Categories
Berita Semasa

Netanyahu berkeras tidak mahu minta maaf daripada Turki

Rabu , 07-09-2011 – Perdana Menteri kerajaan haram Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan sekali lagi dalam mesyuarat kabinetnya pada Ahad lepas bahawa kerajaan haramnya itu tidak akan meminta maaf kepada Turki berhubung kes serangan maut komando lautnya ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010.

Dalam mesyuarat tersebut, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “tidak perlu meminta maaf kerana tentera laut dan IDF nya hanya bertindak mempertahankan diri terhadap serangan ganas oleh aktivis flotilla kemanusiaan terbabit, ataupun kita sedang berusaha menyekat penyeludupan senjata kepada pengganas Hamas.”

Walaubagaimanapun, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “berdukacita atas kehilangan
nyawa yang berlaku dan berharap dapat menemui jalan untuk memperbaiki hubungan dengan
kerajaan Turki.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas: Kemusnahan di Migron cetuskan kekeliruan

Rabu , 07-09-2011 – Pemusnahan tiga buah rumah di penempatan Yahudi Migron, utara Baitulmuqaddis telah dicipta untuk mengelirukan dunia, kata ahli parlimen Palestin dari parti Hamas dalam satu kenyataan bersama.

Tentera Zionis Israel telah merobohkan tiga buah rumah di penempatan yang dibina atas kampung Mukhamas Palestin, timur bandar Ramallah di bawah perintah Mahkamah Agung Israel. Peneroka bertindakbalas atas perobohan itu dengan membakar sebuah masjid di kampung Qusra, selatan Nablus.

Ahli Parlimen Hamas di Ramallah yang memandang rendah pemindahan penempatan berkata Mahkamah Agung Israel mengarahkan perobohan seluruh bandar hanya buat sementara sahaja dan selepas itu beberapa buah bangunan akan dibina semula dalam tempoh yang singkat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran Masjid Merupakan Perlanggaran Hukum Suci

Rabu , 07-09-2011 – Hamas mengutuk kejadian pembakaran Masjid Al-Nourein di Kampung Qasra dekat Nablus di utara Tebing Barat, dan menyifatkan perbuatan itu jenayah perkauman dan melanggar undang-undang suci.

“Kami di Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Masjid Al-Nourein dan menyifatkan ia sebagai perlanggaran hukum suci dan kebiasaan serta lanjutan jenayah perkauman oleh pihak Zionis dan pendatang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Biro Media Hamas.

Hamas juga menyeru perpaduan menentang penjajahan Israel serta menyeru Liga Arab, OIC dan kumpulan hak kemanusiaan agar bekerjasama menghentikan jenayah perkauman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

30 penduduk Palestin terkorban, kira-kira 400 yang lain ditahan dalam operasi Israel Ogos lalu

Rabu , 07-09-2011 – Yayasan Perpaduan Antarabangsa Hak Asasi Manusia telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa 30 rakyat Palestin terkorban dan hampir 400 orang ditahan bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Palestin.

“Hampir tiada hari yang berlalu tanpa memerhatikan operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan tanpa henti oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin,” menurut laporan tersebut.

Tiga daripada rakyat yang dibunuh adalah dari Tebing Barat, dua daripada mereka berumur awal dua-puluhan, seramai 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang mensasarkan Semenanjung Gaza bulan lalu. Lima daripada mereka adalah di bawah umur 18 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan 3 rakyat Palestin termasuk wanita muda

Rabu , 07-09-2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) menahan tiga rakyat Palestin Ahad lalu, dua pemuda di Al-Khalil dan seorang wanita muda di Ramallah.

Polis Palestin berkata tentera IOF menangkap Raufa Hamed berusia 24 tahun dari Silwan, Ramallah ketika melintas di persimpangan kampung Sharqiya Mazra’a.

Sebuah kereta peronda IOF menahan dua remaja Palestin di Al-Khalil juga pada awal pagi Ahad lalu, menurut sumber-sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tembok didirikan untuk keselamatan kedutaan Israel di Kaherah

Rabu , 07-09-2011 – Sebuah tembok didirikan di Jambatan Universiti kaherah untuk melindungi kedutaan Israel daripada protes besar-besaran yang menuntut pengusiran kedutaan tersebut.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan, memberitahu bahawa tembok 3 kaki tinggi dan 70 meter lebar itu dibina atas arahan Jawatankuasa Tertinggi Badan Bersenjata.

Jawatankuasa itu juga memastikan keselamatan kedutaan dengan meletakkan kawat berduri di sekeliling premis sewaktu keadaan tenang selepas tercetusnya demonstrasi-demonstrasi di kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ucapan ‘Idul Fitri oleh staf Palestinkini

“taqabbalallahu minna wa minkum semoga kita terus istiqamah membebaskan al-Quds” Arif Ateed

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan berlalu menatijahkan ketaqwaan kepada kita semua. Salam kita adalah salam pejuangan. Takbir kita adalah takbir kemenangan.” – Osman

“Semoga Ramadhan yang baru berlalu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah dan semoga Aidilfitri yang menjelma, disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.”

Lisan terkadang tak terjaga,
Janji terkadang terabaikan,
Hati terkadang berprasangkan,
Sikap terkadang menyakitkan,
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita,
Syawal bakal menjelang,
Mohon maaf zahir dan batin..

Selamat Hari Raya semua…

– Nurul Husna

“Moga University of Ramadhan menjadikan kita lebih bersemangat dan konsisten dalam memperjuangkan dan membebaskan bumi wakaf umat Islam , Palestin daripada penjajah rejim Zionis. Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri kepada semua pengunjung Palestinkini.” – Rizal Gunx

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Jumaat, 26/08/2011 – Dua rakyat Palestin telah tercedera apabila pesawat pejuang Israel mensasarkan motosikal yang mereka tunggangi di tengah Gaza, menurut sumber dari bahagian perubatan.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa salah seorang dari mereka mengalami kecederaan sederhana manakala yang lain mengalami luka-luka kecil.

Serangan udara lebh awal membunuh seorang komander sayap bersenjata Jihad Islam dan mencederakan dua daripada rakan-rakannya pada awal subuh pagi Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Diminta Bebaskan 5 Wartawan Palestin

Jumaat, 26/08/2011 – Institut Komunikasi dan Pembangunan Palestin mengecam lanjutan penahanan 5 wartawan Palestin oleh otoriti Israel, juga serangan dan penghancuran terhadap badan-badan sivil termasuk media massa dan akhbar serta tindakan represif terhadap kebebasan.

Pihak Institut meminta, terutama PBB, Persatuan Media Antarabangsa dan tempatan, Liga Arab dan pihak antarabangsa agar mengecam pelanggaran Zionis terhadap kebebasan media dan wartawan Palestin. Pihaknya menyeru melakukan tekanan terhadap otoriti penjajah agar membebaskan para wartawan yang ditahan dan menghentikan pelanggaran yang berterusan terhadap wartawan Palestin.

Mahkamah militan Israel telah memperpanjang penahanan Ketua Biro Televisyen Aljazeera di Afganistan Samir Alawi (46) sewaktu mengunjungi keluarganya di Sebastia di pinggiran kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Pasukan Israel juga menahan wartawan Usaid Amarina (26) yang bekerja di televisyen al Aqsha, setelah menyerbu dan menyerang rumahnya di kem pelarian Dahisha di timur kota Bethlehem, wilayah selatan Tebing Barat. Beberapa orang wartawan lain yang ditahan adalah wartawan Amir Abu Arafa, dari bahagian berita tempatan “Syihab”, Muhammad Basyuarat (25) dari kota Tubas serta Nawaf Amir koordinator program televisyen al Quds di Tebing Barat pada Jun lalu.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

IOF diarah berjaga-jaga di sekitar Semenanjung Gaza

Jumaat, 26/08/2011 – Arahan yang diperolehi tentera Zionis Israel pada Rabu lalu meminta supaya berjaga-jaga di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dan sekitarnya selepas pesawat perang Israel membunuh seorang komander Briged Quds, sayap bersenjata pergerakan Jihad Islam, awal hari ini.

IOF mensasarkan dua pejuang Palestin di tengah-tengah Gaza pada waktu subuh Rabu tetapi mereka terselamat daripada serangan namun mendapat kecederaan. Sumber media Israel berkata ketua keselamatan Israel mengarahkan pembatalan beberapa aktiviti di Beer Syeba dan Asdod dan pantai selatan ditutup kerana menjangkakan berlaku serangan balas. Arahan IOF meminta semua penduduk kawasan berhampiran sempadan Gaza untuk berada di tempat perlindungan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza lancarkan kempen kutipan derma untuk Somalia

Jumaat, 26/08/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah melancarkan kempen kutipan derma bagi mengumpul wang untuk menyumbang bahan-bahan bantuan kepada Somalia yang dilanda kemarau.

Kementerian Waqaf telah melancarkan kempen dua minggu pada 12/8 dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 132000 dollar. Kempen itu menyeru sumbangan derma bagi membantu rakyat Somalia yang menderita kebuluran serta untuk mengingatkan bahawa ratusan kanak-kanak dan orang dewasa meninggal akibat kekurangan makanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Zionis: Perubahan di Libya Tidak Menguntungkan Israel

Jumaat, 26/08/2011 – Menteri Urusan Dalam Negeri Israel, Matan Vilnai, melahirkan rasa kurang selesa terhadap perkembangan yang berlaku di Libya. Beliau menyatakan perubahan yang berlaku tidak menguntungkan Zionis Israel. Vilnai turut menyatakan kemungkinan dalam jangka masa panjang, baru terdapat perkembangan positif kepada Zionis Israel.

Selain itu, Vilnai menyangkal dakwaan kekuatan tentera Zionis merosot di selatan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pasukan tentera Rejim Zionis menangkap dan memukul seorang ahli perniagaan Palestin

Khamis, 25/08/2011 – Tentera penjajahan Israel (IOF) memukul ahli perniagaan Palestin dan merampas kereta Mecedes miliknya di timur Tobas. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada hari Selasa menurut saksi yang memberitahu wartawan.

Mereka berkata, askar itu menahan Samih Al-Aw untuk sementara sebelum melepaskannya. Laporan itu turut menambah bahawa Aw terlibat dalam perniagaan besi. Dalam kejadian lain, tentera IOF telah menangkap ahi perniagaan Palestin dari Tobas di utara Lembah Jordan pada Isnin petang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis bunuh pimpinan tertinggi Brigade Al-Quds di Rafah, dan Al-Jhad berjanji akan membalasnya

Khamis, 25/08/2011 – Pemimpin Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan bagi Gerakan Jihad Al-Islami syahid sementara dua lagi cedera apabila mereka diserang hendap oleh jet perang milik Zionis di Rafah, dari selatan Gaza selepas perjanjian gencatan senjata dilanggar oleh rejim itu.

Sumber pasukan perubatan dan tempatan memberi kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin bahawa beberapa jet perang milik Zionis membedil sebuah kereta awam berjenama Hyundai dekat Tal Sultan dari barat Rafah, yang menyebabkan syahidnya pejuang Brigade Al-Quds, Ismael Al-Asmer (34 tahun) dan mencederakan dua yang lainnya yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Abu Yousef An-Najjar, Rafah. Gerakan Jihad berjanji akan memberi serangan balik terhadap pembunuhan Al-Asmer ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Knesset Israel Bahas Perluasan Pelindungan Penempatan di Sempadan Gaza

Khamis, 25/08/2011 – Jawatankuasa Belanjawan di Knesset Israel, Selasa (23/8) melakukan sidang tergempar membahas pembiayaan projek perluasan pelindung beberapa kota dan penempatan yang bersempadan dengan Gaza di wilayah Selatan Palestin 1948, untuk menghindari roket pejuang Palestin.

Perbahasan dijadualkan terfokus pada persoalan perlindungan badan pendidikan dan kesihatan sebagai keutamaan terhadap serangan roket-roket pejuang Palestin, yang mengalami gelombang peningkatan serangan dari Gaza dengan target Israel yang jaraknya sekitar 50 km dari Gaza.

Sementara itu Ketua Jawatankuasa Belanjawan, Moseh Gavni, menyeru agar disegerakan membuat keputusan menyediakan jawatankuasa bertindak dalaman untuk melindungi sekolah-sekolah dan hospital. Ketua Knesset, Roven Reflin mengkritik pemerintah Israel yang mengabaikan keperluan penduduk di wilayah Selatan yang jumlahnya mencapai satu juta orang. Pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kepada mereka kecuali di waktu berlaku bencana.

sumber : COMES
penterjemah : osman