Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas jentolak.

Isnin, 07-12-2020 – Rejim Israel bertindak merampas sebuah jentolak milik penduduk Palestin yang sedang digunakan di tanah yang diambil semula. Tanah itu terletak di utara Yata, Tebing Barat.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabor berkata, rejim Israel merampas sebuah jentolak kepunyaan Ahmad Abu Turk yang beliau gunakan di tanah yang beliau àmbil semula di kawasan Birin.  Sebelum ini,  tanah miliknya itu telah dirampas oleh pendatang haram Yahudi bagi membuat penempatan Pnei Hever. Bulan lalu, rejim telah merampas jenkaut milik mangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

PBB Minta Siasat Pembunuhan dan Kecederaan Kanak-Kanak Palestin

Isnin, 07-12-2020 – Pejabat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) meminta penjajah Israel untuk segera melakukan siasatan secara telus dan bebas terhadap semua kes penggunaan kekuatan oleh pasukannya yang menyebabkan kematian atau cedera, dan meminta pertanggungjawaban mereka yang bertanggung jawab atas kejahatan tersebut.

“Menurut undang-undang antarabangsa, penggunaan kekuatan mematikan hanya diizinkan sebagai usaha terakhir, sebagai tindak balas atas ancaman terhadap nyawa atau cedera serius,” tegas Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dalam pernyataan yang dikeluarkan hari Rabu (2/12/2020).

Pernyataan tersebut menambah, lemparan batu kesannya tidak menimbulkan ancaman, selain itu penggunaan kekerasan perlu dilakukan dengan cara yang seminima mungkin menimbulkan kerugian.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menjelaskan bahawa tembakan di kepala atau bahagian atas tubuh tidak memenuhi persyaratan ini. Kanak-kanak diberikan perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa dan perlu dilindungi dari kekerasan setiap masa. Mereka tidak boleh terkena risiko kekerasan atau didorong untuk terlibat di dalamnya.

Pernyataan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyebabkan kecederaan parah sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru tajam dan peluru logam berlapis dalam insiden berasingan di Tebing Barat dalam tempoh dua minggu terakhir.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin, yang diserang oleh tentera Israel, menjalani pembedahan

Isnin, 07-12-2020 – Seorang kanak-kanak Palestin, yang diserang secara fizikal oleh tentera Israel beberapa hari yang lalu, menjalani pembedahan di Hospital Hadassah, Baitulmaqdis.

Doktor terpaksa menanam platinum di rahang bawah Mohamed Mukbel yang berusia 16 tahun setelah dia mengalami patah tulang pada 29 November ketika tentera Israel menyerang dan menahannya ketika dia pergi ke sekolahnya di kem pelarian al-Arroub (al-Khalil utara) .

Bapa kanak-kanak itu mengatakan mahkamah Israel memanjangkan penahanan anaknya yang cedera hingga hari Ahad depan, sambil menambah bahawa anaknya masih di hospital dengan pergelangan kakinya digari ke tempat tidur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

PBB menyeru siasatan ke atas penggunaan senjata terhadap kanak-kanak oleh Israel

Isnin, 07-12-2020 – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyeru siasatan telus terhadap penggunaan senjat ke atas kanak-kanak Palestin di Tebing Barat.

Pejabat itu berkata, tentera rejim mencederakan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru hidup dan peluru getah dalam kejadian berbeza di Tebing Barat dalam tempoh dua minggu lepas.

“Semua kecederaan berlaku akibat penggunaan senjata dalam keadaan di mana kanak-kanak tersebut tidak memberi ancaman nyawa atau kecederaan ke atas tentera atau orang lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 Peneroka Haram Cemar Masjid Al-Aqsa

Isnin, 07-12-2020 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki pada pagi Khamis lalu.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 103 peneroka haram yang dikawal oleh pasukan polis memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya.

Semasa lawatan tersebut, beberapa kumpulan peneroka haram dilaporkan melakukan upacara keagamaan Yahudi yang provokatif.

Pegawai polis juga memaksa para jemaah Islam meninggalkan kawasan timur Masjid dan ruang solat Bab al-Rahma semasa lawatan peneroka tersebut.

Setiap hari Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim menyerbu seksyen 6 Penjara Negev

Isnin, 07-12-2020 – Polis penjara rejim menyerbu seksyen 6 Penjara Negev pada Selasa dan menggeledahnya.

Kelab Tahanan menyatakan pada petang Selasa yang 80 orang tahanan di seksyen itu dipindahkan ke seksyen lain di penjara itu.

Pada Isnin, sekumpulan polis rejim membuat serbuan ke atas bilik tahanan Palestin di penjara Ashkelon di mana 45 tahanan ditahan termasuk yang sakit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas jentolak di Yatta.

Isnin, 07-12-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Rabu telah merampas jentolak dari warga Palestin ketika beliau menggunakan jentera tersebut di atas tanah milik beliau di barat daya Yatta di Tebing Barat. 

Wakil pihak berkuasa tempatan, Rateb Al-Jabour melaporkan bahawa rejim Zionis merampas jentera kepunyaan Ahmed Abu Turk ketika menggunakan untuk mengusahaan tanah beliau di mukim Birin, dimana terdapatnya peneroka haram kawasan Pnei Hever.  Pada bulan lepas , rejim zionis telah merampas jengkaut dari Abu Turk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu Tayasir dan menangkap penduduk.

Isnin, 07-12-2020 – Rejim Zionis menyerbu desa Tayasir yang terletak di timur laut daerah Tubas. Mereka menangkap penduduk dan menceroboh sejumlah rumah di daerah tersebut.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Aref Daraghimeh menyatakan, pasukan pendudukan penjajahan Israel menyerbu daerah tersebut pada lewat petang. Mereka menceroboh dan menggeledah masuk rumah rakyat Palestine dan menangkap beberapa orang pemuda Palestine. Antara yang
di tangkap ialah Salama Dabak dan Zahi Abu Ali.

Desa Tayasir sering menjadi sasaran pencerobohan pasukan pendudukan penjajahan Israel. Mereka telah mendirikan pos tentera di sana. Desa Tayasir merupakan lokasi penting kerana ia terletak di tengah-tengah jalan penduduk Palestine ke tanah mereka di lembah Yordan Utara.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rancangan Israel membuka sekolah di Dubai tahun depan

Isnin, 07-12-2020 – Pemerintah penjajah Israel merancang membuka sekolah Israel di Dubai, UAE pada tahun depan. Mengikut Kementerian Diaspora (penyebaran bangsa manusia) Israel, langkah ini di lakukan untuk memperkuatkan keadaan penyebaran bangsa Israel di UAE lanjutan dari kesepakatan bersama antara kedua negara.

Pihak Kementerian berkata ia melibatkan sekitar 200 pelajar dan angka ini akan bertambah dari masa ke semasa. Rancangan diaspora bersepadu dengan matlamat menyebarkan pendidikan Israel di seluruh dunia

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas jentolak di Yatta.

Jumaat, 04-12-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Rabu telah merampas jentolak dari warga Palestin ketika beliau menggunakan jentera tersebut di atas tanah milik beliau di barat daya Yatta di Tebing Barat. 

Wakil pihak berkuasa tempatan, Rateb Al-Jabour melaporkan bahawa rejim Zionis merampas jentera kepunyaan Ahmed Abu Turk ketika menggunakan untuk mengusahaan tanah beliau di mukim Birin, dimana terdapatnya peneroka haram kawasan Pnei Hever. Pada bulan lepas , rejim zionis telah merampas jengkaut dari Abu Turk. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

PBB: Siasat Penggunaan Kuasa Ketenteraan Ke Atas Kanak-kanak

Jumaat, 4-12-2020 – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB telah meminta siasatan yang telus mengenai penggunaan kuasa tentera oleh Israel terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengatakan bahawa pasukan Israel mencederakan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru hidup dan peluru logam bersalut getah dalam beberapa kejadian berasingan di Tebing Barat semenjak dua minggu yang lalu.

“Semua kecederaan adalah disebabkan oleh penggunaan kekerasan yang boleh membawa maut dalam keadaan di mana maklumat yang ada menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman terhadap nyawa atau kecederaan serius ke atas tentera berkenaan mahupun ke atas orang lain.”

“Dengan demikian ternyata kekerasan yang digunakan tidak selari dengan undang-undang antarabangsa,” kata Pejabat Hak Asasi Manusia dalam sebuah kenyataan, sambil memberitahu bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun telah cedera parah ditembak di dada di kota al-Bireh pada 29 November.

“Pada 27 November, semasa tunjuk perasaan di kampung Kafr Qaddum di utara Tebing Barat, pihak tentera menembak seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun di kepala dengan peluru logam bersalut getah. Akibatnya, kanak-kanak itu jatuh dan telah dimasukkan ke hospital akibat tengkorak yang retak. “

“Pada 17 November, seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang dalam perjalanan pulang dari sekolah telah kehilangan mata kanan setelah terkena lantunan peluru di kem pelarian Qalandia di utara Baitulmaqdis. Walaupun ketika itu terdapat pertempuran antara tentera dan penduduk kem, tidak ada maklumat yang menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki itu menimbulkan ancaman kepada siapa pun ketika dia ditembak,” jelas pernyataan itu.

“Pejabat Hak Asasi Manusia PBB meminta Israel untuk dengan segera, telus dan berkecuali menyiasat semua kejadian di mana (tentera Israel) menggunakan kekerasan yang menyebabkan kematian atau kecederaan dan menggesa mereka untuk bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa, penggunaan kekerasan yang membawa maut hanya dibolehkan sebagai langkah terakhir, sebagai tindak balas terhadap ancaman terhadap nyawa atau kecederaan serius. Melempar batu tidak nampak seperti ancaman sedemikian. Selain itu, kekerasan mesti sentiasa digunakan hanya dengan cara yang menyebabkan seminimum bahaya yang mungkin. Tembakan di kepala atau badan tidak nampak seperti memenuhi syarat ini. “

“Kanak-kanak mendapat perlindungan khas di bawah undang-undang antarabangsa dan mesti dilindungi dari keganasan pada setiap masa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kailah: Palestin catat 16 kematian, 2,188 kes Covid-19 dalam 24 jam.

Jumaat, 04-12-2020 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah mengumumkan pada Rabu semalam bahawa terdapat 2,188 kes baharu  jangkitan Koronavirus direkodkan di Palestin dengan 16 kematian selepas 9,567 ujian dibuat dalam tempoh 24 jam.

Beliau menyatakan demikian dalam laporan harian epidemiological Koronavirus, kes baharu merebak mengikut geografi kepada 1,453 kes di Tebing Barat dan 735 di Semenanjung Gaza. Beliau berkata lagi, 1,051 dilaporkan sembuh. 696 dari Tebing Barat manakala 355 kes dari Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

3 Pemuda Tercedera Akibat Pertempuran Dengan Zionis di Timur Ramallah

Khamis, 03-12-2020 – Tiga pemuda cedera parah, pada Ahad (29/11) akibat pertempuran yang meletus antara pasukan Zionis dengan warga Palestin di timur Ramallah.

Sumber Palestina melaporkan, tiga pemuda itu terkena peluru Israel, salah satunya di dada dan lainya dalam keadaan kritikal ketika konfrontasi yang berlaku antara pemuda dan tentera Zionis di pinggiran penempatan Psagot yang terletak di kawasan Palestin di sebelah timur Al-Bireh.

Sumber perubatan menyatakan, pemuda yang cedera parah itu adalah Emir Bilad (19 tahun). Dia dibawa bersama seorang lagi yang tercedera ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah untuk dirawat.

Penempatan “Psagot” didirikan pada tahun 1968 di puncak sebuah gunung Jabal Al-Tawil, sebelah timur Al-Bireh.

Pendatang Zionis mulai mengambil alih wilayah tersebut dengan membangunkan koloni dan karavan kecil, kemudian berkembang menjadi penempatan yang mempunyai deretan kedai dan kilang pembuatan alat-alat plastik, terbentang lebih dari ratusan dunam (ribuan meter) menduduki tanah warga palestin secara haram.

Dengan bertambahnya populasi Al-Bireh maka penduduk kota tersebut bertambah menjadi 86 000 orang. Psagot merupakan penempatan bagi sekitar 1800 penduduk telah melampaui perluasan penempatan dari sisi timurnya.

Pasukan Zionis melakukan serangkaian serangan ke kota-kota Tebing Barat, sambil melakukan serangan dan penangkapan terhadap warga Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh rumah warga Palestin di bandar Tira.

Khamis, 03-12-2020 – Rejim Zionis Israel bertindak meroboh sebuah rumah milik warga Palestin di bandar  Tira  yang terletak di daerah tengah  yang dikuasai Israel atas dakwaan dibina tanpa kebenaran.

Rumah kepunyaan seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Islam Kashua itu diroboh hingga rata oleh pihak rejim tanpa sebarang notis, demikian kata saudara terdekat pemilik rumah tersebut.

Saksi berkata, anggota polis rejim mengepung tempat kejadian bagi menghalang jiran  dari menghampiri kawasan rumah tersebut ketika jentolak melakukan kerja-kerja meroboh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Rejim menyerang nelayan di perairan Gaza

Khamis, 03-12-2020 – Tentera laut rejim Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Semenanjung Gaza.

Menurut jawatankuasa nelayan tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah bot mereka Ketika mereka berada sekitar tiga batu nautika di kawasan al-Sudaniya di barat laut kota Gaza.

Tentera laut rejim turut menembak para nelayan dengan dalam usaha untuk menenggelamkan bot mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati