Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin dilarang memasuki Masjidil Al-Aqsa untuk seminggu

Isnin, 04-06-2018 – Mahkamah rejim zionis Israel memerintah seorang pemuda Palestin yang berasal dari Baitulmuqaddis supaya tidak mendekati masjidil Al-Aqsa selama satu minggu, bagaimanapun keputusan itu tidak dinyatakan alasannya.

Menurut Quds Press, polis rejim menahan Haytham al-Ja’bah, 37 tahun ketika beliau berada di luar rumah orangtuanya di Kota Suci Baitulmuqaddis dan seterusnya beliau dibawa ke balai berdekatan untuk disoal siasat.

Kakak beliau, Bayan berkata majistret mahkamah telah membebaskan abangnya itu dengan syarat tidak dibenar mengunjungi masjdi tersebut dalam tempuh seminggu dan membayar wang sebanyak 500 shekels.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas: serangan roket itu sebagai tindakbalas atas jenayah dilaku pihak Israel.

Jumaat, 01-06-2018 – Pergerakan Hamas mempertahankan tindakan pihaknya melancarkan serangan roket ke arah beberapa sasaran di Israel dan ianya merupakan “tindakbalas semulajadi ke atas jenayah yang telah mereka lakukan”.

Jurucakap pertubuhan itu, Fawzi Barhum meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak rejim penjajah itu kerana terus menerus menyerang penduduk dan pertahanan pihaknya di Gaza.

Enam rakyat Israel, tiga daripadanya anggota tentera, cedera terkena peluru roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza dan mengenai komplek penempatan haram Eshkol yang terletak di selatan Israel, demikian lapor media Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin ditahan di pos pemeriksaan ketenteraan

Jumaat, 01-06-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan 2 rakyat Palestin dari bandar Burqin, pada Selasa di wilayah Jenin, Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang dua pemuda Mohamed Khalouf, 27, dan Ibrahim Hamad, 23, telah ditahan setelah IOF memberhentikan dan menggeledah kereta mereka di pos pemeriksaan ketenteraan. Dua tahanan itu dibawa ke sebuah pusat tahanan yang tidak didedahkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Majlis berbuka puasa di UK untuk sokong Palestin.

Rabu, 30-05-2018 – Majlis berbuka puasa tahunan kali ke 4 untuk negara Palestin telah diadakan di Harrow Leisure Centre, London dengan dihadiri oleh kira-kira 700 warga Palestin, mereka yang menyokong Palestin serta beberapa etnik lain. Majlis dianjurkan oleh kumpulan pemuda ‘zaitun’ Palestin dengan kerjasama Palestinian Forum in Britain (PFB).

Majlis yang diadakan pada sebelah malam itu telah berlanjutan hingga ke pukul 1.00 malam dan diakhiri dengan pertandingan “bakat Palestin’ – buat pertama kalinya – di mana ia berjaya menarik 20 penyertaan dari kalangan kanak-kanak dan diadili oleh barisan juri terdiri dari artis penyanyi seperti Rashid Gholam dari Algeria, Zain Al-Juwairi dari Iraq, Ibrahim Alan dari Jordan dan Anas Al-Karmi dari Palestin.

Tempat pertama dimenangi oleh Lina Khattab dari Iraq selepas beliau mendeklamasikan sebuah puisi yang menyentuh perasaan hasil tulisnya sendiri berkenaan Palestin. Hadiah berupa wang tunai £500 hasil sumbangan ahli komuniti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin memberi penghormatan terakhir kepada dua syuhada di Gaza

Rabu, 30-05-2018 – Ribuan rakyat Palestin berarak pada petang Ahad pada majlis pengebumian dua syuhada yang dibunuh dalam serangan di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Ahli Biro Politik Jihad Islami Nafez Azzam berkata yang jenayah Israel ke atas rakyat Palestin menggambarkan kegagalannya untuk mematahkan semangat rakyat dan menghentikan protes perarakan untuk kembali. Azzam menambah yang perarakan untuk kembali mengesahkan yang rakyat Palestin tidak akan mengalah atau melepaskan hak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin diseru menyertai protes anti penjajahan pada Jumaat

Isnin, 28-05-2018 – Suruhanjaya Kebangsaan Perarakan Untuk Kembali menyeru penyertaan besar-besaran protes pada Jumaat di bawah slogan, “Kami akan tetap teguh walau disekat.”

Suruhanjaya itu menyeru rakyat Palestin untuk menyertai perarakan pada petang Jumaat dalam perjalanan memulangkan khemah yang dipasang di timur sempadan Semenanjung Gaza. Ia juga menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis untuk bangkit dan bersuara ke atas pelanggaran hak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tembak, cederakan 3 pemuda Palestin.

Isnin, 28-05-2018 – Tentera rejim Zionis Israel menembak ke arah sekumpulan pemuda Palestin yang sedang berhimpun bagi tujuan membuat bantahan di sepanjang sempadan timur Semenanjung Gaza. Tiga pemuda cedera akibat serangan itu, demikian lapor Palestinian Information Center (PIC).Mangsa ditembak kerana didakwa cuba memecahkan pagar sempadan antara Gaza dan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin membakar layang-layang dan menyebabkan kebakaran di sempadan Israel

Jumaat, 25-05-2018 – Rakyat Palestin membakar layang-layang diterbangkan dari Gaza dan ia mendarat pada Rabu di kawasan sempadan Israel seterusnya menyebabkan kebakaran di 5 lokasi termasuk kawasan pertanian Kibbutz Be’eri.

Menurut rangkaian 12 Israel, pasukan bomba Israel berusaha memadamkan kebakaran di kawasan Kibbutz Kissufim, Kibbutz Nahal Oz dan Hutan Assaf Simhoni. Sumber media Hebrew turut mendedahkan tentang satu lagi kebakaran dekat landasan keretapi di bandar Sderot yang disebabkan oleh belon mudah terbakar diterbangkan dari Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Indonesia benarkan barangan dari Palestin dibawa masuk tanpa dikenakan cukai.

Jumaat, 25-05-2018 – Kerajaan Indonesia mengambil keputusan membuka pasarannya untuk produk-produk dari Palestin dibawa masuk dengan duti import berkadar sifar. Menurut Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita, negaranya akan menerima semua jenis produk dari Palestin tanpa dikenakan sebarang sekatan termasuk memansuhkan duti import.

Semasa pertemuannya dengan duta Palestin ke negara itu, Zuhair al-Shun di Kementerian Perdagangan di Jakarta, Lukita dipetik sebagai berkata bahawa negaranya juga sedia mengeksport barang keluaran Indonesia ke pasaran Palestin, terutama barang yang mereka perlukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas: Duta AS ke Israel menimbulkan keruntuhan al-Aqsa

Jumaat, 25-05-2018 – Jurucakap Gerakan Hamas, Fawzi Barhoum mengecam duta besar AS ke Israel, David Friedman, kerana keseronokannya untuk menerima gambar Jajahan Yerusalem dari kumpulan penjajah Yahudi, menunjukkan bandar suci dengan pemandangan terkenal Dome of Rock yang digantikan oleh yang dikatakan kuil Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Rabu, Barhoum menyifatkan kelakuan Friedman yang tersenyum ketika menerima gambar itu sebagai tindakan perkauman yang mencerminkan perkongsian serius AS-Israel dalam menyerang tempat suci Palestin, Arab dan Islam.

Barhoum melihat langkah ini sebagai menghasut penghancuran masjid al-Aqsa dan menyeru mengambil tindakan yang serius oleh orang Arab dan Muslim untuk melindungi tapak suci dan menyokong keteguhan rakyat Yerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Palestin menyertai konvensyen senjata kimia dunia

Jumaat, 25-05-2018 – Palestine telah menghantar permohonan bagi menyertai konvensyen senjata kimia dunia kepada Kesatuan Eropah pada Rabu lepas. Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Larangan Penggunaan Senjata Kimia (OPCW) berkata “Palestin telah menghantar permohonan bagi menyertai konvensyen berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB pada 17 May 2018 . “Konvensyen ini akan disertai oleh Palestin pada 16 June 2018” Beliau menambah. OPCW ada badan antarabangsa bagi memantau penggunaan senjata kimia. Ianya telah menganjurkan konvensyen senjata kimia sejak 1997.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA, IOF terus menyasarkan para pelajar universiti

Khamis, 24-05-2018 – Pihak keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) terus menyasarkan warga Palestin di Tebing Barat dalam kempen penahanan para aktivis Islamik, sayap pelajar gerakan Hamas setelah memenangi pilihanraya jawatankuasa pelajar di Universiti Birzeit, Ramallah.

Pihak perisikan PA menahan 4 ahli blok Islamik setelah mereka membuat pementasan mengkritik PA ketika kempen pilihanraya university itu. Ahli kelima kumpulan itu membuat bantahan duduk atas penahanan tersebut.

Seorang lagi pelajar Universiti an-Najah, Mutasem Saqf al-Heit, rumah beliau diserbu oleh pihak keselamatan PA di kota Nablus bagi menangkapnya tetapi beliau tiada di rumah. Beliau pernah dipenjara selama 6 tahun di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Tempoh Tahanan Sheikh Raed Salah

Khamis, 24-05-2018 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Isnin melanjutkan tempoh penahanan Sheikh Raed Salah, ketua Cawangan Utara Gerakan Islam di Israel, hingga 30 Mei. “Mahkamah Tinggi mempertimbangkan permintaan Peguam Negara Israel untuk melanjutkan penahanan Sheikh Salah untuk tiga bulan lagi,” kata peguam Khaled Zabarqa, Salah.

“Kami mengemukakan permintaan kepada mahkamah minggu lalu untuk menimbang semula penahanan Sheikh Salah selepas mengambil keterangannya – yang mana dakwaan dan pengakuan beliau disalah ertikan,” tambah Zabarqa. Menurut peguam lagi, hakim Mahkamah Tinggi hari ini melaporkan bahawa Sheikh Salah akan tetap berada di penjara sehingga pengadilan menimbang kembali penahanannya pada 30 Mei.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel usir keluar warga Palestin dari tanah miliknya di Bethlehem.

Khamis, 24-05-2018 – Rejim Zionis Israel memberi notis kepada seorang warga Palestin dari perkampungan al-Khader, selatan Bethlehem supaya meninggalkan tanah miliknya sendiri yang terletak di kampung tersebut, demikian kata sumber tempatan.

Hassan Burajiya, seorang aktivis tempatan dipetik sebagai berkata kepada agensi berita WAFA bahawa rejim Zionis telah memerintahkan Mohamed Isa Musa supaya keluar dari tanah miliknya yang didakwa sebagai tanah milik Israel dan warga Palestin tidak dibenarkan untuk memasukinya. Beliau diberi masa 30 hari untuk membuat rayuan terhadap perintah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya menelefon Syeikh Azhar untuk berterima kasih di atas sokongan

Khamis, 24-05-2018 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menyatakan rasa terima kasih beliau kepada Mesir kerana menyokong penduduk Palestin dan agenda nasional mereka.

Perkara ini dinyatakan dalam perbualan telefon di antara beliau dan Sheikh Ahmad Al-Tayyib, Imam besar Masjid Al-Azhar

Haneyya turut bertukar ucapan Ramadhan Mubarak dengan Sheikh al-Tayyib dan berterima kasih di antas konvoi bantuan kemanusiaan yang di hantar al-Azhar ke semenanjung Gaza.

Pemimpin Hamas berkenaan menghargai pendirian al-Azhar mengenai isu Palestin dan Jerusalem yang ditegaskan dalam konfenrens yang dianjurkan dua bulan lepas di Kaherah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea