
Khamis , 06/01/2011 – Sumber politik Israel berkata bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan melakukan lawatan rasmi ke Mesir pada Khamis ini (hari ini) untuk bertemu dengan presiden Mesir, Hosni Mubarak di Resort Sharm el-Syeikh.
Kedua pihak itu akan membincangkan pelbagai isu politik dan keselamatan, terutamanya tentang penyambungan semula rundingan damai dengan Pihak Berkuasa Palestin, pengunduran tentera di Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan dan tentang dail nuklear Iran.
Netanyahu juga akan bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir ketika lawatan termasuk pengarah perisikan Omar Suleiman dan menteri luar, Ahmed Abul Gheit.
Dalam hal lain, menteri luar Israel, Avigdor Lieberman memutuskan untuk melantik duta baru yang dikenali sebagai ‘hal ehwal holocaust’.
Berdasarkan akhbar Maariv, tugas duta ini ialah menentang prinsip NAZI di dunia dan bekerja dalam usaha mengembalikan harta Yahudi yang ditinggalkan mereka di negara Arab, terutama Mesir, dan seluruh negara di dunia.
Akhbar itu menyatakan pada Isnin bahawa satu harta yang paling penting yang ditinggalkan di kawasan itu kebanyakkannya berpusat di mesir, sambil menambah bahawa yahudi dihalau keluar dari Mesir pada 1952.
Buat masa ini tidak ada reaksi daripada pegawai Mesir tentang langkah Israel ini.
sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz