Categories
Berita Semasa

130 bangunan kerajaan musnah dalam pencerobohan Rejim Zionis

Isnin , 17-12-2012 – Lebih daripada 130 bangunan dan kemudahan kerajaan dimusnahkan dalam pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang berakhir selepas 8 hari dalam bulan November.

Yasser Al-Shanti, menteri muda wakil kerja berkata dalam sidang akhbar Selasa lepas, kementeriannya telah mengumpul maklumat daripada pelbagai kementerian sebelum mendedahkan angka tersebut.

Beliau menerangkan bahawa tiga masjid telah musnah sepenuhnya manakala 46 buah masjid yang lain rosak sebahagian daripadanya, juga diberitahu lima tanah perkiburan turut musnah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Issawi kritikal ketika dibawa ke hospital

Isnin , 17-12-2012 – Pengurusan hospital di penjara Ramle Israel telah membawa tahanan yang sedang mogok lapar bernama Samer Al-Issawi ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh Selasa lalu selepas kesihatannya semakin teruk.

Kakak Samer, Shireen berkata abangnya telah dibawa dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk serta mengalami beberapa gejala yang serius sejak kebelakangan ini. Samer, yang telah 135 hari mogok lapar telah mengalami penurunan kadar denyutan jantung yang mendadak, penyusutan tulang, kesukaran bernafas dan gangguan sistem saraf, kata Shireen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas sebuah kediaman warga Palestin di Hawara

Isnin , 17-12-2012 – Tentera rejim merampas sejak 2 hari lalu sebuah kediaman warga Palestin di Bandar Hawara di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat dan menjadikannya pusat ketenteraan sebelum keluar malam semalam.

Fahd Fakhouri, anak kepada pemilik rumah itu menyatakan bahawa rejim menyerbu kediaman mereka di Bandar Hawara dekat stesen janakuasa pada malam Ahad serta menjadikan tingkat 3 sebagai pusat ketenteraan untuk memantau kawasan sekitarnya, kata Fahd.

Warga Palestin itu menambah bahawa tentera Israel yang meninggalkan rumah mereka semalam telah memaksa ahli keluarga memadamkan lampu pada waktu malam dan membiarkan pintu utama terbuka selama 2 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tender Baru Bagi Pembinaan Rumah di Utara Baitulmuqaddis

Isnin , 17-12-2012 – Pihak berkuasa Israel telah memberikan tawaran untuk meluaskan kawasan penempatan di Ma’ale Adumim pada tanah berkeluasan dua puluh dunum yang dirampas bagi pembinaan unit rumah yang baru di utara Baitulmuqaddis.

Ahmad Sob-Laban, penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal penempatan Israel mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan bahawa tender ini bertepatan dengan kelulusan pembinaan 3426 unit rumah di kawasan E1, dimana Jawatankuasa Perancangan Kawasan dan Pembinaan Israel di Tebing Barat telah meluluskan dua projek beberapa hari lalu. Kelulusan pertama meliputi pembinaan 2176 unit rumah dikawasan tanah berkeluasan 1250 dunum, dan yang selebihnya termasuklah pembinaan 1250 unit rumah dikawasan yang berkeluasan 935 dunum.

Beliau menambah, kedua-dua projek tersebut adalah sebahagian daripada enam projek yang telah dirancang untuk pembinaan 3682 unit rumah baru dikawasan E1, termasuklah pembinaan kawasan industri dan projek infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Ahrar Kecam Tindakan Penduduk Zionis Aniaya Keluarga Tawanan Nufhah

Isnin , 17-12-2012 – Pusat kajian tawanan dan Hak Asasi Manusia mengecam tindakan kumpulan penduduk Zionis yang menganiaya keluarga tahanan Palestin yang baru pulang menziarahi keluarga mereka di penjara Nufhah.

Pada waktu yang sama, terjadi penganiayaan di dalam penjara Nufhah oleh tentera dan pengawal penjara. Mereka memutuskan beklan elektrik di sejumlah ruangan sel tawanan. Selain itu mereka dilarang keluar dari sel dan tidak perlu mengikuti semua kegiatan penjara.

Pengarah pusat kajian Al-Ahrar, Fuad Khafasy mengatakan, apa yang dilakukan tentara dan penduduk Zionis yang berterusan menganiaya penduduk Palestin bertujuan menekan mereka dan keluarganya agar menghentikan tindakan bersepadu tawanan terhadap Suarwanah dan Isawi yang sedang kritikal dalam tindakan mogoksejak lima bulan lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Ashqar: Program TV mengenai pembunuhan Yassin mencerminkan kebankrapan Israel

Isnin , 17-12-2012 – Ahli Parlimen Gerakan Hamas, Ismail al-Ashqar, berkata bahawa siaran program TV mengenai pembunuhan pengasas Hamas Sheikh Ahmed Yassin, lebih daripada lapan tahun lalu, membuktikan kebankrapan Israel.

“Ini hanya membuktikan tahap tidak berperikemanusiaan mereka, dimana pemimpin politik dan ketenteraan Israel berhempas pulas untuk membunuh seorang lelaki tua berkerusi roda,” kata Ashqar, mengulas mengenai program televisyen Israel tentang pembunuhan Syeikh Yassin.

Mengenai objektif Israel di sebalik siaran sebuah program memperincikan perancangan untuk pembunuhan Syeikh Yassin, Ashqar berkata, “Ini adalah sebuah negeri yang telah hidup atas pembohongan dan kepahlawanan pengillusian dan sedang cuba untuk menunjukkan bahawa ia adalah mampu membunuh pemimpin itu dan ikon Hamas. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Guru mogok lapar di kejarkan ke hospital

Rabu, 12-12-2012 – Seorang guru yang telah dipecat di Ramallah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas keadaan kesihatannya semakin teruk setelah enam hari melancarkan mogok lapar.

Sumber terdekat di Kementerian Pelajaran Ramallah berkata, Ayman Kawarik tidak makan dan minum semenjak enam hari yang lalu. Berpuluh-puluh guru telah melancarkan mogok lapar pada Selasa yang lepas selepas mereka tidak diambil bekerja oleh Kementerian Pelajaran walaupun telah memenuhi kriteria yang dinyatakan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Mishaal: rundingan pertukaran merupakan jalan untuk membebaskan para tahanan GAZA

Rabu, 12-12-2012 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertekad untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara rejim Israel melalui penangkapan tentera Israel dan melaksanakan rundingan pertukaran tahanan.

Ia dinyatakan dalam ucapannya pada Ahad ketika mesyuarat bersama puluhan keluarga kepada tahanan, keluarga para syuhada, mereka yang cedera dan juga tokoh-tokoh kebangsaan di Gaza.

Mishaal menyeru semua pihak di Palestin agar mengambil tanggungjawab untuk mengakhiri perpecahan dan mencapai perdamaian berasaskan rasa hormat terhadap para pejuang Palestin, demikian katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnah Rumah di Baitulmuqaddis dan Kemudahan Lain di Nablus

Isnin , 10-12-2012 – Sebuah rumah di kejiranan Tur dekat Wilayah diduduki, Baitulmuqaddis telah dirobohkan oleh sebuah jentolak tentera Israel, pada pagi Selasa atas alasan ia dibina tanpa permit dan telah memukul jurugambar Jerusalemite ketika sedang membuat liputan tentang kejadian tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pemberita di kota suci tersebut, bahawa jentolak milik Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah merobohkan banggunan dua tingkat yang berkeluasan 90 meter persegi, milik Mohammed Abu Hawa yang dikatakan dibina tanpa permit.

Sumber tersebut menyatakan pertempuran tercetus semasa proses merobohkan banggunan tersebut diantara penduduk tempatan dan tentera Israel yang mengiringi jentolak tersebut, namun tiada kecederaan dan tangkapan dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Hamas Lebih Kuat dari Sebelumnya

Isnin , 10-12-2012 – Bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel melalui perjanjian pertukaran tahanan, Abdullah Abu Shalbak menyatakan bahawa gerakan Hamas semakin kuat, lebih matang dan lebih mampu dari sebelumnya. Namun di waktu yang sama Hamas perlu menanggung beban lebih besar dan semakin bertambah tanggungjawabnya.

Abu Shalbak mengatakan, “Gerakan Hamas membuktikan kepada dunia bahawa gerakan ini dari tahun ke tahun bertambah matang, sama ada dalam bidang politik atau ketenteraan malahan dalam bidang sosial. Sebagaimana kesedaran para anggota dan pemimpinnya bertambah besar selari dengan bertambahnya hari.”

Mengenai janji pembebasan para tahanan dari penjara Israel, beliau menegaskan bahawa gerakan Hamas telah berjanji untuk membebaskan para tawanan dari penjara Zionis Israel dan memenuhi janji itu melalui perjanjian pertukaran tawanan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penjawat awam yang dipecat mengadakan bantahan di Ramallah

Isnin , 10-12-2012 – Puluhan penjawat awam yang dipecat daripada pekerjaan mereka kerana fahaman politik masing-masing telah menganjurkan bantahan pada hari Selasa di hadapan ibu pejabat Kementerian Penerangan di Ramallah, pusat Tebing Barat, bagi menuntut pekerjaan mereka semula.

Penunjuk perasaan telah menyerahkan surat bantahan terhadap pengecualian mereka dari sektor awam kepada kabinet yang termasuk juga di dalam tuntutan tersebut permintaan mereka untuk kembali semula kepada pekerjaan asal seperti pekerja-pekerja lain menegaskan mereka tidak akan menerima sebahagian daripada penyelesaian sahaja.

Mereka juga membawa sepanduk yang yang mengandungi tuntutan untuk membenarkan mereka kembali ke sektor awam dan menikmati semula hak asas yang telah ditetapkan dalam piagam antarabangsa dan undang-undang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin ingin mendapatkan status tahanan perang.

Isnin, 10-12-2012 – Para tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan kempen mendapatkan status sebagai tahanan perang setelah Palestin diperakui sebagai pemerhati bukan ahli di PBB. Para tahanan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa menuntut layanan sebagai tahanan perang dan pejuang kebebasan yang diculik dan ditahan secara rawak oleh rejim. Mereka berkata mereka sedang mempersiapkan usaha untuk menuntut layanan sebagai tahanan perang dan menolak tindakan ketenteraan dan undang-undang penjara yang menidakkan perjuangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tidak ada jihad di Palestin?

Tidak ada jihad di Palestin? 

Ini soalan yang mula menghantui sebahagian masyarakat terhadap kemelut yang dibangkitkan oleh seorang ustaz. Ya seorang ustaz sahaja mampu menimbulkan kegusaran dan menggoyahkan keyakinan?? terhadap suatu perkara yang sudah pasti? Qadhiah Palestin (Persoalan Palestin) adalah isu yang paling jelas yang tidak ada sebarang khilaf tentangnya. Isu Palestin adalah isu usul bukan isu furu’ atau pecahan dan ranting. ia adalah isu yang menimbulkan kekuatan bagi umat ini sehingga umat ini bangkit dengan satu kehendak yang kuat untuk membebaskan tanah suci Baitul Maqdis. Ia adalah isu akidah bukan isu fiqh atau isu siasah. Ia adalah isu ummah. Tidak ada isu yang lebih besar dari isu Palestin yang kembali menyatukan umat ini setelah mereka terpecah pada pelbagai kelompok dan kecenderungan.

Saya akan cuba ulas dalam beberapa siri wall post. Saya mulakan dengan persoalan yang paling asas.

1. Dalam semua isu samada kecil atau besar, al-Quran dan hadis tetap menjadi pegangan dan panduan. Berkaitan Baitul Maqdis atau entiti politiknya Palestin pada hari ini, Al-Quran sudah menggariskan kedudukannya sebagai ‘barakna haulahu’ atau ‘barakna fiha’ (pada 4 tempat di dalam Al-Quran) iaitu ‘bumi yang diberkati di sekelilingnya’ atau ‘bumi yang diberkati padanya’. Ia adalah bumi Isra’ sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada surah al-Isra ayat yang pertama. Ia adalah bumi anbiya, tempat di mana para rasul diutus. ia adalah bumi yang muia dan penduduk nya adalah penduduk yang dimuliakan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW dalam beberapa hadisnya berkaitan As-Syams (negeri Syam).

Jika mana-mana bahagian dari negara Islam menjadi sasaran pencerobohan musuh-musuh Islam maka jihad menjadi kewajipan kepada umat Islam di negara tersebut untuk mempertahankannya. Jika umat Islam di negeri tersebut tidak berkemampuan maka mereka wajib di tolong oleh umat Islam dari tempat-tempat yang berhampiran. Jahid menjadi satu kewajipan yang tidak bolih diengkari. Sekiranya bumi umat Islam itu ditawan maka menjadi kewajipan umat Islam seluruhnya untuk memerdekakannya dari belenggu musuh-musuh tadi.

Jika itulah kedudukan jihad dalam mana-mana wilayah Islam, bagaimana pula halnya dengan tanah suci yang menjadi milik seleruh umat Islam. bahkan tanah suci al-Quds sudah diistiharkan sebagai tanah wakaf yang menjadi milik seluruh umat Islam di jagat raya ini. Apabila tanah suci itu diceroboh dan dijajah, tidakkah ia meruapakan satu kewajipan bagi umat Islam di selurunh dunia untuk membebaskannya. Apakah jalan untuk membebaskan bumi suci Baitul Maqdis dan Palestin yang sedang terjajah selain dari mengistiharkan jihad dan mengangkat senjata untuk mengusir musuh-musuh Islam (bahkan musuh Allah) yang telah melakukan begitu banyak kerosakan dan mencemarkan kesucian tanah suci al-Quds. Dalam keadaan wilayah umat islam yang berjiran perlu dibebaskan dari cengkaman musuh jika ia ditawan atau diceroboh inikan pula tanah suci yang bukan milik ekslusif umat Arab atau rakyat Palestin bahkan milik seluruh umat Islam tanpa kecuali yang mempunyai hak samarata untuk memelihara tanah wakaf umat Islam itu.

..bersambung secara bersiri insyaAllah.

Dr Hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi Aqsa Syarif.

Categories
Berita Semasa

UNICEF: Kanak-kanak Gaza Menderita Masalah Psikologi Kerana Perang Israel

Rabu, 05-12-2012 – Satu tinjauan yang dijalankan oleh UNICEF menunjukkan bahawa perang Israel terhadap Tebing Gaza baru-baru ini telah menjejaskan kesihatan psikologi yang sangat teruk terhadap kanak-kanak Gaza.

Menurut keputusan awal tinjauan tersebut, kanak-kanak Gaza mengalami trauma psikologi yang berbeza seperti gangguan kemarahan dan kebimbangan, kesukaran memberi tumpuan dan lain-lain masalah yang berkaitan disebabkan oleh serangan udara dan meriam Israel semasa peperangan berlaku.

Tinjauan tersebut juga mendapati, lebih daripada 90 peratus kanak-kanak Gaza takut kepada bunyi yang kuat yang menyamai bunyi letupan semasa serangan, sementara 60 peratus kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun mengalami mimpi ngeri ketika sedang tidur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Attoun: Jerusalem memerlukan sokongan segera terhadap Judaization

Rabu, 05-12-2012 – MP Baitul Maqdis, Ahmed Attoun, menganggap bahawa amalan penjajahan di Jerusalem, termasuk pembinaan dan perluasan penempatan, membuka pejabat di kawasan kejiranan Islam dan penggalian, mengesahkan cubaan Israel untuk mengenakan fakta baru untuk Judas Yerusalem.

Attoun, MP Yerusalem dihantar pulang ke bandar Ramallah, berkata dalam kenyataan kepada agensi Akhbar Quds yang membina unit penempatan baru di “Maale Adumim” (penempatan Yahudi terbesar di Tebing Barat) dan di penempatan lain oleh pendudukan dan kerajaan mewakili “tindak balas kepada kejayaan Palestin dalam mendapatkan status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”

Beliau menyatakan bahawa Israel menentang melalui amalan semua resolusi PBB dan antarabangsa, terutama selepas memberi Palestin status negara pemerhati dan mengingati apa yang berlaku di tanah Palestin selepas 1967 sebagai tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada