Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel berpakaian biasa menculik 13 pemuda Baitulmuqaddis

Khamis, 14-05-2020 – Polis agen menyamar Israel pada Isnin menculik 13 warga Palestin yang terdiri daripada anak muda di Plaza Ein al-Fawqa Plaza di daerah Silwan, timur kota suci.

Saksi mata mengatakan yang polis berpakaian biasa itu memukul para pemuda dengan kejam, dan mengerahkan mereka masuk ke dalam kenderaan polis.

Mereka menambah yang polis-polis tersebut membawa para tahanan ke pusat tahanan al-Moskobiya di barat Baitulmuqaddis untuk siasatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik dan Serang Puluhan Warga Palestin di Bandar Ya’bad

Khamis, 14-05-2020 – Rejim Zionis telah menculik puluhan warga Palestin dan mencederakan ramai yang lain semasa beberapa serbuan ganas di bandar Ya’bad, di sebelah barat Jenin, setelah seorang askar mati disebabkan kecederaan parah di kepala dalam kejadian melempar batu di sana.

Sumber tempatan memberitahu seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera Israel menggeledah puluhan kediaman di kawasan al-Salamah di bandar itu dan mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 penduduk tempatan, termasuk ketua keluarga berserta isteri dan anak-anak mereka.

Pertembungan antara belia tempatan dengan tentera Israel dilaporkan telah berlaku di pelbagai kawasan di bandar. Semasa kejadian tersebut, puluhan orang cedera akibat tembakan Israel atau terkena asap gas pemedih mata.

Saksi juga melaporkan bahawa semasa penangkapan dan siasatan di tempat kejadian, kelihatan tentera menyerang secara fizikal sejumlah penduduk tempatan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Berpakaian Preman Culik 13 Belia Baitulmaqdis

Khamis, 14-05-2020 – Petang Isnin lalu, ejen Israel yang sedang menyamar telah menculik 13 belia dan remaja bawah umur dari Baitulmuqaddis dari Plaza Ein al-Fawqa di daerah Silwan, di timur kota suci yang dijajah.

Saksi mengatakan bahawa pegawai yang berpakaian biasa telah memukul belia dan remaja berkenaan dengan ganas, serta telah menarik dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis.

Tambah mereka, pegawai polis telah membawa para tahanan ke pusat tahanan al-Moskobiya di Baitulmaqdis barat untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Aktivis Palestin dan asing mengadakan perhimpunan maya demi Gaza

Khamis, 14-05-2020 – Aktivis Palestin dan asing pada Selasa menyertai perhimpunan maya di Zoom untuk membincangkan tentang sekatan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan tentang Nakba Palestin.

Perhimpunan atas talian itu dianjurkan dan diselia oleh John Minto, seorang aktivis politik yang tinggal di New Zealand.

Sejumlah peserta meletakkan bendera Palestin berdekatan mereka dan memakai keffiyeh Palestin dan baju bergambar bendera kebangsaan ketika acara maya itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan bina 7,000 unit penempatan baru di Tebing Barat

Rabu, 13-05-2020 – Rejim zionis Israel pada Rabu meluluskan rancangan pembinaan 7,000 unit penempatan di selatan Tebing Barat.

Menurut Jerusalem Post, menteri perang Israel Naftali Bennett pada Rabu memberikan kebenaran pembinaan 7,000 unit penempatan baru di penempatan Efrat di kawasan selatan Tebing Barat.

Projek pembinaan baru tiba pada masa kerajaan rejim sedang merancang untuk menguasai penempatan di Tebing Barat dengan sokongan penuh AS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan mengutuk rancangan Israel untuk membina ratusan penempatan di Palestin

Rabu, 13-05-2020 – Kementerian luar negeri Jordan mengecam pengumuman Israel mengenai rancangan mereka untuk membina 7,000 unit perumahan untuk peneroka Yahudi di penempatan haram Efrat di Tebing Barat.

Dalam siaran akhbar, jurucakap kementerian itu, Dhaifallah al-Fayez menggambarkan rancangan tersebut sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa
dan resolusi PBB.

Jurucakap itu juga menyebut rancangan Israel yang baru sebagai langkah sepihak yang sangat berbahaya yang menyukarkan “penyelesaian dua negara,” yang menurutnya itu adalah satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian yang adil antara Palestin dan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Petisyen Mahkamah Israel Agar Yahudi Masuk Cemarkan Aqsa

Rabu, 13-05-2020 – Mahkamah tinggi Israel telah memerintahkan penjajah Israel untuk membalas petisyen yang diajukan oleh aktivis kuil Yahudi yang meminta agar orang Yahudi dibenarkan memasuki Masjidil Aqsa selagi pegawai dan pegawai Awqaf Islam dibenarkan masuk walaupun terdapat tindakan penutupan di tempat suci itu.

Menurut laman web Ibrani yang berbagai, ketua hakim mahkamah tinggi Daphne Barak-Erez meminta penjajah untuk membalas dalam lima hari tuntutan yang diajukan oleh peguam yang mewakili kumpulan Yahudi yang menyatakan bahawa ada perjanjian politik antara Jordan dan Israel mengenai penutupan Masjidil Aqsa kepada Yahudi dan Muslim kecuali kakitangan Awqaf Islam semasa krisis coronavirus.

Para pemohon mendakwa bahawa Jordan dan pihak berkuasa Awqaf Islam di Jerusalem bersetuju untuk menghentikan solat di Masjidil Aqsa setelah penjajah Israel berjanji kepada mereka, sebagai syarat, untuk mencegah lawatan orang Yahudi ke tempat suci Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel culik 2 rakyat Palestin di Tebing Barat dan B.Maqdis.

Rabu, 13-05-2020 – Rejim Israel telah menculik dua orang pemuda Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat pada pagi Khamis yang lalu. Pusat Maklumat di Wadi Hilweh, Silwan mengatakan, pasukan polis Israel menyerbu kawasan tengah di daerah Silwan, Baitulmaqdis dan menculik seorang kanak-kanak bernama Yahya Zagheer dari rumah mereka. 

Di Tebing Barat pula, sumber tempatan berkata, rejim Zionis menculik seorang pemuda bernama Ahmed Zuhour selepas menyerbu rumah beliau di bandar Beit Kalil, barat laut kora al-Khalil. Malam tadi, pasukan polis telah menyerbu kejiranan Ein al-Lozeh di Silwan dan melepaskan tembakan peluru getah secara rawak tanpa sebab dan memerikasa dokumen pemandu kereta.

Mereka juga menyerbu daerah Issawiya di Baitulmaqdis dan kawasan di jalanan sebelum menyoal siasat pemuda tempatan dan mengeluarkan hukuman berbentuk kewangan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Tindakan Nasional Bersama Menentang Rancangan Penambahan Israel

Rabu, 13-05-2020 – Gerakan Hamas menggesa untuk diadakan suatu tindakan bersama di peringkat nasional untuk menghadapi projek penambahan pihak Israel di tanah terjajah di Tebing Barat.  

“Projek penambahan di Tebing Barat adalah rancangan Yahudi paling berbahaya yang menyasarkan tanah Palestin, dan ini merupakan perampasan 38 peratus Tebing Barat,” kata jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanua.

Qanua menambah bahawa Israel akan memberikan dirinya “pengesahan palsu di atas lebih dari 70 peratus daripada kawasan penempatan tersebut.”

Jurucakap itu meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk memberi tindak balas kepada projek penambahan berkenaan dan menarik balik perjanjian Oslo yang telah dimeterai dengan negara penjajah tersebut serta memberikan pihak penentang Palestin kebebasan untuk mempertahankan rakyat dan tanah air mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Syria : Depot dan pusat penyelidikan jadi sasaran serangan udara Israel.

Selasa, 12-05-2020 – Agensi berita Syria, SANA melaporkan pertahanan udara Syria malam tadi telah memintas serangan peluru berpandu Israel ke sebuah pusat penyelidika di wilayah barat laut Aleppo.

Menurut SANA, sebuah pesawat pejuang Israel telah menyerang depot ketenteraan di Kawasan Safirah, timur Aleppo. Pertahanan udara Syria juga diaktifkan sebagai tindak balas.

Usaha bagi menilai kerosakan dan kerugian bagi serangan tersebut telah dijalankan, tambah SANA. Selama bertahun-tahun, kawasan yang dikawal rejim Syria telah berulang kali diserang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

MP Attoun minta negara Islam pertahan Baitulmaqdis dan Aqsa.

Jumaat, 08-05-2020 – Ahli parlimen Palestin, Ahmed Attoun berkata bahawa Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa sedang melalui tempoh paling sukar dalam sejarah, terutamanya ketika bulan Ramadan.

Jelasnya,  Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa merupakan sebahagian yang diimani umat Islam, beliau mengesa negara-negara Islam perlu bertindak bagi mempertahankan kota suci dan masjid  itu serta melindungi kepercayaan mereka.

Anggota parlimen itu berpendapat bahawa penduduk Baitulmaqdis sangat menderita akibat dua epidemi iaitu penjajahan rejim zionis Israel dan koronavirus, seterusnya menegaskan bahawa gangguan ke atas solat berjemaah di masjid itu sebagai satu peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan suatu yang sangat menyedihkan bagi mereka yang sering mengunjunginya, terutamanya semasa bulan Ramadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar Baitulmuqaddis, menculik seorang warga emas

Jumaat, 08-05-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerbu bandar al-Isawiya dan Kafr Aqab di Baitulmuqaddis dan menculik seorang lelaki warga emas dari kediamannya.

Sumber tempatan menyatakan IOF menahan Haj Awni Atiya setelah memecah masuk kediamannya dan mencetuskan kekacauan di al-Isawiya.

Manakala, IOF turut menyerbu bandar berdekatan Kafr Aqab, dan menyerang warga Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan. Sejumlah warga Palestin menderita kesukaran bernafas dan dirawat di lapangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Facebook Padam Akaun Aktivis dan Wartawan Palestin

Jumaat, 08-05-2020 – Facebook pada petang Isnin lalu telah memadam puluhan akaun yang dikendalikan oleh aktivis dan wartawan Palestin tanpa pemberitahuan awal.

Beberapa akaun dipadamkan tanpa alasan dan pengguna lain diberitahu bahawa akaun-akaun tersebut telah “melanggar polisi laman”.

Pusat Sosial Sada pada hari Selasa lalu memberitahu bahawa ia telah menerima puluhan laporan dari pengguna-pengguna Facebook Palestin bahawa akaun mereka telah dihapus secara sewenang-wenang.

Pusat Sosial Sada mengatakan akaun yang dipadamkan adalah akaun aktivis dan wartawan Palestin yang menggunakan laman sosial tersebut untuk menyiarkan berita harian.

Pusat berkenaan sedang membuat senarai akaun yang telah dipadamkan untuk menghubungi pentadbiran Facebook supaya menghidupkan kembali akaun-akaun tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel penjarakan semula aktivis Baitul Maqdis selepas dibebaskan

Rabu, 06-05-2020 – Pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula aktivis Baitulmaqdis, Mihad Zagheer, 42, selepas dibebaskan dari penjara Gilboa.

Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmaqdis berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula Zagheer selepas beliau selesai dipenjarakan selama 35 bulan tetapi telah ditahan semula setelah beliau meninggalkan Gilboa.

Zagheer ditahan pada 5 Jun, 2017 setelah kembali dari trip Umrah di Arab Saudi. Mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sebanyak 10’000 Shekel atas tuntutan palsu oleh pihak pendakwaan Israel yang menuduh beliau memegang jawatan tertinggi didalam sebuah organisasi Pemuda Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Likud memfailkan bil Knesset untuk menguasai Palestin

Rabu, 06-05-2020 – Ahli Golan (Likud) pada Ahad menyerahkan bil menyeru penekanan penguasaan Israel ke atas Lembah Jordan, utara Laut Mati dan Tebing Barat.

Menurut Saluran 7 Israel, menteri ekonomi dan ahli Knesset Eli Cohen (Likud) turut menyertai inisiatif itu dan menyatakan sokongannya.

“Ini merupakan kawasan politik, keselamatan dan asset ekonomi, dan terdapat ribuan zionis Israel dan perintis sebenar yang merupakan sebahagian penting Israel,” Golan mendakwa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati