Categories
Berita Semasa

Pertempuran, Tangkapan Di Tebing Barat Dan 1,948 Petempatan Lain

Khamis,20-05-2021 – Pertempuran hebat meletus antara penduduk Palestin dengan Rejim Zionis pada malam Ahad hingga pagi Isnin di Tebing Barat dan 1,948 petempatan lain.

Penduduk Beit Hanina dan Shuafat di utara Jerusalem, turut menghadapi serangan peneroka haram Yahudi dan Rejim Zionis.

Menurut sumber tempatan, senjata yang digunakan dalam serangan itu adalah peluru logam bersalut getah selain gas pemedih mata dan bom.

Seorang mangsa tercedera di bahagian perut akibat tembakan, sementara seorang lagi di bahagian kepala selepas terkena bom tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Pendatang bersenjata menyerang kereta warga Palestin, mencederakan pemandu di al-Khalil

Khamis,20-05-2021 – Seorang pemuda Palestin cedera pada pagi Ahad apabila sekumpulan pendatang bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya ketika beliau memandu kereta di jalan di timur laut al-Khalil, Tebing Barat.

Menurut sumber keselamatan Palestin, seorang pendatang bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang sedang melalui jalan dekat bandar Bani Na’im di timur laut al-Khalil, mencederakan pemandunya.

Walaupun cedera, pemuda tersebut mampu memandu keretanya ke kampung Beit Einun yang berdekatan, di mana penduduknya membawa beliau ke hospital al-Khalil untuk bantuan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Antarabangasa Tidak Hukum Israel, Palestin Terus Dibantai

Khamis,20-05-2021 – Presiden Turki, Reccep Toyyib Erdogan hari ini Isnin (17/5) mengajak dunia antarabangsa memberikan tekanan kepada Israel untuk memaksanya agar menghentikan pembantaian terhadap rakyat Palestin. Hal itu disampaikan Erdogan dalam pembicaraan melalui telefon dengan Paus Fransiscus, seperti disampaikan pejabat presiden Turki.

Pejabat Presiden Turki menyiarkan kenyataan Erdogan bahawa Palestin akan terus dibantai jika masyarakat antarabangsa tidak menghukum dan tidak memberikan tekanan kepada Israel atas kejahatan kemanusiaannya.

Sejak beberapa hari lalu, Erdogan melakukan perbincangan dengan sejumlah pimpinan dunia untuk menghentikan tindakan permusuhan Israel secara luas terhadap Semenanjung Gaza.

Erdogan menjelaskan kepada Paus bahawa penjajah Israel yang menghalang kemasukan warga Palestin ke masjid Al-Aqsha dan Gereja Kiamat. Israel mengekang kebebasan beragama dan membunuh warga sivil di Palestin. “Keganasan ini mengancam keamanan serantau.” Tegasnya.

Erdogan mengajak dunia antarabangsa agar memberikan pelajaran keras kepada Israel yang sepadan dengan kejahatannya dan mengambil langkah konkrit ke arah tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lima Warga Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Berasingan di Gaza

Khamis,20-05-2021 – Lima pemuda Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan utara dan selatan Semenanjung Gaza pada petang Ahad lalu.

Menurut sumber tempatan, sebuah pesawat perang melepaskan dua peluru berpandu ke arah sekumpulan penduduk di jalan al-Zeitoun di Bandar Beit Hanoun di utara Gaza, dan membunuh tiga orang pemuda serta merta.

Dua belia juga terbunuh dalam serangan udara yang berasingan di Rafah di selatan Gaza.

Pada awal hari Isnin, tentera rejim Zionis telah melancarkan satu lagi serangan udara di Semenanjung Gaza, beberapa jam setelah perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu mengancam akan melakukan lebih banyak pembunuhan di Gaza.

Letupan menggegarkan Kota Gaza dari utara ke selatan dalam pengeboman yang lebih berat, lebih luas dan berlangsung lebih lama daripada serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang awam dan mencederakan puluhan lagi pada hari Ahad lalu.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) mengatakan bahawa lebih dari 120 serangan udara dilancarkan selepas tengah malam pada hari Isnin dan berlanjutan hingga waktu subuh dan pagi, yang mensasarkan kawasan berbeza-beza di kawasan berdekatan pantai, terutamanya Kota Gaza.

Serangan udara itu menggegarkan rumah-rumah kediaman dan menimbulkan rasa panik di kalangan orang awam dan keluarga, tambah wartawan PIC.

Beberapa rumah dan kemudahan orang awam juga telah dibom dan musnah dalam serangan waktu malam dan pagi, tetapi tidak ada maklumat segera mengenai jumlah yang terkorban.

Salah satu serangan di waktu pagi, yang dilaporkan dilancarkan dengan meriam pelancar, menghentam sebuah kilang span di utara Gaza, menyebabkan kebakaran di tempat tersebut.

Anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memadamkan api, menyebabkan asap berkepul-kepul.

Sementara itu, api merebak melalui kawasan tanah pertanian di daerah Zalata di sebelah timur Rafah (selatan Gaza) setelah pasukan Israel melepaskan beberapa pelancar ke arah rumah kediaman orang awam yang berdekatan.

Anggota bomba dihantar ke lokasi tersebut dan telah mula mengawal kebakaran, tetapi pengeboman artileri yang berlanjutan di kawasan berkenaan memaksa mereka untuk berundur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Terkini 42 Syahid Jumlah Syahid 197

Khamis,20-05-2021 – Kementerian kesihatan di Jalur Gaza mengatakan bahawa sejumlah 42 orang awam terbunuh dan 50 yang lain mengalami cedera, beberapa yang parah, dalam pembunuhan mengerikan yang dilakukan oleh pesawat perang Israel pada subuh Ahad di kejiranan al-Wehda di Kota Gaza.

Timbalan menteri kesihatan, Yousef Abul-Rish memberitahu sidang media pada petang Ahad bahawa senjata yang digunakan dalam pengeboman kejiranan itu merobek mayat kanak-kanak itu dan menjadikannya tidak dapat dikenali.

Abul-Rish  melaporkan bahawa dua doktor, Mu’ein al-Aloul dan Ayman Abul-Auf, terbunuh dalam serangan udara di kawasan al-Wehda.

Dia menuduh Israel dengan sengaja mengebom dan memusnahkan kemudahan dan sektor penting yang diperlukan untuk menyediakan air, elektrik dan perkhidmatan kesihatan serta jalan yang menuju ke hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Warga Palestin Atas Dakwaan Cubaan Melanggar Tentera

Khamis,20-05-2021 – Rejim Zionis menahan seorang pemuda Palestin pada hari Isnin selepas menembak keretanya
berhampiran tempat pemeriksaan tentera Meitar di bandar Dhahriya, selatan al-Khalil.

Laman web Hebrew, Walla, mendakwa pemuda itu cuba melanggar tentera rejim di tempat
pemeriksaan berkenaan. Walau bagaimanapun, saksi mengesahkan pemuda itu dikejutkan dengan kehadiran tentera
rejim sebelum ditangkap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Haneyya bincang perkembangan terkini dengan Sheikh al-Azhar, Velayati

Khamis, 20-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas pada hari Ahad telah berbincang dengan Sheikh Besar al-Azhar Dr. Ahmed Al-Tayeb melalui panggilan telefon berkenaan keganasan rejim Zionis di Baitulmuqaddis dan masjid al-Aqsa serta jenayah di Semenanjung Gaza ke atas penduduk, termasuk kanak-kanak.

Haneyya menegaskan kegigihan rakyat Palestin dan bahawa pergerakannya akan terus melindungi al-Aqsa dan tapak-tapak suci. Beliau menegaskan bahawa penceroboh Zionis melakukan satu kesilapan besar dengan menyerang Baitulmuqaddis kerana semua bandar Palestin telah bangkit untuk mempertahankan al-Aqsa dengan kekuatan penuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Israel Intai Kemenangan Kecil Di Gaza

Isnin,17-05-2021 – Ketua Biro Politik Luar Hamas, Khaled Mishaal menegaskan, Palestin tidak akan membiarkan Rejim Zionis peroleh kemenangan di Gaza.

Dalam wawancara bersama saluran satelit Al-Arabiy pada Sabtu, gerakan yang diketuai Mishaal akan bertindakbalas menghapuskan pencerobohan oleh penjajah.”Mereka cuba meraih sekecil-kecil kemenangan, tapi itu tak akan berlaku, dengan izin Tuhan,” jelas beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Puluhan Alami Masalah Pernafasan Serangan Gas Pemedih Mata Zionis di Nablus

Isnin,17-05-2021 – Puluhan warga Palestin mengalami masalah pernafasan di perkampungan Lubban Asharqiya di selatan Nablus pada pagi Ahad setelah tentera Zionis (IOF) menyerang penduduk kampung dengan serangan bertalu gas pemedih mata dan bom tangan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF menyerbu kampung itu setelah mensuraikan demonstrasi menentang pencerobohan Israel ke atas Gaza dan Jerusalem.

Mereka menambah bahawa IOF mengamuk di kampung selama empat jam dan menembak gas pemedih mata ke rumah orang awam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal terbang perang bom rumah pegawai rasmi Hamas Khalil al-Hayya

Isnin,17-05-2021 – Kapal terbang perang Israel pada pagi Sabtu mengebom rumah ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya di kota Gaza. Menurut sumber tempatan, rumah Hayya telah dimusnahkan oleh beberapa peluru berpandu dari udara ke darat dari kapal terbang perang, juga termasuk satu drone. Rumah tersebut terletak di kejiranan al-Tufah di timur laut kota lama Gaza. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

33 orang awam syahid angkara serangan kejam rejim Zionis.

Isnin,17-05-2021 – Israel bunuh 33 orang awam termasuk kanak-kanak di bandar Gaza – Jumlah kematian di Gaza meningkat ke 181 orang, termasuk 52 kanak-kanak dan 31 wanita.Keganasan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah memasuki hari ketujuh, dengan serangan udara pada waktu Subuh telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang penduduk Palestin, mencederakan 50 yang lain, dan meruntuhkan sekurang-kurangnya dua bangunan pangsapuri bersama dengan penghuninya.

Menurut maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Gaza, mangsa yang terbunuh termasuk lapan kanak-kanak dan 12 wanita, sementara pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk mula mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan kediaman yang musnah di dalam serangan rejim Zionis di daerah al-Wahda di tengah bandar Gaza.

Seorang wartawan dari Pusat Informasi Palestin berkata serangan udara berterusan ke atas Gaza telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran melibatkan rumah, kemudahan awam dan jalan raya, dan juga menyebabkan kehilangan sumber tenaga elektrik ni utara kejiranan Rimal di bandar Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

B’Tselem : Israel Lakukan Jenayah Perang di Semenanjung Gaza

Isnin,17-05-2021 – B’Tselem, Pusat Maklumat Israel untuk Hak Asasi Manusia, pada hari Ahad berkata Israel
sedang melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza.

Organisasi hak asasi manusia berkenaan mengesahkan bahawa Semenanjung Gaza yang dikepung itu telah menyaksikan kemusnahan dan pembunuhan oleh Israel semenjak 2014.

B’Tselem melaporkan Israel telah menyebabkan kerosakan pada kedai-kedai komersial dan struktur penting di Gaza seperti rangkaian elektrik dan air, jalan-jalan dan tanah pertanian serta tiga hospital iaitu di Beit Hanoun, Rumah Sakit Indonesia dan Pusat Kesihatan Hala Al Shawa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kempen Penangkapan Besar-Besaran di Baitulmaqdis

Isnin, 17-5-2021 –Pada hari Ahad lalu, polis Israel telah melancarkan kempen penangkapan di Baitulmaqdis Yang Diduduki dan lebih dari 20 orang warga Palestin telah ditahan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh mengatakan bahawa kempen penangkapan secara besar-besaran telah dilakukan oleh ejen perisik Israel dan pihak polis. 21 warga telah ditangkap dari Kota Lama Baitulmaqdis dan bandar Silwan, tambahnya.

Pusat itu memberitahu bahawa polis Israel telah menyerbu beberapa rumah dan menyampaikan saman kepada beberapa orang pemuda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Negara-negara Serantau, AS Berusaha Untuk Membendung Ketegangan

Isnin,17-05-2021 – Ketua biro politik luar negara Hamas Khaled Mishaal telah memberitahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh Mesir, Turki, Qatar dan pentadbiran AS untuk membendung ketegangan ketenteraan antara Gaza dan Israel.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini kepada saluran satelit TRT Turki, Mishaal menekankan perlunya negara pendudukan Israel dan peneroka haram berhenti daripada mencemarkan Masjid Al-Aqsa dan menghormati kebebasan beribadat rakyat Palestin serta hak mereka untuk memasuki Masjid tanpa sekatan, agar ketegangan tersebut dapat dihentikan.

“[Israel] juga harus menghentikan kezaliman mengusir penduduk Sheikh Jarrah, membebaskan tahanan yang ditangkap oleh tenteranya dalam kejadian baru-baru ini dan mengakhiri serangan ke atas Gaza,” tambah pemimpin Hamas tersebut.

“Rejim Zionis telah bermain dengan api dan telah menarik pemicu yang telah menjadi pencetus kepada krisis yang sedang berlaku sekarang apabila tenteranya menyerbu Masjid Al-Aqsa, dan pihak penentang di Gaza telah memperingatkan Israel selama beberapa hari untuk menghentikan serangannya ke atas Baitulmaqdis,” katanya.

“Perjuangan menentang penjajahan Israel adalah perjuangan nasional untuk membebaskan tanah air,” Mishaal menekankan.

“Tiada siapa yang dapat merampas hak rakyat Palestin untuk menentang serta hak Gaza untuk bangkit demi Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pesawat Tempur Bom Rumah Pegawai Kanan Hamas, Khalil al-Hayya

Ahad,16-05-2021 – Pesawat tempur Israel mengebom rumah anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya di Kota
Gaza pada pagi hari Sabtu.

Menurut sumber setempat, rumah Hayya dimusnahkan oleh beberapa peluru berpandu dari
pesawat tempur, termasuk sebuah dron. Rumah berkenaan terletak di kawasan al-Tufah di timur laut Kota Lama Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar