Khamis, 01-04-2021 – Puluhan pelampau Yahudi pada pagi Selasa menyerbu bandar Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat, atas alasan mengerjakan ibadah di kawasan arkeologi.
Datuk Bandar Sebastia Mohamed Azem berkata sejumlah pendatang menyerbu kawasan arkeologi di bandar dengan dilindungi tentera.
Azem menambah bahawa tentera rejim zionis menutup kawasan itu kepada warga Palestin, bagi membolehkan para pendatang mengadakan sambutan di kawasan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 01-04-2021 – Rejim Zionis pada subuh hari Selasa telah menculik beberapa orang rakyat Palestin di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, pihak rejim Zionis yang berpakaian biasa telah memecah masuk rumah Abdul-Majeed Hasan, seorang pelajar Universiti Birzeit, di bandar Ramallah dan menculiknya.
Hasan adalah anggota Blok Islam (sayap pelajar Hamas) di Universiti Birzeit; dan beliau adalah anak lelaki pegawai kanan Hamas, Majed Hasan dan adik dua tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 01-04-2021 – Tentera rejim Zionis Israel pada pagi Selasa telah menyerahkan notis penghentian kerja ke atas tembok pemisah di bandar Teqoa , timur Bethelem.
Datuk bandar Teqoa Tayseer Abu Mifreh berkata seorang warga tempatan menerima notis pemberhentian kerja pembinaan tembok sempadan tanah beliau di Khirbet ad-Deir , di kawasan barat bandar dengan alasan pembinaan tanpa lesen. Dalam insiden berasingan, seorang warga Palestin pada hari Isnin menerima notis pemberhentian kerja , dengan memerintahkan beliau menghentikan tuntutan hak terhadap kawasan pertanian di perkampungan At-Tuwani di Masafer Yatta, selatan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis, 01-04-2021 – Majlis Tertinggi Fatwa Palestin memberi amaran tentang kesan keputusan memusnahkan kejiranan al-Bustan di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Ini bermakna, pemusnahan puluhan rumah untuk membina taman berunsur Yahudi akan menyebabkan puluhan rakyat Palestin terusir, tambahnya.
Majlis tersebut menyatakan demikian Ketika sesi yang diadakan pada Ahad diketuai oleh Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Pengerusi Majlis Tertinggi Fatwa, Muhammad Hussein, yang langkah ini berbahaya bagi sejarah Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 01-04-2021 – Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan pada hari Isnin bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) telah menahan dua orang remaja di bawah umur, Amal Nakhleh, dari kem pelarian Jalazoun dan Faisal Al-Arouj, dari Bethlehem. Kedua-duanya berumur 17 tahun.
Kedua-dua mereka ditahan di pusat tahanan Megiddo di bawah fail rahsia, tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.
Jawatankuasa berkenaan dalam laporannya menyatakan bahawa Nakhleh yang ditangkap
pertama kali pada 02/11/2020 selama 40 hari, ditangkap sekali lagi pada 21/01/2021 dan IOA telah memerintahkan tahanan pentadbiran kepadanya selama enam bulan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 31-03-2021 – Ketua biro media Hamas di luar negeri, Rafat Murah mengatakan, perjuangan yang dilakukan bangsa Palestin di segenap wilayah Palestin 48 menjadi tonggak penting dalam sejarah perjuangan Palestin dan dalam perkembangan isu Palestin. Pada tahun 1976, warga Palestin 48 melakukan perjuangan menghadapi Zionis yang menerapkan strategi pengusiran paksa.
Dalam pernyataan memperingati Hari Bumi ke 45, Murrah menegaskan komitmen bangsa Palestin terhadap kewujudan di wilayah Palestin dengan identiti nasional melawan semua usaha yang hendak mengubah karakter masyarakat Palestin.
Perjuangan yang telah dipersembahkan rakyat Palestin dengan jiwa raga, korban syahid, kecederaan parah dan menjadi tawanan telah membentuk fasa perjuangan nasional Palestin yang berperanan membangun fasa lain untuk mengukuhkan eksistensi Palestin, melindungi identiti dan mempertahankan wilayah, serta menolak semua tindakan penjajah zionis.
Murrah mengatakan, kami menolak semua tindakan rasis dan apartheid yang dilakukan oleh penjajah Zionis. Kami tegaskan bahawa rakyat Palestin memiliki hak untuk berjuang dengan segenap cara untuk melawan teroris Zionis.
Perjuangan warga Palestin di wilayah jajahan 48 saling lengkap-melengkapi dengan perjuangan warga di Al-Quds, Tebing Barat, Gaza dan diaspora dengan visi nasional menyeluruh, dengan kesatuan tema melepaskan diri dari penjajahan, merdeka dan hak pulang kepada pelarian, ungkap Murrah.
Tokoh Hamas ini menyampaikan apresiasi kepada segenap rakyat Palestin di wilayah Palestin atas perjuangan yang terus mereka lakukan dalam menghadapi semua teroris dan penjajah zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 31-03-2021 – Beratus penceroboh Yahudi pada hari Isnin telah menyerbu tapak arkeologi berdekatan Nablus di utara Tebing Barat yang diduduki.
Sumber tempatan berkata kumpulan penceroboh tersebut tiba dengan motorsikal dan bas ke kawasan Burnat yang terletak di atas Gunung Ebal, di utara Nablus.
Rejim Zionis dikerahkan ke jalan raya sekitar kawasan tersebut untuk memastikan keselamatan kumpulan penceroboh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 30-03-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan 20 kes kematian baru berkaitan dengan COVID-19 (virus corona) , 2093 kes baru dan 2,164 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Tebing Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.
Menurut laporan harian kementerian, 18 mangsa kematian akibat virus berasal dari kawasan yang berbeza dari Tebing Barat dan juga 2 dari Gaza. 205 pesakit kes kritikal COVID-19 juga menerima rawatan intensif di hospital dan 69 dari mereka telah ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 30-03-2021 – Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah mendakwa polis rejim kerana menyerang dan mendera seorang kanak-kanak dalam tahanan.
Menurut peguam jawatankuasa itu, Nouruddin Obeid, 17 tahun dari timur Baitulmuqaddos, daerah Issawiya, telah diculik oleh polis rejim ketika pertelingkahan dengan para pemuda di Issawiya pada 23 Disember 2020.
Peguam yang melawat kanak-kanak itu di penjara Damon, menyatakan bahawa polis rejim memukul kanak-kanak itu dengan teruk menggunakan but dan senjata serta mencederakannya sebelum memasukkan beliau ke dalam jip tentera lalu meneruskan memukulnya tanpa belas kasihan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 30-03-2021 – Dua pemuda Palestin tercedera setelah terkena peluru tajam pasukan penjajah Israel. Peristiwa tersebut terjadi setelah pasukan penjajah Israel menyerbu kota Bir Nabala, di barat laut al-Quds.
Para saksi menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menembak peluru tajam ke arah dua pemuda dari desa Al-Jib, ketika mereka bekerja di bengkel mengecat kenderaan di Bir Nabala.
Pasukan penjajah Israel menyita kenderaan mereka dan membawa kedua-dua mangsa dengan menggunakan ambulans penjajah Israel.
Para saksi menambah bahawa pasukan penjajah Israel mendirikan dua pos pemeriksaan di “Jambatan Qalandia” dan pintu masuk ke Bir Nabala, yang menuju ke sekitar 10 perkampungan di wilayah tersebut. Hal ini menyebabkan ratusan kenderaan terkandas, hingga meletusnya konfrontasi berdekatan Bir Nabala.
Sebelumnya pasukan pendudukan penjajah Israel mengumumkan penangkapan tiga pemuda Palestin dari kem Shuafat di al-Quds, kerana terlibat dalam pertembungan yang mencederakan seorang tentara Israel.
Sumber tempatan melaporkan bahawa sebelumnya pertembungan meletus di kem tersebut setelah seorang tentara Israel cedera yang kemudian disusul dengan penyerbuan pasukan unit khas ke kem tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 30-03-2021 – Sekurang-kurangnya 49 orang penceroboh Yahudi diiringi pihak polis mencemari masjid al-Aqsa di bahagian Baitulmaqdis yang diduduki pada pagi Khamis.
Beberapa orang pelajar institusi-institusi milik Yahudi dan ahli kumpulan kuil wanita adalah antara penceroboh yang melawat masjid berkenaan di bawah perlindungan polis.
Menurut Pentadbiran Awqaf Islam, sebahagian penceroboh menunaikan sembahyang mengikut cara Yahudi semasa mereka berada di tapak suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 26-03-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) melancarkan serbuan dan penangkapan pada Selasa malam dan subuh Rabu di pelbagai kawasan di Tebing Barat.
Di Ramallah dan Al-Bireh, IOF menyerbu beberapa kediaman, menyerang orang awam, mencederakan mereka dan memusnahkan harta benda.Menurut Pusat Jalazoun untuk Media Komuniti, tahanan yang dibebaskan dan juga seorang pemimpin Hamas, Sheikh Bajis Nakhleh, 57, dan anaknya Maarouf, 31, telah ditahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 26-03-2021 – Pesawat perang regim Zionis Israel meletupkan sejumlah lokasi perlawanan di Semenanjung Gaza pada subuh hari Rabu tanpa dilaporkan ada korban jiwa.
Sumber tempatan mengatakan bahawa pesawat perang menyasarkan lokasi penentangan di Deir Al-Balah di tengah Jalur Gaza dan satu lagi di selatan Kota Gaza.
Tentera Israel mengatakan bahawa serangan itu sebagai balasan dari penembakan roket dari Jalur yang dikepung malam tadi, sambil menambah bahawa serangan itu mensasarkan sebuah bengkel dan sebuah tempat perlawanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Jumaat, 26-3-2021 – Rabu lalu jentolak Israel telah merobohkan sebuah rumah di kejiranan Ras Khamis di kem pelarian Shu’fat, utara Baitulmaqdis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa sekumpulan besar polis Israel mengawal jentolak yang memusnahkan sebuah rumah di kem yang terdiri daripada dua bilik yang beratapkan timah.
Sumber-sumber itu menambah bahawa semasa kerja-kerja meroboh sedang berlangsung, berlaku pertempuran dengan polis pendudukan di daerah itu, tanpa ada kecederaan yang dilaporkan.
Dalam perkembangan lain, pasukan rejim Zionis telah meratakan tiga dunum di kampung Kisan, di sebelah timur Bethlehem.
Ahmed Ghazal, timbalan ketua Majlis Kisan, menyatakan bahawa rejim Zionis telah meratakan dunum tersebut, yang terletak di sebelah barat kawasan desa bersebelahan dengan penempatan Ibi Hanahl, untuk memperluaskan pintu masuk penempatan Ibi Hanahl tersebut.
Ghazal menekankan bahawa tanah tersebut telah dirampas oleh pihak rejim Zionis semenjak bertahun-tahun yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat, 26-03-2021 – Hamas menyatakan bahawa pihaknya tidak banyak berharap dengan sebarang perubahan di dalam Israel. Beliau menegaskan bahawa semua tindakan Zionis bertujuan mengukuhkan entiti mereka dengan mengorbankan hak Palestin.
Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, identiti pemerintahan Israel mendatang tak akan mengubah karakter konflik Palestin vs penjajah Zionis. Barhum menyebutkan penjajah harus ditentang. Semua perubahan yang terjadi tidak akan menggoyahkan perjuangan Palestin untuk mengusir penjajah.
Menurut Barhum, Hamas percaya kepada cita-cita bangsa Palestin dan perjuangannya, sebagai hak yang sah membela bangsa, dan menghadapi penjajah dan konspirasinya serta menggagalkan semua usaha yang hendak menghapus kepentingan Palestin.
Pilihan raya Israel yang keempat dalam dua tahun ini berlangsung pada Selasa lalu, disertai 39 calon, yang terbesar dalam sejarah penjajah Israel, hasil awal memperlihatkan parti Likud pimpinan Benyamin Netanyahu meraih suara terbanyak dengan memenangi 31 kerusi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman