Khamis, 14-01-2021 – Tentera rejim Zionis Israel pada pagi Selasa lalu telah merampas fasiliti pertanian berlesen di bandar Tuqu di timur Bethlehem di Tebing Barat.
Datuk bandar Tuqu Tayseer Abu Mufreh memberitahu bahawa kakitangan dari pentadbiran awam tentera Israel telah merampas fasiliti pertanian yang digunakan untuk menjual bunga dan anak benih di kota itu.
Abu Mufreh menambah bahawa tentera Israel mengambil tindakan tersebut walaupun pemiliknya, Salim Hamdan, memiliki lesen untuk membuka dan mengendalikan fasiliti tersebut di daerah itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 14-01-2021 – Tentera Rejim Zionis pada Isnin meneruskan membenarkan pendatang Yahudi untuk mencemarkan Masjid Aqsa walaupun perintah berkurung coronavirus dikenakan di Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, sekumpulan pendatang pelampau yang diketuai oleh seorang rabbi memasuki Masjid menerusi pintu al-Maghariba, berlegar-legar di dataran dan melakukan ibadat Yahudi.
Atas alasan menghalang penularan coronavirus, polis rejim baru-baru ini mengenakan sekatan ketas ke atas kota suci itu dan mengumumkan sekatan pergerakan ke atas warga tempatan Palestin, termasuk “melakukan perjalanan lebih 1,000 meter dari rumah, kecuali dalam keadaan tertentu, adalah dilarang.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 14-01-2021 – Rejim Zionis (IOF) menahan beberapa orang rakyat Palestin di waktu malam dan subuh dalam serbuan ke pelbagai kawasan di Tebing Barat ketika para peneroka meneruskan serangan mereka di sekitar Nablus.
Di Jenin, IOF menahan Amir Ahmed Zakarneh setelah menyerbu dan menggeledah kediamannya di Qabatiya, selatan Jenin.
Di Tubas, IOF menerobos masuk ke kota Tamoun, timur Tubas, dan meningkatkan kehadiran mereka di kawasan Masjid Al-Mahamid – Rafid di bandar itu. Bekas banduan itu, Othman Bani Odeh, ditangkap setelah melakukan serbuan dan menggeledah kediaman keluarganya, dan menambah bahawa IOF telah menangkap saudaranya dua hari yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Khamis, 14-01-2021 – Pihak Berkuasa Palestin pada hari Isnin menyeru Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu untuk menghentikan usaha penggalian di kawsan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis Israel, sambil memberi amaran tentang penggalian itu mengancam asas Masjid Al- Aqsa.Ini hadir dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh pihak Kementerian Luar Negara dalam maklumbalas terhadap amaran oleh Pengurusan Islam Awqaf di Jerusalem .
Amaran yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Islam terhadap penggalian rejim Zionis Israel di dataran Al-Buraq dan berhampiran pintu Al-Maghariba di Masjid Al-Aqsa.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan , Kementerian Luar Palestin amat prihatin terhadap aktiviti penggalian di dataran Al-Buraq dan kawasan sekitarnya dan ianya dilihat sebagai perancangan rejim Zionis Israel dalam menjadikan Masjid Al-Aqsa dan persekitarannya sebagai kawasan Yahudi dan sering kali melanggar ketetapan resolusi Bangsa Bersatu , terutamanya yang resolusi yang dikeluarkan oleh UNESCO.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis, 14-01-2021 – Pejuang Palestine melancarkan tembakan kearah pasukan Israel yang menyerbu kota Qabathia, Jenin Selatan.Sumber lokasi melaporkan pasukan Israel menyerbu Kota Qabathia, Jenin Selatan dan menangkap 3 pemuda Palestine; Amir dan Mohammad Amir Zakarinah serta Mohammad Mahmud ABu Rub.
Menurut sumber, pertempuran antara pemuda Palestine dan pasukan Israel di mana pemudaPalestine melempari pasukan Israel denngan batu dan Molotov dan di balas dengan tembakan peluru tajam dan gas pemedih mata oleh pihak Israel. Pertempuran ini berlaku selama dua hari berturut-turut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu, 13-01-2021 – Polis rejim Zionis Israel pada hari Isnin membenarkan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al-Aqsa tanpa mematuhi perintah berkurung virus Corona sedang berlangsung.
Mengikut laporan tempatan, kumpulan peneroka yahudi ekstrimis diketuai oleh pendita mereka memasuki kawasan Masjid melalui pintu Al-Maghariba, menerokai kawasan perkarangan Masjid dan melaksanakan upacara ibadah yahudi.Polis rejim zionis menggunakan alasan untuk mengekang penyebaran virus Covid bagi melaksanakan perintah berkurung ke atas tanah suci.
Mereka juga meletakkan larangan pergerakan bagi warga Palestin seperti tidak membenarkan pergerakan lebih dari 1000 meter dari rumah, melainkan atas situasi tertentu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 13-01-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas bertemu dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Ahad di pejabatnya di Emiri Diwan, Doha.
Pada awal pertemuan, Haneyya mengucapkan tahniah atas perdamaian Teluk dan keputusan positif di kemuncak Majlis Kerjasama Teluk pada sesi ke 41nya.
Ketika pertemuan, perkembangan di Palestin dibincangkan. Haneyya memaklumkan perkembangan terbaru di Palestin, terutamanya tentang usaha mengukuhkan kesatuan kebangsaan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 12-01-2021 – Pasukan penjajah Israel, Khamis (7/1) menangkap seorang pemuda Palestin setelah menembaknya di gerbang kota Jericho.
Menurut saksi di lokasi, pasukan Israel yang berkumpul di gerbang Jericho Utara, melancarkan tembakan ke salah seorang pemuda sehingga cedera sebelum kemudian menangkapnya.
Disebutkan bahawa pasukan Israel secara intensif berkumpul di lokasi dan menembak para pemuda Palestin, bertepatan dengan penutupan gerbang utara kota dan memeriksa identiti para pelawat.
Dalam pada itu, pasukan Israel menolak dan meratakan tanah luas di kawasan kota Baruqin dan Kafr Dik, Salfit barat.
Dato Bandar Kafr Dik, Ibrahim Isa dalam keterangan akhbarnya menyebutkan, bulldozer Israel menolak tanah pertanian yang terletak di kawasan bahagian utara, dekat penempatan Baruchin.
Penjajah Israel berusaha membina jalan baru untuk kepentingan penduduk Yahudi dengan mengorbankan tanah milik penduduk yang disita untuk pembangunan penempatan Yahudi.
Penolakan tanah berlaku kurang dari 24 Jam setelah sebelumnya mereka menebang lebih daripada 1000 pohon zaitun di Der Balut, Salfit barat dalam usaha membangunkan 1400 unit penempatan Yahudi di kawasan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 12-01-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Khamis mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan kawalan polis walaupun perintah berkurung dilaksanakan di kota suci itu.
Walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas Baitulmuqaddis dan penduduknya beberapa hari lalu atas alasan mencegah penyebaran coronavirus, polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi memasuki masjid dan datarannya.
Dalam satu insiden lain, sekumpulan pendatang Yahudi diiringi tentera pada Khamis menceroboh Masjid Nabi Musa dan Kawasan suci di antara Jericho dan Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 12-01-2021 – Rejim Zionis Israel memaksa keluarga Jerusalam untuk merobohkan sebahagian dari rumah mereka di daerah Ras al-Amud, bandar Silwan atas alasan membina bangunan tanpa permit.
Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis Israel memaksa penduduk Jerusalem, Hatem al-Salaymeh untuk merobohkan sebahagian dari rumah dimana telah didiami sejak 20 tahun bersama isteri dan tiga orang anak.
Rejim Zionis Israel mengugut Hatem, mereka akan memusnahkan keseluruhan rumah beliau sekiranya beliau enggan meruntuhkan sebahagian dari rumahnya. Hatem telah membayar ufti tahunan sebanyak 70,000 shekels untuk bahagian rumah ini sepanjang 20 tahun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Sabtu, 09-01-2021 – Sheikh Muhammad Hussein, Mufti Besar Jerusalem dan Palestin dan juga pengajar Masjid Al-Aqsa, mengecam keras usaha pencerobohan Zionis dalam mengubah hak Islam ke atas tanah suci di Masjid Al-Aqsa.
Dalam kenyataan pada hari Selasa, Sheikh Hussein menyatakan penentangan beliau ke atas pengubahan hak agama, sejarah dan perundangan di Masjid Al-Aqsa, merangkumi hak orang rang Islam“ Masjid Al-Aqsa adalah salah satu masjid dua kiblat dan tempat suci Islam yang ketiga. Masjid, dengan segala bangunan, kawasan terbuka di atas dan di bawahnya adalah hak mutlak orang Islam “ kata beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Sabtu, 09-01-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menembak seorang pemuda Palestin secara kejam atas alasan beliau cuba melakukan serangan tikaman di selatan Bethlehem.
Menurut media Hebrew, pemuda tersebut ditembak mati oleh tentera di pos pemeriksaan dekat penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.
IOF mendakwa pembunuhan itu adalah berasas atas dakwaan pemuda tersebut sedang memegang kapak dan tidak mempedulikan jeritan daripada tentera agar berhenti.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 06-01-2021 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi mula menceroboh masuk pekarangan masjid suci Aqsa pagi Ahad dengan kawalan anggota polis rejim Israel biarpun pihak berkuasa Baitulmaqdis telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya.
Sumber dari penduduk tempatan melaporkan bahawa kumpulan pendatang Yahudi itu memasuki halaman masjid melalui pintu Maghareba, berkeliaran di sekitar masjid dan keluar menerusi pintu Al-Silsila.
Sumber memberitahu lagi, anggota polis rejim berada berdekatan pintu Maghareba ketika kejadian. Pendatang Yahudi turut membuat provokasi sambil berjalan di pekarangan masjid sebelum keluar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu, 06-01-2021 – Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin baru-baru ini telah menuduh perkhidmatan penjara Israel (IPS) terus-menerus mengabaikan tahanan Palestin, Jamal Amr, dari kota al-Khalil, yang menderita pelbagai masalah kesihatan.
Menurut Suruhanjaya tersebut, Amr, 48, menderita masalah kesihatan yang serius di hati, ginjal dan usus.
Amr memberhentikan mogok laparnya baru-baru ini setelah menerima janji Israel untuk memberikannya rawatan yang sewajarnya, tetapi IPS masih mengabaikan keadaan kesihatannya dan keperluannya untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Banduan berkenaan berada di penjara Israel sejak 2004 untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul