Categories
Berita Semasa

Sejak Menjajah Israel Telah Robohkan 166 000 Rumah Palestin

Khamis , 08-10-2020 –  Pusat Penelitian Tanah dari Persatuan Kajian Arab di Al-Quds mengatakan, sejak awal berdirinya negara Israel telah merobohkan sekitar 165 690 rumah Palestin yang menyebabkan sekitar satu juta warga Palestin menjadi pelarian. Pengusiran  warga Palestin di wilayah dalam mahupun luar tanpa prikemanusiaan.

Dalam sebuah pernyataannya, pusat kajian tanah ini menyebutkan, “sepanjang tahun 2020 bersamaan dengan tuntutan agar bangsa Palestin tetap tinggal di rumah masing-masing, pada sembilan bulan pertama wabak corona Israel telah merobohkan 450 rumah dan fasiliti warga. Mereka juga mendorong warga Al-Quds agar merobohkan rumah mereka sendiri. 

Pada tahun ini saja, rumah yang dirobohkan di Al-Quds mencapai 80 buah rumah, iaitu rumah yang dihancurkan oleh pemiliknya sendiri.

Di hari kelima dari bulan Oktober 2020 yang merupakan Hari Habitat Antarabangsa, terutama warga Al-Quds mengalami tekanan akibat tindakan Zionis yang mensasar rumah-rumah Palestin dengan tindakan yang kejam. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Amaran Kerosakan Pada Jantung dan Mata Akhras

Khamis, 8-10-2020 –  Pada hari Selalsa lalu tahanan Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar terbuka untuk hari ke-72 sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran yang tidak adil terhadapnya walaupun terdapat amaran tentang keadaan kesihatannya yang serius.

Qadri Abu Bakar, Ketua Lembaga Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, menyatakan bahawa keadaan tahanan Maher Al-Akhras bertambah buruk dari hari ke hari, dengan keengganannya untuk mengambil apa-apa makanan serta desakannya untuk meneruskan mogok sehingga tuntutan beliau untuk segera dibebaskan diterima.

Bakr memberi amaran bahawa penolakan rejim Zionis terhadap tuntutan Akhras dan perlanjutan mogoknya boleh membawa kepada kerosakan pada jantung, mata, atau telinganya setelah beliau menolak untuk mengambil apa-apa supplemen.

Keluarga Akhras sebelumnya telah menuntut campur tangan serius untuk menyelamatkan nyawanya sebelum terlambat, kerana dari semasa ke semasa beliau akan tidak sedarkan diri, tidak dapat bergerak, sering mengalami sawan, dan kadang-kala tidak tahu siapa yang berdiri di hadapannya.

Akhras mengatakan dalam sebuah pesan dari katilnya di Hospital Kaplan beberapa hari yang lalu: “Satu-satunya syarat saya adalah kebebasan, kebebasan atau mati syahid, dan di keduanya ada kemenangan bagi rakyat serta para tahanan.”

Pada 27/07/2020, Akhras ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis yang telah memerintahkan penahanan pentadbiran ke atasnya selama empat bulan. Mahkamah Israel berusaha untuk menghalang mogok beliau dengan menggunakan apa yang digelar sebagai pembekuan terhadap penahanan pentadbiran, yang tidak bermaksud berakhirnya penahanannya.

Sejak awal mogok, Akhras telah dipindahkan berulang-ulang kali sebagai usaha untuk melemahkannya dan menghalangnya untuk meneruskan mogoknya. Pada awal penahanannya, beliau ditahan di pusat tahanan Hawara, kemudian dipindahkan ke penjara Ofer sehingga dia dipindahkan ke penjara Klinik Ramla dan akhirnya ke hospital Kaplan.

Akhras, 49, berasal dari bandar Silat al-Dhahr di Jenin. Rejim Zionis telah menahannya untuk pertama kali pada tahun 1989, dan penahanannya telah berterusan selama tujuh bulan. Kali kedua adalah pada tahun 2004 selama dua tahun, dan kemudiannya beliau ditahan semula pada tahun 2009 dan terus berada dalam tahanan pentadbiran selama 16 bulan. Beliau ditahan kembali pada tahun 2018 dan ditahan selama 11 bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam pertemuan wartawan Arab dengan Gantz, Menteri Perang Israel.

Khamis , 08-10-2020 –  Gerakan Islam Hamas mengutuk pertemuan melalui talian “zoom’ wartawan Arab dari Arab Saudi, UAE dan Bahrain dengan Benny Gantz, Menteri Perang Israel, yang di buat pada Ahad lepas.

Hamas melalui jurucakapnya, Hazem Qassem berkata ,”Hubungan wartawan Arab dengan menteri perang Zionis adalah mengaibkan dan terkutuk”. Tambah beliau, “Gantz menyiksa serta melakukan kekerasan kepada penduduk di Gaza serta melakukan segala kemusnahan di seluruh lingkungan yang ada di Gaza ”

Qassem berkata lagi “Gantz adalah Penjenayah Perang. Dalam situasi apapun wartawan tidak boleh melakukan sebarang hubungan melibatkan penjenayah, apatah lagi memberi ruang kepada penjenayah menyampaikan sudut pandangnya”.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Sheikh Nawaf menegaskan sokongan kukuh Kuwait terhadap Palestin

Rabu , 07-10-2020 –  Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Sabah menegaskan lagi sokongan tidak berbelah bahagi oleh negaranya untuk Palestin dalam semua perjumpaan dan acara antarabangsa.

Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Sabah menegaskan lagi sokongan tidak berbelah bahagi oleh negaranya untuk Palestin dalam semua perjumpaan dan acara antarabangsa.

Ketika pertemuannya pada Ahad bersama perdana menteri Palestin Mohamed Shtayyeh, Sheikh Nawaf menekankan yang Kuwait akan terus mengikuti jejak langkah almarhum Emir sebelumnya dan menegakkan polisi sokongan terhadap Palestin dan rakyatnya.

Shtayyeh dan pegawai kanan lain dari pihak berkuasa Palestin tiba pada Ahad di Kuwait untuk mengucapkan takziah atas pemergian Emir Sheikh Sabah Al Sabah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Corona di Palestin: 11 Kematian, 491 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Rabu, 7-10-2020 –  Isni lalu Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah,  mengumumkan 11 kematian, 491 jangkitan koronavirus, dan 592 kes sembuh telah dicatatkan setelah melakukan 4,157 pemeriksaan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kailah menjelaskan semasa laporan harian epidemiologi COVID-19 bahawa kadar kes sembuh dari coronavirus mencapai 84.9 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 14.3 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari semua kes.

Beliau memberitahu bahawa dua kematian dicatat di Baitulmaqdis, 8 di Tebing Barat, dan satu di Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat, 356 kes baharu dicatatkan sementara 73 jangkitan dicatatkan di Semenanjung Gaza dan 62 di Baitulmaqdis.

Pecahan kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (87), Nablus (33), Bethlehem (48), Qalqilya (7), Ramallah dan Al-Bireh (32), Jenin (26), Tubas (2), Jericho dan Al-Aghwar (35), Salfit (3), Tulkarem (98), Semenanjung Gaza (73), pinggiran kota Baitulmaqdis (15), dan Baitulmaqdis (62).

Di Tebing Barat, 419 kes sembuh dicatatkan sementara di Semenanjung Gaza 65 dicatat dan 108 di Baitulmaqdis.

Kes sembuh baharu dicatatkan di: al-Khalil (117), Jenin (19), Tulkarem (59), Jericho dan Al-Aghwar (10), Tubas (5), Salfit (9), Qalqilya (22), Bethlehem ( 70), Nablus (108), Semenanjung Gaza (65), dan Baitulmaqdis (108).

Kailah turut mengumumkan bahawa terdapat 47 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 11 yang telah dirawat dengan bantuan alat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Bekas Tahanan Palestin Syahid Ditembak Israel di Tulkarm

Rabu , 07-10-2020 –  Seorang bekas tahanan Palestin gugur syahid setelah ditembak tentera Israel petang Isnin di penempatan Anev di wilayah timur Tulkarm.

TV Israel Kana menyatakan, tentera Israel menembak tiga pemuda Palestin di penempatan Anev yang terletak di timur Tulkarm.  Mereka bertiga dituduh melempar bom molotov ke pos Israel.

TV Kana menyebutkan salah seorang dari tiga pemuda itu terbunuh sementara dua lainnya melarikan diri.

Biro Media Tahanan menyatakan bahawa bekas tahanan Palestin tersebut bernama Samir Ahmad Abdul Jalil Hamidi dari Betled, Tulkarm setelah ditembak tentera Israel berdekatan perlintasan Enab (Anev). 

Samir pernah tinggal di penjara Israel selama 3 tahun 6 bulan. Beliau dibebaskan dua tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin belum memastikan berita tersebut hingga kini. Sementara itu, para saksi menyebutkan bahawa pemuda yang ditembak tersungkur berdekatan perlintasan Enab mengalami banyak pendarahan.

Mereka menambah, pasukan Israel menutup pintu masuk dari dua arah dan melarang kenderaan melintas yang menyebabkan laluan sesak. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Akhras berada pada tahap bahaya

Rabu , 07-10-2020 –  Tahanan penjara, Maher Al-Akhras, yang memulakan mogok lapar sejak 71 hari yang lalu, telah memasuki tahap bahaya yang sangat teruk.

Akhras masih berada di hospital Kaplan dan dia mengalami kemerosotan kesihatan yang sangat serius dimana dia menggigil dan kesejukan,
menurut Muhjat Al-Quds.

Banduan itu menjadi terlalu kurus dan bahagian bawah tubuhnya telah menjadi jisim tulang. Lebih teruk lagi, dia tidak dapat bergerak atau bercakap, kata-katanya terhad dan suaranya serak dan lemah, dan dia hanya mampu tidur sepanjang waktu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Perayaan memetik zaiton di Gaza.

Rabu , 07-10-2020 –  Dalam susana tradisional yang di warisi secara turun temurun, anak-anak dan cucu Hajjah Ummu Naseem al-Najjar berkumpul meraikan hari memetik buah zaitun di tanah mereka yang terletak di perbatasan kota Khuza’a sebelah timur Khan Yunis, Gaza Selatan.

Suasana kegembiraan memenuhi tempat itu meskipun bercampur ketakutan dan kecemasan lantaran adanya kereta kebal penjajah dan kenderaan-kenderaan tentera yang di letakkan di tempat tersebut.

Nyanyian lagu rakyat serta acara tradisional dengan hidangan masakan istimewa memeriahkan acara sambutan memetik zaitun ini. Pokok zaitun adalah simbolik kisah cinta rakyat Palestine pada tanahnya yang menyimpan darah dan jasad ribuan syuhada’.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

2 kanak2 Palestin ditahan di Jerusalem.

Selasa , 06-10-2020 –  Polis Israel menahan  dua kanak kanak dari penempatan haram Juruselam dan seorang pemuda dari Ramallah. 

Sumber tempatan melaporkan polis Israel menahan dua kanak-kanak dari kem pelarian Shu’fat semasa mereka berada berhampiran dengan tembok Apartheid , dimana tembok ini memisahkan kem pelarian dari bandar Jerusalem. 

Tamer Al-Shawamrah telah ditahan di Umm Al-Sharayet di Ramallah ketika dia melalui kawasan pemeriksaan Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

COVID-19 : 8 kematian, 512 kes baru di Palestin.

Selasa , 06-10-2020 –  Pada hari Khamis, Kementerian Kesihatan Palestin, melaporkan 8 kematian berkaitan COVID-19, 512 kes positif baru dan 881 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Genting Gaza pada tempoh 24 jam lepas. 

Berdasarkan laporan harian kementerian kesihatan, enam mangsa kematian berasal dari kawasan Tebing Barat, Bandar Jerusalem dan juga Semenanjung Gaza

32 orang pesakit kritikal telah ditempatkan di wad unit kritikal dan 15 pesakit lagi di rawat dengan alat bantuan pernafasan. 

82.5 peratus dari keseluruhan kes jangkitan telah sembuh manakala kadar kes aktif telah meningkat kepada 16.8 peratus dan kadar kematian pada 0.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Al Bireh seru perluaskan perjuangan hancurkan Zionis-Amerika.

Selasa , 06-10-2020 –  Demi kekuatan nasional dan Islam di daerah Ramallah, Al-Bireh menyeru diperluaskan pengembangan perjuangan rakyat. Ini kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mengalahkan penjajahan dan menghancurkan projek pencairan Amerika-Zionis.

Dalam sebuah pernyataan hari ini, (4/10) pihak pejuang mengatakan cabaran yang dihadapi perjuangan Palestin secara bersama.

 Dalam pertemuan tersebut, pelbagai pihak turut menyeru dipanjangkan pertemuan dan dialog baru-baru ini untuk menyepakati program perjuangan nasional dan kebersamaan politik.

Beliau menekankan pentingnya penglibatan sebenar dalam mempersiapkan pemilihan yang akan datang dan mengubahnya menjadi pertempuran politik yang dilancarkan rakyat Palestin. Ia tidak hanya untuk memperbarui legitimasi dan kehidupan demokrasi tetapi juga untuk menghadapi tindakan penempatan Yahudi, khususnya di kota Jerusalem yang diduduki.

Dalam pernyataan bersama, seruan untuk melindungi musim zaitun, menghidupkan kembali kempen untuk membantu petani di desa-desa, dan pergi secara kolektif terutama di daerah yang dekat dengan jalan pintas atau penempatan dan untuk menghadapi pengganas Yahudi yang menganggu  warga Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di utara al-Khalil

Selasa , 06-10-2020 –  Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel semasa pertempuran di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan semasa pertempuran antara pemuda tempatan dan tentera Israel di kawasan al-Daher di bandar Beit Ummar.

Dalam kejadian berasingan, pemuda Palestin melontar batu di sebuah bas yang membawa peneroka Yahudi di jalan berhampiran kampung Deir Nidham di utara Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh dua pangsapuri milik warga Palestin di Silwan.

Selasa , 06-10-2020 –  Rejim Zionis Israel menyerahkan notis  roboh ke atas dua unit pangsapuri  kepunyaan keluarga Abu Malaya di daerah Silwan, selatan Masjidil Aqsa kerana dibina tanpa kelulusan.

Pangsapuri  yang terletak di kawasan kediaman Ras al-Amud di silwan itu turut dimiliki oleh dua adik-beradik lelakinya.

Pihak rejim Israel memaksa warga Baitulmaqdis untuk meroboh atau memindahkan rumah mereka sendiri bagi mengelak dari membayar perbelanjaan dan denda lebih tinggi jika kakitangan majlis perbandaran yang melakukan kerja-kerja tesebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin



Categories
Berita Semasa

Jordan mengusir keluar bekas tahanan Palestine, Nizar at-Tamimi

Selasa , 06-10-2020 –  Kerajaan Jordan dengan secara mendadak meminta bekas tahanan  yang di bebaskan dalam pertukaran tawanan Wafa al-Ahrar, Nizar at-Tamimi untuk meninggalkan Jordan dengan segera. Nizar sekarang berada di Qatar.

Peguam, Mustafa Nashrullah dalam kenyataan beliau kepada Quds Press menolak arahan pengusiran yang di keluarkan oleh Jordan terhadap at-Tamimi.  Menurut beliau, pengusiran yang di keluarkan oleh kerajaan Jordan sebenarnya bukan sahaja merupakan pengusiran untuk Nizar at-Tamimi, tetapi untuk isteri beliau, Ahlam at-Tamimi.

Penurut Mustafa lagi, pemerintah hendaklah berpegang kepada keputusan pengadilan untuk tidak menyerahkan Ahlam at-Tamimi , warga Jordan di mana tiada kesepakatan antara Amman dan Washington untuk menyerah yang terdakwa. Arahan pengusiran keluar Nizar pasti turut menarik Ahlam bersama.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin cedera teruk akibat tembakan Israel di bandar Surif

Isnin , 05-10-2020 –  Seorang pemuda Palestin cedera teruk pada petang Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan kepada sekumpulan warga di bandar Surif, barat laut al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, IOF melepaskan tembakan ke arah warga Palestin di Qurainat, mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun di dadanya. Remaja yang cedera teruk itu dikejarkan ke Hospital Ahli di al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati