Jumaat, 31-01-2020 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menyusup masuk ke perkampungan Einabus, selatan Nablus di Tebing Barat pada waktu subuh dan membakar bilik darjah sekolah menyebabkan berlaku kerosakkan.
Menurut kata saksi, beberapa pendatang Yahudi didapati telah mencucuh api pada bangunan sekolah di kampung itu dan menyembur cat tulisan Yahudi di dinding luarnya.
Jumaat lepas, pendatang Yahudi bertindak membakar Masjid Badriyin di perkampungan Sharafat, timur Baitulmaqdis dan menyembur cat di dinding masjid tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 31-01-2020 – Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 18 orang rakyat Palestin pada malam tadi dan pada hari Selasa yang lepas termasuk kanak-kanak dan wanita. Mereka juga turut menyerang beberapa buah rumah semalaman di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut Pertubuhan Banduan Palestin, 6 wanita Palestin telah ditangkap oleh Polis Israel pagi tadi ketika kehadiran mereka dikawasan kawasan solat Bab al-Rahma di Masjid al-Aqsa.
Wanita tersebut dikenali sebagai Nahida Shaqra, Islam Manasera, Samah Mahameed, Ma’ali Eid, Nafisa Khuwais dan Aya Abu Nab.
Manakala di Jenin, seorang wanita dikenali sebagai Amira Darubi yang juga isteri kepada bandual Nidhal Anfi’aat juga telah di tangkap oleh Rejim Zionis ketika kempen semalaman di bandar Ya’bad.
Seorang penduduk bandar Burqin yang bergelar Sakher Ateiq telah diculi oleh tentera Israel di Pusat Pemeriksaan Ketenteraan di bandar Ya’bad di Jenin.
Rejim Zionis juga telah menyerang bandar Tubas di timur laut Nablus dan telah menculik 2 orang remaja belasan tahun yang dikenali sebagai Jaqdat Daraghmeh,17, dan Qassam Siyajat, 17.
Di Bethlehem pula, dua orang penduduk setempat termasuk seorang kanak-kanak telah diculik pada waktu subuh oleh Rejim Zionis dari rumah mereka ni bandar Tuqua.
Manakala di Baitulmaqdis, polis Israel telah melancarkan serangan pada waktu malam di beberapa buah rumah di kejiranan yang berlainan dan menculik 2 kanak-kanak dan seorang remaja dari rumah mereka. Mereka dikenali sebagai Mohamed Sarhan, Khattab ash-Shirbati dan Yousef Hazina.
Rejim Zionis juga telah menyerbu 2 buah bandar di Baitulmaqdis iaitu Biddu dan Qatanna dan telah menculik 2 orang penduduk yang dikenali sebagai Saleh Kassab dan Jawdeh Hawshiya.
Seorang lagi penduduk setempat telah ditahan sebagai banduan ketika kempen serangan Rejim Zionis dan Baqa ash-Sharqiyya di Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Jumaat, 31-01-2020 – Satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya Ismail Haneyya mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia pada Isnin.
Delegasi
Hamas itu tiba di Malaysia pada Selasa lepas, 21 Januari dan bertemu dengan
perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamed serta pegawai-pegawai kanan kerajaan
yang lain.
Delegasi itu turut mengadakan mesyuarat dengan para ahli politik, ahli parlimen dan pegawai perkhidmatan awam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 31-01-2020 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Selasa disebabkan peluru dan bom Israel ketika rejim Zionis (IOF) menyerang sebuah demonstrasi yang mengutuk “perjanjian abad ini” di utara Semenanjung Gaza.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa rakyat Palestin berarak dekat
Beit Hanoun menyeberangi utara Semenanjung Gaza dengan menolak “perjanjian
abad ini”.
Seorang pemuda Palestin dicederakan oleh peluru hidup dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata, menurut sumber perubatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 31-01-2020 – Hamas menyatakan bahawa perjuangan dengan segala cara, terutama perlawanan bersenjata mampu untuk melindungi hak Palestin di tengah tindakan Amerika yang berusaha menghapuskan konstitusi nasional Palestin di Al-Quds, hak kembali pelarian serta mendirikan negara Palestin berdaulat.
Anggota biro politik Hamas, Husam Bandran menyatakan penolakan terhadap ‘Deal of Century’ dan menegaskan penglibatan dalam kempen Jumaat Emosi di semua tempat sebagai tanda kesetiaan kepada Palestin dan Al-Quds yang tetap menjadi ibukota negara Palestin berdaulat dan Masjidil Aqsa yang murni menjadi milik kaum muslimin.
Menurut Badran, ketika berhadapan waktu bersejarah ini, dimana Amerika berusaha menghapuskan persoalan Palestin dan menghilangkan hak-hak bangsa Palestin kita memerlukan sikap nasional yang bersatu dari segenap elemen bangsa untuk menolak setiap rancangan yang mengurangi hak-hak Palestin. Oleh itu, sangat penting untuk terlibat dalam usaha menolak ‘Deal of Century’ dan kempen Jumaat Emosi yang dimulakan dengan Jumaat Subuh Akbar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 31-01-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahasa Gerakkan beliau akan menolak “Kesepakatan Abad Ini” oleh Washington yang akan diumumkan kelak dan memberi bayangan bahawa ini adalah “pertempuran yang mewajibkan rakyat Palestin untuk berjuang”
” Palestin adalah tanahair kita dan permata berharga buat negara yang tidak boleh dijual beli,” kata beliau dalam kenyataan akhbar pada ahad lalu.
Pegawai Hamas menjemput semua pecahan rakyat Palestin termasuk Fatah untuk mengadakan perjumpaan di Kaherah bagi meyertai pasukan pertahanan di Palestin, Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci. “Kami dengan tegas mengisytiharkan bahawa ‘Perjanjian abad ini’ tidak akan terlepas dan plot kolonial yang baru menyasarkan kearah Palestin ditimpa kegagalan,” tegas beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Jumaat, 31-01-2020 – Pegawai Kanan Hamas Ezzat al-Resheq memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas peranan mereka menyokong perjuangan Palestin menentang penindasan oleh Israel.
Dalam
satu kenyataannya kepada PIC, al-Resheq berkata yang delegasi Hamas ke
Malaysia, yang diketuai oleh Ismail Haneyya, menerima sambutan hangat dan
mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dan
timbalannya Wan Azizah serta pegawai-pegawai tertinggi lain.
Al-Resheq berkata, rakyat, kerajaan dan semua parti politik di Malaysia sepakat menyokong hak-hak rakyat Palestin dan menyelar jenayah rejim Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu, 29-01-2020 – Tentera rejim Israel merampas jentera berat yang sedang digunakan untuk kerja-kerja membaikpulih di sebuah sekolah untuk penduduk Palestin yang terletak di perkampungan Susya, selatan al-Khalil.
Ketua Majlis Kampung Susya, Jehad al-Nawaj’a berkata bahawa tentera rejim menyerbu sekolah Susya, merampas sebuah jentolak dan sebuah jenkaut serta membawa jentera tersebut ke tempat yang tidak dinyatakan.
Tentera rejim turut memaksa kerja-kerja baikpulih yang sedang dijalankan di tapak permainan di kawasan sekolah itu dihentikan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 29-01-2020 – Pertembungan ganas tercetus pada hari Isnin apabila pasukan rejim Zionis (IOF) menyerbu bandar Sebastia di utara bandar Nablus di Tebing Barat.
Datuk Bandar Sebastia Mohammed Azem berkata ketegangan berlaku di
Sebastia selepas berpuluh-puluh askar IOF, yang disertai oleh anggota Knesset,
menyerbu bandar itu.
Azem mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku di mana penduduk Palestin dari Sebastia diserang oleh IOF dengan peluru logam bersalut getah serta gas pemedih mata.Tiada kecederaan dilaporkan, kata Azem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 28-01-2020 – PBB telah menyeru bagi mengangkat sekatan di Jalur Gaza dan mencari penyelesaian bagi penderitaan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Kenyataan tersebut datang dari sidang akhbar yang berlangsung pada selasa yang lalu oleh jurucakap PBB, Stephane Dujarric di ibu pejabat antarabangsa di New York.
Dujarric berkata, seruan bagi mengangkat persengketaan di Gaza telah dibuat oleh Penolong Setiausaha PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelia Bantuan Kecemasan, Ursula Mueller berikutan lawatan beliau selama 6 hari di Wilayah Palestin yang diduduki.
“Sehingga ada penyelesaian politik yang adil, ia adalah penting bagi masyarat antarabangsa agar terus memberi sokongan yang berterusan dan berkekalan bagi memenuhi keperlluan rakyat Palestin yang paling lemah,” jurucakap PBB memetik kenyataan Mueller.
“Negara anggota mestilah terus menyokong bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing barat. Pada masa yang sama, mereka haruslah berusaha untuk menghidupkan dialog politik dan menggalakkan penyelesaian jangkamasa panjang bagi menangani krisis tersebut,” tambah Muller.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Selasa, 28-01-2020 – Kempen Boikot – Palestin (BCP) mengecam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membenarkan rejim Israel mengambil bahagian dalam Ekspo 2020 di Dubai, Oktober depan.
Israel telah mula membuat persiapan dan mempromosikan kehadiran mereka di acara tersebut.
BCP mengulangi seruan pihaknya kepada semua negara dan pihak-pihak yang berhasrat untuk menyertai acara itu agar memboikot dan menarik diri acara itu sebagai tanda membantah penyertaan rejim penjajah tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 28-01-2020 – Satu perwakilan dari Gerakan Pembela Islam, Hamas, yang diketuai oleh ketua biro politik gerakan tersebut Ismail Haneyya, tiba pada hari Selasa di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia.
Hamas berkata dalam satu kenyataan rasmi bahawa kunjungan itu adalah sebahagian daripada usaha politik yang dilakukan oleh gerakan itu untuk menggerakkan semua bentuk sokongan untuk rakyat Palestin, dan untuk menghadapi cabaran yang dihadapi oleh Palestin.
Haneyya dan pegawai Hamas yang lain telah berbulan-bulan dalam lawatan serantau yang termasuk lawatan dan mesyuarat di Mesir, Turki, Oman, Qatar dan Iran.
Mesyuarat-mesyuarat berkenaan tertumpu kepada hubungan dua hala serta perkembangan terbaharu dalam perjuangan Palestin, terutama yang berkaitan dengan Baitulmaqdis, penempatan haram, pengepungan Gaza, pelarian dan pilihan raya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu, 22-01-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi pada hari Ahad pagi mencemari Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.
Menurut sumber media tempatan, kira-kira 130 peneroka haram memasuki Masjid melalui pintu al-Maghariba dan melawat halamannya diiringi polis.
32 pelajar institusi agama dan universiti adalah di antara mereka.Beberapa peneroka dilihat melakukan ritual Talmud di kawasan timur Masjid.
Masjid Aqsa terdedah kepada penindasan setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada setiap hari waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Rabu, 22-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada awal pagi Ahad lalu telah menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin, termasuk seorang guru wanita, kebanyakannya dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik empat belia lelaki yang dikenal
pasti sebagai Amr Abu Haneyya, Nidhal Saleem, Mansour Saleem, dan Husam
Suwaidan di pusat pemeriksaan tentera antara Nablus dan Qalqilya. Kesemua
mereka berasal dari bandar Azzun di Qalqilya.
Dua belia lelaki juga diculik oleh IOF di kem pelarian al-Arroub di
al-Khalil dan Osamah Nakhla di bandar Ramallah.
Di Betlehem, IOF telah menculik lima bekas tahanan dari rumah mereka di
bandar Beit Fajjar. Mereka dikenali sebagai Anas Dairiya, Awni Taqatiqa, Ahmed
Thawabteh, Yousef Dairiya dan Ragheb Dairiya.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Rawan Qabbajah turut ditahan
semasa serangan IOF di rumah beliau di bandar Tarqumiyah di barat al-Khalil.
Beliau adalah seorang guru sekolah dan ibu kepada empat anak.
Di Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik Arafat Najeeb dan Ameen
Saddam, kedua-duanya bekerja sebagai pengawal Masjid Aqsa, dari rumah mereka di
bandar suci tersebut.
IOF juga telah menyerbu kediaman-kediaman lain di beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat, namun tidak membuat sebarang tangkapan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu, 22-01-2020 – Untuk kali ketiga berturut-turut dalam satu minggu, rejim Israel (IOA) pada pagi Sabtu membanjiri tanah yang diusahakan dengan air hujan di timur Semenanjung Gaza setelah empangan dibuka.
Menurut
kementerian pertanian Palestin, IOA sengaja membuka empangan menyebabkan air
hujan membanjiri kawasan pertanian di kejiranan Shuja’iyya di timur Kota Gaza.
Ia mengakibatkan lebih 1,000 dunums tanah yang ditanam dengan gandum, barli, kacang, kobis dan bunga kobis telah dibanjiri dan musnah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati