Khamis, 09-07-2020 – Gerakan Hamas pada hari Isnin mengatakan bahawa ketua biro politiknya Ismail Haneyya menerima pesan dari Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei, di mana dia mengulangi sokongan negaranya yang tidak tergoyahkan untuk rakyat Palestin dan perjuangan nasional mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, Khamenei membalas mesej yang dihantar baru-baru ini oleh Haneyya.
Khamenei menegaskan bahawa “Iran akan berusaha keras untuk membantu rakyat Palestin mengembalikan hak mereka dan menentang kejahatan entiti Zionis.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis, 09-07-2020 – Pada hari Selasa (7/7/2020), Badan otoriti tanah penjajah Israel bersetuju untuk melaksanakan projek pembangunan 240 unit penempatan Yahudi di pusat bandar al-Quds yang diduduki penjajah Israel.
Saluran TV7 Israel menyatakan bahawa unit-unit tersebut akan dibangunkan di kawasan hospital lama “Shaariya Zedek” di Jalan Jaffa di al-Quds, yang berdekatan dengan Kota Tua.
Unit-unit baru tersebut mencakupi 5 bangunan tinggi, terdiri dari apartemen, fasiliti komersial dan hotel kecil.
Datuk Bandar al-Quds, Moshe Leoon, memuji persetujuan pembangunan ini dengan mengatakan, “Unit-unit baru ini adalah salah satu projek penting di kota (al-Quds) yang akan digabungkan dengan kawasan pintu masuk Jerusalem, yang sedang dibangun hari ini.”
Kota suci al-Quds telah menghadapi serangan proses Yahudinisasi dan pembinaan perumahan Yahudi secara kasar dan semberono dari pendudukan Israel selama beberapa dekad. Ia sebahagian dari rancangan merampas tanah Palestin secara senya, namun sangat nyata di lapangan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 09-07-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dipimpin oleh rabi sayap kanan Yehudah Glick pada pagi Isnin telah memasuki Masjid al-Aqsa dibawah perlindungan polis.
Penguatkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis mengatakan bahawa 90 penceroboh Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa pada awal pagi dan berkeliaran di halaman masjid tersebut sambil menerima penerangan mengenai ‘Temple Mount’.
Pasukan polis Israel mengiringi para penceroboh Yahudi dalam lawatan di kawasan tersebut sambil mengenakan larangan ketat pagi para jemaah Palestin yang memasuki Masjid.
Penceroboh Israel telah melakukan pecah masuk ke masjid al-Aqsa pada hari Jumaat dan Sabtu dan mereka biasanya lakukan pusing sebanyak dua kali iaitu pada pagi dan tengahari.
Rabu, 08-07-2020 – Tentera rejim Israel bertindak menyerbu rumah dan menahan tujuh warga Palestin dalam operasi yang dilakukan awal pagi di beberapa kawasan berbeza di daerah Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim menyerbu perkampungan Kobar yang terletak di utara Ramallah dan menahan seorang pemuda bernama Tahir al-Barghouthi selepas menggeledah rumahnya.
Anggota tentera rejim turut memecah masuk dan menggeledah rumah abang mangsa menyebabkan berlaku pergaduhan dengan pemuda kampung tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 8-7-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin lalu telah mengeluarkan perintah untuk merobohkan 30 bangunan Palestin di perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis yang Diduduki.
Aktivis Mohammed Abu al-Hommous mengatakan bahawa pada hari Isnin lalu pekerja-pekerja dari perbandaran Israel telah menyerbu al-Isawiya dan mengedarkan notis perobohan untuk 30 buah rumah dan pelbagai kemudahan.
Pekerja-pekerja Israel juga mengambil gambar bangunan yang terlibat. Sebahagian daripadanya adalah rumah yang berpenghuni manakala yang lain masih dalam pembinaan.
Selain sekatan pembinaan, penduduk Palestin di al-Isawiya akhir-akhir ini juga terpaksa menghadapi peningkatan kempen perobohan yang menyasarkan terutamanya rumah kediaman dan bangunan perniagaan.
Rabu, 08-07-2020 – Tahanan Palestin Wael al-Jaghoub telah ditahan dan tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa pun dalam keadaan teruk selama seminggu dalam penjara Israel.
Menurut Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Hal-Ehwal Palestin, tahanan Jaghoub telah dipindahkan pada Ahad lepas dari penjara Gilboa ke penjara Megiddo dan sejak itu ditahan dalam bilik pengasingan yang tidak berpintu, kurang pencahayaan, dan pengudaraan yang teruk.
Beliau juga tidak dibenarkan menemui keluarga untuk jangka masa yang lama. Jaghoub telah ditahan pada 2001 dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Rabu, 08-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik beberapa pemuda Palestin ketika kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pelajar university bernama Saleh Abu Zayd dekat pusat pemeriksaan Khan al-Ahmar setelah memintas kereta yang yang beliau naiki.Dua lagi pemuda dilaporkan diculik oleh IOF dekat persimpangan al-Fawakeh di utara Baitulmuqaddis dan di kem pelarian al-Arroub utara al-Khalil.
Selasa, 07-07-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dikawal oleh pegawai polis pada pagi ahad merosakkan Masjidil Aqsa di kawasan tawanan Baitulmaqdis.
Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, 84 penceroboh Yahudi memasuki Masjidil Aqsa melalui gerbang al-Maghariba dan mengadakan lawatan ke kawasan halaman masjid tersebut dalam kumpulan yang berbeza.
Sebilangan penceroboh Yahudi itu dilihat mengadakan upacara sembahyang Yahudi semasa lawatan ke tempat suci Islam itu Sementara itu, polis Penjajahan Israel telah menculik lima orang pemuda di Baitulmaqdis pada pagi itu dan membawa mereka menaiki kereta peronda ke pusat tahanan.
Empat dari pemuda itu ditawan semasa kempen polis di daerah Issawiya, timur Kota Tua sementara yang lain diculik dari rumahnya dia bandar at-Tur, juga di timur Baitulmaqdis.
Selasa, 07-07-2020 – Pada malam menjelang 1 Julai 2020, waktu yang ditetapkan oleh penjajah Israel untuk mengumumkan rancangan aneksasi, perjuang Palestin melepaskan sejumlah roket sebagai uji cuba ke arah Laut Gaza. Para pengamat dan penganalisis politik menyatakan bahawa pejuang telah memilih untuk mengirim ingatan ancaman langsung ke “Israel”. Pesan tersebut memperingatkan penjajah Israel berkait dengan rancangan aneksasi kolonialnya tersebut.
Menurut pantauan dilapangan dan penduduk yang menyaksikan peristiwa itu, para pejuang menembak lebih dari 24 roket dalam waktu setengah jam ke arah laut. Ini merupakan peringatan yang jelas kepada penjajah Israel bahawa dalam tempoh yang singkat, roket-roket tersebut boleh membelok arah ke utara atau timur bukannya barat untuk menjunam ke jantung wilayah pendudukan Israel.
Patut dijelaskan bahawa ini adalah pertama kali pejuang Palestin meluncurkan roket-roket uji cuba sebanyak ini. Biasanya dalam satu waktu mereka hanya meluncurkan dua roket hingga lima paling banyak.
Penganalisis ketenteraan, Rami Abu Zubaydah menjangkakan bahawa peluncuran roket-roket pejuang dengan jumlah sebanyak ini memberikan amaran langsung kepada penjajah Israel bahwa pejuang Palestin mampu mengembangkan senjata roketnya dan meningkatkan kekuatan penghancurnya, yang boleh menimbulkan kesan yang efektif.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 07-07-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menembak seorang pemuda Palestin dan mengetatkan sekatan pergerakan ke atas warga Palestin di Kota al-Khalil.
Sumber tempatan mengatakan bahawa seorang pemuda Palestin ditembak di kaki oleh IOF di kawasan Bab al-Zawiya dan beliau kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sementara itu, IOF memasang beberapa pusat pemeriksaan di kawasan kejiranan Tal Rumeida dan jalan al-Shuhadaa serta menyekat pergerakan warga Palestin, menghalang kebanyakan dari mereka untuk kembali ke rumah mesing-masing di kawasan lain.
Isnin, 06-07-2020 –Sekumpulan pelampau Yahudi telah merampas dan menguasai sebuah telaga air di bandar Madama, selatan Nablus, Tebing Barat.
Kata pegawai tempatan, pendatang haram Yahudi dari penempatan Yitzhar telah merampas sebuah telaga yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “ash-Sha’aar” dan mencuri airnya dengan menggunakan pam.
Selain Madama, bandar lain seperti Burin, Asira al-Qibliya dan Urif yang terletak di Tebing Barat sangat terdedah kepada serangan dan keganasan terancang pihak pendatang dari penempatan Yitzhar, malah mereka juga kerap melakukan serangan dan jenayah terhadap penduduk Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 06-07-2020 – Puluhan ribu warga Palestin turun ke jalanan pada Rabu di Semenanjung Gaza, Tebing barat dan di kem pelarian Palestin bagi membantah rancangan Israel untuk mengilhak tanah Palestin.
Para pembantah yang terdiri daripada segenap laposan umur mengibarkan bendera Palestin dan mengumandangkan slogan menyelar polisi Israel dan menolak rancangan pengilhakan itu.Esam Baker, seorang aktivis Palestin yang menyertai demonstrasi Ramallah di Tebing Barat berkata, “Pengilhakan ini tidak akan berlaku, dan perjuangan akan berterusan sehingga kami mencapai kebebasan dan kemerdekaan.”
Jumaat, 03-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada Selasa memulakan pembinaan pos baru di tanah warga Palestin di Gunung di kota Halhul di Tebing Barat, daerah al-Khalil.
Sumber tempatan menyatakan yang sekumpulan besar pendatang Israel yang diiringi oleh tentera bersenjata, menyerbut Gunung Jomjoma memulakan pembinaan pos baru.
Tentera rejim Israel telah membina kawasan ketenteraan di puncak gunung, 1000 meter dari paras laut dan berpemandangan kebanyakan bandar dan kampung di al-Khalil.
Jumaat, 03-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi menceroboh masuk masjid suci Aqsa, Baitulmaqdis dan mengadakan upacara ritual mengikut ajaran Talmud dengan kawalan ramai anggota polis rejim Israel.
Kata sumber tempatan, kumpulan pendatang memasuki masjid suci umat Islam itu melalui pintu Maghareba, arah timur.
Sumber itu juga menyatakan bahawa perbuatan pendatang Yahudi melakukan ritual dengan kehadiran ramai polis turut menghalang kemasukkan jemaah Islam untuk menunaikan sembahyang di masjid tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 02-07-2020 – Jordan mengecam keputusan Israel untuk memasang lif yang menghubungkan bahagian-bahagian Kota Tua Baqitulmaqdis dengan tembok Buraq di bahagian barat al-Aqsa.
Jurucakap kementerian lluar Jordan, Dhaifallah Fayez menyatakan penolakan Jordan terhadap semua tindakan unilateral Israel kerana ia akan mengubah sifat asal Kota Tua tersebut dan identiti Arabnya.
Beliau juga menyatakan tindakan tersebut adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi yang dikeluarkan oleh UNESCO. Jurucakap Jordan itu juga meminta Israel menghentikan semua aktiviti yang bertujuan mengubah identiti Kota Tua tersebut dan menghormati komitmennya di bawah undang-undang antarabangsa.