Isnin, 02-03-2020 – Kakitangan majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai Israel dengan dibantu kawalan polis rejim menampal notis di dinding berdekatan dua tapak di daerah Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis.
Menurut Wadi Hilweh Information Center, dua tapak itu digunakan sebagai tempat mencuci kereta dan stesyen bas.
Pemilik tapak diberi masa 48 jam untuk mematuhi arahan berpindah itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 28-02-2020 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa meluluskan rancangan pembinaan 3,500 penempatan baru di timur Baitulmuqaddis.
Netanyahu
berkata yang projek pembinaan itu melibatkan peluasan berterusan penempatan Ma’ale
Adumim yang merupakan sebahagian rancangan “E1”.
Rancangan E1 bertujuan membina rangkaian menghubungkan Ma’ale Adumim dan Baitulmuqaddis yang akan melengkapkan penempatan-penempatan Israel sekitar timur Baitulmuqaddis memisahkan ia daripada kawasan Tebing Barat yang lain dan pusat penempatan warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 28-02-2020 – Pusat Informasi Israel bagi Hak Asasi Manusia di Wilayah jajahan, B’Tselem mengatakan, 19 pendemonstrasi Palestin di Semenanjung Gaza telah buta satu matanya dalam dua tahun terakhir akibat terkena tembakan pasukan Israel berdekatan sempadan di Semenanjung Gaza.
Dalam sebuah laporannya, badan tersebut menyatakan sekurang-kurangnya dua orang lagi yang buta kedua-dua matanya sekaligus.
Beliau menambah bahawa lebih dari 200 syuhada dan sekitar 8000 orang tercedera akibat tembakan peluru tajam. Sementara sekitar 2400 orang tercedera akibat peluru logam dan sekitar 3000 orang tercedera akibat gas pemedih mata.
Beliau menyatakan bahawa sekatan yang diberlaku selama hampir 13 tahun di Gaza telah memberikan kesan buruk kepada perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Gaza melibatkan kekurangan ubat-ubatan, doktor dan peralatan perubatan. Beliau menjelaskan,oleh kerana itu mereka yang tercedera terpaksa berpuas diri dengan rawatan terbatas di Semenanjung Gaza atau cuba mendapatan rawatan di negara lain jika diizinkan melalui pintu masuk Rafah dengan menanggung kos rawatan yang tinggi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 28-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera terkena peluru dan bom gas yang ditembak tentera rejim selepas berlaku pertembungan dengan sekumpulan pendatang haram Yahudi yang mendesak masuk ke tapak makam Nabi Yusof yang terletak di timur Bandar Nablus, Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa anggota tentera rejim Israel mengiringi kira-kira 2000 pendatang Yahudi pergi ke tapak makam itu menyebabkan tercetusnya pergaduhan dengan penduduk tempatan warga Palestin.
Penduduk Palestin bertindak menutup jalan menuju kawasan itu dengan melonggokkan tayar kereta sementara tentera rejim melepaskan tembakan peluru bersalut getah, gas pemedih mata dan bom bunyi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 28-02-2020 – Polis rejim Zionis Israel pada Rabu lalu telah menahan Khalil Tafakji, seorang pakar penempatan Palestin dan GIS serta pengarah Persatuan Pengajian Arab di Baitulmaqdis.
Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel telah memecah masuk dan menggeladah
rumah Tafakji dan kemudiannya beredar setelah menahan beliau.
Polis Israel turut menyerbu rumah ketua Dewan Perniagaan Baitulmaqdis
Kamal Obeidat sambil menimbulkan kacau bilau.
Tafakji pernah menjadi ketua jabatan pemetaan di Orient House di Baitulmuqaddis, yang kemudiannya telah ditutup oleh pihak rejim Zionis pada tahun 2001.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 27-02-2020 – Delegasi peringkat tinggi dari Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya, Ismail Haneyya dijangka melawat ibukota Rusia, Moscow, awal minggu depan.
Sumber maklumat memberitahu Pusat Maklumat
Palestin (PIC) bahawa Haneyya dijadual bertemu menteri luar negeri Rusia,
Sergey Lavrov pada 2 Mac.
Timbalan ketua biro politik Hamas Saleh al-Aruri baru-baru ini memberitahu saluran satelit al-Aqsa bahawa Haneyya akan melawat Moscow dalam beberapa hari akan datang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis, 27-02-2020 – Pendatang haram Yahudi menyembur racun kimia bagi memusnahkan ladang Gandum milik petani Palestin berhampiran perkampungan al-Sakout, utara Lembah Jordan.
Aktivis Hak Asasi Manusia, Arif Baraghmeh berkata bahawa pendatang bertindak menyembur racun rumput dan kemudian membakar ladang Gandum berkeluasan kira-kira 12 dunums (ekar).
Beliau juga berkata, perbuatan pendatang Yahudi menyerang petani warga Palestin di Lembah Jordan itu susulan rancangan besar-besaran rejim Israel memaksa penduduk Palestin keluar dari kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 27-02-2020 – Gerakan Hamas telah memberi amaran terhadap sebarang tindakan bodoh oleh rejim zionis ke atas warga Palestin dan penentang mereka di Semenanjung Gaza akan mengena semula kepada mereka.
Dalam
kenyataannya pada Ahad malam, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan rejim
bertanggungjawab sepenuhnya setelah ia melakukan jenayah kejam yang melampaui
batas apabila mereka membunuh pemuda Mohamed al-Na’im, dan mencemarkan
tubuhnya.
“Tindak balas ini adalah normal hasil daripada jenayah zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin”, kata jurucakap itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 27-02-2020 – Rejim Zionis pada awal pagi Isnin menculik sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin dari rumah mereka, termasuk beberapa kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.
Menurut beberapa sumber tempatan, rejim Zionis telah menculik 11 orang
Palestin di Tebing Barat dan 15 yang lain di daerah al-Issawiya, timur
Baitulmaqdis.
Antara yang ditahan adalah tiga kanak-kanak dari pekan Beitin di timur
Ramallah. Mereka dikenali sebagai Yousef Jaber, Mohamed al-Khatib dan
Abdul-Rahman Jaber.
Seorang gadis remaja yang dikenali sebagai Wafa Abu Zahra juga diculik
dari rumahnya di bandar Yatta, selatan al-Khalil.
Selain menculik 15 warga Palestin semasa satu serangan waktu subuh di rumah mereka di Issawiya, polis rejim Zionis turut menahan dua kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai Mohamed Obeid dan Saadi al-Rajbi untuk soal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 25-02-2020 – Ketua Hamas di Gaza, Yahya as-Sinwar bertemu dengan duta Mohamed al-Emadi, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Qatar untuk pembinaan semula Gaza, dan membincangkan isu-isu kepentingan bersama.
Dua
parti itu berbincang untuk memperbaiki keadaan kehidupan rakyat Gaza dan
saluran paip gas untuk stesen janakuasa, demikian menurut kenyataan Gerakan
Hamas.
Mereka turut setuju untuk menyumbang 12 juta dollar kepada 120,000 keluarga yang memerlukan , dan menyumbang dua juta dollar kepada 500 pemuda untuk bernikah, lagi dua juta untuk pengubahsuaian beberapa kediaman milik keluarga miskin dan satu juta untuk para lepasan universiti bagi membantu membayar kos pengajian mereka dan memperolehi ijazah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa, 25-02-2020 – Brigade Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami berkabung kematian salah seorang anggotanya, Mohammed al-Na’em, 27 tahun yang terbunuh selepas ditembak tentera rejim Israel berdekatan sempadan Gaza.
Al-Na’em terbunuh setelah terkena tembakan senjata api dan meriam tentera rejim di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Jentolak tentera rejim dirakam mengilis tubuh al-Na’em berulang kali dan kemudian menyodok, mengangkat dan menghayun ke depan dan belakang di udara mayat mangsa dengan penyodok jentolak, rakaman perbuatan itu tersebar luas dan mengundang rasa marah seluruh penduduk Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 25-02-2020 – Seorang pemuda Palestin terbunuh dengan darah yang dingin manakala 4 yang lain cedera parah selepas terkena terhadap tembakan artileri dan senjata api intensif oleh regim Zionis Israel di kawasan sempadan di tenggara Jalur Gaza pada pagi Ahad.
Menurut sumber tempatan,
tiga lagi pemuda turut mengalami kecederaan ketika mereka cuba mendapatkan
mangsa dan memindahkannya.
Serangan Israel terhadap pemuda itu berlaku di timur bandar Abasan al-Saghira, timur Khan Yunis di selatan Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 25-02-2020 – Seorang tahanan yang sedang menderita penyakit kanser Muwafaq Arouk, 77, telah dimasukkan semula ke hospital Israel selepas keadaan kesihatannya semakin merosot, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada hari Ahad lalu.
Suruhanjaya itu berkata bahawa Arouk mengalami pelbagai komplikasi
kesihatan, termasuk sakit teruk, demam, penurunan berat badan dan
ketidakupayaan untuk makan atau minum.
Menurut suruhanjaya berkenaan, Arouk kini diberi ubat penahan sakit, dan
hanya mengambil cecair dan analgesik.
Arouk disahkan menghidap penyakit kanser hati dan usus pada Julai 2019,
tetapi Perkhidmatan Penjara Israel telah melewat-lewatkan pemindahan beliau ke
hospital untuk rawatan kemoterapi sehingga November 2019, hanya selepas keadaan
kesihatannya semakin merosot.
Terdahulu pada bulan Februari, Arouk telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan
ketumbuhan di usus tetapi telah dikembalikan ke penjara Ramla hanya dua minggu
selepas pembedahan, tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya yang serius.
Arouk, 77 tahun, berasal dari wilayah terjajah 1948. Beliau telah berada di penjara Israel sejak tahun 2003 untuk menjalani hukuman penjara selama 30 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada 10 orang tahanan di penjara Israel yang menghidap pelbagai jenis kanser.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 25-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera, akibat rangkaian serangan yang dilancarkan pesawat tempur Israel ke Semenanjung Gaza, Ahad (23/2).
Kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan 4 mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Al-Syifa, akibat serangan udara Israel ke kota Gaza.
Antara rangkaian serangan pesawat tempur Israel adalah di Hithin milik Saraya Al-Quds di Khanyunis Barat, kawasan Thuffah di Gaza.Dua orang tercedera akibat serangan Israel ke Rafah. Serangan meningkat sehingga 18 kali ke kawasan Muhajir.
Israel melancarkan serangan menggunakan pesawat pengintai ke kawasan Shujaiyah di Gaza timur. Pesawat tempur Israel turut melancarkan serangan ke kawasan latihan Jihad Islami di Khanyunis Barat dan kawasan Muhajir di Rafah, menggunakan 3 buah roket. Pesawat helikopter Israel turut melepaskan 2 buah roket ke kawasan Ain Jalut, Barat daya Khanyunis.
Sebelum itu, Saraya al-Quds sayap militan gerakan Jihad Islami melancarkan tembakan roket ke sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza sebagai respon atas penahanan jenazah syahid Muhammad Naim, selepas terbunuh di Khanyunis timur.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 24-02-2020 – Pegawai kanan Hamas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov di ibu kota Qatar, Doha.
Pegawai Hamas itu termasuklah pegawai Hubungan Antarabangsa, Musa Abu Marzuk dan bekas Ketua Politik Khaled Mishaal, demikian kenyataan media yang dikeluarkan pihak Hamas.
Bogdanov dalam penerangan ringkasnya ketika pertemuan itu mengulas mengenai perkembangan politik semasa berhubung permasalahan rakyat Palestin dan menyentuh ancaman bahaya disebalik ‘Perjanjian Abad Ini’ tajaan AS.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin