Selasa, 07-04-2020 – Pejabat Media Asra mengesahkan yang pentadbiran penjara Ofer Israel memindahkan 9 tahanan yang telah dikuarantin ke Penjara Saharonim Prison di Negev di mana pendatang Afrika ditahan.
Media Asra menyatakan yang perkhidmatan penjara Israel tidak melaksanakan ujian sewajarnya terhadap para tahanan yang dikuarantin walaupun mereka berhubung rapat dengan seorang tahanan yang menderita akibat coronavirus.
Sembilan tahanan itu adalah Rakan al-Ja’bari, Yazan al-Ja’bari, Hazaa al-Ammour, Qusay Daraghmeh, Dyab Barrash, Imad al-Sheikh, Mohamed Melhem, Sameh al-Ammour, dan Khalil Dawwas.
Selasa, 07-04-2020 – Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel telah memulakan mogok lapar kerana ketiadaan penjagaan kesihatan penting oleh Perkhidmatan Penjara Israel berikutan wabak coronavirus.
Perkhidmatan Penjara Israel sengaja meletakkan kehidupan tahanan Palestin dalam risiko dengan menarik balik produk pembersihan dari kantin penjara dan menolak untuk membasmi sel penjara atau melakukan pemeriksaan ke atas tahanan yang disyaki hidapi virus.
Menurut tahanan Fekri Mansour, 40, yang ditahan di Penjara Shata, tahanan Palestin dinafikan bekalan kebersihan asas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting walaupun sejumlah tahanan penjara, pegawai Israel dan tahanan Palestin telah positif coronavirus.
Selasa, 07-04-2020 – Peneroka haram Israel pada hari Ahad lalu telah mengepam air sisa kumbahan ke tanah ladang Palestin di bandar Beit Ummar di daerah Tebing Barat al-Khalil.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari blok etnik Etzion telah membanjirkan air kumbahan ke kawasan yang ditanam dengan anggur yang dimiliki oleh tiga keluarga Palestin di Beit Ummar, menyebabkan semua tanaman musnah.
Sementara itu, pasukan rejim Zionis telah memusnahkan sejumlah besar tanah milik warga Palestin di kampung bersebelahan al-Dhahiriya.
Para petani Palestin di al-Khalil sering berhadapan dengan serangan berterusan dari peneroka haram dan tentera Israel, yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar terutama sekali menjelang musim menuai anggur yang semakin hampir.
Selasa, 07-04-2020 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ibrahim Mulham melaporkan 3 suspek baru kes corona di dua bandar Badwi dan Sair yang menjadikan jumlah keseluruhan positif corona di Palestin menjadi 237 kes.
Dalam kenyataan akhbar, Isnin (6/4) pagi, jurucakap menyatakan, ketiga-tiga kes suspek corona iaitu seorang ibu berusia lingkungan 50 tahun dari kota Sair dan dua orang kanak-kanak yang berinteraksi dengan kedua orang tuanya di kawasan Badwi, Al-Quds yang sedang berada dalam tempoh kuarantin di hotel Karmal, Ramallah.
Sehari sebelumnya, jurucakap melaporkan 6 kes baru virus corona di Tebing Barat, sehingga jumlah keseluruhan positif COVID- 19 mencapai 234 kes. Ibrahim Mulham mengatakan, kes COVID-19 tercatat di Beitunia, termasuk 4 orang kanak-kanak.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 06-04-2020 – Pusat Informasi Palestina-Ketua gerakan Hamas di Gaza, Yahya Sinwar mengatakan, “Tiada kemampuan untuk menutup Gaza terhadap penduduk yang musafir dalam menghadapi Covid 19.”
Dalam wawancara dengan TV Al-Aqsha, Khamis (2/4) petang Sinwar menyebutkan, “Tak memungkinkan untuk melakukan lockdown, kecuali jika kita berlepas dari rasa kemanusiaan, kerana kami ada sekitar 400 pesakit barah di Gaza.”Menurut Sinwar, menahan masuk virus Covid 19 ke Gaza lebih mudah dibandingkan dengan Tebing Barat, kerana sedikit pintu masuk.
Kami juga telah membahaskan prosedur khusus untuk mengawal penyebaran virus Covid 19 ke Gaza sejak 5 Februari lalu dan pada awal Februari kami telah membina pusat kuarantin kesihatan di pintu masuk Rafah hanya dalam dua hari, lanjut Sinwar.
Pusat kuarantin kesihatan di pintu masuk Rafah terdiri dari 54 ruangan, dengan biaya USD130,000. Ia menjadi pusat kuarantin bagi mereka yang kembali dari negara yang terkena wabak.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim Israel bertindak merampas rumah bergerak milik penduduk Palestin di al-Jiftlik, tengah perkampungan Lembah Jordan.
Kata pegawai tempatan, Arif Dargaghmeh, tentera rejim menyerbu Khirbet Alan di bahagian barat daya al-Jiftlik dan merobohkan sebuah rumah bergerak kepunyaan Anwar Abu Jawdah.
Tambah pegawai itu lagi, tentera rejim merampas rumah tersebut tanpa memberi sebarang alasan sebab tindakan itu dibuat.
Isnin, 06-04-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Khamis menjalankan serbuan terhad di timur laut sempadan Semenanjung Gaza.
Sumber tempatan menyatakan yang beberapa jentolak berperisai yang diiringi oleh 13 kenderaan tentera memasuki beberapa meter kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun utara Gaza meratakan tanah di kawasan itu.
Kawasan timur sempadan Gaza sentiasa terdedah kepada pencerobohan Israel dan serangan tembakan yang menghalang ratusan para petani daripada bekerja di tanah mereka berdekatan pagar keselamatan.
Jumaat, 03-04-2020 – Tentera Zionis pada pagi Selasa menghancurkan rumah seorang Palestin yang sedang dibina di pintu masuk utama ke kampung Jabara, selatan Tulkarem di Tebing Barat.
Pegawai tempatan Ihsan Tahseen mengatakan bahawa dua jentolak yang dikawal oleh sebilangan besar tentera Zionis menyerbu kampung pada waktu pagi dan menutup pintu masuk timur dan barat sebelum mengelilingi rumah dan memulakan perobohan.
Rumah satu tingkat itu milik warga Palestin Khaled Rasheed dari kampung Kafr Abbush yang berdekatan.
Pemilik rumah telah menerima notis daripada tentera Zionis yang memerintahkannya untuk berhenti membina rumah dengan alasan pembinaan tidak mempunuyai kebenaran berlesen.
Tentera Israel memusnahkan tiga rumah Palestin di kawasan yang sama tahun lalu sebagai sebahagian daripada kempen perobohan yang mensasarkan kampung Jabara.
Jumaat, 03-04-2020 – Pemantau Hak Asasi Euro-Mediterranean telah mengutuk sekeras-kerasnya rejim zionis kerana terus menyerbu kota-kota Palestin, melakukan keganasan terhadap orang awam tanpa mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengabaikan mudharat yang mungkin timbul.
Menurut Pemantau Hak Asasi Euro-Mediterranean, 207 serbuan ke atas kota-kota Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis telah dilakukan sejak kerajaan Palestin mengumumkan darurat pada 6 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan untuk mengawal wabak coronavirus.
Serbuan tersebut merangkumi penahanan 191 warga Palestin, serangan ke atas puluhan yang lain dan pemusnahan kediaman warga Palestin. Kebanyakan operasi ini dilakukan tanpa tindakan pencegahan dan tanpa memakai topeng muka untuk menghalang penyebaran virus.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 03-04-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis diwaktu subuh dan menculik beberapa rakyat Palestin termasuk pegawai kanan Hamas, Omar al-Barghouthi.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik pegawai Hamas, Omar al-Barghouthi dan anaknya, Mohamed di rumah mereka di kampung Kobar.
Barghouthi, tokoh negarawan yang terkenal, telah menghabiskan masa selama 35 tahun di penjara Israel. Beliau adalah bapa kepada Saleh al-Barghouthi dan tahanan penjara, Asem al-Barghouthi.
Jumaat, 03-04-2020 – Rejim Israel menyerbu kem penempatan Shu’afat di timur Baitulmaqdis. Bagaimanapun, tiada laporan rumah yang digeledah dan tangkapan dibuat.
Menurut sumber tempatan, anggota tentera sentiasa berada di dalam kenderaan dan bergerak berdekatan jalan Anata di kawasan kem tersebut.
Tiada maklumat diperolehi samada terdapat warga yang ditahan atau rumah yang digeledah semasa operasi itu dijalankan.
Jumaat, 03-04-2020 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan positif untuk penyakit Coronavirus (COVID-19) hanya satu hari selepas pembebasannya dari penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada hari Rabu.
Suruhanjaya itu berkata keputusan ujian perubatan terhadap tahanan baru Nour ed-Din Sarsour, dari bandar Beitunia di barat Ramallah, menunjukkan dia menghidap COVID-19.
Sarsour ditangkap pada 18 Mac lepas dan dibebaskan pada petang Selasa selepas menghabiskan tempoh tahanan di Penjara Ofer dan Pusat Penyiasatan Benjamin.
Suruhanjaya itu mempertanggungjawabkan pemerintahan Israel dan Perkhidmatan Penjara Israel ke atas apa yang disifatkan mereka sebagai suatu “jenayah”, dan menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi tahanan Palestin dari pandemik tersebut.
Pertubuhan Banduan Palestin mengatakan bahawa Sarsour berkongsi bilik penjara yang sama dengan 36 tahanan Palestin selama 12 hari.
Israel kini sedang menahan 5,000 orang warga Palestin, termasuk 43 wanita, 180 kanak-kanak, dan 700 pesakit di penjara mereka. Beberapa puak dan kumpulan hak asasi Palestin berulang kali menyeru Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk campur tangan bagi memastikan keselamatan tahanan Palestin di kala wabak Coronavirus sedang melanda.
Jumaat, 03-04-2020 – Ketua Persatuan Kontraktor Gaza, Osama Kahil, mengumumkan pelancaran inisiatif penting untuk membuat produk ventilator buatan tempatan di Semenanjug Gaza, sesuai dengan spesifikasi Kementerian Kesihatan. Untuk tahap awal akan akan dilakukan pembuatan 100 ventilator untuk menyokong usaha menghadapi virus corona. Meskipun para kontraktor telah mengalami banyak kerugian akibat sekatan panjang yang berlangsung di Semenanjung Gaza.
Dalam sebuah pernyataan akhbar, Rabu (1/4/2020), Kahil mengatakan bahawa para kontraktor “Pembangun Bangsa” telah memutuskan untuk menyumbang pembuatan ventilator untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam kesiapsiagaan menghadapi krisis kesihatan global dan sebagai kelanjutan dari usaha persatuan yang terus dilakukan sejak awal pengumuman pandemik corona.
Persatuan Kontraktor menegaskan bahawa pihaknya bekerjasama dengan empat perusahaan tempatan untuk pembuatan ventilator yang sangat diperlukan oleh sektor kesihatan demi membuat alat yang sesuai dengan standard Kementerian Kesihatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 02-04-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menyerahkan arahan pemusnahan kediaman kepada satu keluarga seorang tahanan Palestin di penjara Israel Qassam al-Barghouti di kampung Kobar di Ramallah.
Keluarga Al-Barghouti’s diberi tempoh hingga 8 April untuk mengosongkan rumah dua tingkat tersebut sebagai persediaan untuk pemusnahan.
Al-Barghouti telah ditahan pada September 2019 atas tuduhan terlibat dengan serangan di mana seorang pendatang Israel telah dibunuh dan dua lagi cedera di kampung Deir Ibzi di Ramallah pada Ogos 2019.
Khamis, 02-04-2020 – Rejim zionis Israel bertindak menyerbu dua kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada waktu malam dan awal pagi dalam satu operasi menangkap sejumlah warga Palestin termasuk seorang pegawai kanan Hamas, Omar al-Barghouthi.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim menahan pegawai Hamas dan anak lelakinya, Mohamed di rumah mereka di perkampungan Kobar.
Pegawai Hamas itu merupakan individu terkenal dan pernah meringkuk di pejara selama 35 tahun. Beliau adalah bapa kepada pejuang yang syahid iaitu Saleh al-Barghouthi dan Asem al-Barghouthi yang masih berada di penjara.