Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel perluas penempatan Yahudi di Salfit

Rabu, 24/11/2010 – Segolongan Zionis-Yahudi mula memperluaskan penempatan Yahudi di Salfit. Saksi melaporkan jentera-jentera berat menghancur dan meratakan tanaman zaitun milik rakyat Palestin. Keluasan tanah lebih dari 100 hektar milik rakyat Palestin menjadi mangsa kezaliman Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Mula Bina Pagar Sepanjang Sempadan Mesir

Rabu, 24/11/2010 – Kerajaan Israel akan memulakan pada hari Isnin untuk menaikkan pagar berteknologi tinggi berharga NIS 1.35 bilion bertujuan mencegah pendatang tanpa izin daripada masuk ke negara haram itu, kata Radio Israel.

Keselamatan Israel akan memasang sensor elektronik di sepanjang sempadan untuk memantau kawasan tersebut. Menteri Perang Israel Ehud Barak berkata projek tersebut merupakan keutamaan nasional sambil mengarahkan para pegawai senior dalam perkhidmatannya untuk memantau pagar itu dibina secepat mungkin.

Pegawai tetinggi perkhidmatan perang rasmi Israel Udi Shani berkata projek ini dilancarkan hanya beberapa bulan selepas diluluskan oleh kerajaan hasil perancangan dan proses tawaran yang dipercepatkan.

Sekitar 400 pendatang haram mingguan, sebahagian besar dari Afrika untuk mencari pekerjaan, berusaha untuk menyelinap ke Israel walaupun di sempadan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar sekolah pelajar perempuan ketika membesarkan penempatan haram Rahalim

Rabu, 24/11/2010 – Ketika pendatang haram Yahudi menghabiskan masa pada hujung minggu dengan menggali beratus-ratus dunum (1 dunum=0.247 ekar) tanah di selatan Nablus yang terletak di dalam wilayah Sawiya semata-mata untuk membesarkan lagi penempatan haram Rahalim, penggubal undang-undang Nablus, Yasser Mansur memberi amaran bahawa pembesaran penempatan haram Yahudi sedang giat dilakukan di Tebing Barat.

Dalam Bandar Nablus sahaja, sebanyak 39 penempatan haram Yahudi telah diperbesarkan bagi menempatkan 20 ribu orang pendatang haram Yahudi.

“Kuasa penjajah menggalakkan jenayah ini dengan perancangan yang telah dilakukan sebelumnya serta memberi perlindungan sepenuhnya kepada pendatang haram Yahudi dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin. Pihak berkuasa Palestin dan Arab terus membisu melihat jenayah yang dilakukan sehingga memudahkan jenayah ini terus bermaharajarela,” kata Mansur kepada pihak media pada Ahad lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rancangan baru Dahlan kuasai Fattah, jatuhkan Abbas

Selasa, 23/11/2010 – Sumber dari pimpinan Palestin yang berhubungan dengan Fattah mendedahkan rancangan baru yang sinonim dengan Fattah yang dikenali sebagai “fail Dahlan” bersempena tuduhan berterusan terhadap beliau (Dahlan). Dahlan dipercayai menjalankan rancangan untuk merampas penuh kuasa Fattah dan cuba untuk menjatuhkan presidennya, Mahmoud Abbas.

Dua minggu lepas, Pusat Informasi Palestin telah menyiarkan lampiran yang dikirim oleh ahli Biro Pusat Gerakan Fattah, Muhd Dahlan, kepada pentadbiran Amerika iaitu sebuah dokumen sekuriti yang mengandungi pelan menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza dan rancangan untuk mengawal Tebing Barat. Sumber yang baru kami terima kemudian mendedahkan bahawa terdapat kaitan di antara dokumen sekuriti tersebut dengan apa yang tampak sedang dilalui Fattah selepas kemunculan Dahlan dan anggota lain Biro Pusat seperti Nasir El-Qudwah di dalam Badan Siasatan yang ditubuhkan oleh pimpinan PA yang diketuai oleh menteri Fattah, Abu Maher Ghaneem.

Sumber itu menjelaskan lagi kepada Pusat Informasi Palestin bahawa Badan Siasatan bersama Dahlan dan beberapa pemimpin Fattah lain telah memberi kritikan pedas terhadap pentadbiran Mahmoud Abbas yang telah disiarkan dalam akhbar Amerika, “Wall Street Journal”. Kritikan ini kemudiannya didapati datang dari kenyataan Dahlan sendiri sewaktu beliau dipanggil untuk menghadap Badan Siasatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rusia bebaskan agen Mossad, dibawa ke Comlumbia

Selasa, 23/11/2010 – Russia telah membebaskan seorang penyeludup dadah warganegara Columbia. Yair Klien didakwa bekerja untuk Mossad-Israel. Pembebasan itu dilakukan berikutan arahan INTERPOL dan akan diekstradisi ke Columbia. Kerajaan Columbia menyatakan kecewa di atas pembebasan itu berikutan Yair Klien terlibat dengan jenayah dadah dan melindungi kumpulan-kumpulan yang menjalankan kegiatan haram itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Masri mengecam kenyataan Hammad yang anti pejuang

Selasa, 23/11/2010 – Ahli Parlimen Hamas, Mushir Al-Masri mengecam Nimir Hammad, penasihat politik untuk Presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas, kerana menganiayai pejuang Palestin.

Dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC Ahad lalu, Masri berkata pihak berkuasa Fatah di Ramallah masih berkeras menyediakan “musuh Zionis” dengan lebih perlindungan dan justifikasi bagi membenarkan serangan terhadap rakyat Palestin.

Hammad berkata kepada sebuah akhbar harian Mesir, yang diterbitkan pada hari Ahad lalu bahawa pejuang di Palestin telah melakukan kesalahan pada masa lalu, dan kini memperjuangkan perjanjian damai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ashqar: Pertemuan Hamas-Fatah di Damsyik akhir November ini

Selasa, 23/11/2010 – Pemimpin Hamas, Ismail Al-Ashqar telah mengumumkan bahawa gerakannya akan bertemu dengan puak Fatah dalam perbincangan rekonsiliasi di ibukota Syria, Damsyik pada akhir November ini.

Beliau mengatakan kepada laman Al-Resala pada Ahad lalu bahawa Hamas tidak menutup pintu sebelum dialog, tetapi dibiarkan terbuka untuk mencapai dasar samarata dengan semua puak.

Beliau mengatakan bahawa persefahaman dapat dicapai berdasarkan kepada perjanjian yang disahkan dalam mesyuarat pada 24 September lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel menyetujui budget 30M USD ke Judaize Buraq Square

Selasa, 23/11/2010 – Kerajaan Israel menyetujui sejumlahNIS 85 juta ($ 30M) diperuntukkan untuk Judaize Square Buraq, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Tembok Ratapan, di sekitar Masjidil Aqsa.

Israel e-paper Ynet mengatakan,budget untuk projek akan diletakkan sebelum kementerian yang berkenaan melepasi empat tahun berikutnya dalam rancangan untuk membangunkan dan memperluaskan Square Buraq dan meningkatkan jumlah pengunjung Yahudi.

Menurut dokumen yang didedahkan oleh peguam Palestin Nasser Qais rancangan tersebut bertujuan untuk memanfaatkan dana untuk meneruskan penggalian di kawasan tersebut untuk tujuan arkeologi dan terowong untuk menyediakan akses kepada masyarakat Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Petani Palestin Cedera Akibat Letupan Senjata Tentera Zionis

Selasa, 23/11/2010 – Seorang petani Palestin cedera pada hari Ahad ketika senjata tentera Israel meledak di ladangnya timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, sumber perubatan melaporkan.

Adham Abu Salmiya, penyelaras perkhidmatan perubatan di Gaza, mengatakan kepada PIC bahawa petugas ambulans membawa petani 30 tahun ke hospital di Abasan Al-Kabira. Dia menambah bahawa letupan tersebut mencederakan muka petani tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Speaker dan Ahli Parlimen HAMAS Menyelar Pihak Berkuasa Palestin Kerana Menculik Wanita

Selasa, 23/11/2010 – Speaker Majlis Perundangan Palestin, Aziz Dweik dan Penggubal Undang-undang HAMAS menyelar sekeras-keras tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana menculik seorang pendakwah wanita, Timam Abu Assaud, yang lebih dikenali sebagai Umm Amer di rumahnya di Bandar Nablus.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, para penggubal undang-undang HAMAS mengklasifikasikan tindakan ini sebagai tindakan yang mencabuli semua norma, nilai murni dan moral. Mereka turut menggesa pembebasan segera Umm Amer.

Mereka menyatakan bahawa Umm Amer ialah satu tokoh Islam yang terkenal di Palestin di samping seorang janda yang memberi sokongan kepada anak-anaknya selepas ayah mereka maut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hezbollah: Pengunduran Israel dari selatan Lebanon adalah tipu muslihat

Selasa, 23/11/2010 – Presiden Blok Parlimen Hezbollah, Mohammed Raad berkata pada Ahad bahawa Israel bekerjasama dengan PBB apabila mengumumkan tentera-tenteranya akan berundur dari selatan Lebanon, Kampung Ghajar untuk menampakkan seperti telah mematuhi resolusi PBB 1701.

Dalam satu upacara peringatan, Raad berkata, “Konspirasi Zionis dan PBB merupakan satu muslihat seolah-olah Israel benar-benar mengundurkan tentera-tenteranya dari jajahan Lebanon.”

“Pengunduran itu tidak menyeluruh kerana kuasa pemerintahan tidak dikembalikan kepada tanah kami,” Raad menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pemikir Islam: Hamas menentang pendudukan haram sesuai dengan agenda Arab-Islam

Isnin, 22/11/2010 – Pemikir Islam Dr Muhammad Saleem Al-Awa mencela dakwaan bahawa gerakan penentangan Hamas di Palestin adalah kerana mematuhi agenda Iran. Dia mengesahkan bahawa Hamas “merupakan agenda Arab-Islam di Palestin yang diduduki secara haram”.

Awa berkata dalam ceramahnya di masjid Adawia Rabia di Kaherah berjudul “Penaklukan Islam Mesir”, yang diselenggarakan oleh Masyarakat Mesir untuk Kebudayaan dan Dialog: “Hamas tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melawan pendudukan haram untuk mewujudkan kemandirian dan membebaskan rakyat Palestin, [sekumpulan] mewakili merupakan agenda Arab-Islam, dan bukan hanya rakyat Iran [seorang]. ”

Mengulas tuduhan terbaru dari barat bahawa universiti al-Azhar menyebarkan estremisme, dia berkata: “Itu tidak masuk akal bicara … Berapa banyak pengganas telah Azhar hasilkan dalam sejarah? Apakah Osama bin Laden atau orang seperti dia seorang lulusan Azhar.

Menyentuh tentang serangan baru-baru ini tentang Islam, Awa menambah: “Muslim harus ditetapkan tepat keadaan mereka dan bekerja untuk meningkatkan imej Islam.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Yayasan Aqsa: Runtuhan baru di masjid disebabkan penggalian bawah tanah

Isnin, 22/11/2010 – Yayasan Aqsa untuk Dana dan Warisan melaporkan bahawa 2 hari lepas berlaku runtuhan di kawasan Masjid al-Aqsa sehingga membentuk lubang yang tidak diketahui kedalamannya berhampiran tempat di mana sebatang pokok tumbang kea rah masjid seminggu lepas.

Dalam kenyataan yayasan itu yang dikeluarkan pada Ahad lepas menggesa siasatan dilakukan ke atas beberapa insiden runtuhan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa dan punca banyak retakan yang boleh dilihat di bangunan masjid dan infrastruktur-infrastruktur di sekitarnya.

“Semua bukti menunjukkan wujudnya lubang yang digali oleh rejim Zionis di bawah tanah dan sekitar Masjid al-Aqsa.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rizqa selar kenyataan Fayyad tentang penentangan, melindungi keselamatan Israel

Isnin, 22/11/2010 – Penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin, Yousuf Rizqa dengan tegas mengutuk kenyataan yang dibuat oleh kerajaan yang tidak diiktiraf di Ramallah, Salam Fayyad baru-baru ini tentang penentangan dan keselamatan negara jajahan rejim Zionis.

Dalam kenyataannya pada Ahad lepas, Rizqa menyifatkan kenyataan Fayyad itu sebagai kata putus kepada proses rundingan ke arah penyatuan dalaman gerakan-gerakan Palestin dan mesti dipandang serius serta tegas. Katanya lagi, Fayaad telah menafikan hak-hak Hamas dan gerakan-gerakan perjuangan yang lain terhadap sistem keselamatan di Genting Gaza dan Tebing Barat.

Penasihat politik itu menegaskan bahawa pendirian Hamas tentang langkah-langkah keselamatan tidak termasuk idea tentang kepelbagaian dalam keselamatan seperti apa yang didakwa oleh Fayyad yang cuba menipu para pemerhati. Hamas sentiasa menegaskan tentang kerjasama keselamatan dan keimanan yang diyakinin mampu melindungi keselamatan rakyat Palestin dan bukannya keselamatan negara penjajah rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Memulakan Pembinaan Pagar Sepanjang Sempadan Mesir Dalam Dua Minggu

Isnin, 22/11/2010 – Israel mengumukan bahawa pembinaan pagar di sepanjang sempadan Mesir akan bermula dalam dua minggu, dengan tujuan untuk mengelakkan ‘pencerobohan’ ke dalam Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa pembinaan itu merupakan tanggungjawab negara untuk memelihara ‘keselamatan’ Israel. Netanyahu berkata pada Ahad semasa upacara rasmi memorial memperingati kematian Perdana Menteri Israel ke-37, David Ben Gurion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz