweik, dan beberapa menteri yang lain selama lebih satu jam. Bahagian Ketenteraan Zionis telah menahan Dr. Aziz Duweik, Pengerusi … Read moreZionis culik menteri Nizar Ramadhan

Laporan: Israel menahan 1,200 bawah umur sejak awal 2010

Jumaat, 03/06/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan pada Selasa mendedahkan peningkatan mendadak dalam pertelingkahan antara polis Israel dan warga Palestin di Baitulmuqaddis, terutamanya di daerah Silwan dan Al-Issawiyya. Laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Hak Asasi Israel (ACRI) itu melaporkan bahawa sejak awal 2010, polis telah menahan 1,200 rakyat Palestin yang disyaki membaling batu manakala 760 … Read moreLaporan: Israel menahan 1,200 bawah umur sejak awal 2010

Hamas: penafian tahanan politik oleh Dhamiri boleh merosakkan usaha penyatuan

Jumaat, 03/06/2011 – Penggubal Undang-Undang Hamas di Ramallah mengecam kenyataan Jurucakap perkhidmatan keselamatan Tebing Barat, Adnan al-Dhamiri yang menolak penahanan terhadap setiap orang yang mempunyai latar belakang politik atau kepartian. Dalam sebuah pernyataan, mereka mendakwa tindakan itu tidak bertanggung jawab dan mengatakan bahawa kenyataan seperti itu akan “merosakkan” usaha rekonsiliasi nasional. Para ahli PLC menegaskan … Read moreHamas: penafian tahanan politik oleh Dhamiri boleh merosakkan usaha penyatuan

Haneya ingatkan PBB tidak diam diri kezaliman Zionis

Jumaat, 03/06/2011 – PM Palestin, Ismail Haneya menegaskan bahawa kedatangan flotilla 2 adalah bertujuan untuk menunjukkan konsistensi Zionis-Israel yang mengadakan sekatan kepada bantuan yang untuk rakyat Palestin. Haneya turut mengingatkan Ban Ki Moon yang merupakan Setiusahagong PBB agar tidak mengabaikan kezaliman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Haneya dengan tegas menyatakan negara Palestin tidak datang melalui … Read moreHaneya ingatkan PBB tidak diam diri kezaliman Zionis

Israel Akan Gunakan Kekuatan Tentera Untuk Hentikan Freedom Flotilla

Jumaat, 03/06/2011 – Pihak media Israel edisi Selasa (31/5) menegaskan bahawa auotoriti Zionis Israel tidak hanya cukup melakukan usaha diplomatik untuk menghentikan “Freedom Flotilla 2”, yang akan berlayar menuju Semenanjung Gaza akhir bulan Jun ini, namun juga akan menggunakan kekuatan tentera terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan Angkatan Laut Israel. Akhbar Israel berbahasa Ibrani, Ha’aretz, … Read moreIsrael Akan Gunakan Kekuatan Tentera Untuk Hentikan Freedom Flotilla

Kabinet Israel dalam perbincangan merancang rampasan tanah Negev

Rabu, 01/06/2011 – Israel akan membincangkan minggu depan rancangan jangka panjang yang direka untuk menuntut tanah di padang pasir Negev, lapor Ynet Israel. Ynet berkata bahawa ia telah belajar bahawa jika rancangan tersebut diluluskan, Arab Badwi akan memperoleh pemilikan blok besar menyediakan tanah perumahan di bandar-bandar tetap yang akan diakui oleh negara Israel. Tanah itu … Read moreKabinet Israel dalam perbincangan merancang rampasan tanah Negev

Netanyahu Mengesahkan Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel yang Kekal

Rabu, 01/06/2011 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menekankan bahawa negaranya bersungguh dalam menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara. Pengumman itu tiba beberapa hari selepas Netanyahu memberi ucapan yang mendapat sokongan adu daripada kongress Amerika Syarikat, yang mana Netanyahu mengumumkan Jerusalam sebagai ibu negara kekal negara Yahudi itu. Dia berkata semasa mesyuarat kabinet yang diadakan pada … Read moreNetanyahu Mengesahkan Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel yang Kekal

Barisan Islam di Ramallah : kenyataan menentang usaha menangguhkan rekonsiliasi

Rabu, 01/06/2011 – Barisan Islam di bandar Ramallah mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Adnan Ad-Dhomiri, jurucakap bagi Kementerian Keselamatan di Tebing Barat berkenaan isu tahanan politik di Penjara Kementerian Keselamatan, yang menafikan kewujudan sebarang tahanan di bawah tuduhan politik ataupun parti di penjara tersebut. Kenyataan ini dianggap sebagai memburukkan suasana dan usaha ke arah mencapa … Read moreBarisan Islam di Ramallah : kenyataan menentang usaha menangguhkan rekonsiliasi

Pertempuran Letus Selepas Penduduk Haram Israel Lawat Makam Nabi Yusuf

Rabu, 01/06/2011 – Pertengkaran meletus awal pagi Isnin di Nablus setelah tentera Israel masuk makam Nabi Yusuf di timur Nablus di Tebing Barat yang dijajah . Para askar bergegas masuk untuk menawarkan perlindungan terhadap penduduk haram Yahudi yang pergi ke sana untuk melakukan ritual keagamaan. Pemuda Palestin membalas pencerobohan mereka serangan dengan batu dan bom … Read morePertempuran Letus Selepas Penduduk Haram Israel Lawat Makam Nabi Yusuf

Lagi pertelingkahan tercetus di Iraq Burin setelah serangan tentera rejim Israel

Rabu, 01/06/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) bertelingkah dengan warga Palestin pada petang Isnin setelah menyerang kampung Iraq Burin di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat. Para peronda Israel telah dilempari batu setelah serangan mengejut mereka di kampung itu, kata ahli jawatankuasa tempatan Abdul-Raheem Qaddous. Beliau menambah bahawa tentera-tentera melepaskan peluru dan gas pemedih … Read moreLagi pertelingkahan tercetus di Iraq Burin setelah serangan tentera rejim Israel

Pendatang Zionis Bakar Tanah Milik Penduduk di Nablus Selatan

Rabu, 01/06/2011 – Sejumlah pendatang Zionis membakar tanah milik warga Madama, tenggara Nablus, setelah sebelumnya menyerang penduduk Palestin pada Isnin lepas. Sumber menyebutkan, puluhan pendatang Zionis dari wilayah Yetsahar yang terletak berhampiran dengan wilayah Syuarah membakar beberapa hektar tanah pertanian. Mereka kemudiannya melarikan diri setelah warga Palestin yang dibantu pihak pertahanan sivil berusaha memadam api. … Read morePendatang Zionis Bakar Tanah Milik Penduduk di Nablus Selatan

ICC: Israel menghabiskan lebih dari satu bilion dolar setahun untuk me’yahudi’kan kota suci

Rabu, 01/06/2011 – Suruhanjaya Islam Kristian mengatakan bahawa masjid Benteng Daud bukanlah yang pertama kali diubah oleh Israel menjadi sebuah tempat Yahudi. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel merayakan pembukaan sebuah muzium yang dibina di atas runtuhan masjid. “Israel telah mengambil alih masjid dan menukarkan penggunaannya agar sesuai dengan tujuan Israel dan rancangan mereka untuk me’yahudi’kan … Read moreICC: Israel menghabiskan lebih dari satu bilion dolar setahun untuk me’yahudi’kan kota suci

Kerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya yang mentadbir di Gaza menggesa komuniti antarabangsa supaya mengasingkan rejim Zionis kerana sikap perkauman yang diamalkannya sehingga menyebabkan harapan untuk membina penempatan bersama menemui jalan buntu. Jurucakap kerajaan tersebut, Taher al-Nunu berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas ucapan terbaru Netanyahu di hadapan Kongres … Read moreKerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Mesir buka sempadan Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Mesir hari ini telah memutuskan untuk membuka pintu sempadan Rafah-Gaza. Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm. Kerajaan Mesir juga akan berjanji memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan pintu masuk ini. Para pegawai Mesir yang bertugas di pintu itu telah … Read moreMesir buka sempadan Rafah

Ucapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset

Selasa, 31/05/2011 – Para anggota Arab dari badan perundangan Israel, Knesset, berkata bahawa Netanyahu memberikan ucapan di depan Kongres AS pada hari Selasa merupakan percubaan untuk menipu. Netanyahu mempromosikan idea bahawa orang-orang Arab di Israel sedang berkogsi kegembiraan hak demokrasi penuh. Kenyataan itu datang pada saat ketika Netanyahu telah memimpin orang-orangnya dalam bentuk perkauman paling … Read moreUcapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset