Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ceroboh Selatan Sempadan Gaza

Jumaat , 19-02-2021 – Sejumlah kenderaan tentera Israel telah menceroboh masuk ke kawasan pertanian di timur Kota Khan Yunis di selatan Gaza, diselang seli dengan beberapa tembakan, pada Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, tiga jentolak berperisai dan empat kereta kebal maju dari pos tentera di belakang pagar keselamatan ke kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis dan mula meratakan tanah dan menghasilkan timbunan tanah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan peluru hidup dan bom tangan secara berkala untuk memberi perlindungan kepada unit penyusup.

Kawasan sempadan timur Gaza sering terdedah kepada serangan ketenteraan dan tembakan dari pasukan tentera Israel, yang menghalang ratusan petani daripada mengusahakan tanah mereka yang berdekatan dengan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul


Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memusnahkan kawasan Araqib buat kali ke 183 meskipun cuaca buruk

Jumaat , 19-02-2021 – Beberapa jentolak polis Israel memusnahkan beberapa rumah Palestin di perkampungan Al-Araqib di daerah Negev buat 183 kalinya. Perkampungan ini telah diabaikan oleh pihak rejim Zionis Israel dan telah dilucutkan dari perkhidmatan asas kediaman dan sentiasa menerima ugutan pengusiran dan penempatan semula. Jentolak rejim zionis Israel menjarah kediaman di Al-Araqib meskipun dalam keadaan hujan lebat dan memaksa penduduk berpindah di kawasan terbuka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Serbuan Ganas Zionis IOF Bunuh Wanita

Jumaat , 19-02-2021 – Seorang wanita warga emas Palestin meninggal dunia pada waktu subuh Rabu kerana serangan jantung setelah pasukan penjajah Zionis (IOF) menyerang rumah abangnya di timur Betlehem.

Menurut sumber tempatan, Rahma Abu Ahour yang berusia 67 tahun mengalami panik secara tiba-tiba dan meninggal dunia akibat serangan jantung setelah pasukan Israel menyerang rumah tersebut dengan ganas.

Abu Ahour dibawa ke sebuah hospital di bandar Beit Jala di mana dia dinyatakan meninggal dunia.

Menurut keluarganya, IOF merosakkan isi rumah dan merampas bendera dan papan tanda Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera akibat letupan bom yang ditinggalkan IOF di Jericho

Khamis , 18-02-2021 – Seorang warga Palestin cedera pada Isnin dalam letupan bom tangan yang ditinggalkan oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Aqbat Jabr, selatan Jericho.

Menurut sumber tempatan, kanak-kanak berusi 10 tahun itu cedera di tangannya. Beliau dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kanak-kanak itu cedera ketika berada dekat kawasan perkuburan di kem pelarian. Kawasan itu menyaksikan pertelingkahan di antara warga Palestin dan tentera rejim, demikian menurut sumber.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi Ceroboh Masuk Kawasan Bersejarah Di Sabsatia Nablus

Khamis , 18-02-2021 –Sekumpulan Yahudi meceroboh masuk kawasan bersejarah di kota Sabsatia, Nablus, Tebing Barat utara, yang dikawal pasukan Israel.

Datuk Bandar Sabsatia, Mohammad Azim mengatakan, sejumlah tentera Israel menutup kawasan bersejarah dan meletakkan tentera mereka di kawasan tersebut sejak awal pagi untuk menjamin keselamatan para pendatang Yahudi yang akan menmasuki kawasan tersebut.

Beliau menambah bahawa pasukan Israel menembak gas pemedih mata ke arah para pemuda Palestin yang berusaha untuk mendekati lokasi.

Seperti biasanya, pasukan Israel memenuhi kawasan bersejarah Sabsatia,untuk menjamin keselamatan para pendatang Yahudi yang memasuki beramai-ramai untuk melakukan ritual keagamaan Talmud di situ.

Kawasan Sabsatia terletak di bahagian utara kota Nablus, sejauh 12 km. Di sana terdapat masjid Nabi Yahya dan beberapa tempat bersejarah berusia lebih dari 3000 tahun, para sejarawan menyebutnya sebagai Ibukota Romawi di Palestin. terdapat banyak

simbol bersejarah kota Sabsatia antara lain lapangan Bayadir “Bazlika Romawi”, Kuil Agustus, Gereja Kepala, yang didakwa sebagai kepala Yohana al-Mamadan (Yahya Alaihis Salam), yang dibangunkan sewaktu zaman Bizantium.

Kota Sabsatia merupakan tempat bersejarah terbesar di Palestin yang memiliki kedudukan keagamaan secara khusus.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Israel Robohkan Kediaman, Usir Keluarga di Baitulmaqdis

Khamis , 18-02-2021 – Rejim Zionis pada pagi Selasa lalu telah mengusir sekeluarga warga Palestin setelah merobohkan kediaman sementara mereka di daerah timur Baitulmaqdis, Silwan.

Menurut sumber tempatan, jentolak dari majlis perbandaran Israel telah merobohkan beberapa rumah milik keluarga Abu Rumouz di kejiranan Ras al-Amud di Silwan dan menyebabkan penghuni mereka, termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal.

Rejim Zionis mendakwa rumah-rumah berkenaan dibina tanpa izin.

Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.

Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.

Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka untuk berpindah dari kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Gaza: Zionis IOF Ceroboh Sempadan, Lepas Tembakan ke Arah Petani

Khamis , 18-02-2021 – Pasukan penjajah Israel (IOF) pada hari Selasa pagi melakukan serangan kecil ke timur Kota Gaza dan menyerang petani di kawasan sempadan selatan kawasan pantai.

Menurut Quds Press, enam jentolak tentera ceroboh masuk sedikit ke timur Kota Gaza dan mula meratakan dan menggali tanah pertanian.

Sementara itu, IOF melepaskan tembakan dari menara pengawas ke petani dan tanah mereka di sebelah timur Khan Yunis, terutama di daerah as-Sanati, selatan Gaza. Tidak ada yang dilaporkan terluka dalam serangan tembak itu.

Kawasan sempadan timur Gaza menyaksikan berulang kali diserang tentera Israel dan serangan tembakan, yang menghalang ratusan petani mengusahakan tanah mereka di dekat pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen


Categories
Berita Semasa

Tentera Israel merobohkan rumah warga Palestine di Kota Silwam Al-Quds

Khamis , 18-02-2021 – Pasukan Israel telah merobohkan beberapa buah rumah milik warga Palestine di Kota Silwan Al-Quds. Menurut sumber lokasi, perobohan tanpa amaran di lakukan oleh penjajah Israel mensasarkan rumah milik warga Palestine dari keluarga Abu Ramuz di kawasan Ras Kabsah, Ras Amud mengakibatkan penghuninya tiada tempat berlindung.

Alasan yang di beri oleh penjajah Israel ialah rumah-rumah tersebut di bina tanpa kebenaran, dan ini hanyalah rekaan mereka untuk mencabul hak warga Palestine, dan sengaja untuk menyusahkan mereka mencari penginapan lain di musim dingin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin diculik pada waktu subuh dalam serbuan IOF

Rabu , 17-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada subuh Isnin menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Hatem Duweikat dari rumah mereka di bandar Balata timur Nablus.

Di Ramallah, dua warga diculik oleh IOF di bandar Deir Nidham dan satu lagi dari kota itu. Mereka dikenali sebagai Qusay al-Sufi, Ibrahim al-Tamimi, Abdul-Rahman al-Tamimi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF paksa warga Palestin musnahkan khemah yang melindungi keluarganya

Selasa, 16-02-2021 – Tentera Rejim Zionis pada Sabtu memaksa seorang warga Palestin memusnahkan khemah kediaman yang menjadi tempat teduh keluarganya di dusun Khirbet al-Tha`la, timur Yatta, selatan al-Khalil.

Sumber tempatan menyatakan yang tentera rejim zionis
(IOF) menyerbu kawasan itu dan memaksa Omar Shanran memusnahkan khemah yang didiaminya bersama keluarga seramai 13 orang.Ratib al-Jabour, penyelarasa Jawatankuasa Penentangan Pembinaan Tembok dan Penempatan, berkata bahawa sekumpulan pendatang Carmiel menyerang keluarga Shanran pada Jumaat dengan perlindungan IOF.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Paksa Warga Palestin Musnahkan Tempat Ternakan di Baitulmaqdis

Selasa, 16-02-2021 – Rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memaksa seorang rakyat Palestin untuk merobohkan kandang lembu serta telah memerintahkan sebuah keluarga untuk mengosongkan kediaman mereka di daerah Silwan, Baitulmaqdis timur.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, pihak perbandaran Israel memaksa Omar Siyam untuk merobohkan kandang ternakannya sendiri di Silwan dengan alasan bahawa bangunan tersebut dibina tanpa lesen.

Sebuah keluarga dari Baitulmaqdis juga telah menerima notis dari pihak perbandaran yang memerintahkan mereka untuk mengosongkan rumah kediaman mereka di kawasan Baten al-Hawa di Silwan.

Rejim Zionis sering mengancam pemilik rumah dengan kos dan denda yang melampau tinggi jika mereka datang untuk melakukan kerja-kerja perobohan, lantas memaksa pemilik rumah untuk merobohkan atau memusnahkan rumah mereka sendiri.

Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.

Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.

Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka berpindah dari kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel merampas 19 dunums per lot tanah di selatan Qalqilya.

Selasa, 16-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari ahad lepas, merampas 19 dunums / lot tanah di kawasan perkampungan Azzun Atma di selatan Qalqilya.  Muhammad Abu Al-Sheikh, pegawai penguatkuasa di kawasan penempatan di Qalqilya, berkata pihak tentera rejim Zionis Israel mengeluarkan perintah untuk merampas 19 dunums / lot tanah di kawasan barat perkampungan Qalgilya untuk membina 66 unit penempatan baru Oranit.

Pihak Rejim Zionis Israel sehingga hari ini telah merampas hampir 25 ribu dunums  / lot  tanah di separuh kawasan bandar Azzun. 

*1 Dunums sekitar 900 meter persegi tanah atau 9600 kaki persegi

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad


Categories
Berita Semasa

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah petani di Timur Gaza

Selasa, 16-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melepaskan tembakan kea rah petani yang sedang mengusahakan tanah mereka di Timur Gaza. Sumber tempatan melaporkan pasukan tentera penjajah Israel yang di tempatkan di menara kawalan ketenteraan di perbatasan timur kota Gaza telah melepaskan tembakan peluru tajam dan bom asap kearah petani yang sedang mengusahakan ladang mereka di timur kampung Zeiton.

Serangan tembakan ini memaksa petani meninggalkan ladang yang sedang mereka usahakan dan kembali ke rumah. Tiada kecederaan di laporkan.
Turut di laporkan pasukan penjajah Israel dengan sengaja setiap hari menembak peluru kearah petani, menyerbu serta merosakkan tanaman serta hasil ladang milik warga Palestine di Utara dan Timur Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Hughes Thompson, aktivis pro-Palestin meninggal dunia

Isnin, 15-02-2021 – Aktivis hak asasi manusia Pro-Palestin, Mary Hughes Thompson, pengasas Bersama Gerakan Free Gaza meninggal pada 5 Februari, 2021 di Los Angeles, California, setelah menghabiskan kebanyakan usianya memperjuangkan keadilan untuk Palestin.

Thompson dikenali dengan peranannya menganjurkan konvoi -konvoi ke Gaza dan menyertai banyak perarakan dan acara bagi mempertahankan para petani Palestin dan harta mereka daripada keganasan oleh pendatang dan tentera.

Pada 2002, beliau mengalami patah tulang bahu apabila pendatang pelampau menyerangnya setelah beliau dan para aktivis keamanan lain berusaha menghalang mereka daripada menyerang petani Palestin ketika menuai buah zaitun. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Unit kapal laut bersenjata serang nelayan Gaza, hancurkan bot mereka.

Isnin, 15-02-2021 – Pada petang Isnin yang lalu, beberapa bot nelayan telah mengalami kerosakan ketika tentera laut Israel menyerang nelayan warganegara Palestin di tepian pantai Jalur Gaza yang terkepung.

Menurut jawatan kuasa nelayan di Gaza, Kapal perang Israel menyasarkan nelayan dan perahu mereka berada dalam jarak enam batu nautika di pantai Kota Gaza.

Beberapa bot dilaporkan mengalami kerosakan dan tiada laporan kecederaan didalam serangan tersebut. Jurucakap tentera ISrael mendakwa bahawa sebuah pesawat perang mengebom sebuah kapal nelayan yang membawa senjata untuk diseludup ke luar pantai Gaza kemudian beliau menghapuskan kenyataan beliau tersebut.
Dalam insiden yang lain, kenderaan tentera dan jentolak Israel pada pagi selasa telah menyusup masuk ke kawasan pertanian di Beit Lahia di utara Gaza, semasa hujan tembakan di sana.

Menurut sumber tempatan, kenderaan tentera mara berpuluh-puluh meter melepasi kawasan sempadan di barat laut Beit Lahia sebelum jentolak dikeluarkan bagi meratakan tanah dan menghasilkan kotoran dikawasan tersebut.

Askar Israel juga telah menembak rambang menggunakan peluru hidup dan membalik bom asap bagi melindungi unit mereka yang memecah masuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi