Categories
Berita Semasa

Bardawil: Proses Penghantaran Berjalan Dengan Lancar

Rabu, 19/10/2011 – Dr.Salah Al-Bardawil, pemimpin Hamas, telah mengesahkan bahawa penghantaran tentera Zionis iaitu Gil’ad Shalit pada pasukan Al Qassam adalah atas dasar isu keselamatan. Dan pihak Bardawil tidak akan terlibat dalam setiap perkara dan masa yang berkait dengan mereka. Dan beliau menyatakan bahawa setakat ini, semauanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan rintangan.

Dan Bardawil juga ada menyatakan dengan eksklusifnya pada “Pusat Informasi Palestin”: “Perkara tersebut berjalan dengan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah dan rintangan. Dan sebarang masalah yang berkait dengan tentera Shalit telah diserahkan kepada pasukan Al-Qassam.”

Beliau turut berkata bahawa perkara ini terlalu besar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dan pihak kami berasa amat bangga atas peristiwa bersejarah ini, iaitu saat-saat banduan kami dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : iffah rashid

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa terus di ceroboh puak pelampau Zionis.

Rabu, 19/10/2011 – Kumpulan ekstremis pelampau yahudi telah menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad melalui pintu Bab Al-Magharbeh dibawah perlindungan tentera IOF dan melakukan rondaan provokatif di tapak suci tersebut menurut sumber-sumber tempatan.

Sumber-sumber juga menambah bahawa tentera-tentera IOF di pintu-pintu masjid berkenaan telah menghalang pelajar-pelajar yang menghadiri kumpulan-kumpulan agama dari memasukinya, dan hanya memberi kebenaran kepada golongan yang berusia 50 tahun ke atas untuk memasukinya.

Mereka juga memberitahu bahawa terdapat banyak kehadiran tentera IOF dikawasan masjid dimana pengajian kumpulan-kumpulan agama dijalankan, terutamanya berdekatan dengan Bab al-Magharebeh dan Bab al-Sisila.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Rundingan pertukaran tawanan antara Mesir dan Israel memang wujud.

Rabu, 19/10/2011 – Sumber-sumber media dari Mesir berkata yang terdapat usaha yang serius untuk mencapai satu urusan pertukaran antara Mesir dan Israel untuk mendapatkan semua tawanan-tawanan rakyat Mesir untuk dibebaskan sebagai pertukaran dengan pengintip Israel, Ilan Grapel.

Al Ahram dipetik berkata pada hari Ahad, yang perjanjian pertukaran banduan antara Hamas dan Israel tidak akan menjadi satu-satunya urusan pertukaran untuk dilaksanakan dalam beberapa hari ini “tetapi akan diikuti oleh satu lagi pertukaran antara Mesir dan Israel, di mana Mesir akan membebaskan pengintip Israel, Ilan Garpel, yang juga memegang kerakyatan AS, sebagai balasan terhadap Israel melepaskan semua tawanan-tawanan rakyat Mesir yang kesemuanya 81 orang, termasuk 3 kanak-kanak.”

Lidah pengarang juga memetik sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada rakyat Mesir hasil rundingan antara Mesir dan Israel hampir mencapai satu persetujuan bersama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Hamas nafi laporan lawatan Mishaal ke Jordan waktu terdekat ini

Rabu, 19/10/2011 – Sumber pimpinan kanan Hamas menafikan laporan akhbar Jordan bahawa Khaled Mishaal, pemimpin Hamas akan melawat Amman dalam tempoh 10 hari akan datang, mengiringi putera Qatar, Tamim bin Ahmad

Sumber tersebut memberitahu PIC pada hari Ahad bahawa berita itu adalah palsu dan tiada sebarang asas.

Akhbar harian Jordan Al-Arab telah melaporkan sumber yang “boleh dipercayai” berkata Mishaal akan bertemu dengan pimpinan kanan kerajaan Jordan ketika lawatan tersebut, dan lawatan berkenaan akan mengakhiri pertelingkahan di antara Hamas dan Jordan yang telah berlarutan bertahun-tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Delegasi diketuai Mishaal pergi ke Kaherah untuk sambut tahanan yang dibebaskan

Rabu, 19/10/2011 – Satu delegasi Hamas yang diketuai oleh Ketua Biro Politiknya, Khaled Mishaal dijangka tiba di Kaherah pada hari ini untuk menyambut rakyat Palestin yang akan dibebaskan daripada penjara-penjara milik rejim Zionis, sejajar dengan perjanjian pertukaran tahanan penjara.

Sumber yang dipercayai memaklumkan Pusat Informasi Palestn (PIC) bahawa delegasi tersebut akan pergi ke Kaherah sebelum para tahanan terbabit dibebaskan bagi membuat persiapan yang perlu bagi meraikan para tahanan yang dibebaskan. Menurut sumber itu lagi, para tahanan terbabit dijangka akan dibebaskan pada jam 11.00 pagi,
hari Selasa.

Sementara itu, sumber rejim Zionis memaklumkan bahawa pihak berkuasa rejim Zionis akan memulakan proses pertukaran tahanan penjara seawal jam 6.00 pagi hari Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Arouri: kami sedang menunggu jawapan Israel tentang nasib lima tahanan wanita

Rabu, 19/10/2011 – Ahli biro politik Hamas, Sheikh Saleh al-Arouri yang bertanggungjawab terhadap fail tahanan berkata bahawa gerakannya menyerahkan senarai 9 orang tahanan wanita yang tidak termasuk dalam senarai pertukaran melalui seorang perantara Mesir dan memaklumkan kepada mereka bahawa ia melanggar perjanjian.

Beliau memberitahu PIC dalam satu temuramah ekslusif “Ketika rundingan, pihak Zionis menyediakan senarai tahanan wanita Palestin yang merangkumi 27 tahanan. Setelah kami memeriksa senarai kami mendapati 9 orang tahanan wanita tidak termasuk dalam senarai tersebut, jadi kami memulangkan senarai itu dan menunggu jawapan mereka”.

Berkenaan khabar angin bahawa majoriti tahanan yang termasuk di dalam senarai pertukaran itu terlibat dengan Hamas, beliau berkata 1027 tahanan yang dijangka dibebaskan, 600-700 tahanan adalah dari kumpulan-kumpulan lain, kebanyakkannya terlibat dengan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Akui Pertukaran Tawanan Adalah Kemenangan Bagi Hamas

Rabu, 19/10/2011 – Ketua Bahagian Perisikan Dalam Negeri Israel “Shabak” (Shin Bet), Yoram Cohen menilai bahawa kesepakatan pertukaran tawanan antara pejuang Palestin dan Israel adalah “cara terbaik” untuk mengembalikan Gilad Shalit kepada keluarganya.

Meski dengan itu, Cohen mendakwa, bahawa kesepakatan pertukaran tawanan tersebut akan mendorong kelompok-kelompok Palestin untuk menculik lebih ramai lagi tentera Israel.

Sementara itu, Penasihat Perdana Menteri Israel untuk Urusan Keamanan Nasional, Yakub Amidror berpendapat bahawa kesepakatan pertukaran tawanan yang dicapai antara Hamas dan Israel, “sedikit lebih buruk”. Dia mengakui mencatat beberapa perkara yang menguntungkan Hamas di Palestin.

Seorang kolumnis Zionis, Ben Caspit, melihat kesepakatan pertukaran tawanan merupakan bentuk penyerahan yang memalukan. Ini kerana “Israel” datang berlutut di depan Hamas, semangat kekuatan juang Zionis telah gagal di depan Hamas. Seorang penganalisis politik, Ben Dror Yemini, mengatakan bahawa kesepakatan pertukaran ini merupakan hadiah untuk “terorisme” dan sebuah kemenangan besar bagi Hamas.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram rampas lebih banyak tanah di Salfit dan bina rumah bergerak

Selasa, 18/10/2011 – Pendatang haram Yahudi terus-terusan merampas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Jentolak-jentolak milik rejim Zionis meratakan ladang-ladang pertanian di Kampung Eskaka dan Yasuf, di bahagian timur Salfit iaitu di utara Tebing Barat. Mereka akan membina penempatan haram Yahudi di situ.

Nabil Haris, Ketua Majlis Kampung Eskaka berkata, jentolak-jentolak meratakan ladang-ladang di antara Kampung Eskaka dan Yasuf, kemudian karavan-karavan yang besar dibawa masuk ke tempat tersebut menggunakan lori, bagi menyediakan penempatan haram pendatang Yahudi.

Katanya lagi, sehingga petang Selasa lalu, 4 buah karavan telah dibawa masuk dan lebih banyak tanah-tanah di kampung-kampung terbabit mungkin akan dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

“Menyambut ulangtahun Al-Aqsa dalam bahaya ke 16” bermula Jumaat

Selasa, 18/10/2011 – Pergerakan Islam 1948 sempena penjajahan Palestine membuat persiapan akhir untuk perayaan tahun ke-16 “Al-Aqsa dalam bahaya” yang bermula pada hari Jumaat 14 Oktober 2011.

Perayaan yang dijangka menarik puluhan ribu peserta akan dilancarkan pada hari Jumaat di Stadium Um al-Fahem Perbandaran pada 5:30 petang, menurut pengumuman yang dibuat oleh gerakan Islam. Beberapa tokoh-tokoh utama dalam gerakan Islam dan tokoh yang lain di kalangan 1948-Palestin akan menyampaikan ucapan semasa perayaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Dr Qasim: Pertukaran perjanjian bersejarah merupakan penghormatan dan kekalahan bagi penjajah

Selasa, 18/10/2011 – Dr Abdel-Sattar Qasim, profesor sains politik berkata perjanjian pertukaran tahanan adalah perjanjian yang bersejarah dan penghormatan kepada Palestin dan melambangkan kekalahan perdana menteri kerajaan Zionis.

Dalam satu kenyataan khas untuk PIC katanya, konklusi tawaran ini bermakna tiada cara lain entiti Zionis terpaksa lakukan dalam usaha membebaskan Shalit yang dipaksa menerima perjanjian itu dan ini harus dilihat sebagai kejayaan bersejarah.

Beliau menegaskan kejayaan ini adalah satu terjemahan sebenar penentuan dan kesabaran sambil menambah perjanjian ini adalah serupa seperti yang dicapai pada tahun 1985 antara pihak GC PFLP dan Hizbullah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Nael al-Barghouthi: kami adalah tentera yang pulang ke pengkalan dengan semangat yang tinggi

Selasa, 18/10/2011 – Tahanan yang paling lama ditahan Nael al-Barghouthi mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin di atas rundingan pertukaran dengan rejim Israel serta berkata, “setelah 30 tahun dalam tahanan, kami sebenarnya adalah tentera yang kembali ke pengkalan.”

Barghouthi yang termasuk dalam senarai tahanan yang akan dibebaskan dari penjara rejim Israel memberitahu akhbar “Falastin” bahawa angan-angan Israel berkecai dengan adanya rundingan kerana ia membuktikan kesatuan rakyat Palestin.

Beliau menambah, bahawa beliau berharap perpaduan ini akan mencetuskan usaha yang berkesan untuk membebaskan kesemua tahanan Palestin dan Arab di dalam penjara rejim Israel. Beliau turut memuji pejuang Palestin yang memberikan inspirasi kepada dunia Arab seterusnya menuju masa depan yang lebih cerah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Keluarkan Senarai Tawanan yang Akan Segera Dibebaskan Dari Penjara Israel

Selasa, 18/10/2011 – Sumber dai pihak Hamas menyenaraikan data tawanan yang akan segera dibebaskan untuk tahap pertama. Majoriti tawanan adalah mereka yang sudah mendekam lebih dari seperempat abad di penjara Israel.

Berdasarkan senarai yang ada, tawanan yang akan segera dibebaskan adalah seramai 272 orang. Mereka adalah,

– Tawanan dari Gaza berjumlah 130 orang

– Tawanan dari Tebing Barat berjumlah 111 orang

– Tawanan dari wilayah Palestin jajahan 48 berjumlah 6 orang

– Tawanan perempuan yang akan dikembalikan ke rumahnya berjumlah 27 orang

Berkait dengan jumlah tawanan yang termasuk dalam transaksi pertukaran adalah 1000 tawanan ditambah seluruh tawanan perempuan di penjara Israel yang berjumlah 27 orang, ungkap Kholid Misy’al, ketua biro politik gerakan Hamas. Mereka akan dibebaskan melalui dua tahap. Tahap pertama akan dibebaskan 450 tawanan dan 27 tawanan perempuan. Manakala tahap kedua pula akan dibebaskan 550 tawanan.

Sementara itu, tawanan Al-Quds yang akan dibebaskan berjumlah 45 orang. 15 tawanan diantaranya dibenarkan terus pulang ke rumah masing-masing di Al-Quds. Sementara 30 yang lain akan dikembalikan ke Gaza dan wilayah Palestin 48.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Zunt dikebumikan selepas 36 tahun jasadnya ditahan oleh penjajah

Jumaat, 14/10/2011 – Beratus-ratus orang yang mengambil bahagian dalam pengebumian Hafez Abu Zunt yang telah dibunuh dalam serangan penentangan menentang penjajahan pada tahun 1976 dan badan yang telah ditahan oleh penjajahan sejak itu dalam kubur yang tidak bertanda dalam apa yang dikenali sebagai tanah perkuburan nombor .

Penggubal undang-undang Hamas Yaser Mansour, Mansour Muna, Sheikh Hamed al-Bitawi dan Hasan al-Bourini, yang mewakili Nablus, mengambil bahagian dalam pengebumian itu.

Mereka menyatakan perasaaan bangga mereka terhadap orang yang mati syahid Palestin yang maut kerana peperangan mempertahankan negara, menekankan bahawa orang yang mati syahid akan kekal hidup dalam hati nurani dan ingatan Palestin, walaupun penjajah menahan mayat mereka dan menafikan hak keluarga mereka untuk mengebumikan jasad mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pejuang syahid, Zionis bedil Utara Gaza

Jumaat, 14/10/2011 – Waktu Zohor hari Isnin (10 Oktober) menyaksikan kesyahidan seorang warga Palestin yand dibedil secara langsung dekat kawasan Beit Hanoun dari Utara Gaza.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin menyebut bahawa As-Syahid Ahmad Salim Al-Azaizeh, tekena peluru Zionis di tempat kejadian, dan sumber perubatan memberitahu bahawa jasad As-Syahid telah tiba di Hospital Al-Audoh dekat Beit Hanoun. Brigade Pertahanan Nasional, sayap ketenteraan bagi Parti Demokratik Kebebasan Palestin, memberitahu bahawa As-Syahid Azaizeh adalah salah seroang dari pejuang mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Keluarga tahanan politik hantar mesej takziah kepada Ala ‘Hassounah

Jumaat, 14/10/2011 – Keluarga tahanan politik di penjara PA menghantar mesej takziah kepada Ala ‘Hassounah yang ditahan di penjara PA berikutan saudaranya yang berusia 37 tahun meninggal dunia Isnin lalu dalam kemalangan di tempat kerja.

“Keluarga tahanan politik berkongsi kesedihan dengan keluarga Ala Hassounah kerana kehilangan besar saudara mereka dan berdoa kepada Allah untuk memberkati si mati, dan diberikan syurga serta membantu keluarganya melalui saat yang sukar ini,” menurut isi surat takziah yang dibaca kepadanya.

Keluarga tahanan juga menggesa Gabenor Nablus dan pasukan keselamatan PA membebaskan ‘Ala agar dia boleh berada dengan keluarganya ketika saat sukar ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz