
Isnin , 02/01/2012 – Dalam surat dihantar Selasa, 4 negara Eropah ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Britain, Perancis, Jerman, dan Portugal mengutuk pengumuman terbaru Israel mengenai keputusan kerajaan Israel meluluskan 1,000 unit rumah kediaman baru di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Beberapa buah negara lain juga turut mengutuk keputusan tersebut termasuk Afrika Selatan, India, dan Brazil.
4 negara Eropah menegaskan penyelesaian perumahan di tanah yang diduduki oleh warga Palestin itu menyalahi undang-undang antarabangsa, dan menyatakan keputusan Israel membesarkan perumahan itu adalah “pembangunan negatif” dan akan menghalang kembali sebarang rundingan.
Dalam surat mereka, jurucakap berkata, “Daya maju negara Palestin yang kami mahu lihat dan penyelesaian 2 negara yang penting untuk keselamatan jangka panjang Israel telah diancam oleh pengembangan perumahan yang sistematik dan disengajakan itu,” sambil menambah, “Kami mengutuk maklumbalas yang ganas dari pihak pemaju, termasuk pembakaran masjid-masjid di Tebing Barat dan Baitulmaqdis…Ia adalah nyata serangan provokasi yang disengajakan ke atas tempat ibadat untuk mencetus ketegangan.”
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep