Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Pemuda Baitulmaqdis di Kota Lama

Jumaat, 10-04-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Rabu lalu telah menculik seorang pemuda Palestin dari rumahnya berhampiran Bab al-Huta di Kota Lama Baitulmaqdis.

Menurut saksi, pegawai polis Zionis menangkap Fouaad al-Shawish, 21 tahun, dari kediamannya dan telah membawannya ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Polis Zionis hampir setiap hari melakukan kempen tangkapan di kawasan yang berbeza-beza di Kota Lama Baitulmaqdis dan sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim menyerbu masjid di Beit Hanina, Muslim yang beribadah didenda

Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada petang Ahad menyerbu Masjid al-Dawa di kota Beit Hanina di timur laut Yerusalem, dengan alasan beberapa penduduk tempatan melanggar langkah-langkah kecemasan koronavirus dan bersolat di dalam Masjid.

 Menurut sumber-sumber tempatan, IOF menghukum setiap jemaah 500 syikal dan Masjid Mu’addin 5,000 syikal.

Di al-Khalil, gerombolan pendatang Yahudi ekstremis di bawah perlindungan ketenteraan menyerang rumah warga Palestin yang dipanggil Mufid al-Shirbati di Jalan Al-Shuhada di Old City, yang ditutup selepas pembunuhan masjid Ibrahimi tahun 1994.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menculik Datuk Bandar Baitulmuqaddis Adnan Ghaith dari kediamannya

Khamis, 09-04-2020 – Polis rejim Israel pada pagi Ahad menculik The Israeli occupation police on Sunday morning Datuk Bandar Baitulmuqaddis Adnan Ghaith dari kediamannya di daerah Silwan, selatan Masjid Aqsa di kota suci itu.

Menurut sumber tempatan, polis dan pegawai perisikan rejim menyerbu dan menggeledah kediaman Ghaith dan menahan beliau tanpa alasan yang kukuh.

Ghaith telah ditahan dan disoal siasat beberapa kali sejak menjadi Datuk Bandar Baitulmuqaddis. Beliau turut dilarang daripada memasuki Tebing Barat dan berhubung dengan sesetengah orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel sembur racun kimia atas tanaman penduduk Gaza dari udara.

Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel sekali lagi bertindak menyembur racun rumput ke atas kawasan tanah pertanian berdekatan pagar sempadan,  timur Bandar Gaza.

Petani tempatan dari al-Zeitoun dan Johr al-Dik di kawasan Bandar Gaza melaporkan bahawa kapal terbang kegunaan pertanian rejim telah menyembur racun kimia ke atas tanah yang ditanam dengan Gadum, Barli, Jagung, Bendi, Sayur Molokhia dan lain-lain jenis tanaman serta menjelaskan bahan kimia yang disembur itu telah menyebabkan kerosakkan secara meluas ke atas tanaman mereka.

Kata petani itu lagi, perbuatan rejim Israel itu menyebabkan mereka mengalami kerugian besar dari segi wang ringgit dan telah meracuni tanah serta persekitaran kawasan pertanian itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Jumlah Meninggal Akibat Corona di Israel Mencapai 55 Orang

Khamis, 09-04-2020 – Jumlah kematian akibat corona virus di Israel terus meningkat. Hingga kini (6/4) jumlah kematian akibat corona virus bertambah menjadi 55 orang, setelah sebelumnya 4 orang meninggal, akibat lanjut usia. Sementara itu jumlah yang positif menjadi 8611 orang. 141 orang di antaranya dalam keadàan kritikal, mengikut laporan Kementerian Kesihatan Israel;, pagi tadi Isnin (6/4).

Media Ibrani melaporkan, semua yang meninggal tersebut telah berusia lanjut, antara 72 tahun, 78 tahun, 77 tahun dan 91 tahun.
Menurut data, 7643 pesakit dalam kategori ringan, sementara 191 pesakit dalam kategori sedang, 763 pesakit dirawat di hospital, 5279 dirawat di rumah dan 875 dirawat di hotel.Kementerian Kesihatan menyatakan, jumlah mereka yang pulih meningkat menjadi 585 orang.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel serang petani, nelayan di Gaza

Khamis, 09-04-2020 – Tentera rejim Zionis telah melakukan serangan terhad di tenggara Semenanjung Gaza yang terkepung dan melepaskan bom gas pemedih mata ke arah petani tempatan, Isnin lalu.

Menurut sumber-sumber tempatan, enam jentolak tentera menyusup ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis, di selatan Gaza sebelum meratakan beberapa bidang tanah.

Sementara itu, lima kereta kebal dan kenderaan berperisai telah mengiring jentolak berkenaan dan melepaskan gas pemedih mata ke arah sekumpulan petani di kawasan itu.

Dalam satu kejadian yang berasingan, kapal perang Israel melepaskan tembakan mesingan dan mengejar bot nelayan Palestin di perairan ke arah utara Bandar Gaza.  Tiada kecederaan yang dilaporkan di dalam serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas kemudahan komersil selepas membongkarnya di Al-Khalil

Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah membongkar dan merampas kemudahan komersil milik rakyat Palestin berhampiran Gunung as-Sindas di selatan bandar al-Khalil.

Mohamed Abu Sneineh, pemilik kemudahan itu berkata tentera yang mengiringi kren dan jentolak telah menyerbu kawasan itu dan memulakan pembongkaran dan merampas
kedai alat ganti tanpa notis terlebih dahulu.

IOF juga merampas bekas perkapalan milik Abu Sneineh di kawasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pentadbiran penjara Ofer memindahkan para tahanan yang dikuarantin tanpa ujian saringan corona

Selasa, 07-04-2020 – Pejabat Media Asra mengesahkan yang pentadbiran penjara Ofer Israel memindahkan 9 tahanan yang telah dikuarantin ke Penjara Saharonim Prison di Negev di mana pendatang Afrika ditahan.

Media Asra menyatakan yang perkhidmatan penjara Israel tidak melaksanakan ujian sewajarnya terhadap para tahanan yang dikuarantin walaupun mereka berhubung rapat dengan seorang tahanan yang menderita akibat coronavirus.

Sembilan tahanan itu adalah Rakan al-Ja’bari, Yazan al-Ja’bari, Hazaa al-Ammour, Qusay Daraghmeh, Dyab Barrash, Imad al-Sheikh, Mohamed Melhem, Sameh al-Ammour, dan Khalil Dawwas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Mogok Lapar. Rejim Abai Aspek Kesihatan Wabak Covid-19

Selasa, 07-04-2020 – Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel telah memulakan mogok lapar kerana ketiadaan penjagaan kesihatan penting oleh Perkhidmatan Penjara Israel berikutan wabak coronavirus.

Perkhidmatan Penjara Israel sengaja meletakkan kehidupan tahanan Palestin dalam risiko dengan menarik balik produk pembersihan dari kantin penjara dan menolak untuk membasmi sel penjara atau melakukan pemeriksaan ke atas tahanan yang disyaki hidapi virus.

Menurut tahanan Fekri Mansour, 40, yang ditahan di Penjara Shata, tahanan Palestin dinafikan bekalan kebersihan asas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting walaupun sejumlah tahanan penjara, pegawai Israel dan tahanan Palestin telah positif coronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Israel Banjirkan Tanah Palestin di Al-Khalil Dengan Sisa Kumbahan

Selasa, 07-04-2020 – Peneroka haram Israel pada hari Ahad lalu telah mengepam air sisa kumbahan ke tanah ladang Palestin di bandar Beit Ummar di daerah Tebing Barat al-Khalil.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari blok etnik Etzion telah membanjirkan air kumbahan ke kawasan yang ditanam dengan anggur yang dimiliki oleh tiga keluarga Palestin di Beit Ummar, menyebabkan semua tanaman musnah.

Sementara itu, pasukan rejim Zionis telah memusnahkan sejumlah besar tanah milik warga Palestin di kampung bersebelahan al-Dhahiriya.

Para petani Palestin di al-Khalil sering berhadapan dengan serangan berterusan dari peneroka haram dan tentera Israel, yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar terutama sekali menjelang musim menuai anggur yang semakin hampir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

3 Kes Baru Positif COVID-19 Di Tebing Barat, Keseluruhan 237 Kes Di Palestin

Selasa, 07-04-2020 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ibrahim Mulham melaporkan  3 suspek baru kes corona di dua bandar Badwi dan Sair yang menjadikan jumlah keseluruhan positif corona di Palestin menjadi 237 kes.

Dalam kenyataan akhbar, Isnin (6/4) pagi, jurucakap menyatakan, ketiga-tiga kes suspek corona iaitu seorang ibu berusia lingkungan 50 tahun dari kota Sair dan dua orang kanak-kanak yang berinteraksi dengan kedua orang tuanya di kawasan Badwi, Al-Quds yang sedang berada dalam tempoh kuarantin  di hotel Karmal, Ramallah.

Sehari sebelumnya, jurucakap melaporkan 6 kes baru virus corona di Tebing Barat, sehingga jumlah keseluruhan positif COVID- 19 mencapai 234 kes. Ibrahim Mulham mengatakan, kes COVID-19 tercatat di Beitunia, termasuk 4 orang kanak-kanak.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Sinwar: Gaza Belum Mampu Lockdown Menyeluruh Untuk Menghadapi Covid 19

Isnin, 06-04-2020 – Pusat Informasi Palestina-Ketua gerakan Hamas di Gaza, Yahya Sinwar mengatakan, “Tiada kemampuan untuk menutup Gaza terhadap penduduk yang musafir dalam menghadapi  Covid 19.”

Dalam wawancara dengan TV Al-Aqsha, Khamis (2/4) petang Sinwar menyebutkan, “Tak memungkinkan untuk melakukan lockdown, kecuali jika kita berlepas dari rasa kemanusiaan, kerana kami ada sekitar 400 pesakit barah di Gaza.”Menurut Sinwar, menahan masuk virus Covid 19 ke Gaza lebih mudah dibandingkan dengan Tebing Barat, kerana sedikit pintu masuk.

Kami juga telah membahaskan prosedur khusus untuk mengawal  penyebaran virus Covid 19 ke Gaza sejak 5 Februari lalu dan pada awal Februari kami telah membina pusat kuarantin kesihatan di pintu masuk Rafah hanya dalam dua hari, lanjut Sinwar.

Pusat kuarantin kesihatan di pintu masuk Rafah terdiri dari 54 ruangan, dengan biaya  USD130,000. Ia menjadi pusat kuarantin bagi mereka yang kembali dari negara yang terkena wabak.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas rumah bergerak di tengah perkampungan Lembah Jordan.

Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim Israel bertindak merampas rumah bergerak milik penduduk Palestin di al-Jiftlik, tengah perkampungan Lembah Jordan.

Kata pegawai tempatan, Arif Dargaghmeh, tentera rejim menyerbu Khirbet Alan di bahagian barat daya al-Jiftlik dan merobohkan sebuah rumah bergerak kepunyaan Anwar Abu Jawdah.

Tambah pegawai itu lagi, tentera rejim merampas rumah tersebut tanpa memberi sebarang alasan sebab tindakan itu dibuat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menjalankan serbuan terhad di utara Gaza

Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Khamis menjalankan serbuan terhad di timur laut sempadan Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan menyatakan yang beberapa jentolak berperisai yang diiringi oleh 13 kenderaan tentera memasuki beberapa meter kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun utara Gaza meratakan tanah di kawasan itu.

Kawasan timur sempadan Gaza sentiasa terdedah kepada pencerobohan Israel dan serangan tembakan yang menghalang ratusan para petani daripada bekerja di tanah mereka berdekatan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis roboh rumah milik warga Palestin

Jumaat, 03-04-2020 – Tentera Zionis pada pagi Selasa menghancurkan rumah seorang Palestin yang sedang dibina di pintu masuk utama ke kampung Jabara, selatan Tulkarem di Tebing Barat.

Pegawai tempatan Ihsan Tahseen mengatakan bahawa dua jentolak yang dikawal oleh sebilangan besar tentera Zionis menyerbu kampung pada waktu pagi dan menutup pintu masuk timur dan barat sebelum mengelilingi rumah dan memulakan perobohan.

Rumah satu tingkat itu milik warga Palestin Khaled Rasheed dari kampung Kafr Abbush yang berdekatan.

Pemilik rumah telah menerima notis daripada tentera Zionis yang memerintahkannya untuk berhenti membina rumah dengan alasan pembinaan tidak mempunuyai kebenaran berlesen.

Tentera Israel memusnahkan tiga rumah Palestin di kawasan yang sama tahun lalu sebagai sebahagian daripada kempen perobohan yang mensasarkan kampung Jabara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen