Categories
Berita Semasa

Kapal Israel serang perahu nelayan Palestine di laut Gaza

Isnin, 15-02-2021 – Pasukan penjajah Israel menyerang perahu nelayan Palestine, di laut lepas Gaza. Jawatankuasa Nelayan Persekutuan dalam menyatakan kapal-kapal penjajah Israel menyerang nelayan Palestine di Barat Gaza yang berada 6mil dari pantai. Serangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada perahu nelayan namun tiada korban jiwa.

Jurucakap tentera penjajah menyatakan pihaknya berjaya menggagalkan usaha penyeludupan senjata. Aksi ini di lakukan oleh pesawat perang Israel yang mengebom sebuah perahu penangkap ikan. Akan tetapi tidak lama kemudian mereka memadamkan berita tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Lapan kematian Corona, 661 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam lepas.

Selasa, 09-02-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan lapan kes kematian baru berkaitan COVID-19, di mana 661 kes positif baru dan 419 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan laporan harian kementerian, tujuh dari mangsa kematian akibat virus adalah dari Tebing Barat dan satu dari SEmenanjung Gaza. 55 pesakit kes kritikal COVID-19 adalah penerima rawatan intensif di hospital dan 20 dari mereka telah dirawat dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOF memindahkan khemah, mengusir keluarga-keluarga di Himsa al-Fuqa

Selasa, 09-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu di dusun Badwi Palestin Khirbet Himsa al-Fuqa di utara Lembah Jordan sekali lagi dan memindahkan khemah-khemah baru yang dipasang oleh para aktivis pada waktu pagi.

Pegawai tempatan Abdullah Abu Rahma berkata IOF telah memusnahkan lima khemah di dusun yang miskin itu dan merampas tujuh kereta milik aktivis.

Terdahulu, IOF memusnahkan dan merampas 20 khemah dan mengusir keluarga-keluarga di kawasan itu. IOF telah memusnahkan puluhan khemah dan struktur serta mengusir keluarga-keluarga di situ beberapa kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel lancar kempen penahanan di kawasan Arab.

Selasa, 09-02-2021 – Pada malam Rabu yang lalu, polis telah menahan beberapa orang warga Palestin yang turut serta dalam protes tunjuk perasaan di kawasan-kawasan arab yang berbeza. Ia juga termasuk bandar Tamra di Israel (tanah yang ditawan pada 1938).

Sumber tempatan berkata, sekurang-kurangnya 25 pemuda telah ditangkap setelah mereka menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di kawasan Arab sebagai tunjuk perasaan atas pembunuhan dan kecederaan yang dilakukan oleh polis Israel keatas orang Palestin. 

Para penunjuk perasaan itu juga mendakwa polis Israel telah bersekongkol dengan kumpulan penjenayah.

Polis Israel mendakwa para tahanan melemparkan batu ke arah pegawa semasa tunjuk perasaan tersebut. Protes besar-besaran mula berlaku selasa yang lalu berikutan pengebumian Ahmed Hijazi yang di tembak sehingga mati oleh polis Israel pada isnin petang.

Sementara itu, Jawatankuasa Tindak Balas warga Arab Israel meminta rakyat Arab untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan popular seperti itu pada sabtu depan di bandar Tamra.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Lakukan Percubaan Vaksin Terhadap Tahanan Palestin?

Selasa, 09-02-2021 – Ketua bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Badan Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza, Abdun Nasher Farwanah memperingatkan berkaitan tindakan Israel melakukan percubaan vaksin Covid-19 terhadap tahanan.

Dalam keterangan akhbarnya, Farwanah mengatakan, “Saya risau tahanan Palestin di penjara Israel akan dijadikan percubaan vaksin Israel, ketika usaha Israel menutup dan menghalang pengawasan antarabangsa.”

Farwanah menambah bahawa gejala dan kesan sampingan kepada tahanan yang sudah diberi suntikan vaksin membuatkan beliau mencurigai Israel melakukan percubaan terhadap tahanan Palestin.

Farwana akhirnya meminta pihak perubatan antarabangsa yang neutral untuk memantau pemberian vaksin dan pengawasan seluruhnya.

Farwanah melanjutkan, “Kalau saya penentu keputusan, pasti akan menolak pemberian vaksin kepada tahanan Palestin tanpa ada pengawasan pihak perubatan atarabangasa yang neutral.

Keraguan dan kecurigaan sangat besar kepada mereka. Pengalaman telah membuktikan hal tersebut.

Kini tahanan Palestin di penjara Israel yang terkena Covid-19 mencapai 335 orang, kes terbanyak di penjara Raimona kemudian di Galboa dan Negev.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

Selasa, 09-02-2021 – PM Israel. Benjamin Netanyahu mengumumkan menunda kunjungan ke UAE dan Bahrain yang telah di jadualkan pada minggu ini.

Netanyahu berkata penundaan tersebut lanjutan dari ‘lockdown’ di Israel.
Beliau menyatakan penghargaan atas undangan putera Emeriah Arab Bersatu, Muhammad bin Zayed dan Raja Bahrain, Hmd bin Isa ke atas beliau serta menyifatkan perdamaian bersejarah antara Israel bersama Abu Dabi (UAE) dan Manama (Bahrain).

Pada pertengahan Ogos lepas, Kerajaan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump telah mengatur perjanjian normalisasi perdamaian antara UAE dengan Israel. Tidak sampai sebulan selepas itu, Trump mengumumkan pula perdamaian Israel dengan Bahrain.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

IOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menyampaikan notis pemusnahan ke atas tiga rumah dan satu kandang ternakan di selatan al-Khalil atas alasan pembinaan tidak berlesen.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, IOF menyerahkan kepada Fawzi Abu Tubaikh empat arahan ketenteraan ke atas tiga rumah dan satu kandang milik beliau di Kawasan Umm al-Amd barat bandar Yatta.

Untuk beberapa dekad, Israel telah melaksanakan polisi pengusiran dan pemusnahan rumah-rumah warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

Khamis, 04-02-2021 – Polis Rejim Zionis Israel pada pagi Rabu membenarkan segerombolan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al Aqsa ketika perintah berkurung masih dilaksanakan ke atas Tanah Suci Al Aqsa.

Mengikut sumber tempatan, peneroka haram memasuki masjid Al Aqsa melalui pintu Al-Maghariba dan menceroboh perkarangan masjid. Ada sumber melaporkan dikalangan peneroka haram Yahudi menjalankan upacara keagamaan Yahudi ketika mencerobohi tanah suci orang Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan beberapa warga Palestin pada subuh Isnin ketika pencerobohan di Tebing Barat.

Di al-Khalil, IOF menahan seorang jurutera Ismail Al-Awawda dan Abdel Halim Al-Owawi setelah menyerbu kota Dura.

Jurutera Ismail Al-Awawda ialah salah seorang tokoh terkenal di al-Khalil kerana beliau merupakan bekas timbalan ketua Sindiket Jurutera dan berada selama beberapa tahun di penjara rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Khamis, 04-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan sejumlah warga Palestine di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Di Betlehem, pasukan Israel menangkap 5 warga Palestine dari Kota Taqua dan mengancam untuk mengusir mereka keluar dari kawasan setelah menggeledah dan memeriksa rumah mereka.

Sejak awal tahun ini penjajah Israel telah merobohkan 20 lokasi serta mengusir warga Palestine yang tinggal di beberapa kawasan di Kota Khidir, Betlehem.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

Rabu, 03-02-2021 – Peneroka haram Yahudi meneruskan pencerobohan harian ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Selasa dan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di bawah perlindungan  polis rejim Israel.

Warga Jerusalem melaporkan beberapa kumpulan peneroka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas kawasan tanah suci. Pencerobohan dilakuan dari pintu Maghreba ke pintu Al-Silsila melepasi pintu Al-Rahma dimana peneroka Yahudi melakukan upacara keagamaan Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra.

IOF juga menculik seorang pemuda bernama Ahmed Qasrawi di daerah Hindaf berhampiran kem pelarian Jenin serta Sheikh Manwar Bisharat dan anaknya dari bandar Tammun, selatan Tubas.

Tiga pemuda juga diculik oleh IOF dari kediaman mereka di kem pelarian Balata di Nablus. Mereka dikenali sebagai Ahmed Riyad, Ahmed Naser dan Saleh Abu Asab. Tiga warga lain ditawan semasa serbuan IOF di bandar Taffuh, sebelah barat al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Pemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Rabu, 03-02-2021 – Pada Ahad yang lalu, pemberontak Yahudi telah menanam pokok di sekitar bandar Idna dan Tarqumiya, utara-barat al-Khalil dalam usaha mereka untuk merampas tanah tersebut.

Abdel Monei Fatafta, Datuk Bandar Tarqumiya berkata, sekumpulan pemberontak dari penempatan berdekatan yang dibina diatas tanah milik penduduk Palestin, mula menanam pokok Zaitun dan pokok hutan yang lain di daerah Sha’b al-Masry dan Khillet Amer.

Fatafta menambah, pihak berkuasa Israel telah menghalang pemilik sah tanah tersebut untuk memasuki kawasan tersebut beberapa ketika yang lalu. Tanah-tanah ini yang berkeluasan beberapa kilometer persegi dan pihak berkuasa Israel sedang berusaha untuk merampas tanah tersebut untuk memperluaskan penempatan sedia ada dan menghubungkan antara satu sama lain. 

Sementara itu, kumpulan Yahudi yang lain telah memasang Karavan di kebun Khillet Hassan, barat bandar Bidya di bahagian barat Salfit.
Saksi telah melaporkan bahawa tiga kenderaan telah memindah kan Karavan ke kebun tersebut pada 03:30 pagi.

Khillet Hassan yang seluas 4 kilometer persegi telah diancam oleh pemberontak yahudi bagi memperluaskan penempatan sedia ada dan membuka penempatan yang baru yang menghubungkan penempatan dan pos diatara Salfit dan Qaqilya.

Pemberontak itu telah mulai meroboh dan memusnahkan tanah petani-petani di kawasan Khillet Alayyan dan Khillet Hassan di bandar Bidya dibawah perlindungan askar Israel. Pemberontak itu juga telah menebang pohon Zaitun, Ara dan Anggur dan memusnahkan bilik kebun dan telah memberi kemusnahan yang besar di kawasan tersebut. 
Terdapat 18 komuniti Palestin di Salfit berbanding jumlah penempatan Yahudi yakni sebanyak 24 penempatan termasuk kawasan perumahan dan kawasan industri. Peratusan kawasan tanah yang dikhaskan untuk penduduk Palestin di Salfit hanyalah 6% dari jumlah keluasan kawasan tersebut manakala bagi penduduk Israel pula adalah 9%.

Pihak berkuasa Israel telah meluaskan penempatan yahudi dan memberi sambungan bekalan air, elektrik dan rangkaian longkang bagi membentuk blok penempatan yang merangkumi 70% dari keluasan tanah Salfit.
Ariel di katakan sebagai salah satu penempatan Israel terbesar di tebing barat yang dibina diatas tanah Palestin di Salfit. Israel berhasrat ingin menyambung jaringan tersebut sepanjang lembah Jordan dan beberapa penempatan akan dibina di atas tanah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru penentangan ke atas keganasan Israel di Tebing Barat

Selasa, 02-02-2021 – Gerakan Hamas menyifatkan keganasan yang dilakukan polis rejim ke atas seorang pemuda Palestin di selatan Bethlehem seperti “kelakuan penjenayah secara sistematik oleh tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.”

“Keganasan sedemikian yang diamalkan oleh tentera rejim dan pendatang mencetuskan peningkatan penentangan ke atasnya, menghentikan penyelarasan keselamatan dan melaksanakan keputusan yang diambil oleh Setiausaha Agung Kumpulan-Kumpulan Palestin tentang keperluan menghidupkan penentangan,” jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata dalam kenyataan akhbar pada Ahad. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis Israel, merobohkan bangunan di beberapa kawasan Tebing Barat.

Isnin, 01-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas telah merobohkan bangunan dan rumah serta mengarahkan kerja pembinaan dihentikan di beberapa kawasan di Tebing Barat. Mengikut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerbu kawasan perkampungan Zanuta berhampiran kawasn peneroka haram Shim’a di Selatan Al-Khalil dan menyerahkan perintah merobohkan bangunan klinik dan bangunan jawatankuasa kampung.

Rejim Zionis juga memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan di Zanuta mengenai kerja perobohan 12 buah rumah, khemah, kandang haiwan ternakan dan bangsal menyimpan baran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad