Categories
Berita Semasa

Qasim: Keluar Dari Kebuntuan, Palestin Perlu Bubar OP

Khamis, 14/03/2013 – Penganalis dan juga intelektual Palestin, Prof. Abdul Satar Qasim berpendapat bahawa penyelesaian dan pilihan ideal untuk keluar dari kebuntuan Palestin dengan segala bentuknya tidak akan menemukan jalan kecuali dengan membubarkan pihak Otoriti Palestin (OP) dan membentuk badan nasional untuk mengelola urusan rakyat.

Qasim menyatakan, “Penyelesaiannya adalah dengan kembali ke akar. Otoriti Palestin dan kementerian keamanan dihentikan serta badan nasional mengelola urusan penduduk. Keamanan nasional menjadi tanggungjawab fraksi-fraksi Palestin dalam kerangka politik keamanan baru.”

Berkaitan dengan kunjungan yang akan dilakukan Presiden Obama pada 20 Mac ini, Qasim mengingatkan bahawa kunjungan tersebut tidak akan merealisasikan sebarang manfaat kepada warga Palestin. Beliau menyeru agar pihak Otoriti Palestin di Ramallah supaya tidak bergantung harap terhadap kunjungan tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah penjajah Yahudi memanjangkan penahanan belia Jerusalem

Khamis, 14/03/2013 – Mahkamah Majistret Israel di Jerusalem telah melanjutkan tahanan belia Palestin dari Jerusalem kawasan kejiranan Silwan, Isawiya dan Bandar Lama untuk “menyelesaikan siasatan”.

Peguam Mohammed Ramzi Mahmoud, dari Addameer Persatuan, memberitahu bahawa Pusat Maklumat Wadi Hilweh, bahawa penahanan 2 belia dari Issawiya telah dilanjutkan hingga Selasa depan. Mereka ditahan pada subuh Ahad dari rumah mereka atas tuduhan melontar batu, manakala seorang budak 16 tahun dilepaskan dengan ikat jamin daripada 3000 shekel, dan meletakkan beliau di bawah tahanan rumah selama 15 hari. Beliau menambah bahawa mahkamah juga telah melanjutkan penahanan seorang remaja Iyad Obeid, sehingga hari Isnin, menunjukkan bahawa dia telah ditangkap minggu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Aktivis Kibar Bendera Palestin Dalam Kem Tentera Israel di Bethlehem

Selasa, 12/03/2013 –Aktivis Palestin telah berjaya menyerbu masuk ke dalam kem tentera Israel di selatan bandar Bethlehem dekat Tebing Barat, dan mengibarkan bendera Palestin di pintu masuk kem tersebut.

Aktivis Palestin, Hassan Brejiyeh mengesah bahawa Jawatankuasa Penentang Popular di selatan Tebing Barat telah menganjurkan mogok duduk membantah bersama-sama dengan tahanan yang melancarkan mogok lapar serta memprotes pihak yang memijak kitab suci Al-Quran dengan menendangnya ke atas tanah dalam Masjid Al-Aqsa selepas tentera zionis tersebut menyerang seorang pelajar wanita.

Penyelaras Jawatankuasa Popular Menentang Tembok dan Penempatan di selatan Tebing Barat mengesahkan bahawa sekumpulan 30 orang pemuda Palestin berjaya menyerbu ke dalam kem tentera Israel yang dibina di wilayah bandar Beit Jala dekat daerah Bethlehem dimana mereka telah mengibarkan bendera Palestin di pintu masuk kem tersebut sebelum diserang oleh tentera zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Hamas memberi ucapan takziah atas kematian Chavez

Selasa, 12/03/2013 – Gerakan Penentang Islam, Hamas, melanjutkan ucapan takziah kepada “mesra rakyat dan kerajaan” Venezuela di atas kematian Presiden Hugo Chavez pada malam Selasa.

Hamas dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata Chavez berdiri menyokong perjuangan Palestin, sambil menambah bahawa dia sentiasa mempertahankan kebebasan rakyat Palestin dan mengutuk perang Israel ke atas Gaza.
Hamas berharap Venezuela akan kekal sebagai penyokong setia hak-hak rakyat Palestin dalam menghadapi pendudukan Israel dan keangkuhan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

11 wartawan Palestin di dalam penjara rejim Israel

Selasa, 12/03/2013 – Rejim Israel memenjarakan 11 wartawan Palestin, yang terbaru diambil dari rumahnya di Nablus pada subuh hari Rabu.

Yayasan hak asasi manusia Tadamoun dalam kenyataannya menyebut bahawa Bakir Ateeli, 27 merupakan jurukamera dan penerbit berita untuk beberapa rangkaian TV tempatan dan Arab.

Yayasan itu mengimbas kembali yang Bakir Ateeli sebelum ini ditahan di penjara Israel lebih dua tahun. Yayasan itu juga mendakwa rejim Israel menyasarkan para wartawan Palestin bermula tahun 2013 dengan menahan 4 daripada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Issawi masih lagi meneruskan mogok lapar walaupun kondisi kesihatan semakin menurun

Khamis, 07/03/2013 – Samer Al-Issawi, yang telah menjalani mogok lapar sejak enam bulan lepas, telah dipindahkan dari Hospital Penjara Ramle ke Hospital Kaplan selepas kesihatannya semakin buruk.

Peguam Jawad Bulous, ketua bahagian undang-undang bagi persatuan tahanan Palestin berkata, Issawi terpaksa dipindahkan ke Hospital Kaplan pada hari Selasa selepas denyutan nadinya menjadi teramat lemah dan beliau berpeluh pada keseluruhan muka dan anggota tubuh lain kerana kepenatan melampau.

Bulous berkata sewaktu melawat Issawi Ahad lepas, dia telah membantah perakuan pekerja di hospital tersebut yang dengan sengaja meletakkan susu dan cecair lain di hadapan katil Issawi dengan niat untuk menghentikan mogok lapar Issawi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Hafizah

Categories
Berita Semasa

Haniyeh seru kempen menyokong para tahanan diteruskan

Khamis, 07/03/2013 – Perdana Menteri Ismail Haniyeh, telah menyeru rakyat Palestin agar melancarkan intifada ketiga ke atas rejim Israel sehingga para tahanan di penjara Israel dibebaskan.

Ia dinyatakan dalam majlis pembukaan pameran yang dianjurkan Kesatuan Tahanan dan Bekas Tahanan pada pagi Ahad, dihadiri para menteri Palestin, ahli parlimen, pemimpin pelbagai kumpulan dan tahanan yang telah dibebaskan, beserta wakil delegasi Tunisia yang mengunjungi Semenanjung Gaza.

Pameran itu mempamerkan gambar-gambar para tahanan yang diambil dalam penjara Israel untuk pertama kalinya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi menghalang pemulihan telaga air di utara Lembah Jordan

Khamis, 07/03/2013 – Tentera regim zionis menghalang penduduk dua dusun di utara Lembah Jordan dari membaiki dan memulihkan lima telaga yang membentuk sumber air utama mereka.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa penduduk Khirbat al Hadidiya telah bermula beberapa hari lalu membaiki dua telaga, tetapi regim tentera Zionis memberhentikan usaha mereka dan menghalang mereka daripada bekerja di telaga tanpa sebab.
Penduduk Khirbet Samra juga telah diharamkan dari memulihkan tiga telaga air lama, di bawah alasan yang rapuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis halang keluarga untuk melawat MP Tal

Khamis, 07/03/2013 – Rejim Zionis (IOA) menyekat lawatan keluarga ke atas tahanan ahli parlimen, Mohammed Al-Tal di penjara Ofer, barat Ramallah Ahad lalu.

Ahli keluarga beliau berkata bahawa IOA menyekat lawatan mereka yang dianjurkan oleh Palang Merah,
tanpa memberi apa-apa sebab. IOA menangkap Tal di rumahnya hampir sebulan lalu untuk kali keempat semasa keahlian beliau dalam majlis perundangan Palestin. Beliau telah ditahan lima kali sebelum itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

2 syahid dan 350 lagi ditahan pada bulan Februari lepas

Khamis, 07/03/2013 – Yayasan Hak Asasi Manusia Tadhamon berkata tentera Zionis Israel pada Februari lalu masih meneruskan dasar penindasan terhadap penduduk di wilayah Palestin.

Yayasan itu memantau dalam laporan bulanannya menganai pencabulan hak oleh Israel dengan melakukan pembunuhan awam, kesinambungan daripada pencerobohan, tangkapan, rampasan tanah Palestin dan ladang-ladang untuk meluaskan penempatan haram serta bertindak merobohkan bangunan Palestin.

Ahmed Betawi, penyelidik Yayasan Al Tadhamon menegaskan Februari lalu telah menyaksikan kesyahidan dua rakyat Palestin: Qassam al-Dhamidi, 18 dari kampung Hawara di selatan Nablus yang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami sejak 8 tahun lalu apabila dia telah dipukul dan dihalau oleh peneroka Yahudi, dan sorang lagi tahanan iaitu Arafat Jaradat, 30 dari Sa’ir kampung di al-Khalil, yang meninggal dunia akibat penyeksaan yang beliau telah alami di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pihak Otoriti Palestin Ancam Hentikan Gaji Tawanan

Khamis, 07/03/2013 – Sudah jatuh ditimpa tangga. Barangkali itu ungkapan tepat terhadap nasib tawanan Palestin di penjara Zionis yang melakukan tindakan mogok lapar. Pihak Kementerian Urusan Tawanan pemerintah Palestin di Ramallah mengancam akan menghentikan gaji mereka jika ikut serta dalam mogok lapar.Padahal sepatutnya pihak Otoriti Palestin menekan penjajah Zionis agar menghentikan tindakan menekan tawanan.

Keputusan rasmi Kementerian Tawanan Otoriti Palestin ini disampaikan oleh menterinya, Isa Qaraqi hari ini Ahad (3/3) bahawa jika tawanan meminta keluarganya menyeludup, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Kementerian Tawanan Palestin ini menyatakan bahawa mana-mana tawanan yang tertangkap menyeludup barang ke dalam penjara maka gajinya akan dihentikan.

Tawanan Palestin di penjara penjajah terpaksa menyeludup barang-barang keperluan mereka seperti ubat-ubatan, sim card telefon bimbit kerana penjajah menghalang kemasukkan keperluan tersebut ke dalam penjara. Padahal telefon bimbit adalah satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka. Pada masa yang sama, penjajah Zionis turut melarang kunjungan ahli keluarga.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Sabri Gesa Boikot Marathon Baitulmaqdis

Isnin ,04-03-2013 – Sheikh Ekrema Sabri, ketua Pihak Berkuasa Tinggi di Baitulmaqdis telah mengecam pihak berkuasa Israel kerana menganjurkan acara yang dipanggil ” Marathon Baitulmaqdis”.

Beliau memberitahu akhbar Quds pada Khamis yang lepas bahawa pihak Zionis mencuba sedaya upaya untuk meng’yahudi’kan Baitulmaqdis. Beliau menambah, laluan bagi acara marathon tersebut melibatkan daerah di duduki timur Baitulmaqdis.

Beliau berkata, marathon tersebut yang dianjurkan pada Jumaat, 1 Mac 2013 dengan penyertaan 17000 orang pendatang Yahudi termasuklah ahli parlimen, pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin parti dan 1500 atlit daripada 52 buah negara terlibat dalam agenda meng’yahudi’kan Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam menafikan kenyataan palsu menggunakan namanya

Isnin ,04-03-2013 – Briged Ezzedeen Al-Qassam menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengancam pihak tentera Mesir dan menyelar penyiaran kenyataan palsu membabitkan nama Briged tersebut oleh sebahagian media Mesir.

Briged Al-Qassam menyatakan rasa terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya dalam kenyataan akhbar pada Rabu tentang kenyataan palsu mengaitkan namanya oleh sebahagian media Mesir yang merangkumi ugutan kepada tentera Mesir. Briged Al-Qassam menekankan bahawa ia hanya bertanggungjawab ke atas kenyataan dan maklumat yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara ke atas kanak-kanak, juga mengenakan tahanan rumah ke atas seorang doktor

Isnin ,04-03-2013 – Mahkamah Israel Ofer menjatuhkkan hukuman penjara selama 19 bulan ke atas seorang kanak-kanak Palestin dari kawasan perkampungan Souriff, daerah Al-Khalil.

Israel menahan kanak-kanak tersebut, Mahmoud Ghunaimat, bersama sekumpulan kanan-kanak lain dari perkampungan yang sama yang berumur dari 14 hungga ke 18 tahun, 3 bulan lalu dan menjatuhkan hukuman penjara dari enam hingga ke lapan belas bulan bersama denda.

Sementara itu, majistret mahkamah di Jerusalem, telah membebaskan Dr.Amani Ode, 26, atas jaminan dan syarat agar beliau harus sentiasa berada di kawasan kediaman beliau selama 10 hari. Pihak pendakwa Israel mendakwa beliau atas alasan hasutan dan penyebaran risalah yang berbaur hasutan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Zionis Tangkap 382 Penduduk Sepanjang Februari, Termasuk 10 Wanita

Isnin ,04-03-2013 – Data perangkaan Palestin menunjukan, Sepanjang bulan Februari lalu, tentara Zionis telah menangkap 382 warga Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Beradasarkan data dari pusat kajian tawanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, Khamis (28/2) menunjukan, ke semua tawanan yang ditangkap bulan Februari ini, enam orang dari Semenanjung Gaza, selebihnya merupakan warga Tebing Barat. Sepuluh diantaranya adalah wanita yang sudah dibebaskan sebelumnya.

Sementara itu pihak Nablus mengeluarkan daftar warga yang ditangkap tentera Zionis. Seramai 38 penduduk ditangkap di beberapa pintu masuk yang begitu banyak di Tebing Barat. Ia mengakibatkan penduduk terpaksa menempuh terlalu banyak pemeriksaan saban hari. Penangkapan juga terjadi di Bethanun ketika penduduk hendak ke hospital.Tiga penangkapan berlaku di pintu masuk Karomah, diantaranya seorang pelukis karikatur Palestin Muhammad Sabanginah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman