Rabu, 16-12-2020 – Mahmoud Al-Zahhar, ketua Blok Perubahan Parlimen Hamas berkata yang pengumuman Maghribi untuk normalisasi hubungannya dengan Israel merupakan racun terhadap perjuangan Palestin dan seluruh dunia Muslim.
Zahhar menekankan Ketika ucapannya di Dewan Perundangan Palestin di Gaza pada Ahad yang normalisasi Maghribi dengan rejim zionis ialah pengkhianatan terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.
Beliau berkata, normalisasi ini juga mengkhianati para syuhada Maghribi yang mempertahankan kota suci dan dan mereka yang membangunkannya. Malah, satu pintu di Masjid Al-Aqsa dinamakan sempena mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 16-12-2020 – Perjuangan di tanah Palestin, berdampingan dengan semua pejuang revolusi rakyat Palestin, sehingga berjaya bersama-sama mewujudkan kebebasan, hak kembali pelarian Palestin dan mengambil kembali tanah Palestin dan tempat-tempat sucinya.
Hamas menambah bahawa al-Quds, yang merupakan ibu kota Palestin, akan tetap menjadi permata mahkota Palestin, berterusan konflik dengan penjajah Israel dan menjadi inspirasi revolusi Palestin untuk selamanya. Al-Quds akan menjadi ibu kota negara Palestin setelah penjajah Israel diusir dari seluruh tanah Palestin.
Dalam pernyataannya, Hamas menegaskan bahawa langkah nyata akan selalu diperlukan untuk mendokong keteguhan dan ketabahan rakyat Palestin di al-Quds serta semangat juang mereka merupakan keutamaan dalam strategi nasional komprehensif. Ia memperkuat semangat juang rakyat Palestin di atas tanah yang diduduki penjajah Israel.
Hamas menjelaskan bahawa mereka akan bekerja dengan semua kalangan fraksi nasional untuk meningkatkan usaha menghadapi segala tindakan normalisasi antara beberapa pihak di kawasan dengan entiti penjajah Zionis. Beliau mengingatkan bahawa normalisasi sebagai dosa nasional dan hanya mengikut projek Zionis di kawasan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 16-12-2020 – Rejim zionis Israel menjalankan kerja- kerja meratakan tanah berdekatan laluan masuk ke tanah perkuburan Yusufiyah, Kota Lama Baitulmaqdis.
Ketua Ahli Jawatan Kuasa Tanah Perkuburan Islam, Mustafa Abu Zahra berkata bahawa pekerja majlis perbandaran Israel memasuki kawasan itu dan meratakan tanah berhampiran laluan masuk ke tanah perkuburan tersebut.
Tambah beliau lagi, beberapa penduduk tempatan datang tetapi gagal menghalang pekerja majlis perbandaran dari terus memusnahkan kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu, 16-12-2020 – Puluhan penjajah Yahudi menyerbu halaman Masjid al-Aqsa hari ini dan melakukan acara ibadat Talmud bagi merayakan hari besar Hanukkah Yahudi. Aksi mereka mendapat perlindungan ketat pasukan tentera penjajah Israel.
Sumber di al-Quds melaporkan lebih 140 penjajah Yahudi termasuk 25 pelajar dari Lembaga ekstremis Yahudi dan 6 orang tentera khas menyerbu kawasan Masjid al-Aqsa pada Isnin pagi. Sekelompok penjajah Yahudi turut cuba membawa masuk “menorah Yahudi” ke halaman Masjid al-Aqsa, sementara sekelompok yang lain di pimpin oleh ekstremis Yahudi, Tommy Nissan melakukan tindakan berbentuk provokasi, melakukan ritual dengan suara yang kuat serta berlama-lamaan di halaman Masjid.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu, 16-12-2020 – Pertempuran sengit dengan penduduk penjajah yang berlaku pada Sabtu (12 Dis) petang lepas mengakibatkan puluhan pemuda Palestine cedera.
Saksi menyatakan tentera penjajah telah mensasarkan tembakan peluru dan gas pemedih mata kearah puluhan pemuda yang bertindak mengalih sekatan sempadan pemukiman Israel di Kafr Qaddum. Pemuda- pemuda Palestin tersebut berkumpul dan bertindak mengalihkan sekatan sempadan sambil melaungkan slogan patriotik bertujuan membangkitkan semangat rakyat Palestin.
Selama pertempuran tersebut, pasukan penduduk penjajah Israel menduduki atap sebuah rumah di desa tersebut dan menahan pemiliknya selama lebih 4 jam.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Selasa, 15-12-2020 – Hazem Qassem, jurucakap Hamas berkata, yang perang terbuka ke atas kehadiran warga Palestin di samping polisi pemusnahan kediaman memerlukan kesatuan kebangsaan.
“Peningkatan pemusnahan kediaman, penambahan pembinaan penempatan dan rampasan tanah, semua ini adalah langkah berkala pelaksanaan rancangan ilhak,” belaiu menambah.
Qassem menekankan dalam kenyataan bertulisnya pada Sabtu untuk melaksanakan hasil mesyuarat Setiausaha Agung Palestin dan mempercepatkan penentangan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 15-12-2020 – Pendatang haram Yahudi bertindak menyerang rumah milik penduduk Palestin yang terletak di perkampungan Adeesa, timur al-Khalil pada tengah malam Sabtu, lapor saksi tempatan.
Tambahnya lagi, sekumpulan pendatang Yahudi berkumpul di kampung itu selepas tengah malam dan menghina serta mengancam penduduk tempatan. Kata penduduk, pendatang turut mengugut akan membunuh dan membakar rumah mereka.
Sementara itu, pihak rejim Israel membuat sekatan jalan ke laluan masuk beberapa kebun di selatan al-Khalil dan kawasan pinggir bandar Halhul, utara al-Khalil pagi Ahad.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Selasa, 15-12-2020 – Setelah Kerajaan Maghribi mengumumkan normalisasi dengan pemerintah penjajah Israel, penduduk kampung Maghribi (Moroccan Quarter) di kota Al-Quds yang menyatakan mereka menolak secara mutlak terhadap normalisasi.
Penduduk Moroccan Quarter di Al-Quds, yang diwakili Sheikh Khaled al-Maghribi, mengatakan, “Normalisasi adalah pengkhianatan terhadap Al-Aqsha dan Palestin, serta penyangkalan dan pengingkaran terhadap sejarah dan peranan Maghribi di Kota Suci al-Quds.
”Syaikh Khaled Al-Maghribi menyatakan bahawa sejarah kehadiran penduduk Moroccan Quarter di Al-Quds dimulai sejak ratusan tahun yang lalu. Beliau mengatakan, “Iaitu sejak ketika kota Al-Quds dibebaskan pada masa pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi, oleh pasukan yang kebanyakannya adalah warga Maghribi, baik dari Maghribi atau Tunisia dan Algeria.”
Kerana keberanian dan kepahlawanan mereka dalam membela Al-Aqsha, Raja Salahuddin menyerahkan kampung gerbang barat masjid (al-Mughrabi). Agar mereka menjadi perisai pelindung Masjid Al-Aqsha dalam menghadapi semua serangan musuh.
Khlaed Al-Maghribi menambah, “Gerbang Mughrabi telah dicuri. Pemerintah penjajah Israrel cuba menghilangkannya dari kenyataan, menghapusnya dari sejarah, dan melakukan proses Yahudinisasi ke atas kampung tersebut.”
Dia mempertanyakan, “Menghadapi semua kejahatan yang dihadapi rakyat Palestin pada umumnya dan kota Al-Quds pada khususnya, bagaimana mungkin sebuah negara yang menganggap dirinya sebagai negara Muslim dapat memberikan persetujuan kepada penjajah Israel melaksanakan rencana dan kejahatannya melalui normalisasi?”
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 15-12-2020 – Mahmoud Al-Zahhar, ketua blok Perubahan dan Reformasi parlimen Hamas, mengatakan bahawa pengisytiharan Maghribi untuk memulihkan hubungan dengan Israel adalah “tikaman beracun” bagi perjuangan Palestin dan seluruh negara Islam.
Semasa berucap di Majlis Perundangan Palestin (Parlimen) di Gaza pada hari Ahad lalu, Zahhar menegaskan bahawa normalisasi rejim Maghribi dengan penjajahan Zionis adalah pengkhianatan terhadap rakyat Palestin dan tujuan murni mereka.
Beliau mengatakan bahawa normalisasi ini juga merupakan pengkhianatan kepada para syuhada Maghribi yang telah mempertahankan tanah Kota Suci dan yang membinanya di dalam salah satu kejiranan Baitulmaqdis dan salah satu gerbang Masjid Al-Aqsa telah dinamakan sempena mereka.
Zahhar memberi penghormatan kepada rakyat Maghribi dan menghargai semua pendirian rakyat bebas di Maghribi, yang telah menyuarakan penolakan mutlak mereka terhadap normalisasi dengan Israel.
Beliau menganggap normalisasi dengan Israel sebagai “penyimpangan sepenuhnya oleh rejim normalisasi dengan penjajahan (Israel) dari nilai-nilai dan pendirian bangsa Arab dan negara Islam.”
“Normalisasi adalah ganjaran bagi penjajahan Zionis atas kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin dan keganasan terhadap negara tersebut. Israel memanfaatkan perjanjian ini untuk meningkatkan keganasan berterusannya terhadap Baitulmaqdis dan Al-Aqsa, merampas tanah, mendirikan penempatan, menangkap wanita dan kanak-kanak, merobohkan rumah kediaman dan mengepung orang-orang Palestin yang tidak berdaya”, katanya.
Zahhar meminta rakyat Maghribi, dengan semua komponen dan kekuatan yang ada, untuk secara aktif menentang kezaliman normalisasi dan tidak menerima tawaran murah yang dibawa oleh Presiden AS Donald Trump dengan mengorbankan hak, pendirian dan kesucian negara umat Islam.
Beliau turut menggesa para cendekiawan negara Islam untuk mengambil pendekatan serius terhadap kezaliman normalisasi dengan “musuh utama bangsa ini.”
Beliau mengakhiri pernyataan tersebut dengan mengatakan, “Normalisasi dengan penjajah dengan mengorbankan kesucian salah satu negara Islam adalah pengkhianatan yang tinggi dan kezaliman terhadap agama kita, serta merupakan kejahatan ke atas politik, manusia dan moral yang bertujuan untuk melumpuhkan perjuangan Palestin dan memberikan kesahihan palsu kepada penjajahan Zionis di Baitulmaqdis, Al-Aqsa dan Palestin. “
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 15-12-2020 – Beberapa dozen warga Palestin telah mengalami masalah pernafasan pada subuh Selasa lepas dimana dua adik beradik di tahan ketika pertembungan dengan rejim Zionis di kem pelarian Aqbat Jaber, barat daya bandar Jericho.
Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis menyerbu masuk ke dalam kem dan berlaku pertempuran. Rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata, bom bunyi dan peluru hidup ke atas warga Palestin.
Sumber tempatan menambah seorang anggota tentera rejim zionis telah cedera ketika pertempuran berlaku dan beberapa warga Palestin telah cedara terkena tembakan peluru besi yang diseliputi dengan getah. Beberapa dozen warga Palestin menghadapi kesukaran pernafasan dan sedang di rawat di kem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 15-12-2020 – Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata perjuangan Hamas bertambah kuat dan lebih cekal dari sebelum ini.
Dalam kenyataan akhbar kepada Pusat Maklumat Palestin, Badran telah memberi pujian terhadap perjuangan Hamas yang mengekalkan keaslian dalam pemikiran dan kesetiaan terhadap perjuangan Palestin.
Saluran rasmi Hamas mengesahkan Hamas akan mengekalkan menyokong penentangan sebagai hak yang sah untuk menentang dan menghadapi penjajahan rejim zionis Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 15-12-2020 – Segerombolan peneroka haram yahudi telah memecah masuk kawasan Masjid Al Aqsa dan menjalankan upacara Talmudic dalam meraikan perayaan yahudi Hannukah di bawah kawalan pihak polis rejim Zionis.
Sumber tempatan Jerusalem melaporkan 130 peneroka termasuk 40 pelajar dari insititut ekstrimis yahudi, menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa pada waktu siang ketika pertempuran harian oleh pihak rejim Zionis.
Pihak polis rejim zionis menutup pintu Maghareba selepas pertempuran tamat sambil mengosongkan kawasan timur Masjid dan pintu dewan solat Al-Rahma semasa pencerobohan peneroka haram.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 14-12-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 23 kematian, 1,883 kes baharu serta 1,636 kes pulih coronavirus dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa 16 kematian dicatatkan di Tebing Barat dan tujuh kematian di Semenanjung Gaza.
Menteri itu menyatakan bahawa kadar kes pulih coronavirus mencapai 76.7 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 22.4 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.
Kailah memberitahu bahawa terdapat 84 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif termasuk 25 yang telah ditempatkan di bawah bantuan alat pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 14-12-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada malam semalam dan subuh Rabu menyerbu rumah-rumah dan menculik beberapa warga Palestin ketika kempen di kawasan Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu bandar Jaba, selatan Jenin, dan menyoal siasat penduduk tempatan ketika serbuan ke rumah mereka.
Pertelingkahan ganas tercetus pada Subuh dan berterusan sehingga pagi di antara iOF dan penduduk tempatan di bandar Jaba. Enam pemuda dilaporkan cedera akibat tembakan peluru getah dan diberikan pertolongan perubatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 14-12-2020 – Beratus pendatang haram Yahudi masuk Masjidil Aqsa pada pagi Rabu semalam dengan diiringi anggota polis rejim Israel.
Menurut saksi tempatan, 101 pendatang Yahudi memasuki masjid tersebut melalui pintu al-Maghariba dan berkeliaran di pekarangan masjid dengan kawalan pihak polis rejim.
Sesetengah pendatang dilaporkan ada yang melakukan upacara sembahyang mengikut ajaran Talmud pada pagi tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin