Selasa , 13-10-2020 – Gerombolan pendatang Yahudi ekstremis pada hari Rabu membakar 50 pokok zaitun dan pokok lain di sebelah timur bandar Deir Ballut, sebelah barat provinsi Salfit di Tebing Barat yang diduduki secara haram.
Saksi mata mengatakan bahawa sebahagian besar pokok yang terbakar adalah pokok abadi, sambil menambah bahawa para pendatang tersebut juga membakar hutan dan pokok badam di daerah itu.
Serangan pembakaran itu berlaku di kawasan pertanian Palestin berhampiran penempatan haram Leshem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Selasa , 13-10-2020 – Delegasi Hamas dipimpin anggota biro politik Musa Abu Marzuq, tiba di Moscow pada Khamis pagi. Abu Marzuq memulakan kunjungannya di Moscow dengan mengunjungi kedutaan besar Palestin, bertemu dengan duta besar Abdul Hafiz Naufal, kemudian membincangkan perkembangan terkini Palestin.
Hadir dalam pertemuan tersebut, anggota biro politik Hamas, Husam Badran dan duta besar Palestin yang tinggal di Monggolia, Khalid Miari.
Pada 3 September lalu, para pemimpin utama faksi-faksi Palestin mengadakan pertemuan di Beirut dan Ramallah, mereka sepakat berkaitan langkah kesatuan dan rekonsiliasi Palestin untuk menghadapi sejumlah cabaran besar terutama deal of century, aneksasi Israel dan normalisasi beberapa regim Arab.
Mereka sepakat bahawa hanya dengan persatuan nasional Palestin semua konspirasi tersebut dapat digagalkan. Beberapa agenda ditetapkan untuk menjayakan kesepakatan di lapangan termasuk bersedia mengadakan pilihanraya Palestin.
Pilihanraya umum Palestin disepakati akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan kedepan, dimulai dengan pilihanraya legislatif, disusul eksekutif dan terakhir Dewan Nasional Palestin untuk mengaktifkan kembali organisasi pembebasan Palestin (PLO).
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa , 13-10-2020 – Sekumpulan yahudi telah memusnahkan puluhan pokok zaitun kepunyaan warga Palestine, di mukim Mitsi Yaer, Yatha Timur Hebron Selatan Mengikut penyelaras komuniti perlindungan wilayah, Fuad al-Amur, sekelompok penjajah
Yahudi telah merosakkan puluhan pokok zaitun berusia 2 tahun di Qawawis, Yatha Timur, milik warga Palestine, Jabar Iwad Zaid.
Tindakan merosakkan tanaman milik warga Palestin ini merupakan tindakan berulang penjajah sebagai cara mengambil alih lokasi untuk tujuan peluasan wilayah pemukiman Zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 09-10-2020 – Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar bagi hari ke 73 di dalam tahanan rejim Zionis dimana beliau mengalami kemerosotan kesihatan yang serius. Jabatan Penerangan Banduan menyatakan di dalam laman web “ Akhras mengalami masalah kesihatan yang kritikal dimana beliau tidak mampu bergerak atau bercakap dan hanya mampu baring dikatilnya sepanjang masa.
Jabatan tersebut juga memaklumkan bahawa beliau tidak mampu bergerak, mengalami sakit kepala dan di dada. Ini kerana beliau juga ada masalah berkaitan jantung. Dia juga mengalami masalah daya tumpuan, pendengaran dan juga kehilangan berat badan yang ketara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Jumaat , 09-10-2020 – Pada hari Selasa, Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah melaporkan 10 kes kematian, 475 kes baru dan 417 kes sembuh dari virus corona dalam 24 jam yang lepas. Dalam laporan epedemiologikal COVI-19, kadar peyembuhan telah mencecah 84.9 peratus manakala kes berjangkit telah mencecah 14.3 peratus dan kadar kematian pada 0.8 peratus.
Pada hari Selasa, Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah melaporkan 10 kes kematian, 475 kes baru dan 417 kes sembuh dari virus corona dalam 24 jam yang lepas. Dalam laporan epedemiologikal COVI-19, kadar peyembuhan telah mencecah 84.9 peratus manakala kes berjangkit telah mencecah 14.3 peratus dan kadar kematian pada 0.8 peratus.
Bilangan kes jangkitan baru dari meliputi dari kawasan kawasan berikut, Al-Khalil 70 kes, Nablus 45 kes, Bethlehem 67 kes, Qalqiya 9 kes, Ramallah dan Al Bireh sebanyak 41 kes , Jenin sebanyak 33 kes , Jericho dan Al-Aghwar 23, Salfit 1, Tulkarem 30, Semenanjung gaza 146 dan kawasan luar bandar Jerusalem sebanyak 10 kes. Kementerian juga melaporkan terdapat 46 kes pesakit kritikal dimana mereka telah di tempatkan di wad penjagaan intensif temasuk 11 pesakit yang dirawat dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Jumaat , 09-10-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi pada Selasa menyerang penggembala Palestin di timur Yatta, selatan al-Khalil di Tebing Barat.
Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, sekumpulan pendatang yang diiringi oleh tentera dan pegawai polis menyerang penggembala tempatan di kawasan Thaalah timur Yatta dan menghalang mereka daripada membawa ternakan mereka meragut di kawasan padang rumput atas alasan tanah itu milik negeri.
Jabour menambah bahawa para penggembala tersebut mempertahankan diri mereka dan menegakkan hak mereka untuk membawa ternakan mereka meragut rumput di kawasan itu.
Jumaat , 09-10-2020 – Puluhan warga Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual provokatif Talmud di bawah kawalan polis yang sangat ketat walaupun penutupan berterusan di Kota Baitulmaqdis.
Sumber-sumber dari Baitulmaqdis mengatakan bahawa 52 orang peneroka Yahudi menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa pada waktu pagi.
Sumber-sumber tersebut melaporkan bahawa puluhan pemukim Yahudi menyerbu halaman Al-Aqsa sementara umat Islam dilarang masuk ke dalamnya dengan alasan penutupan menyeluruh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Khamis , 08-10-2020 – Satu pesawat perang Israel mengebom satu pos pemerhatian di timur Rafah pada Isnin malam di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, satu drone menembak peluru berpandu pada pos pemerhatian milik pejuang di timur Rafah lalu memusnahkannya.
Jurucakap Israel mendakwa bahawa serangan itu menyasarkan kawasan ketenteraan yang dimiliki Gerakan Hamas di selatan Gaza selepas satu roket Palestin mendarat di Eshkol.
Khamis , 08-10-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Selasa pagi mencemar Majidil Aqsa di Baitulmaqdis. Menurut sumber tempatan, 39 penceroboh memasuki Masjid melalui pintu gerbang al-Maghariba dan menjelajahi halamanya dibawah pengawasan polis polis yang ketat.
Sementara itu, polis pendudukan Israel terus-menerus menolak kemasukkan warga Baitulmaqdis yang tinggal di kawasan berhampiran Kota Lama dari memasuki Masjidil Aqsa untuk solat setiap hari sebagai sebahagian daripada penutupan bandar yang berterusan.
Namun, sejumlah besar penceroboh yahudi yang tinggal beratus-ratus batu dari kota suci tersebut telah berpusu-pusu memasuki al-Aqsa dan mencemarkan halamanya dibawah perlindungan polis sejak penutupan yang berlaku di bandar tersebut kira-kira dua minggu yang lalu.
Khamis , 08-10-2020 – Gerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis pada hari Selasa menyerang penggembala Palestin di Yatta timur, selatan al-Khalil di Tebing Barat yang dijajah.
Pegawai tempatan Rateb al-Jabour mengatakan bahawa sekumpulan peneroka yang dikawal oleh tentera dan pegawai polis menganiaya penggembala tempatan di daerah Thaalah di sebelah timur Yatta dan menghalang mereka dari meragut lembu mereka di kawasan padang rumput mereka dengan alasan adalah tanah kerajaan haram Israel.
Jabour menambah bahawa para penggembala membela diri dan membela hak mereka untuk meragut haiwan mereka di kawasan itu.
Kemudian, tentera Israel menangkap salah seorang gembala ketika dia bersama lembu di kawasan itu setelah peneroka menuduhnya menyerang secara fizikal.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis , 08-10-2020 – Pusat Penelitian Tanah dari Persatuan Kajian Arab di Al-Quds mengatakan, sejak awal berdirinya negara Israel telah merobohkan sekitar 165 690 rumah Palestin yang menyebabkan sekitar satu juta warga Palestin menjadi pelarian. Pengusiran warga Palestin di wilayah dalam mahupun luar tanpa prikemanusiaan.
Dalam sebuah pernyataannya, pusat kajian tanah ini menyebutkan, “sepanjang tahun 2020 bersamaan dengan tuntutan agar bangsa Palestin tetap tinggal di rumah masing-masing, pada sembilan bulan pertama wabak corona Israel telah merobohkan 450 rumah dan fasiliti warga. Mereka juga mendorong warga Al-Quds agar merobohkan rumah mereka sendiri.
Pada tahun ini saja, rumah yang dirobohkan di Al-Quds mencapai 80 buah rumah, iaitu rumah yang dihancurkan oleh pemiliknya sendiri.
Di hari kelima dari bulan Oktober 2020 yang merupakan Hari Habitat Antarabangsa, terutama warga Al-Quds mengalami tekanan akibat tindakan Zionis yang mensasar rumah-rumah Palestin dengan tindakan yang kejam.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 8-10-2020 – Pada hari Selalsa lalu tahanan Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar terbuka untuk hari ke-72 sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran yang tidak adil terhadapnya walaupun terdapat amaran tentang keadaan kesihatannya yang serius.
Qadri Abu Bakar, Ketua Lembaga Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, menyatakan bahawa keadaan tahanan Maher Al-Akhras bertambah buruk dari hari ke hari, dengan keengganannya untuk mengambil apa-apa makanan serta desakannya untuk meneruskan mogok sehingga tuntutan beliau untuk segera dibebaskan diterima.
Bakr memberi amaran bahawa penolakan rejim Zionis terhadap tuntutan Akhras dan perlanjutan mogoknya boleh membawa kepada kerosakan pada jantung, mata, atau telinganya setelah beliau menolak untuk mengambil apa-apa supplemen.
Keluarga Akhras sebelumnya telah menuntut campur tangan serius untuk menyelamatkan nyawanya sebelum terlambat, kerana dari semasa ke semasa beliau akan tidak sedarkan diri, tidak dapat bergerak, sering mengalami sawan, dan kadang-kala tidak tahu siapa yang berdiri di hadapannya.
Akhras mengatakan dalam sebuah pesan dari katilnya di Hospital Kaplan beberapa hari yang lalu: “Satu-satunya syarat saya adalah kebebasan, kebebasan atau mati syahid, dan di keduanya ada kemenangan bagi rakyat serta para tahanan.”
Pada 27/07/2020, Akhras ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis yang telah memerintahkan penahanan pentadbiran ke atasnya selama empat bulan. Mahkamah Israel berusaha untuk menghalang mogok beliau dengan menggunakan apa yang digelar sebagai pembekuan terhadap penahanan pentadbiran, yang tidak bermaksud berakhirnya penahanannya.
Sejak awal mogok, Akhras telah dipindahkan berulang-ulang kali sebagai usaha untuk melemahkannya dan menghalangnya untuk meneruskan mogoknya. Pada awal penahanannya, beliau ditahan di pusat tahanan Hawara, kemudian dipindahkan ke penjara Ofer sehingga dia dipindahkan ke penjara Klinik Ramla dan akhirnya ke hospital Kaplan.
Akhras, 49, berasal dari bandar Silat al-Dhahr di Jenin. Rejim Zionis telah menahannya untuk pertama kali pada tahun 1989, dan penahanannya telah berterusan selama tujuh bulan. Kali kedua adalah pada tahun 2004 selama dua tahun, dan kemudiannya beliau ditahan semula pada tahun 2009 dan terus berada dalam tahanan pentadbiran selama 16 bulan. Beliau ditahan kembali pada tahun 2018 dan ditahan selama 11 bulan.
Khamis , 08-10-2020 – Gerakan Islam Hamas mengutuk pertemuan melalui talian “zoom’ wartawan Arab dari Arab Saudi, UAE dan Bahrain dengan Benny Gantz, Menteri Perang Israel, yang di buat pada Ahad lepas.
Hamas melalui jurucakapnya, Hazem Qassem berkata ,”Hubungan wartawan Arab dengan menteri perang Zionis adalah mengaibkan dan terkutuk”. Tambah beliau, “Gantz menyiksa serta melakukan kekerasan kepada penduduk di Gaza serta melakukan segala kemusnahan di seluruh lingkungan yang ada di Gaza ”
Qassem berkata lagi “Gantz adalah Penjenayah Perang. Dalam situasi apapun wartawan tidak boleh melakukan sebarang hubungan melibatkan penjenayah, apatah lagi memberi ruang kepada penjenayah menyampaikan sudut pandangnya”.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu , 07-10-2020 – Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Sabah menegaskan lagi sokongan tidak berbelah bahagi oleh negaranya untuk Palestin dalam semua perjumpaan dan acara antarabangsa.
Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Sabah menegaskan lagi sokongan tidak berbelah bahagi oleh negaranya untuk Palestin dalam semua perjumpaan dan acara antarabangsa.
Ketika pertemuannya pada Ahad bersama perdana menteri Palestin Mohamed Shtayyeh, Sheikh Nawaf menekankan yang Kuwait akan terus mengikuti jejak langkah almarhum Emir sebelumnya dan menegakkan polisi sokongan terhadap Palestin dan rakyatnya.
Shtayyeh dan pegawai kanan lain dari pihak berkuasa Palestin tiba pada Ahad di Kuwait untuk mengucapkan takziah atas pemergian Emir Sheikh Sabah Al Sabah.
Rabu, 7-10-2020 – Isni lalu Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah, mengumumkan 11 kematian, 491 jangkitan koronavirus, dan 592 kes sembuh telah dicatatkan setelah melakukan 4,157 pemeriksaan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Kailah menjelaskan semasa laporan harian epidemiologi COVID-19 bahawa kadar kes sembuh dari coronavirus mencapai 84.9 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 14.3 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari semua kes.
Beliau memberitahu bahawa dua kematian dicatat di Baitulmaqdis, 8 di Tebing Barat, dan satu di Semenanjung Gaza.
Di Tebing Barat, 356 kes baharu dicatatkan sementara 73 jangkitan dicatatkan di Semenanjung Gaza dan 62 di Baitulmaqdis.
Pecahan kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (87), Nablus (33), Bethlehem (48), Qalqilya (7), Ramallah dan Al-Bireh (32), Jenin (26), Tubas (2), Jericho dan Al-Aghwar (35), Salfit (3), Tulkarem (98), Semenanjung Gaza (73), pinggiran kota Baitulmaqdis (15), dan Baitulmaqdis (62).
Di Tebing Barat, 419 kes sembuh dicatatkan sementara di Semenanjung Gaza 65 dicatat dan 108 di Baitulmaqdis.
Kes sembuh baharu dicatatkan di: al-Khalil (117), Jenin (19), Tulkarem (59), Jericho dan Al-Aghwar (10), Tubas (5), Salfit (9), Qalqilya (22), Bethlehem ( 70), Nablus (108), Semenanjung Gaza (65), dan Baitulmaqdis (108).
Kailah turut mengumumkan bahawa terdapat 47 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 11 yang telah dirawat dengan bantuan alat pernafasan.