Isnin, 11-10-2021 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Ahad menangkap dua saudara Palestin ketika mereka sedang berusaha menangkis penjajah Yahudi pelampau di dusun Badui, Lucifer, di sebelah timur Masafer Yatta di al-Khalil.
Pegawai tempatan Fuaad al-Amour mengatakan bahawa IOF mengumpulkan dua saudara yang dikenali sebagai Othamn dan Abbas Abu Qebaita ketika mereka berdiri di hadapan peneroka yang menyerang dusun itu, yang diasingkan oleh tembok pemisah.
Menurut Amour, penduduk tempatan telah berjaya mengambil keputusan mahkamah Israel yang membuktikan hak milik mereka atas tanah tempat dusun mereka berada.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin, 11-10-2021 – Anggota biro politik Hamas dan pegawai yang menguruskan fail tahanan, Zaher Jabarin menafikan laporan media berkenaan perjanjian pertukaran tahanan dengan Israel.
Saluran televisyen yang dibiayai Arab Saudi, Al-Arabiya terlebih dahulu melaporkan bahawa terdapat ‘kemajuan ketara’ dalam rundingan di antara Israel dan Hamas berkenaan potensi perjanjian pertukaran tahanan.
Walaubagaimanapun, Jabarin dengan tegas menafikan laporan media berkenaan dan menyeru semua saluran media supaya menghentikan penyebaran berita palsu dan khabar angin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 11-10-2021 – Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) dan pasukan polis Israel menyerang pemilik tanah Jerusalem setelah mereka menceroboh tanah persendirian di Wadi Rababa yang terletak di daerah Silwan.
Menurut sumber tempatan, berlaku pergaduhan antara pemilik tanah dan pencerobh Wadi al-Rababa hingga melibatkan pihak polis dan pihak berkuasa Isarel serta pegawai polis di Silwan.
Gambar yang tersebar di internet menunjukkan pihak berkuasa dan pegawai polis telah menyerang warga Jerusalem yang merupakan pemilik sebidang tanah di daerah tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Isnin, 11-10-2021 – Pada pagi Selasa lepas , bot bersenjata Israel menyerang dan mengepung satu bot nelayan Palestin di utara perairan Semenanjung Gaza.
Menurut jawatankuasa nelayan, dua bot bersenjata mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot nelayan ketika berada dalam lingkungan tiga batu nautika di utara Gaza. Jawatankuasa nelayan menyatakan, tiada nelayan yang cedera dalam serangan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 05-10-2021 – Pada pagi Selasa, bot bersenjata Israel menyerang dan mengepung satu bot nelayan Palestin di utara perairan Semenanjung Gaza.
Menurut jawatankuasa nelayan, dua bot bersenjata mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot nelayan ketika berada dalam lingkungan tiga batu nautika di utara Gaza.
Jawatankuasa nelayan menyatakan, tiada nelayan yang cedera dalam serangan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 05-10-2021 – Pendakwaraya Israel pada hari Ahad mengemukakan dakwaan terhadap enam tahanan Palestin, yang telah menggali terowong keluar dari penjara keselamatan tinggi Gilboa bulan lalu sebelum mereka ditangkap semula.
Dakwaan itu difailkan oleh peguam mahkamah daerah Nazareth terhadap enam tahanan, termasuk melarikan diri dari hukuman penjara mereka, satu tuduhan yang boleh menjangkau hingga tujuh tahun penjara, kata saluran KAN Israel.
Walau bagaimanapun dakwaan itu tidak termasuk tuduhan yang berkaitan dengan keganasan terhadap mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 05-10-2021 – Sejumlah puak pelampau penceroboh Yahudi pada pagi hari Ahad telah mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki.
Menurut sumber Pentadbiran Wakaf Islam di kota suci tersebut, sekurang-kurangnya 47 orang penceroboh memasuki masjid tersebut dalam satu kumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengunjungi halamannya sambil diiringi polis. Sebahagian penceroboh turut melaksanakan ritual ajaran Talmud semasa kunjungan mereka di tapak suci Islam itu, teutamanya di bahagian timur.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 04-10-2021 – Seorang pemuda Palestin pada pagi Khamis ditembak kejam oleh polis rejim atas alasan cuba menikam polis. Menurut saksi, polis rejim melepaskan tembakan kepada wanita tersebut dekat pintu Silsila Masjid Aqsa dan mencederakan yang menyebabkan kematiannya.
Wanita itu dikenali sebagai Israa Khuzaimiya, 30 tahun dari bandar Qabatiya, Jenin, Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 04-10-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengatakan bahawa presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett tidak menerima penyelesaian politik untuk persoalan Palestin termasuk yang menetapkan penubuhan negara Palestin di sempadan 1967.
Haneyya menjelaskan, dalam wawancara TV di saluran Turki A HABAR pada hari Rabu, bahawa Hamas percaya perubahan kuasa di Washington dan Tel Aviv tidak lebih dari perubahan nama semata-mata.
Dia berpendapat bahawa pemerintah Israel akan meneruskan usaha penjajahan dan perampasan tanah serta pelanggaran hak-hak Palestin.
Haneyya berpendapat bahawa tidak ada yang akan berubah dalam dasar Amerika Syarikat terhadap Israel kerana kepentingan bersama mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 04-10-2021 – Seorang warga Palestin terbunuh pada hari Khamis petang ketika Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya di timur kem pelarian al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.
Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata Mohamed Ammar yang berusia 41 tahun telah ditembak mati oleh rejim itu ketika dia sedang memburu burung di daerah Wadi Abu Qatron di sebelah timur kem al-Bureij.
Beliau menambah pemuda itu meninggal dunia serta-merta dan dipindahkan ke Hospital Syahid al-Aqsa di Bandar Deir al-Balah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 04-10-2021 – Rejim Israel telah melaksanakan pencerobohan berskala kecil ke atas sempadan di kawasan timur Sheijaya di bandar Gaza pada hari Khamis, menurut jurucakap PIC di kawasan tersebut.
Rejim Israel melepaskan tembakan ke arah petani warga Palestin di timur al-Fukhari di Khan Yunus, memaksa mereka untuk beredar. Tiada kecederaan dilaporkan.
Sempadan timur semenanjung Gaza terdedah kepada pencerobohan separuh hari dan petani di kawasan berdekatan sempadan pula terdedah kepada ancaman dan tembakan senjata api pada setiap hari oleh tentera rejim Israel di bawah alasan keselamatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 01-10-2021 – Pendatang Yahudi serang penggembala Palestin di dusun Lasifer, timur Masafer Yatta di al-Khalil dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka, kata Fuad al-Amour, penyelaras suruhanjaya perlindungan Yatta.
Beliau berkata, para pendatang itu menghina penggembala dan memaksa mereka untuk meninggalkan tanah milik mereka menggunakan senjata.
Rejim zionis mengasingkan dusun Lasifir melalui Tembok Apartheid dan menghalang pergerakan penduduk ke tanah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 01-10-2021 – Tokoh Hamas Fazi Shawafita menegaskan aksi pencerobohan kelompok Yahudi ke Masjidil Aqsa memberi kesan berbahaya dan bangsa Palestin tidak akan membiarkan pencerobohan dan penodaan terhadap tempat Isra Nabinya.
Dalam satu siaran akhbar, tokoh Hamas ini mengingatkan penjajah tentang dampak buruk pencerobohan mereka terhadap Masjidil Aqsa. Beliau menyeru kepada segenap bangsa dan faksi-faksinya untuk menghadapi pencerobohan terhadap Masjid al Aqsa dan segenap wilayah Tebing Barat lainnya.
Shawafita menegaskan bahawa kejahatan yang dilakukan penjajah tidak akan mengubah realiti Palestin dan hakikat kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa. Semua usaha penjajah untuk mengusai Al-Aqsa dan serangan terhadap persoalan Palestin tidak akan berjaya.
Pencerobohan ke Al-Aqsa dilakukan kelompok Zionis didokong militan Israel, untuk mengambilalih urusan Al-Aqsa, selain itu pihak penjajah terus berusaha merampas wilayah Palestin di Tebing Barat.
Dalam memperingati meletusnya Intifadah Al-Aqsa ke 21, Shawafita menegaskan bahawa mereka akan meneruskan usaha melawan semua tindakan Yahudinisasi terhadap Al-Aqsa. Bangsa Palestin telah mempersembahkan ratusan para syuhada, ribuan yang tercedera dan tawanan dalam Intifadah Al-Aqsa. “Kami bersedia mengorbankan semua yang dimiliki untuk membela negeri dan tempat suci umat Islam ini” katanya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 01-10-2021 – Tujuh tahanan Palestin melakukan mogok lapar secara terbuka selama beberapa minggu sebagai protes terhadap penahanan tidak sah mereka tanpa dakwaan atau perbicaraan.
Tahanan yang melakukan mogok lapar ini adalah Kayed al-Fasfous, Miqdad al-Qawasmeh, Alaa al-Araj, Hisham Abu Hawash, Rayek Bisharat, Shadi Abu Aker dan Hasan Shouka. Mereka masing-masing melakukan mogok selama 76, 69, 51, 43, 38, 35 dan 9 hari.
Tahanan-tahanan ini mengalami penurunan berat badan, kekurangan garam dan mineral dan keletihan yang melampau, 5 daripadanya dipindahkan ke hospital.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar