Ahad,16-05-2021 – Seorang pemuda warga Palestin maut ditembak Rejim Zionis berdekatan bandar Silwad, timur Ramallah pada Jumaat.
Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis melepaskan tembakan terhadap kenderaan dipandu pemuda itu berhampiran perkampungan Ofra hingga mengakibatkan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia.
Rejim Zionis mendakwa, pemuda tersebut cuba melakukan rempuhan kereta mensasarkan pihak tentera mereka di kawasan terbabit.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Ahad,16-05-2021 – Rangkaian elektrik di kawasan utara Beit Hanoun dan Kota Gaza di timur Shejaiya dan Al- Tuffah mengalami kerosakan teruk akibat pencerobohan Israel yang berterusan untuk hari kelima berturut-turut, menurut Syarikat Pengedaran Elektrik.
Syarikat itu dalam siaran media pada hari Jumaat berkata bahawa rangkaian elektrik dari kawasan yang disasarkan di utara Semenanjung Gaza, Jalan Al-Sha`f, garisan timur Semenanjung Gaza, dan beberapa rangkaian di wilayah lain terputus berikutan serangan Israel. Siaran media berkenaan menjelaskan kakitangan syarikat telah memulakan proses penyambungan semula beberapa talian semenjak awal pagi untuk membekalkan elektrik ke kawasan yang terjejas, dengan memetik bahawa kru syarikat masih belum dapat sampai ke beberapa kawasan hingga saat ini.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Ahad,16-05-2021 – Ketua biro politik luar negara Hamas, Khaled Mishaal menggambarkan perjuangan Palestin menentang penjajahan Israel di saat ini adalah “luar biasa” dari segi spatial kerana telah dilancarkan demi kehormatan dan kesucian Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Dalam sebuah pesanan yang dirakam untuk rakyat Palestin pada hari Rabu, Mishaal juga menggambarkan perjuangan itu sebagai “diberkati” dari segi tempoh waktu kerana ia berlaku pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadhan.
Pemimpin Hamas berkenaan memuji lelaki dan wanita Palestin kerana berani menentang penindasan Israel di gerbang Masjid Al-Aqsa dan di halamannya, sambil menekankan bahawa kepahlawanan mereka memberi nafas kepada seluruh rakyat Palestin dan negara-negara Islam.
“Mesej rakyat adalah jelas, ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa dan menggagalkan niat musuh untuk menyerang, mengawal dan mengYahudikan Aqsa dan mengusir orang-orang kita dari Baitulmaqdis dan jiwa mereka,” katanya.
“Gaza telah datang pada saat yang tepat seperti yang selalu dijangka. Pihak penentang telah campur tangan untuk melindungi orang-orang kami di Masjid Al-Aqsa dan Syeikh Jarrah dan untuk menegaskan bahawa perjuangan kami benar-benar bersatu dan bahawa ia adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tempat-tempat sucinya. Ia memberi amaran kepada musuh dan menghormati kata-katanya,” kata Mishaal.
Dia mendesak rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melancarkan pemberontakan habis-habisan untuk membersihkan Palestin dari penjajahan dan bergabung dengan Gaza untuk menghasilkan pembebasan, kemenangan dan pengembalian yang epik.
Dia juga mendesak orang-orang Palestin di tanah-tanah 1948 yang diduduki untuk terus melakukan pemberontakan terhadap penjajahan tersebut, dan menggambarkan bahawa mereka adalah pemilik-pemilik tanah yang sah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat,14-05-2021 – Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan serangan Israel ke atas Gaza, yang bermula pada hari Isnin, telah mengakibatkan banyak kerugian serta kemusnahan teruk keatas infrastruktur, kediaman dan perkhidmatan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pejabat media, lebih 500 buah rumah, apartment dan bangunan kediaman mengalami kerosakan atau kemusnahan teruk dan lebih 1000 unit kediaman mengalami sedikit kerosakan ketika berlaku serangan Israel. Dua buah apartmen telah hancur musnah akibat serangan udara Israel . Satu satu apartmen yang musnah terdapat 12 pejabat yang digunakan oleh 12 pihak media.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Jumaat,14-05-2021 – Angka kematian mencecah 65 orang termasuk 14 kanak-kanak dan lima wanita ekoran pencerobohan berterusan Israel di Jalur Gaza pada petang Rabu.
Dalam masa yang sama, wartawan lapangan Pusat Maklumat Palestin (PIC) turut melaporkan, 365 orang awam tercedera termasuklah mereka yang kritikal.
Sekurang-kurangnya tiga orang awam dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan udara berhampiran Masjid Al-Ihsan di Nuseirat, Gaza Tengah pada pukul 7.20 malam.
Pencerobohan tentera Israel kini memasuki hari yang ketiga.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Jumaat,14-05-2021 – Pesawat perang Israel melancarkan lebih kurang 100 serangan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada pagi Rabu dan memusnahkan semua balai polis dan satu Menara kediaman.
Serangan itu adalah paling ganas sejak kekejaman bermula pada dua hari lalu, memusnahkan semua balai polis serta sejumlah kawasan pejuang.
Iyad al-Buzm, jurucakap Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa sejumlah serangan udara oleh Israel telah meratakan semua kuarter polis di kawasan yang terkepung itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat,14-05-2021 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyeru setiap rakyat Palestin yang dapat sampai ke Al-Aqsa untuk menunaikan solat Aidilfitri pada hari Khamis dan menghadiri khutbah Jumaat di halaman masjid.
Sheikh Sabri menekankan pada hari Rabu bahawa perlunya menghadiri kedua-dua solat Aidilfitri dan solat Jumaat pada hari kedua Aidilfitri.
Beliau memuji penduduk di Semenanjung Gaza, menggambarkan mereka sebagai “tabah dan sabar”, serta berdoa untuk para syahid dan berharap agar diberikan kesembuhan bagi yang cedera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat,14-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, pada hari Rabu telah berbincang melalui telefon dengan Dr. Saad al-Din al-Othmani, perdana menteri Maghribi berkenaan perkembangan berbahaya di Jerusalem dan Semenanjung Gaza.
Haneyya menerangkan kepada perdana menteri Maghribi tersebut berkenaan cubaan rejim Israel untuk menyingkirkan penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem, cubaan untuk mengawal masjid al-Aqsa dan pencerobohan berterusan di tapak suci umat Islam tersebut.
Beliau menjelaskan keadaan semasa di Semenanjung Gaza, jenayah pihak rejim ke atas wanita dan kanak-kanak, pemusnahan rumah-rumah penduduk dan bangunan-bangunan kerajaan berikutan tindak balas pihak penentang Palestin dalam memenuhi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Jerusalem dan masjid al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis,13-05-2021 – Pergerakan Hamas pada hari Selasa menyalahkan rejim zionis Israel sepenuhnya atas sebarang serangan yang dilakukan ke atas kediaman penduduk awam di Semenajung Gaza dan mengesahkan taktik serangan timbal balas.
“Sifat kesatrian warga Palestin yang digalas oleh Briged al-Qassam telah menjalankan tanggungjawab dalam melindungi warga Palestin dan bertindak balas secara berdepan ke atas usaha penaklukan dan jenayah ke atas warga Palestin di Jerusalem serta jemaah di Masjid Al-Aqsa dan serangan keatas penduduk awam, kanak-kanak dan kawasan pejuang Palestin di Gaza “ menurut jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa.
“ Kami mengesahkan tiada pengunduran dari taktik timbal balas, dimana ianya ditumpukan kepada musuh kami, rejim Zionis Israel “ tambah Baharoum sebagai jurucakap Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis,13-05-2021 – Rejim Zionis telah menahan seorang pemuda berhampiran Salfit pada hari Selasa setelah mendakwa dia cuba melakukan serangan tikaman.
Sumber Hebrew melaporkan bahawa Rejim berkenaan telah menembak dan menahan warga Palestin itu. Warga Palestin diserang setiap hari oleh tentera Rejim Zionis yang ditempatkan di Salfit.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis,13-05-2021 – Pesawat udara rejim Israel mengubah kompleks Hanadi di bandar Gaza menjadi runtuhan pada petang Isnin.
Wartawan PIC berkata dron Israel menembak beberapa bom amaran ke arah menara 12 tingkat berkenaan di barat Gaza. Pesawat udara Israel kemudian menyasarkan sejumlah peluru berpandu ke arah menara tersebut yang menyebabkannya runtuh, tambahnya. Pesawat udara Israel pada awal hari ini menyasarkan sejumlah rumah dan pangsapuri di beberapa kawasan di bandar Gaza yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan besar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu , 12-05-2021 – 20 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 9 kanak-kanak dalam serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Jalur Gaza pada Isnin petang sementara 65 yang lain cedera.
Kementerian kesihatan mengatakan bahawa 20 mayat dibawa ke hospital tempatan di utara Jalur Gaza termasuk 9 kanak-kanak, dan salah satunya adalah bayi perempuan.
Pesawat perang Israel telah melancarkan serangan udara secara berangkai di berbagai kawasan yang terkepung dimulakan dengan serangan maut di bandar utara Beit Hanun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada mohd sayuti
Rabu , 12-05-2021 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya melaporkan kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan tentang perkembangan berbahaya di Jerusalem dan pekarangan Masjid Al-Aqsa, pada Isnin.
Dalam perbualan melalui telefon itu, Haneyya turut memberitahu rancangan pemindahan penduduk asal Palestin oleh Israel dari Perkampungan Sheikh Jarrah, sekaligus menggesa negara-negara Islam bersidang bagi menangani hal ini.
“Keputusan kami serta orang-orang kami adalah mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem,” tegas beliau.
Rabu , 12-05-2021 – Bulan Sabit Palestin berkata, ratusan warga Palestin cedera, sebahagiannya serius, ketika serangan ganas oleh polis rejim ke atas Masjid Aqsa, yang bermula pada pagi Isnin.
Kru Bulan Sabit berjaya memindahkan setakat ini sebanyak lebih 175 warga yang cedera ke pusat perubatan lapangan dan hospital di Baitulmuqaddis. Manakala polis rejim masih menghalang memindahkan mereka yang cedera.
Kumpulan-kumpulan perubatan turut melaporkan sekurang-kurangnya 13 warga Palestin mengalami kecederaan mata yang serius ketika serangan.
Rabu , 12-05-2021 – Pada hari Isnin lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haneyya, mengatakan bahawa pihak penentang sudah bersedia dan tidak akan berdiam diri jika pendudukan Israel tidak mengundur diri dan menghentikan rancangan zalimnya di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.
Haneyya mengatakan dalam sebuah pernyataan media bahawa Gerakan berkenaan tidak akan membiarkan rancangan penjajahan di Baitulmaqdis menjadi kenyataan, sambil menambah, “Puak penentang akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mencegah penjajahan dan peneroka haram daripada mencapai tujuan mereka”
Beliau memuji wira-wira berani di Baitulmaqdis dan Al-Aqsa yang mempertahankan Masjid tersebut dan berhadapan dengan polis Israel dan peneroka haram Yahudi.
“Kami akan terus menyokong Masjid Al-Aqsa dan orang-orangnya di peringkat politik, diplomatik, media dan kemanusiaan, dan menyediakan asas untuk keteguhan”, tambah Haneyya.
Pada pagi Isnin lalu, beratus-ratus polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci dan menyerang jemaah Muslim di sana yang telah mengakibatkan 300 orang cedera akibat peluru getah dan tabung gas pemedih mata.