Isnin, 16-11-2020 – Pasukan pendudukan penjajah Israel telah menangkap sekurang kurangnya 7 pemuda Palestine dalam satu pertembunganyang berlaku dekat pintu masuk utara kota al-Bireh.
Menurut saksi dan beberapa orang wartawan yang berada di tempat kejadian, pasukan penduduk penjajah Israel telah memulakan serangan serta menangkap 7 orang pemuda Palestin.
Di laporkan pasukan penduduk penjajah Israel yang berada di pos kawalan tentera diPemukiman Yahudi Beit-El telah menembak gas pemedih mata dan peluru getah setibanya pemuda palestin di pos kawalan tersebut, mengakibatkan ramai pemuda yang mengalami sesak nafas dan cedera.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat, 13-11-2020 – Perisikan rejim Israel menahan bekas menteri Hal Ehwal bagi Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafeh selepas dipanggil untuk soal siasat.
Ketua Jawatankuasa bagi Keluarga Tahanan untuk Baitulmaqdis, Amjad Abu Asab berkata Shin Bet memanggil beliau ke pejabat tentera penjara Offer untuk siasatan lanjut dan kemudian menahan beliau tanpa sebab diberi.
Abu Arafeh telah ditahan dan dipenjara beberapa kali sebelum ini. Beliau telah diarah keluar dari Baitulmaqdis, kota kelahirnya selepas dibebaskan pada 2014.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat, 13-11-2020 – Tawanan Kamal Abu Waer (46 tahun) syahid di penjara Israel pada Selasa malam. Di maklumkan Abu Waer meninggal akibat jangkitan virus corona ketika pemindahannya dari penjara Gilboa. Di katakan juga pengurusan penjara sengaja melambat-lambatkan rawatan kepada tahanan.
Abu Waer telah menderita komplikasi kesihatan yang panjang. Mengidap kanser tekak sejak setahun lalu, menjalani pembedahan memasang tiub makanan melalui lubang perut, dan kemudian di pindahkan ke Klinik Penjara Ramala yang terkenal dengan panggilan “Ruma Penyembelihan’ oleh para banduan. Abu Waer menderita secara berterusan sehingga mengalami susut badan yang sangat banyak dan menjadi sangat kurus.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Khamis, 12-11-2020 – Kumpulan hak asasi Peace Now, berkata yang pemerintahan Donald Trump membenarkan peningkatan pembinaan dan perancangan penempatan serta cuba memastikan pengilhakan Israel Tebing Barat.
“Sepanjang empat tahun Donald J. Trump’s memegang jawatan, terdapat perubahan besar dalam pendirian Amerika terhadap penempatan Israel yang telah melanggar persetujuan antarabangsa tentang penyelesaian dua negara. Ini seterusnya menggalakkan pengilhakan,” Peace Now menyatakan di laman sesawangnya pada Isnin.“Proses pengilhakan yang tidak sah itu telah mencapai peringkat tinggi melalui kelulusan unitpenempatan, pelanggaran undang-undang antarabangsa di kawasan sensitif seperti Baitulmuqaddis dan Hebron serta pembinaan lebih 30 kem.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 12-11-2020 – Cendikiawan Islam Kuwait, Tariq as-Suwaidan menyeru supaya syarikat-syarikat dan entiti-entiti komersil Arab yang menjalinkan hubungan dengan rejim Israel diboikot supaya mereka mengalami kerugian besar.
Ini telah disuarakan dalam simposium maya yang dianjurkan pada hari Isnin lalu oleh Liga Emirat Menentang Normalisasi dengan tajuk “Pentingnya memboikot produk entiti Zionis dan penyokongnya.”
Suwaidan menekankan pentingnya memboikot syarikat Arab yang kerajaannya menjalin hubungan dengan negara penjajah untuk membuktikan kepada mereka bahawa normalisasi akan menyebabkan kehancuran mereka.
Beliau menggesa agar diadakan senarai semua syarikat yang memiliki hubungan dengan Israel supaya mereka dapat diboikot, dengan menekankan bahawa negara-negara Islam mampu melakukan perubahan jika memiliki keazaman yang kuat.
Pemikir Kuwait itu juga menyarankan untuk menggunakan platform media sosial Arab untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memboikot Israel dan penyokongnya, dan menganggap kempen boikot sebagai senjata paling kuat di tangan mereka yang menolak normalisasi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 12-11-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, mengumumkan bahawa 14 kematian, 660 kes baharu coronavirus, dan 588 pemulihan telah dicatatkan selama 24 jam terakhir setelah melakukan 4.731 pemeriksaan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.
Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian koronavirus bahawa sembilan kematian dicatatkan di Tebing Barat, tiga di Gaza, dan dua di Baitulmaqdis.
Dia menyatakan bahawa kematian disebarkan seperti berikut: lapan lelaki berusia antara 45 dan 89 tahun, dan enam wanita berusia antara 16 dan 88 tahun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Rabu, 11-11-2020 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah memaklumkan pada hari Isnin, terdapat 6 kematian, 680 kes baru dan 470 kes sembuh telah dikesan dalam tempoh 24 jam.
Kailah menyatakan dalam laporan epidemiological Corona terdapat 5 kematian direkodkan di Tebing Barat, seorang lelaki dari Al Samou, seorang wanita berumur 53 tahun, seorang lelaki dari Ramallah dan seorang lelaki dari Mazraa Al Qibliya dan juga seorang lelaki dari Beituniya.
Jumlah kes baru adalah mengikut kawasan kawasan berikut: Al-khalil (82) , Nablus (132), Bethlehem ( 54) , Qalqilya ( 15) , Ramallah dan AL-Bireh ( 41 ) , Jenin ( 36) , Jericho dan Al-Aghwar ( 5) , Salfit ( 4) , Tulkarem ( 23) , Tubas ( 6) , Semenanjung Gaza ( 270) dan kawasan pinggiran Jerusalem ( 12 ).
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 11-11-2020 – Pada Ahad, para pendatang Yahudi mula memasang kem penempatan baru di tanah Palestin di Ras at-Teen di timur kota Ramallah.
Menurut saksi mata, para pendatang menjalankan aktiviti meratakan tanah dan memasang khemah-khemah untuk mereka di kawasan itu.
Ras at-Teen merupakan komuniti desa Palestin dan memiliki sekolah rendah yang akan dibina menggunakan dana Eropah, tetapi tentera rejim memaklumkan warga tempatan tentang rancangannya untuk memusnahkannya segera dengan alasan ia merupakan pembinaan tidak berlesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 11-11-2020 – Persidangan elektronik Perintis Baitul Maqdis berakhir pada hari Ahad lalu dengan pengisytiharan penolakan pemulihan hubungan dengan Israel, melancarkan pelbagai projek dan menekankan pentingnya Al-Quds dan Masjid suci Al-Aqsa dalam konflik yang sedang berlangsung di wilayah itu.
Persidangan telah diadakan selama dua hari, di bawah slogan “Al-Quds adalah kepercayaan … normalisasi adalah pengkhianatan”, atas undangan Gabungan Antarabangsa Menyokong Al-Quds dan Palestin.
Para peserta telah membincangkan beberapa topik dan memfokuskan pada peranan negara-negara Islam dalam menyokong keteguhan rakyat Palestin, menghentikan usaha untuk menghapuskan perjuangan Palestin, menghadapi “perjanjian abad ini” dan menentang normalisasi.
Para perwakilan mengesahkan dalam pernyataan terakhir mereka bahawa mereka menolak normalisasi dalam semua bentuk.
Para peserta turut mendesak agar penderitaan para tahanan Palestin di penjara Israel diberikan perhatian sewajarnya.
Mereka menjelaskan bahawa musuh Zionis sedang mengalami kemunduran yang signifikan serta perpecahan dalaman, yang memerlukan negara-negara Islam untuk membina visi strategik yang bersepadu, rancangan dan perpaduan yang kukuh untuk menghadapinya, serta menangani kezalimannya.
Mereka menegaskan bahawa Tebing Barat adalah bahagian yang penting yang tidak boleh dipisahkan dari tanah suci Palestin dan tidak boleh diserahkan. Tambah mereka, semua projek penempatan Israel dan penyelesaian pembubaran adalah ditolak.
Mereka menekankan bahawa pemilihan Presiden baru di Rumah Putih tidak akan membuat perbezaan besar di peringkat strategik dalam hal perjuangan Palestin. Tidak ada perbezaan antara presiden Demokrat dengan presiden Republikan kerana Amerika Syarikat sentiasa menyokong rejim Zionis, tambah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 11-11-2020 – Data menunjukkan sepanjang Oktober lepas, pasukan zionis Israel telah melakukan 1854 kali pelanggaran terhadap hak-hak rakyat Palestine di tebing Barat dan al-Quds.
Laporan yang di keluarkan oleh media Hamas yang berpejabat di tebing Barat turut merekodkan 2 rakyat awam shahid manakala 154 yang lain luka akibat tembakan pasukan Israel. Seramai 384 yang lain telah di tahan. Tentera Israel turut melakukan pencerobohan dan memusnahkan 16 buah rumah penduduk dengan berbagai alasan.
Terdapat 28 kali serangan mensasarkan rumah ibadat dan tempat suci. Serbuan ke Masjid Al- Aqsa oleh sejumlah 1057 orang penduduk haram Yahudi, yang mana serbuan mereka di kawal ketat oleh pasukan tentera Zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Mahkamah Israel pada hari ahad lepas telah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas wartawan Palestin, Hamdallah Mardawi dari bandar Hableh, di selatan Qalqiya
Bapa Mardawi memaklumkan keputusan mahkamah dibuat selepas beberapa kali perbicaraan dijalankan ke atas beliau.
Bapanya menjelaskan anaknya telah ditahan pada 23hb September di lintasan Allenby, di sempadan dengan Jordan setelah beliau kembali dari Malaysia selepas menerima pasca ijazah dalam bidang hubungan awam dan media.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 10-11-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari rabu lepas telah menembak mati seorang pemuda Palestin yang di katakan telah melepaskan tembakan ke arah rejim di pintu masuk Huwara di Selatan Nablus.
Mangsa telah dikenalpasti sebagai Bilal Rawajba, 29 tahun bekerja sebagai pembantu undang undang dengan Pihak Berkuasa Palestin di Daerah Tubas. Beliau tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan yang baru lahir di perkampungan Iraq Al-Tayeh di timur Nablus.
Tentera rejim zionis yang muncul di dalam rakaman video yang diambil oleh warga Palestin, telah melepaskan beberapa das tembakan jarak dekat kepada mangsa yang berada di dalam kereta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 10-11-2020 – Dua nelayan Palestin pada petang Sabtu mengalami kecederaan apabila tentera laut rejim zionis melepaskan tembakan kepada mereka di utara perairan Semenanjung Gaza.
Para nelayan tersebut adalah Mohamed al-Sultan, 26, dan adik lelakinya yang berusia 12-tahun, demikian menurut jawatankuasa nelayan.
Mereka cedera akibat ditembak apabila tentera laut rejim menyerang ketika mereka sedang menangkap ikan di pantai Beit Lahia utara Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 10-11-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Sabtu lalu telah meminta presiden dipilih Amerika Syarikat John Biden untuk memperbetulkan hala tuju politik yang tidak adil yang telah diambil oleh pentadbiran sebelumnya terhadap rakyat Palestin, terutama berkaitan dengan perjanjian abad ini.
“Dasar AS yang tidak adil telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu dalam ketidakadilan dan keganasan [Israel], merosakkan kestabilan wilayah dan dunia, dan melumpuhkan kemampuan AS untuk menjadi pemain utama dalam menyelesaikan konflik,” kata Haneyya dalam suatu kenyataan.
“Rakyat Palestin telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan ketidakadilan pentadbiran Amerika yang menyokong rejim Zionis, tetapi presiden Trump dan pemerintahannya adalah yang paling melampau dalam sokongan kepada Zionis dengan mengorbankan hak nasional Palestin,” tegas ketua politik Hamas tersebut.
Beliau mendesak agar pemerintah yang telah terpilih menolak perjanjian abad ini oleh presiden Donald Trump dan membatalkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel serta keputusannya yang menyebabkan penempatan semula kedutaan AS ke kota suci.
Beliau juga menggesa agar keputusan Trump mengenai isu pelarian Palestin dan penggantungan sokongan kewangan AS untuk UNRWA turut dibatalkan.
Haneyya juga meminta pemerintahan AS yang baharu untuk menghormati kehendak rakyat Palestin, dan menghormati pilihan demokratik mereka serta perjuangan nasional mereka dan untuk tidak memaksa negara-negara serantau untuk memulihkan hubungan mereka dengan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul