Selasa, 28-12-2021 – Sejumlah besar warga Palestin dilaporkan cedera pada petang Sabtu ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) di pelbagai kawasan di Nablus dan Jenin.
Bulan Sabit Merah menyatakan, kru ambulansnya menyediakan bantuan perubatan untuk 247 orang warga yang cedera di Kampung Burqa, barat laut Nablus.
10 daripada mereka cedera akibat tembakan peluru hidup dan 48 yang lain cedera akibat peluru getah. Salah seorang daripada mereka cedera teruk dan dikejarkan ke Hospital Rafidia, demikian menurut Bulan Sabit Merah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 28-12-2021 – Polis rejim Zionis pada pagi hari Ahad telah menculik lima kanak-kanak warga Palesti di kawasan Negev atas tuduhan membaling batu ke aras kenderaan tentera dan polis.
Saluran 7 Israel memetik sumber polis mengatakan bahawa berikutan kerja keras kumpulan penyiasat khas, tiga kanak-kanak warga Palestin berusia di antara 15 dan 16 tahun telah ditahan di wilayah selatan.
Menteri keselamatan awam Israel Omer Bar-Lev menyatakan bahawa penahanan tiga kanak-kanak tersebut sebagai satu lagi pencapaian polis Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 28-12-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada pagi Ahad lalu.
Sekurang-kurangnya 119 peneroka memasuki Masjid dalam beberapa kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan bersiar-siar halamannya di bawah perlindungan ketat polis, menurut sumber tempatan.
Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam tersebut, para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan daripada para rabbi tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount), dan beberapa orang daripada mereka melakukan upacara Talmud dengan cara yang boleh membangkitkan kemarahan.
Sementara itu, polis rejim Zionis menyekat pergerakan jemaah Islam di pintu masuk dan pintu masuk Masjid Al-Aqsa, serta menculik tiga pekerja Awqaf Islam dari tempat kerja mereka di Masjid Aqsa.
Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram Yahudi.
Semasa kehadiran peneroka haram di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 27-12-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel (PPI) telah memindahkan sejumlah tahanan warga Palestin dari penjara Nafha sebagai tindakan hukuman susulan insiden tikaman baru-baru ini, namun tiada sebarang maklumat penjara mana tahanan-tahanan tersebut dipindahkan.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Persatuan Tahanan Palestin (PTP) menyatakan tindakan tersebut adalah satu petunjuk jelas bahawa PPI gigih dalam meningkatkan amalan penindasan ke atas tahanan.
“Sehingga waktu ini, tiada sebarang maklumat berkenaan nasib mereka yang dipukul semasa tindakan keras besar-besaran baru-baru ini (di penjara Nafha), termasuk tahanan Yousef al-Mabhouh yang berhadapan dengan tahanan lain”, PTP berkata.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 24-12-2021 – Kepimpinan tahanan Hamas memberi amaran kepada perkhidmatan penjara Israel yang Gerakan Tahanan akan melancarkan perang yang panjang sebagai tindak balas ke atas keganasan terhadap tahanan di penjara Damon dan Nafha.
“Kami telah mempersiapkan diri untuk perang yang panjang dengan perkhidmatan penjara Israel,” Jawatankuasa Tertinggi Tahanan Hamas berkata pada Selasa.
“Maruah tahanan Wanita dan lelaki adalah keutamaan dan kami tidak membenarkan perkhidmatan penjara melanggarnya,” Jawatankuasa itu menyatakan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 24-12-2021 – Pada pagi Rabu lalu rejim Zionis telah menyebabkan kacau bilau ke atas hasil pertanian serta merampas beberapa gerai buah-buahan dan sayur-sayuran serta kereta sorong milik para petani dan peniaga Palestin di selatan al-Khalil.
Menurut saksi, pekerja dari pentadbiran awam tentera Israel yang diiringi oleh sejumlah besar tentera telah menyerbu kawasan berhampiran jalan pintasan antara kem pelarian al-Fawwar dan Bandar al-Khalil dan telah memusnahkan sejumlah besar sayur-sayuran dan buah-buahan milik para petani dan peniaga tempatan.
Rejim Zionis juga merampas beberapa gerai dan kereta sorong yang digunakan untuk menjual hasil pertanian dan mengusir semua petani, penjual dan pembeli dari kawasan itu.
Sementara itu, rejim Zionis memusnahkan kawasan luas yang ditanam dengan pokok anggur berhampiran kem pelarian al-Fawwar, selatan al-Khalil.
Sumber tempatan berkata bahawa rejim Zionis turut menyebabkan kerosakan meluas pada ladang anggur milik keluarga al-Mashareqa berhampiran kem tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat, 24-12-2021 – Pejabat Media Asra melaporkan tiga orang tahanan warga Palestin di dalam kurungan perseorangan di penjara Damon, pada hari Rabu telah memulakan mogok lapar tanpa tempoh terhad sebagai protes pengasingan dan pendedahan mereka, bersama rakan-rakan tahanan lain, terhadap serangan seminggu lepas.
Tahanan wanita yang lain di Damon juga akan menyertai mogok lapar tersebut secara berperingkat, menurut Asra Media. Tiga tahanan yang melakukan mogok lapar tersebut adalah Moda Qaadan, Marah Bakir dan Shurouq Duwaikat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 24-12-2021 – Hamas mengecam keras arahan baru yang dikeluarkan pimpinan militan Israel kepada tentaranya untuk menembak di tempat awam Palestin.
Juru cakap Hamas, Hazim Qasim dalam keterangan akhbar mengatakan, “Arahan ini menggambarkan keadaan kebingungan yang dialami pimpinan dan tentera Israel, menghadapi keberanian para pemuda Palestin yang terus konsisten melawan serangan dan kejahatan zionis, membela diri, wilayah dan hak-hak sah mereka.
”Kebenaran menembak di tempat awam mengungkapkan wajah sebenar penjajah Zionis, dan tindakan jahat pimpinan dan tentera Zionis yang berlandaskan pada terorisme terstruktur, melakukan pembunuhan sengaja dan menembak rambang di tempat awam.
Qasim menegaskan semula bahawa seruan Hamas untuk menyeret pimpinan militan Israel dan tenteranya ke pengadilan antarbangasa atas kejahatan mereka terhadap warga Palestin, anak-anak dan para tawanan wanita Palestin. Beliau turut menyeru kepada segenap elemen bangsa Palestin untuk meneruskan perjuangan melawan penjajah dengan segala cara yang mungkin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 23-12-2021 – Gerakan Hamas menekankan kepentingan kesatuan terhadap penindasan, penjajahan dan segala bentuk diskriminasi perkauman, terutamanya kepada warga Palestin yang telah menderita di bawah penjajahan paling lama dan zalim di dunia.
Dalam kenyataan akhbar pada Isnin sempena Hari Kesatuan Antarabangsa, yang mula dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar disambut pada 20 Disember; Hamas menyeru mengukuhkan kesatuan dengan rakyat Palestin dan menamatkan tragedi penjajahan oleh Israel.
Kumpulan itu turut menekankan kepentingan mendakwa pemimpin Israel sebagai penjenayah perang atas kekejaman mereka terhadap Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 23-12-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada pagi Isnin lalu.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 160 peneroka memasuki Masjid dalam beberapa kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan bersiar-siar halamannya di bawah perlindungan ketat polis.
Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam tersebut, para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan daripada para rabbi tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount), dan beberapa orang daripada mereka melakukan upacara Talmud dengan cara yang boleh membangkitkan kemarahan.
Sementara itu, polis rejim Zionis menyekat pergerakan jemaah Islam di pintu masuk dan pintu masuk Masjid Al-Aqsa.
Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para penceroboh menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh penceroboh Yahudi.
Semasa kehadiran penceroboh di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 23-12-2021 – Datuk Bandar Nahalin, Hani Fanoun berkata bahawa rejim Zionis mengepung kawasan Abu Keer di timur bandar tersebut sebelum mula meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang masih belum siap dibina milik seorang penduduk tempatan.
Fanoun menambah bahawa pertempuran berlaku di antara tentera Israel dan penduduk kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 22-12-2021 – Rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Al-Silat Al-Harithiya, barat Jenin, dan memecah masuk rumah-rumah warga tempatan pada Ahad malam.
Saksi mata mengesahkan yang tentera IOF di hampir 20 buah kenderaan tentera rejim merempuh masuk bandar dan mengerahkan sejumlah besar tentera di kejiranan itu.
Para tentera menyerbu dua rumah yang dimiliki dua saudara Ghaith dan Omar Jaradat, serta bapa saudara mereka Muhammad Youssef Jarada, yang ditahan sebelum ini atas tuduhan terlibat dalam serangan tembakan pada Rabu lepas dan mengambil ukuran rumah untuk dimusnahkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 22-12-2021 – Beberapa media Israel mengungkap adanya kebenaran baru dikeluarkan militan Israel yang mengizinkan tentera Israel di wilayah Tebing Barat untuk menembak para pemuda Palestin yang melempar batu dan molotov.
Menurut Channel 11 Israel, Isnin (20/12), arahan menembak di tempat kejadian yang sebelumnya hanya diizinkan terhadap pelempar batu dan molotov yang membahayakan para tentera. Namun arahan terbaru mengizinkan tembak di tempat kejadian terhadap pelempar batu dan molotov walupun tidak membahayakan keselamatan tentera Israel.
Kebenaran ini disambut tentera Israel yang akan secara sewenang-wenangnya membunuh warga Palestin, mereka meminta supaya segera dilaksanakan di lapangan untuk menghapuskan para teroris Arab, kata mereka.kebenaran ini dalam rangkaian tindakan Israel dalam tempoh beberapa bulan terakhir berkait kebenaran penembakan yang dikeluarkan Panglima Tentara Israel, Aviv Kokhovai, terhadap mereka yang memasuki markas tentera atau kawasan penembakan yang ditetapkan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 22-12-2021 – Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin memusnahkan semua khemah dan struktur binaan di perkampungan Araqib milik Badwi Palestin, di gurun Negev untuk kali yang ke-196, menyebabkan penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan Badwi – yang bertanggunghawab ke atas pemusnahan itu – menyerbu perkampungan berkenaan dan menyebabkan huru-hara ke atas segala benda.
Lanjutan itu, berpuluh penduduk Badwi termasuk kanak-kanak, perempuan dan warga tua telah kehilangan tempat tinggal sekali lagi dan akan menderita akibat keadaan cuaca sejuk melampau dan hujan sementara waktu sebelum mereka berupaya membina semula rumah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 21-12-2021 – Pentadbiran penjara Ofer telah mengenakan hukuman ke atas 12 tahanan Palestin, termasuk mengasingkan mereka selama 24 jam, mendenda sejumlah 200 shekel setiap seorang serta menghalang mereka menerima lawatan.
Persatuan Tahanan Palestin (PPS) menerangkan situasi yang membawa kepada tindakan itu, dengan menyatakan yang pentadbiran penjara yang mula enggan membenarkan tahanan baru menerima pakaian musim sejuk daripada ahli keluarga mereka, walaupun terdapat perjanjian tentang ini dengan para tahanan.Para tahanan itu berada di seksyen 4 penjara, yang digunakan sebagai penjara transit.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati