Categories
Berita Semasa

Adakah anda percayakan jiran anda? Tidak, jika dia Israel .

Isnin , 16/08/2010 – Rakyat Lebanon dan Palestin sentiasa curiga terhadap jiran Israel mereka yang licik atas sebab yang kukuh. Apabila seseorang melihat ke arah sumber air yang luas kepunyaan Israel , kenapakah mereka mahu menggerudi betul-betul di sempadan anda? Adakah mungkin sementara mereka membuli anda, mereka juga mengeringkan sumber semulajadi anda?

Ini semuanya adalah tentang perang! Jika kita mengimbas kembali era semasa pra-perang Iraq kita mempelajari situasi di mana pelantar-pelantar minyak di bahagian sempadan Kuwait menggunakan teknik menggerudi bersudut bagi mencuri sumber minyak Iraq . Perbuatan ini sahaja telah menjadi alat yang menyebabkan Iraq menyerang Kuwait yang kemudiannya membawa kepada Perang di Iraq. Oleh itu, adalah penting bagi komuniti antarabangsa (PBB) untuk memantau aktiviti-aktiviti sebegitu bagi mengelakkan konflik, tetapi berdasarkan apa yang telah kita lihat pada masa lampau, mereka cenderung melepaskan tangan dan membiarkan konflik berlaku. Lagipun, meneruskan peperangan terjadi adalah matlamat Amerika!

Oleh itu, apakah masalah Lebanon dan Palestin dan mengapakah PBB tidak mengambil langkah bagi menyelesaikan perebutan sempadan? Di dalam PBB terdapat satu organisasi yang menguruskan isu tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

30 organisasi Itali menyertai armada (Kebebasan)

Jumaat , 13/08/2010 – Lebih dari 30 institusi awam Itali telah bergabung dengan armada (kebebasan 2) yang dijadualkan akan bertolak sebelum akhir tahun ini dalam usaha untuk menghapuskan sekatan di Gaza yang telah berlanjutan untuk tahun keempat berturut-turut.

Seorang jawatankuasa dalam “Kempen Negara-Negara Eropah Menghapuskan Kepungan di Gaza” (salah satu organisasi yang bertindak sebagai penyelenggara armada) Mohammed Hanoun, telah bersetuju untuk membentuk sebuah Lajnah Itali yang berfungsi sebagai pengantara yang boleh menghubungkan antara Jawatankuasa Kempen Eropah dan Republik Itali,sebagai usaha penyusunan dan persediaan bagi melancarkan armada kebebasan terhadap Gaza.

Hanoun menambah lagi ketika membuat kenyataan kepada media “Safa” melalui telefon, bahawa persetejuan itu datang selepas perbincangan yang diadakan di Rom dengan penyertaan lebih dari 30 lembaga masyarakat awam di Itali di samping puluhan orang undang-undang di Itali.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Gaza : Ratusan pesakit menanti maut akibat tiada elektrik

Jumaat , 13/08/2010 – Ratusan pesakit sedang menanti detik kematian akibat terputusnya sumber elektrik. Ini merupakan antara tindakan Zionis-Israel mengenakan tekanan kepada kerajaan HAMAS di Gaza. Sepintas lalu keadaan di hospital al-Syifa, Gaza.

Bahagian makmal : peralatan untuk menyimpan darah memerlukan tenaga elektrik bagi memastikan sistem hawa dingin sentiasa berfungsi bagi menjaga taraf kualiti darah. Selain itu, pelbagai peralatan lain yang terjejas apabila kehilangan tenaga elektrik secara terus. Bahagian ICU : Bahagian ini amat kritikal kerana peralatan bantuan pernafasan memerlukan tenaga elektrik yang berterusan. Selain itu, mesin hemodialisis turut tidak dapat digunakan. Dalam keadaan pesakit buah pinggang memerlukan cuci darah, tidak dapat dijalankan kerana sumber tenaga elektrik yang terhad.  Dalam keadaan serba kekurangan ini, pihak kerajaan HAMAS menggunakan generator bagi menampung kekurangan yang ada.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Qatar Cadang Bantu Gaza 13.5 Juta Dolar

Jumaat , 13/08/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar mengumumkan strategi baru untuk menyokong Gaza dengan dana dianggarkan bernilai 13.5 juta dolar. Aisha Al-Mana’ee, Dekan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan ahli Parlimen, mengatakan bahawa projek yang diluluskan dari strategi baru untuk melatih dan memperlengkapi dapur di hospital di Gaza, membuat rangkaian air dan pembetungan di kawasan Tel al-Hawa dan Asheikh Radwan, dan pemulihan rumah dan persekitaran.

Rencana tersebut merangkumi pemulihan Hospital Al-Quds di Gaza dan pembinaan telaga air dan meningkatkan kualiti air minum di Deir al-Balah dan Khan Younis dan penyediaan peralatan dan peralatan perubatan untuk hospital dan Jabatan Kesihatan di Gaza dan memperbaiki kerosakan hospital dan pusat kesihatan kerajaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ashkenazi bertanggung jawab pembunuhan Marmara

Jumaat , 13/08/2010 – Ketua Staf Israel, Letjen Gabi Ashkenazi, mengatakan bahawa sebagai komander Tentera Darat dia akan bertanggung jawab ke atas pembunuhan armada pembebasan yang berlaku dua bulan yang lalu di perairan antarabangsa.

Dia menyatakan kesaksiannya pada hari Khamis di hadapan Suruhanjaya Turkel yang menyiasat peristiwa pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap armada pembebasan. Memetik katanya, “Keputusan untuk memilih saya dari pemimpin-pemimpin atau tentera-tentera lain untuk bersaksi adalah keputusan yang tepat. ” Dia menjelaskan bahawa ini akan memudahkannya untuk melakukan siasatan dalaman terhadap tentera sekali gus mengambil tindakan terhadap setiap kapal yang belayar ke Gaza.

Tegasnya lagi, tentera penjajah Israel adalah telus dan sentiasa di bawah pemerhatian manakala setiap langkah yang diambil akan diteliti terlebih dahulu. Beliau turut menekankan bahawa penjajah Israel akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan mana-mana kapal dari sampai Semenanjung Gaza.  Pernyataannya itu dipaparkan kelmarin sejurus selepas kesaksian Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Ketenteraan Israel, Ehud Barak, di hadapan jawatankuasa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nursyuhada

Categories
Berita Semasa

Libya Menyumbang Juadah Berbuka Puasa Untuk Gaza

Jumaat , 13/08/2010 – Yayasan Antarabangsa Kebajikan dan Pembangunan Gaddafi telah menandatangani perjanjian dengan agensi pelarian PBB: UNRWA. UNRWA merupakan sebuah institusi yang membantu keluarga-keluarga miskin di Gaza.

Perjanjian tersebut merangkumi penyediaan juadah dan masakan panas kepada 110,000 warga Gaza di Semenanjung Gaza yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Yayasan Gaddafi berjanji untuk meneruskan pemberian juadah berbuka puasa kepada UNRWA dan Gaza seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mitchell bakal bertemu Netanyahu, Abbas

Jumaat , 13/08/2010 – Wakil utusan perdamaian Timur Tengah Amerika Syarikat, George Mitchell akan bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudiannya akan bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah pada Selasa akan datang hasil desakan dari pentadbiran Obama agar kedua-dua belah pihak bertemu dan berbincang secara langsung secepat mungkin.

Menurut Jabatan Luar Negeri, George Mitchell akan menghabiskan satu hari menjawab soalan-soalan daripada kedua-dua belah pihak sebelum kembali ke Amerika Syarikat pada hari Rabu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Konvoi pertama parlimen Arab bergerak ke Gaza Isnin lepas.

Khamis , 12/08/2010 – Konvoi pertama Parlimen Arab telah berlepas hari ini untuk memulakan perjalanan ke Semenanjung Gaza dari Kaherah , ibu kota Mesir. Mereka dijangka akan menetap di Gaza sehingga 12 Ogos.

Media rasmi Algeria telah melaporkan bahawa Parlimen Algeria akan turut serta dalam konvoi ini, iaitu MP Samari Abdel-Kader; ahli Parlimen Arab dan Politik Luar Negeri dan Jawatankuasa Keselamatan Nasional serta Ketua konvoi – konvoi darat ke Semenanjung Gaza. Seorang ahli Parlimen Arab, MP Madani ElBaradei akan turut menjadi ahli konvoi. Konvoi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk Semenanjung Gaza di sepanjang bulan Ramadhan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Isreael Tahan 5 Rakyat Palestin di Nablus

Khamis , 12/08/2010 – Angkatan tentera rejim Israel telah menahan 5 rakyat Palestin di bandar Asira Al-Shmalia di Nablus pada jumaat lepas . Datuk Bandar tersebut, Abed Al-Kareem Saied berkata, tentera rejim Israel telah menyerang bandar tersebut dan beberapa buah rumah. Mereka juga telah memusnahkan perabot dan peralatan di sebuah bangunan tiga tingkat yang dimiliki Mohammed Yassin.

Dia menambah, tentera rejim Israel telah menahan 5 rakyat Palestin tersebut selepas menyerbu ke rumah mereka. Mereka yang ditahan ialah: Mohammed Yassin, Anas Hmdana, Rami Yassin, Mohammed Swalha and Fakher Berawi

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : fatimah

Categories
Berita Semasa

Kapal laut tentera rejim Zionis menembak bot nelayan rakyat Lebanon

Khamis , 12/08/2010 – Sebuah bot nelayan milik rakyat Lebanon telah ditembak oleh kapal laut tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Sabtu lepas berhampiran sempadan Lebanon-Israel.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh jurucakap tentera Lebanon mengesahkan kejadian sebuah bot nelayan ditembak oleh IOF. Katanya lagi, tembakan it tidak mengakibatkan kerosakan pada bot nelayan itu dan tiada kecederaan dilaporkan. Tindakan IOF itu merupakan tindakan keganasan yang kedua berlaku di sempadan Lebanon-Israel sejak minggu lepas. Pada Selasa lepas, tentera Lebanon dan rejim Zionis bertempur dengan sengit sejak kali terakhir bertempur pada 2006. 3 orang tentera Lebanon dan seorang IOF maut manakala 7 yang lain cedera parah. Seorang wartawan Lebanon turut terbunuh dalam insiden itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Ban Ki-moon kata tiada perjanjian rahsia dalam siasatan terhadap armada ke Gaza

Khamis , 12/08/2010 – Ketua PBB pada Isnin lepas menyangkal khabar angin yang mengatakan badan dunia itu telah mengadakan perjanjian rahsia yang menghadkan siasatan ke atas tentera rejim Zionis (IOF) berkaitan serangan maut oleh komandonya ke atas armada kebebasan yang sedang menuju ke Gaza pada 31 Mei lepas.

Pada minggu lepas, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengumumkan mengumumkan penubuhan sebuah panel siasatan yang dianggotai oleh 4 empat orang, untuk menyiasat serangan di peairan antarabangsa yang menyaksikan komando rejim Zionis menembak mati 9 rakyat Turki yang pro-Palestin selepas menyerbu ke atas kapal mereka yang sedang dalam percubaan untuk menghantar bantuan ke Genting Gaza.

Ban ditanya pada sidang media bulanan sama ada PBB telah bersetuju bahawa komando-komando rejim Zionis tidak boleh disoal-siasat oleh panel siasatan yang ditubuuhkan PBB itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer serta turut dianggotai oleh seorang veteran rejim Zionis dan seorang Diplomat Turki.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Konsul Jeneral Britain lawat al-Walajeh

Khamis , 12/08/2010 – Hari ini menyaksikan ketibaan seorang tetamu yang amat dihormati di Baitullaham iaitu Konsul Jeneral Britain ke Palestin dan Jerusalem, dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Tanah Suci. Individu tersebut, Richard Makepeace telah berkhidmat di pejabat luar UAE dan Sudan selama 15 tahun, pengalaman yang cukup banyak untuk tugas barunya di Palestin.

Pada awal pagi satu majlis resepsi diadakan oleh Pertubuhan Tanah Suci untuk Mr. Makepeace dan Setiausaha ke-3 di Kedutaan Tel Aviv, Dean Hurlock sebelum mereka dibawa melawat ke al-Walajeh, sebuah kampung yang terancam akibat tembok pemisah.

Majlis resepsi itu melibatkan ucapan-ucapan dan perbincangan animasi, satu koleksi cerita dan bahan lawak yang dipersembahkan melalui budaya masyarakat Britain dan diakhiri dengan sesi soal-jawab yang menyaksikan Konsulat Jeneral dan Mr. Hurlock menjawab dengan jelas dan ringkas soalan-soalan yang bertubi-tubi diajukan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Krisis Bekalan Elektrik di Gaza Semakin Meruncing

Khamis , 12/08/2010 – Jamal Aldrdsawi, Pengarah Perhubungan Awam dan Media di syarikat pembekal tenaga elektrik Semenanjung Gaza hari ini mengatakan, sebuah penjana di stesen janakuasa akan beroperasi apabila sejumlah diesel telah dipam.

Aldrdsawi berkata di dalam satu temuramah, jumlah diesel yang dihantar semalam ialah 200,000 liter yang hanya cukup untuk menggerakkan penjana selama satu setengah hari. Beliau berharap, dengan pengepaman diesel secara berterusan kepada satu-satunya stesen janakuasa di Gaza itu, kehidupan di Gaza akan menjadi lebih baik. Aldrdsawi juga mengumumkan, pindaan dalam program pembekalan tenaga elektrik tersebut berupaya meningkatkan tempoh bekalan elektrik sebanyak 8 jam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Jentolak rejim Zionis merobohkan rumah di Ein Hilwa

Khamis , 12/08/2010 – Jentolak tentera Israel Isnin lalu telah merobohkan dua buah rumah penduduk Palestin yang terletak di kampung Ein Hilwa, Lembah Yordan.

Tentera Zionis Israel menyerang kampung itu pada waktu pagi dan kemudian jentolak meratakan rumah kepunyaan Ahmad dan Mahmoud Nawajja sambil saksi mengatakan tentera Israel juga boleh merosakkan sejumlah kandang haiwan yang dimiliki oleh penternak tempatan. SPenduduk kampung meyeru kumpulan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa agar membantu mereka dan menghentikan Israel daripada menyerang mereka. Tentera Israel mendakwa rumah-rumah itu dibina tanpa kebenaran.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas Mempersoalkan Kredibiliti Penyiasat Israel

Khamis , 12/08/2010 – Gerakan Hamas meragui kredibiliti kumpulan penyiasat Zionis “Turkel” untuk melakukan siasatan terhadap serangan “Armada Kebebasan”. Hamas melihat ia hanya usaha tidak mahu bertanggungjawab terhadap insiden berdarah tersebut.

Kumpulan penyiasat Zionis mula menjalankan tugas hari Isnin (9/8). PM Israel Benyamin Netanyahu adalah orang pertama dari pejabat politik Israel yang akan memberikan keterangan di hadapan kumpulan penyiasat tersebut. Jurucakap Hamas Fauzi Barhum mengatakan, “Kami tidak percaya dengan kumpulan ini karena penjajah Zionis Israel adalah pihak yang tidak neutral, bahkan terlibat dalam tindakan jahat tersebut. Penjahat akan mencari cara untuk menghapus jejak kejahatannya dan bukan untuk membuktikan kebenarannya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman