Khamis, 18-06-2020 – Rejim zionis Israel bertindak mengusir dua keluarga Palestin selepas merobohkan bangunan kediaman mereka yang terletak di kawasan kem penempatan Shu’afat, timur Baitulmaqdis atas alasan dibina tanpa kebenaran.
Menurut sumber tempatan, ramai anggota polis ditugaskan melindungi pekerja majlis perbandaran Israel dengan jentolak digunakan bagi kerja-kerja meroboh bangunan kediaman milik keluarga Osama Ahmed Alkam dan Iyhab Hassan Alkam di kawasan perumahan Ras Shahada.
Dua keluarga dengan 10 anggota terdiri dari perempuan dan kanak-kanak tinggal di kediaman tersebut.
Khamis, 18-06-2020 – Pendatang Yahudi pada Ahad meratakan tanah Palestin dalam keluasan yang agak besar di kampung Jalud, selatan Nablus di Tebing Barat.
Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, jentolak-jentolak yang dimiliki oleh para pendatang Shvut Rachel memulakan kerja meratakan tanah di kampung Jalud, terutamanya di kawasan yang dikenali sebagai Khafafish.Para pendatang yang tinggal di penempatan haram Tebing Barat, menerima sokongan daripada sayap kanan, kerajaan Benjamin Netanyahu, yang baru-baru ini berkempen untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat termasuk Lembah Jordan, yang bertujuan untuk menghalalkan penempatan haram dan mengambil lebih banyak tanah Palestin untuk peluasan dan pembinaan penempatan.
Khamis, 18-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah mmengeluarkan perintah untuk merobohkan beberapa rumah warga Palestin di kampung Beit Sira di daerah Ramallah, Tebing Barat.
Ahli majlis daerah Beit Sira Hamed Hamdan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu kampung itu dan menyerahkan perintah perobohan beberapa rumah keluarga Palestin atas alasan kononya ia adalah “pembinaan tidak berlesen”.
Sementara itu, rejim Zionis telah merobohkan sebuah khemah yang digunakan sebagai kandang biri-biri oleh warga Palestin Abed al-Rahman Qasem di Lembah Jordan.
Pejuang hak asasi manusia Aref Daraghmeh mengatakan bahawa tentera Zionis, yang berada di kawasan berkenaan untuk latihan ketenteraan, telah merobohkan khemah Qasem tanpa sebarang amaran awal.
Selasa, 16-06-2020 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel didapati telah menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa dan memenuhi halaman luarnya pada pagi Ahad kelmarin.
Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh pendatang Yahudi memasuki masjid itu secara berkumpulan melalui pintu al-Maghariba dibawah kawalan pihak polis dan mengadakan lawatan di halaman masjid.
Kumpulan pendatang dan rabi Yahudi tersebut dilihat berkumpul di kawasan halaman Kubah Kuning sambil membaca ayat-ayat dari ajaran Talmud dengan suara kuat, tambah sumber itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 16-06-2020 – Finland mengesahkan penolakannya ke atas rancangan Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat, dengan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Ini disuarakan dalam jawapan menteri luar Finland Pekka Haavisto kepada soalan oleh Veronika Honkasalo, pengerusi Kumpulan Persahabatan dengan Palestin dalam Parlimen Finland, tentang rancangan rejim Israel untuk merampas sebahagian Tebing Barat.Haavisto menyatakan yang Finland ialah sebahagian daripada Kesatuan Eropah dan masyarakat antarabangsa dan tidak mengiktiraf Tebing Barat, yang diduduki oleh Israel sejak 1967, sebagai sebahagian negara haram Israel.
Selasa, 16-06-2020 – Tentera Zionis pada pagi Ahad merobohkan dua rumah Palestin di Bandar Lod di wilayah yang dijajah1948.
Saksi mengatakan bahawa beberapa jentolak, yang dikawal oleh pasukan polis, menyerbu kejiranan al-Mahatta di Bandar Lod, mengadakan sekatan di sekitar rumah yang menjadi sasaran, yang dimiliki oleh keluarga Abu Zayed, dan mulai merobohkannya.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa ini bukan kali pertama Zionis merobohkan rumah yang dimiliki oleh keluarga yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa, 16-06-2020 – Ahad lalu sebuah mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang kanak-kanak Palestin, Hammouda al-Sheikh, 15 tahun.
Al-Sheikh ditangkap setelah dia ditembak oleh pegawai polis Israel dan tercedera parah pada 15 Ogos 2019 di Baitulmaqdis. Seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Nasim Abu Roumi, 15, terbunuh dalam kejadian yang sama.
Polis Israel mendakwa bahawa kanak-kanak berkenaan cuba menikam pegawai polis Israel di Pintu al-Silsila berhampiran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Abu Roumi meninggal dunia serta-merta, sementara al-Sheikh dibiarkan berdarah selama hampir satu jam sebelum dia dipindahkan ke hospital.
Buat ketika ini Israel sedang menahan 190 orang warga Palestin yang di bawah umur di penjara dan pusat-pusat tahanan, di mana 20 daripadanya adalah berusia di bawah 16 tahun.
Isnin, 15-06-2020 – Sejumlah pelampau Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Khamis pagi telah memasuki Masjidil Aqsa dan membuat kacau-bilau di halaman masjid tersebut.
Pelampau Yahudi itu telah mengerumuni Masjid secara berkumpulan melalui gerbang Maghariba dan menjelajah halamannya dibawah pengawasan polis. Saksi melaporkan bahawa mereka lihat beberapa pelampau melakukan ritual semasa lawatan.
Sementara itu, polis Israel mengeluarkan hukuman kewangan terhadap jemaah Muslin dengan alasan tidak memakai pelindung muka semasa berada di tempat suci itu. Masjidil Aqsa telah dinodai setiap hari oleh pelampau Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup gerbang al-Maghariba yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid tersebut pada pukul 10:30 pagi setelah pelampau menyelesaikan lawatan mereka ke tempat suci itu pada sebelah pagi. Kemudian pada tengahari itu, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan di sebelah petang oleh pelampau Yahudi.
Semasa kehadiran pelampau di perkarangan Masjid tersebut, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka disita sehingga mereka meninggalkan kawasan tersebut.
Polis penjajahan Israel yang tidak mempunyai bidang kuasa atas Masjidil Aqsa juga mengeluarkan atau memperluaskan larangan masuk sewenang-wenangnya dana memerintah warganegara Baitulmaqdis untuk tidak memasuki kawasan suci umat Islam itu berminggu-minggu malahan berbulan.
Baru-baru ini setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis membuka semula Masjidil Aqsa kepada para jemaah Muslim setelah penutupannya selama lebih dari dua bulan sebagai langkah pencegahan penyebaran Virus Corona, polis Israel memperhebatkan lagi proses pembuangan warga Palestin dari kawasan suci umat Islam itu.
Sejak akhir-akhir ini, puluhan rakyat Baitulmaqdis dan aktivis di keluarkan perintah bagi tidak memasuki kawasan tersebut. Polisi yang haram itu dipercayai sebahagian dari praktik yang bertujuan membolehkan pelampau Yahudi melakukan ritual tanpa penentangan Palestin dan membukan jalan bagi negara penjajah Israel untuk mengendalikan tempat suci itu.
Isnin, 15-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada Rabu mengumumkan yang dua kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kalangan warga yang baru kembali dari luar negara.
Dalam kenyataan ringkasnya, kementerian berkata yang kes-kes baru ini menjadikan jumlah jangkitan di Gaza sejak Mac menjadi 72 kes.
Setakat ini, terdapat 41 kes sembuh manakala 30 lagi sedang dirawat di hospital Rafah, selatan Gaza.
Isnin, 15-06-2020 – Menteri luar Jordan, Ayman al-Safadi mengatakan bahawa rancangan Israel untuk memiliki satu pertiga wilayah yang diduduki merupakan pelanggaran yang jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan tidak dapat dijawab.
Ucapan menteri itu muncul semasa sidang berita bersama dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Heiko Maas di Ibu Kota Yordania, Amman.
Safadi menambah bahawa rancangan aneksasi itu melemahkan asas-asas di mana proses perdamaian dicabuli dan menyempitkan peluang untuk perdamaian yang komprehensif dan adil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin, 15-06-2020 – Sheikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam Wilayah Jajahan 48 mengatakan, penjajah Israel telah kobarkan perang agama dan ideologi terhadap pemahaman dan konsep Islam.
Sheikh Salah menekankan, kita akan memenangkan pertarungan ini demi prinsip Islam dan nasional, walaupun Zionis terus menuntut dan mencuba menggunakan istilah-istilah Islam seperti “Ribath dan Shuhada”.
Menurut laporan anggota dari kumpulan pembela, Omar Khamayseh dalam wawancaranya dengan “Pusat Informasi Palestina” selepas sidang akhbar di mahkamah Zionis menyebutkan, Sheikh Salah sudah menegaskan, perlunya hakim meminta maaf kepada bangsa Arab dan Islam kerana paradigma yang salah terhadap Islam kerana keyakinannya.
Khamayseh mengatakan bahawa Mahkamah Pusat di Haifa menunda mengambil keputusan iaitu pada 17 Julai tahun hadapan. Melanjutkan tempoh penjara serta pembatasan pergerakan yang dikenakan kepada Sheikh Salah.
Khamasyeh menjelaskan, Mahkamah Pusat Israel di Haifa telah menunda keputusannya yang baru sehingga 17 Julai tahun hadapan dan terus melanjutkan tahanan rumah terhadap Raed Sholah serta sejumlah peraturan yang mengikat beliau.
Ia juga menjelaskan, kes yang dikenakan terhadap Syaikh Sholah bersifat politik, tidak ada satupun logik undang-undang yang boleh disabitkan hukuman.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 15-06-2020 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada awalnya telah memutuskan untuk mengilhak tiga blok penempatan haram di Tebing Barat yang terjajah dan menunda pengilhakan Lembah Jordan dan kawasan Palestin yang lain, menurut para pegawai Israel pada hari Rabu.
Para pegawai berkenaan, yang bercakap kepada Zman Yisrael (laman sekutu The Times of Israel) dengan syarat tidak mahu nama mereka didedahkan, mengatakan bahawa Netanyahu akan menangguhkan kebanyakan pengilhakan dan akan hanya menumpukan perhatian pada blok-blok utama iaitu Ma’ale Adumim, Ariel dan Gush Etzion.
Ketiga-tiga blok pemukiman itu menempatkan hampir 80 peratus penduduk penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah.
Kerajaan Netanyahu merancang untuk mengadakan pemilihan kabinet bulan hadapan untuk mengilhak beberapa bahagian Tebing Barat, yang telah diduduki oleh Israel ketika perang Timur Tengah 1967.
Perdana menteri Israel itu telah berulang kali mengatakan dia akan mengilhak semua blok penempatan dan Lembah Jordan pada 1 Julai berdasarkan perjanjian dengan rakan pemerintahnya, Benny Gantz, ketua parti Biru dan Putih.
Awal minggu ini, Netanyahu memberitahu para pemimpin penempatan bahawa pengilhakan wilayah tanpa penempatan mungkin ditangguhkan dan tidak dapat disita buat masa ini.
Kawasan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis timur, dianggap wilayah yang diduduki di bawah undang-undang antarabangsa, maka menjadikan semua penempatan Yahudi di sana serta pengilhakan yang dirancang sebagai tidak sah.
Rancangan pengilhakan Israel yang diumumkan pada 28 Januari dilihat sebagai sebahagian dari “Perjanjian Abad Ini” oleh presiden AS Donald Trump. Ia merujuk kepada Baitulmaqdis yang terjajah sebagai “ibu negara Israel yang tidak berbelah bahagi” dan mengakui kedaulatan Israel ke atas sebahagian besar Tebing Barat.
Rancangan berkenaan membolehkan rakyat Palestin untuk mendirikan sebuah negara yang terpisah-pisah, dalam bentuk kepulauan yang terhubung melalui jambatan dan terowong.
Para pegawai Palestin mengatakan bahawa di bawah rancangan AS tersebut, Israel akan mengilhak 30-40 peratus Tebing Barat, termasuk keseluruhan Baitulmaqdis timur.
Jumaat, 12-06-2020 – Rejim Zionis (IOA) pada Selasa mengusir satu keluarga Palestin setelah memusnahkan kediaman mereka di Baitulmuqaddis atas alasan pembinaannya tidak berlesen.
Menurut sumber tempatan seorang kru perbandaran rejim diiringi oleh rejim Israel menyerbu kejiranan daerah Silwan, timur Baitulmuqaddis, menggunakan jentolak dan mrobohkan rumah yang didiami seorang ibu dan anak-anaknya.
Rumah itu dibina 6 tahun lepas dan dimiliki oleh Aisha Hijazi, yang menyara enam orang anak.
Jumaat, 12-06-2020 – Rejim zionis Israel mengedarkan notis bagi merampas tanah berkeluasan lebih 160 dunum (ekar) milik warga Palestin di Qalqilya, Tebing Barat. Sementara itu, jentolak rejim mula menjalankan kerja-kerja meratakan tanah kepunyaan penduduk Palestin untuk membina jalan baru menuju penempatan haram Yahudi di Lembah Jordan.
Sumber tempatan berkata, rejim Israel mengedarkan 166 notis kepada penduduk Palestin bagi merampas tanah seluas 160 dunum di Qalqilya.
Pemilik tanah warga Palestin turut terkejut dengan tindakan sesuka hati pihak rejim tersebut terutamanya kerana kebanyakkan tanah itu terletak di dalam kawasan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 12-06-2020 – Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Palestin turun ke jalanan di Jaffa pada hari Rabu lalu, dan bertempur dengan pasukan polis Israel pada malam kedua demonstrasi menentang rancangan untuk membina tempat perlindungan bagi gelandangan Yahudi di tanah perkuburan Islam lama.
Menurut media Ibrani, para penunjuk perasaan yang marah dilaporkan membakar tong sampah dan melemparkan batu ke arah petugas, yang telah menahan empat orang.
Sebuah video yang disiarkan oleh saluran satelit Israel menunjukkan sebuah bas bandar Tel Aviv dengan tingkap yang pecah berhenti di tepi jalan, dan pasukan polis melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan yang marah berdekatan menara jam terkenal Jaffa.
Beberapa laporan mengatakan kejadian ganas itu bermula ketika pegawai polis menyekat perarakan tersebut dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan mereka.
Pada malam Isnin lalu, jentolak yang dikawal oleh pasukan polis mula menggali kubur di tanah perkuburan, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kuburan “Is’aaf”. Ia telah wujud sejak zaman Uthmaniyyah.
Sebelum pendudukan Israel di tanah bersejarah Palestin, Jaffa adalah kota Palestin yang kebanyakannya diduduki oleh orang Arab.
Sebilangan besar penduduk Palestin diusir secara paksa oleh militan Zionis ketika (malapetaka) 1948 Nakba ketika gerakan Zionis yang disokong oleh Britain memulakan penjajahannya di Palestin.
Hari ini, sekitar 16,000 penduduk asal Palestin, yang memiliki kewarganegaraan Israel, masih tinggal di Jaffa, yang hari ini mempunyai sekitar 30,000 penduduk Yahudi.
Jaffa ditambah ke Tel Aviv oleh Israel pada tahun 1950. Seperti kebanyakan tanah wakaf, tanah perkuburan Is’aaf diletakkan di bawah kawalan pihak berkuasa tanah Israel dan orang-orang Palestin di Israel tidak dapat mendapatkan kembali tanah-tanah wakaf yang telah diambil alih oleh pemerintahan Israel.