Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tutup laluan Abu Salem sempena cuti Yahudi

Jumaat , 09-05-2014 – Pihak Berkuasa Bersenjata Israel (IOA) meneruskan penutupan laluan Kerem Abu Salem , di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa, selama dua hari berturut-turut dengan alasan untuk mengadakan sambutan ulang tahun ‘Kemerdekaan’.

Pihak berkuasa tersebut menutup laluan pada hari Isnin lepas sempena satu lagi sambutan nasional. Ketua Jawatankuasa Koordinasi untuk kemasukan barang-barang ke dalam Raed Fattouh Gaza dalam satu kenyataan, berkata laluan Abu Salem ditutup pada hari Isnin dan Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Jerusalem mengugut melakukan lebih banyak serangan di Mesir.

Jumaat , 09-05-2014 – Sekumpulan ”Ansar Jerusalem” mengugut untuk melakukan lebih banyak serangan di Mesir dalam satu kenyataan yang mengumumkan bertanggungjawab terhadap dua serangan berani mati pada jumaat, malam pelancaran kempen pilihanraya presiden.

Kumpulan Ansar Jerusalem ini menjelaskan bahawa lebih banyak kumpulan jihad yang bersenjata aktif di Mesir, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web jihad, kami mengumumkan tanggungjawab kami terhadap dua serangan yang disasarkan terhadap pagar keselamatan dan bas pelancongan di daerah selatan Senai.

Kenyataan itu menambah bahawa, ” kami tidak akan berehat sehingga kami mempertahankan darah dan maruah orang Islam,” yang merujuk kepada keazaman kumpulan bersenjata ini dalam meneruskan serangan mereka di Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kumpulan fanatik Yahudi isytihar niat mengotorkan Masjid Aqsa esok

Rabu , 07-05-2014 – Kuil Yahudi dan kumpulan belia Zionis mengisytiharkan niat mereka untuk mengadakan satu perarakan besar-besaran ke Masjid Aqsa pada hari Selasa bagi meraikan hari ‘kemerdekaan’ Israel dan sebagai cubaan untuk menegakkan kedaulatan Yahudi ke atas Masjid. Perkara ini diumumkan dalam beberapa laman web Yahudi dan laman social.

Menurut pengumuman ini, perarakan akan bermula dari Al Khalil Gate di Bandar Lama Baitulmuqaddis dan berhenti di Al Maghriba Gate sebelum memulakan percubaan memasuki Masjid Aqsa untuk menjalankan ritual bagi sambutan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Chetboun: Tentera sepatutnya menjajah kawasan Palestin daripada mengawal pos kawalan

Rabu , 07-05-2014 – Sayap kanan Knesset Yoni Chetboun, dari parti Yahudi menyelar tentera Israel kerana menggunakan tenteranya sebagai polis dan menugaskan mereka di pos kawalan serta menggesa agar peraturan itu diubah. “Tempat seorang tentera bukan di kawasan tetap, sebaliknya di lapangan,” Chetboun berkata dalam temuramahnya dengan agensi berita Israel Arutz Sheva.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu untuk menjelaskan alasan terhadap peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu di mana seorang tentera Israel dirakam sedang mengugut para pemuda Palestin dengan senjata di kepala mereka. Menurut Chetboun, polis sepatutnya menduduki kampung serta bandar Palestin untuk menghalang sesiapa daripada menghampiri dan menyerang pos kawalan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Ekstrimis Zionis Tebang 50 Pokok Zaitun Yang Sedang Berbuah Milik Warga Palestin

Rabu , 07-05-2014 – Sumber Palestina melaporkan, Ahad (4/5) sekumpulan ekstrimis Yahudi menyerang kawasan pertanian milik warga Palestin di Ramallah Barat, Tebing Barat.

Menurut Ketua Dewan Urusan Pertanian Karkar, Ir. Bahjat Samhan, sekumpulan ekstrimis Yahudi menebang sekitar 50 pokok zaitun yang sedang berbuah di kawasan Maghtamah.

Pepohonan zaitun yang ditebang tersebut adalah milik Haji Shalih Thaha. Dua tahun sebelumnya puak ekstrimis Yahudi telah menebang pokok-pokok zaitunnya. Beliau telah menanam semula pokok zaitun yang baru.

Dua bulan sebelumnya, ekstrimis Yahudi menebang sekitar 77 pokok zaitun berbuah di kawasan yang sama. Kawasan Rasras sering menjadi sasaran serangan ganas ekstrimis Yahudi, dan tanahnya disita dan dirampas untuk kepentingan penempatan Yahudi sesuka hati.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelbagai Pihak Bentuk Jaringan Sokong Kerajaan Perpaduan

Selasa, 06-05-2014 – Beberapa yayasan dan pertubuhan masyarakat sivil serta sejumlah tokoh nasional mahupun ahli akademik di Nablus menyeru untuk membentuk susunan gerakan yang besar bagi menyokong kerajaan perpaduan nasional Palestin.

Mereka juga menyeru pembentukan jaringan pendamai untuk menjamin terlaksananya kerajaan perpaduan dan pentingnya meningkatkan semangat positif serta menyingkirkan semua bentuk unsur negatif yang akan menghalang pelaksanaannya.

Dalam keteranganya kepada lembaga-lembaga pendukung kerajaan perpaduan menyeru pihak-pihak berkaitan agar segera merealisasikan kesepakatan dan menyokong jawatankuasa yang lahir dari kesepakatan tersebut agar dapat bekerja secara bebas. Mereka juga menyeru agar semua pihak untuk mendukung kesepakatan perpaduan ini secara saksama. Tindakan awal adalah dengan memberhentikan penangkapan terhadap ahli politik serta dibuka kembali beberapa organisasi yang telah dibekukan. Semua pihak hendaklah maju ke hadapan dalam satu barisan dalam melindungi dan membela hak-hak dan masalah rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abbas memberi penerangan kepada Marzouki berkenaan kesan-kesan pembangunan ke atas rakyat Palestin.

Selasa, 06-05-2014 – Duta rakyat Plaestin ke Tunisia, Salman Hafri telah menyampaikan sepucuk surat dari pengerusi PA, Mahmoud Abbas ke President Tunisia, Mohamed Moncef Marzouki.Abbas menerangkan kepada rakan sejawatannya di Tunisia bekenaan khabar terkini berkenaan pembangunan rakyat Palestin terutamanya tentang kerosakan yang dilakukan oleh Israel termasuk pembinaan oleh penceroboh Yahudi dan juga polisi Pengyahudian. Surat itu juga menyentuh tentang perundingan Israel-Palestin di bawah perantaraan US juga halangan yang diletak oleh penceroboh yahudi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syuhada

Categories
Berita Semasa

Barghouthi: Undang-undang ‘Negara Yahudi’ bersifat perkauman

Selasa, 06-05-2014 – Dr. Mustafa Barghouthi, Ketua Setiausaha untuk Palestinian National Initiative, menyatakan bahawa percubaan Perdana Menteri Kerajaan Haram Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menggubal satu undang-undang asas yang menyatakan bahawa Israel adalah ‘negara bangsa Yahudi’ menjadi bukti kepada sistem apartheid Israel.

Dalam satu kenyataan beliau pada Jumaat lepas, Barghouthi berkata undang-undang tersebut mengancam hak-hak sejarah rakyat Palestin dan membuka laluan kepada dasar penjajahan Israel. “Undang-undang ini menafikan dakwaan bahawa Israel merupakan sebuah negara demokratik dan mengukuhkan lagi unsur diskriminasi dan perkauman yang wujud pada kurun ke-21 ini”, tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Israel Menahan dan Mengeluarkan Saman di al-Khalil

Selasa, 06-05-2014 – Tentera Israel telah memulakan kempen menahan dan mengeluarkan saman di al-Khalil dekat Selatan Tebing Barat.

Penduduk tempatan memberitahu wartawan PIC, tentera Israel telah menyerang bandar Yatta, Dora,Bani Naim dan Fahs di al-Khalil. Tiga rakyat Palestin ditahan selepas tentera Israel meceroboh rumah mereka dan telah menyerang mereka dengan ganas, tambah sumber tersebut.

Dalam masa yang sama, tentera Israel bertindak menceroboh beberapa perkampungan di bandar al-Khalil dan telah mendirikan beberapa pusat pemeriksaan pada pintu masuk mereka. Beberapa buah kenderaan telah ditahan dan diperiksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang perarakan mingguan memprotes penempatan di Tebing Barat

Selasa, 06-05-2014 – Sejumlah warga Palestin dan aktivis asing mengalami kecederaan apabila tentera rejim Israel (IOF) menyerang ketika perarakan mingguan menentang penempatan di Tebing Gaza di kawasan Tebing Barat pada petang Jumaat.

Di kampung Nabi Saleh dekat Ramallah, 5 pembantah dari kalangan warga Palestin cedera akibat tembakan peluru manakala ramai lagi yang lain mengalami kesesakan nafas ketika mereka berusaha menuju kawasan Tebing Barat yang dijajah itu.

Para penduduk Nabi Saleh telah mengadakan demonstrasi mingguan selama beberapa tahun rentetan perampasan tanah kampung mereka dan pengambilalihan kawasan sumber air mereka oleh penempatan Halamish yang merupakan kawasan penempatan Israel berdekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Gaza Sedia Serahkan Tanggungjawab Kepada Kerajaan Perpaduan

Ahad, 04-05-2014 – Dr. Yusuf Rizqa, penasihat politik PM Palestin Ismail Haniyah, menegaskan bahawa pemerintah Haniyah telah bersedia untuk menyerahkan fungsi dan tanggungjawabnya kepada kerajaan perpaduan nasional dan melaksanakan kesepakatan.

Rizqa mengatakan, pemerintah yang dipimpin Ismail Haniyah sejak Deklarasi Doha sudah siap sedia untuk merealisasikan kerajaan perpaduan. Hal ini sangat jelas.Beliau melihat bahawa tuntutan yang muncul di media massa terhadap PM agar mengajukan pengunduran diri bukan pada tempatnya.

Beliau menambah, “Tidak perlu mengundur diri agar tidak berlaku kekosongan dalam kerja pemerintahan. Masalah ini sudah pasti (Haniyah menyerahkan fungsinya) ketika telah terbentuk kerajaan perpaduan nasional untuk melaksanakan kesepakatan.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka-peneroka Yahudi tebang 150 pohon zaitun

Ahad, 04-05-2014 – Peneroka – peneroka Yahudi menebang lebih daripada 150 pohon zaitun di perkampungan Hawara di selatan Nablus, dalam serangan kedua kurang daripada 24 jam dari serangan sebelumnya, pada Isnin lalu.

Ghassan Daghlas yang bertanggungjawab dalam memantau aktiviti penempatan di selatan Tebing Barat berkata bahawa sekumpulan peneroka dari penempatan Yitzhar telah memusnahkan pohon-pohon zaitun dengan menggunakan gergaji elektrik di kawasan Jurf dalam perkampungan Hawara. Daghlas memaklumkan kepada wartawan PIC, pohon-pohon tersebut adalah kepunyaan beberapa penghuni perkampungan tersebut termasuk seorang wanita dan wakaf masjid. Peneroka telah menebang 60 batang pohon zaitun di perkampungan Hawara dalam serangan pertama
pada hari Ahad dengan menggunakan cara yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nursyarira

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan rakyat Palestin kerana menyeberangi pagar Gaza

Ahad, 04-05-2014 – Tentera rejim Israel menahan seorang lelaki Palestin setelah beliau menyeberangi sempadan Gaza menuju arah timur laut kem pelarian Breij di Semenanjung Gaza pada Isnin. Sumber tempatan mengatakan bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali telah diarahkan menanggalkan pakaian oleh tentera sebelum ditahan.Manakala, kenderaan IOF dilihat berkumpul di timur Juhr Al-Deek bertentangan pertengahan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Peningkatan penahanan oleh Israel di Tebing Barat

Selasa , 29-04-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) melancarkan serbuan pada subuh Rabu dan menahan 15 warga Palestin di pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Menurut Muhammad Awadh, jurucakap jawatankuasa popular menentang pembinaan tembok dan pendatang, di al-Khalil, IOF menahan bekas tahanan Ayman Hussein Zaakiq, 36, setelah menyerbu rumahnya di Beit Ummar dan menggeledahnya. Zaakiq telah dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui. IOF turut memaksa para petani Palestin keluar dari tanah mereka berdekatan penempatan Karmi Tzur settlement, di mana para tentera menjalankan arahan pengusiran atas alasan keselamatan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penemuan perdamaian Hamas-Fatah: Daripada impian kepada realiti

Selasa , 29-04-2014 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memberitahu pada awal hari Rabu , sesi pertama mesyuarat perdamaian telah diadakan antara Hamas dan pasukan PLO dan berakhir pada hari Rabu jam 01:30 pagi.

Abu Zuhri menegaskan dalam satu kenyataan kepada keadaan yang memberi harapan di mana mesyuarat itu diadakan. Rundingan akan disambung semula dalam sesi yang lain pada hari Rabu jam 11:00 pagi. Lima anggota delegasi PLO tiba di Gaza petang semalam untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu perdamaian yang sangat diinginkan oleh Fatah-Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah