Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Moscow sudi menjadi tuan rumah kepada mesyuarat kumpulan-kumpulan Palestin

Rabu , 14-10-2020 –  Pegawai kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk mengesahkan yang Moscow menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin untuk menyumbang kepada kesatuan Palestin dan kerjasama politik.

“Ketika lawatan kami ke Russia, Mikhail Bogdanov, utusan Presiden Putin ke Timur Tengah, menyuarakan kesudian untuk menjadi tuan rumah mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin,” Abu Marzouk berkata di Twitter.

Satu perwakilan peringkat tinggi daripada Gerakan Hamas pada Khamis lepas tiba di Moscow dan mengadakan mesyuarat penting bersama Bogdanov dan pegawai Russia lain ketika lawatan yang berlangsung beberapa hari itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang petani Palestin di Burqa.

Rabu , 14-10-2020 –  Berpuluh pendatang haram Yahudi menyerang petani warga Palestin yang sedang menuai buah Zaiton. Kejadian berlaku di perkampungan Burqa, daerah Ramallah.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pendatang tersebut membaling batu ke arah petani menyebabkan seorang cedera di kepala.

Petani tempatan merayu penduduk bandar dan sekitarnya supaya menjauhi kawasan tersebut bagi mengelak dari menjadi sasaran serangan pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perlawanan membalas kekerasan Israel terhadap tawanan

Rabu , 14-10-2020 –  Gerakan Hamas pada Isnin lepas mengutuk penjajah Israel yang bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap tawanan warga emas mereka, Jamal Abu Haija dan Hasan Salamah di penjara Eishel.

Dalam keterangannya, Hamas menegaskan kesiapan untuk membalas tindakan permusuhan pemerintah penjajah Israel terhadap tawanan. Kekerasan Israel terhadap tawanan di penjara Eishel bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini, seorang tawanan Mahir Akhras telah mogok lapar sebagai bantahan terhadap kekerasan yang di lakukan Israel di penjara.

Hamas komited untuk membebaskan tawanan dan rakyat Palestin sanggup membayar harga yang mahal dan sanggup berperang demi kebebasan dan kehormaatan tawanan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Ulangtahun ke 30, pembunuhan beramai ramai di Aqsa – Sheikh Sabri

Selasa , 13-10-2020 –  Di dalam kenyataan media pada ulangtahun ke 30 pembunuhan beramai-ramai Aqsa, Sheikh Sabri berkata warga Palestin tidak akan melupakan jenayah yang keji yang berlaku pada 30 tahun lalu di Masjidil Aqsa.

Dia menyatakan Masjid Aqsa masih menghadapi pembunuhan beramai ramai dalam bentuk yang berbeza dengan merujuk kepada pemecahan masuk ke dalam Masjid oleh peneroka haram yahudi dan pihak polis Israel serta pendedahan penduduk Jerusalem kepada penahanan berjadual, perpindahan dan di buang daerah dari kawasan Masjid Al-Aqsa.

Dia menekankan bahawa tindakan kekerasan yang berterusan disasarkan kepada penduduk Jerusalem bagi meninggalkan bandar tanah suci bagi mereka mengambil alih Masjid Al Aqsa.

“ Tindakan sebegitu tidak akan menahan kita dari mempertahankan Masjid Agsa dengan segala tenaga yang kita ada. Masjid Al Aqsa akan sentiasa berada di bawah penguasaan orang Islam sehingga hari kiamat. “ tegas pihak berkuasa Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 walaupun kesihatan semakin merudum

Selasa , 13-10-2020 –  Tahanan Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 di penjara Israel walaupun kesihatan beliau semakin merudum.

Pejabat Maklumat Tahanan menyatakan di laman webnya, “Akhras masih dalam keadaan kesihatan yang teruk. Beliau tidak boleh bergerak dan bercakap serta terbaring di katil sepanjang masa.”

Ia menambah bahawa Akhras tidak boleh bergerak langsung, mengalami rasa pening yang teruk, sakit kepala, dan kini merasa sakit dada kerana masalah jantung. Beliau juga kurang dalam tumpuan, pendengaran dan hilang berat badan dengan banyak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi membakar puluhan pokok zaitun di Salfit Barat

Selasa , 13-10-2020 –  Gerombolan pendatang Yahudi ekstremis pada hari Rabu membakar 50 pokok zaitun dan pokok lain di sebelah timur bandar Deir Ballut, sebelah barat provinsi Salfit di Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Saksi mata mengatakan bahawa sebahagian besar pokok yang terbakar adalah pokok abadi, sambil menambah bahawa para pendatang tersebut juga membakar hutan dan pokok badam di daerah itu.

Serangan pembakaran itu berlaku di kawasan pertanian Palestin berhampiran penempatan haram Leshem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq Kunjungi Kedutaan Besar Palestin Di Moscow

Selasa , 13-10-2020 –  Delegasi Hamas dipimpin anggota biro politik Musa Abu Marzuq, tiba di Moscow pada Khamis pagi. Abu Marzuq memulakan kunjungannya di Moscow dengan mengunjungi kedutaan besar Palestin, bertemu dengan duta besar Abdul Hafiz Naufal, kemudian membincangkan perkembangan terkini Palestin.

Hadir dalam pertemuan tersebut, anggota biro politik Hamas, Husam Badran dan duta besar Palestin yang tinggal di Monggolia, Khalid Miari.

Pada 3 September lalu, para pemimpin utama faksi-faksi Palestin mengadakan pertemuan di Beirut dan Ramallah, mereka sepakat berkaitan langkah kesatuan dan rekonsiliasi Palestin untuk menghadapi sejumlah cabaran besar terutama deal of century, aneksasi Israel dan normalisasi beberapa regim Arab.

Mereka sepakat bahawa hanya dengan persatuan nasional Palestin semua konspirasi tersebut dapat digagalkan. Beberapa agenda ditetapkan untuk menjayakan kesepakatan di lapangan termasuk bersedia mengadakan pilihanraya Palestin.

Pilihanraya umum Palestin disepakati akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan kedepan, dimulai dengan pilihanraya legislatif, disusul eksekutif dan terakhir Dewan Nasional Palestin untuk mengaktifkan kembali organisasi pembebasan Palestin (PLO).

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Yahudi memusnahkan puluhan pokok Zaitun di Hebron.

Selasa , 13-10-2020 –  Sekumpulan yahudi telah memusnahkan puluhan pokok zaitun kepunyaan warga Palestine, di mukim Mitsi Yaer, Yatha Timur Hebron Selatan Mengikut penyelaras komuniti perlindungan wilayah, Fuad al-Amur, sekelompok penjajah

Yahudi telah merosakkan puluhan pokok zaitun berusia 2 tahun di Qawawis, Yatha Timur, milik warga Palestine, Jabar Iwad Zaid.

Tindakan merosakkan tanaman milik warga Palestin ini merupakan tindakan berulang penjajah sebagai cara mengambil alih lokasi untuk tujuan peluasan wilayah pemukiman Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Akhras teruskan mogok hari ke 73.

Jumaat , 09-10-2020 –  Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar bagi hari ke 73 di dalam tahanan rejim Zionis dimana beliau mengalami kemerosotan kesihatan yang serius. Jabatan Penerangan Banduan menyatakan di dalam laman web “ Akhras mengalami masalah kesihatan yang kritikal dimana beliau tidak mampu bergerak atau bercakap dan hanya mampu baring dikatilnya sepanjang masa.

Jabatan tersebut juga memaklumkan bahawa beliau tidak mampu bergerak, mengalami sakit kepala dan di dada. Ini kerana beliau juga ada masalah berkaitan jantung.  Dia juga mengalami masalah daya tumpuan, pendengaran dan juga kehilangan berat badan yang ketara.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Corona di Palestin : 10 kematian, 475 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Jumaat , 09-10-2020 –  Pada hari Selasa, Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah melaporkan 10 kes kematian, 475 kes baru dan 417 kes sembuh dari virus corona dalam 24 jam yang lepas. Dalam laporan epedemiologikal  COVI-19, kadar peyembuhan telah mencecah 84.9 peratus manakala kes berjangkit telah mencecah 14.3 peratus dan kadar kematian pada 0.8 peratus.

Pada hari Selasa, Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah melaporkan 10 kes kematian, 475 kes baru dan 417 kes sembuh dari virus corona dalam 24 jam yang lepas. Dalam laporan epedemiologikal  COVI-19, kadar peyembuhan telah mencecah 84.9 peratus manakala kes berjangkit telah mencecah 14.3 peratus dan kadar kematian pada 0.8 peratus.

Bilangan kes jangkitan baru dari meliputi dari kawasan kawasan berikut, Al-Khalil 70 kes, Nablus 45 kes, Bethlehem 67 kes, Qalqiya 9 kes, Ramallah dan Al Bireh sebanyak 41 kes , Jenin sebanyak 33 kes , Jericho dan Al-Aghwar 23, Salfit 1, Tulkarem 30, Semenanjung gaza 146 dan kawasan luar bandar Jerusalem sebanyak 10 kes. Kementerian juga melaporkan terdapat 46 kes pesakit kritikal dimana mereka telah di tempatkan di wad penjagaan intensif temasuk 11 pesakit yang dirawat dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

 

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerang penggembala di al-Khalil

Jumaat , 09-10-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi pada Selasa menyerang penggembala Palestin di timur Yatta, selatan al-Khalil di Tebing Barat.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, sekumpulan pendatang yang diiringi oleh tentera dan pegawai polis menyerang penggembala tempatan di kawasan Thaalah timur Yatta dan menghalang mereka daripada membawa ternakan mereka meragut di kawasan padang rumput atas alasan tanah itu milik negeri.

Jabour menambah bahawa para penggembala tersebut mempertahankan diri mereka dan menegakkan hak mereka untuk membawa ternakan mereka meragut rumput di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka masuk ke halaman Aqsa walaupun ditutup

Jumaat , 09-10-2020 –  Puluhan warga Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual provokatif Talmud di bawah kawalan polis yang sangat ketat walaupun penutupan berterusan di Kota Baitulmaqdis.

Sumber-sumber dari Baitulmaqdis mengatakan bahawa 52 orang peneroka Yahudi menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa pada waktu pagi.

Sumber-sumber tersebut melaporkan bahawa puluhan pemukim Yahudi menyerbu halaman Al-Aqsa sementara umat Islam dilarang masuk ke dalamnya dengan alasan penutupan menyeluruh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel menyasarkan pos pemerhatian di selatan Gaza

Khamis , 08-10-2020 –  Satu pesawat perang Israel mengebom satu pos pemerhatian di timur Rafah pada Isnin malam di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, satu drone menembak peluru berpandu pada pos pemerhatian milik pejuang di timur Rafah lalu memusnahkannya.

Jurucakap Israel mendakwa bahawa serangan itu menyasarkan kawasan ketenteraan yang dimiliki Gerakan Hamas di selatan Gaza selepas satu roket Palestin mendarat di Eshkol.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi cemar Al Aqsa.

Khamis , 08-10-2020 –  Puluhan penceroboh Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Selasa pagi mencemar Majidil Aqsa di Baitulmaqdis. Menurut sumber tempatan, 39 penceroboh memasuki Masjid melalui pintu gerbang al-Maghariba dan menjelajahi halamanya dibawah pengawasan polis polis yang ketat.

Sementara itu, polis pendudukan Israel terus-menerus menolak kemasukkan warga Baitulmaqdis yang tinggal di kawasan berhampiran Kota Lama dari memasuki Masjidil Aqsa untuk solat setiap hari sebagai sebahagian daripada penutupan bandar yang berterusan.

Namun, sejumlah besar penceroboh yahudi yang tinggal beratus-ratus batu dari kota suci tersebut telah berpusu-pusu memasuki al-Aqsa dan mencemarkan halamanya dibawah perlindungan polis sejak penutupan yang berlaku di bandar tersebut kira-kira dua minggu yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Serang Penggembala Palestin di al-Khalil

Khamis , 08-10-2020 –  Gerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis pada hari Selasa menyerang penggembala Palestin di Yatta timur, selatan al-Khalil di Tebing Barat yang dijajah.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour mengatakan bahawa sekumpulan peneroka yang dikawal oleh tentera dan pegawai polis menganiaya penggembala tempatan di daerah Thaalah di sebelah timur Yatta dan menghalang mereka dari meragut lembu mereka di kawasan padang rumput mereka dengan alasan adalah tanah kerajaan haram Israel.

Jabour menambah bahawa para penggembala membela diri dan membela hak mereka untuk meragut haiwan mereka di kawasan itu.

Kemudian, tentera Israel menangkap salah seorang gembala ketika dia bersama lembu di kawasan itu setelah peneroka menuduhnya menyerang secara fizikal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen