Categories
Berita Semasa

Pendatang merampas kawasan pertanian Palestin di selatan Nablus

Khamis ,14/10/2010 – Pendatang Zionis di selatan kota Nablus mula memusnahkan kawasan pertanian milik warga Palestin untuk mengambil alih penempatan di Eli pada hari Selasa, demikian laporan sumber yang dipercayai.

Sumber tersebut menambah, jentolak digunakan untuk meratakan tanah milik warga Palestin di Kampung Lubban, Assawiya dan Qaryut. Laporan tersebut juga memberi amaran bahawa para pendatang mungkin akan meluaskan penempatan sehingga ke penempatan terdekat yang mana boleh mengakibatkan rampasan ratusan kawasan pertanian Palestin.

Tentera Rejim Israel (IOF) mengambil keputusan untuk mengambil alih kawasan pertanian Palestin di Kampung Yanun dan Kampung Awarta untuk membina lokasi ketenteraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peguam Dari 20 Negara Berbincang Tentang Pertuduhan Untuk Mengheret Israel Berkenaan Pembunuhan di Flotilla

Khamis ,14/10/2010 – Gabungan Flotilla Pembebasan, bermesyuarat di Geneva pada hari Isnin, mengumumkan bahawa ramai peguam dari lebih daripada 20 negara akan berjumpa untuk berbincang tentang memfailkan kes menentang Israel berkenaan serangan Israel terhadap flotilla pembebasan Gaza pada 31 Mei yang mengakibatkan kematian 9 aktivis.

Gabungan itu berkata dalam satu kenyataan yang diberikan selepas mesyuarat: “Konvensyen Geneva, iaitu satu set undang-undang yang telah dipersetujui oleh komuniti antarabangsa untuk mempertahan kehormatan dan nyawa manusia, secara terus menerus dilanggar oleh Israel kerana Israel mampu melepaskan diri daripada hukuman dan kecaman antarabangsa.

Gabungan itu juga berkata akan menuju ke The Heague (Mahkamah Antarabangsa) pada 14 Oktober dan akan memfailkan aduan kepada Pendakwa Raya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  redz

Categories
Berita Semasa

Sumber: Mesir Beri Kelulusan Bersyarat bagi Kemasukan Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza

Khamis ,14/10/2010  – Sumber-sumber dipercayai di pelabuhan Syria Latakia meberitahu PIC bahawa Mesir telah memanjangkan syarat persetujuan untuk kemasukan Konvoi Talian Hayat 5 buat ke Jalur Gaza melalui wilayah Mesir.

Sumber mengatakan bahawa syarat tersebut adalah yang berkaitan dengan jenis ubat, lori besar, dan tempahan lebih, dan jumlah orang yang menyertai konvoi, terutama mereka yang menyertai Konvoi Talian Hayat 3. Mereka mengatakan bahawa rundingan antarabangsa dilakukan selama beberapa hari oleh Turki dan Malaysia untuk memudahkan kemasukan konvoi bantuan tersebut.

Jurucakap konvoi Zaher Al-Beirawi mengatakan bahawa dia tidak tahu pengantaraan tersebut. Beliau berkata, bagaimanapun, bahawa Syria masih berunding terus dengan Mesir untuk mencapai perjanjian tentang masalah ini.  Wartawan PIC di Kaherah mengatakan bahawa enam aktivis Indonesia, ahli konvoi tersebut, telah tiba di El-Arish.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Syarat baru Mesir halang LifeLine 5 masuki Gaza

Khamis ,14/10/2010 – Jurucakap LifeLine 5, Zehar Al-Beirawi memberitahu bahawa Kerajaan Mesir yang pada awalnya menjanjikan kebenaran laluan untuk konvoi memasuki Gaza sebagai salah satu usaha menghapuskan krisis kepada titik sifar. Ini merujuk kepada syarat baru dari Kerajaan Mesir yang tidak membenarkan beberapa nama dan kereta untuk memasuki Jalur Gaza.

Beirawai menambah lagi dalam laporannya kepada pihak wartawan yang turut serta dalam konvoi ini pada petang Isnin (12 Oktober) : “Konvoi sudah bersedia dari awal untuk menerima andainya Pengerus Konvoi, George Galloway tidak mendapat kebenaran positif untuk beliau masuk ke sempadan Mesir, tetapi syarat terbaru ini benar-benar mengejutkan saya.”

Pengerusi konvoi menolak kenyataan bahawa konvoi mendapat kebenaran bersyarat dari Kerajaan Mesir untuk sampai ke Jalur Gaza melalui Pelabuhan El-Arisy Mesir, hanya dengan alasan adanya persetujuan tidak rasmi dengan kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mesir Benarkan Konvoi Lifeline 5 Masuk Gaza Dengan Syarat

Khamis ,14/10/2010 – Sumber berita di kota Latakia Syria menyebutkan bahawa pihak berkuasa Mesir menyetujui konvoi kemanusiaan “Lifline 5” masuk ke Gaza dengan bersyarat.

Syarat tersebut berkaitan dengan sebahagian jenis ubat-ubatan yang dibenarkan masuk dan kontainer besar yang diminta oleh pimpinan konvoi di samping saringan pihak Kaherah terhadap sejumlah anggota konvoi “lifeline 5”. Sumber-sumber berita tersebut menambah bahawa beberapa hari yang lalu beberapa pihak antarabangsa mengusahakan kesepakatan antara pimpinan konvoi dan pihak autoriti Mesir untuk memudahkan konvoi kemanusiaan, di antaranya adalah mediator Turki dan Malaysia.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan latihan keselamatan di J’lem simulasi operasi pengeboman manusia

Khamis ,14/10/2010 – Pasukan keselamatan Israel telah melancarkan pelbagai latihan keselamatan di Baitulmuqaddis yang mensimulasikan operasi pengeboman manusia terhadap sasaran Israel di bandar tersebut.

Polis Israel berkata kepada media, latihan bermula pada Selasa pagi dan berakhir pada malam hari di sekitar Baitulmuqaddis dan sepanjang jalan menuju ke sana. Program ini direka untuk mensimulasikan terjadinya pengeboman manusia terhadap sasaran Israel. Sumber-sumber keselamatan memberi amaran kemungkinan berlaku pengeboman dari Palestin ketika perbincangan damai berlangsung antara PA dan kerajaan Israel bermula. P’ringatan keselamatan telah diterima mengenai perkara itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bahar: Perubahan Dalam Undang-undang Kewarganegaraan Israel Merupakan Satu Jenayah

Rabu ,13/10/2010 – Timbalan Pertama Ketua Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmed Bahar mengatakan keputusan kerajaan Israel untuk menyetujui perubahan atas undang-undang kewarganegaraan adalah satu “jenayah undang-undang dan kemanusiaan”.

Israel baru-baru ini memilih undang-undang baru memaksa orang Palestin untuk mengumumkan kesetiaan kepada negara Israel sebagai negara Yahudi dan demokratik sebagai syarat untuk kewarganegaraan. Undang-undang bertujuan untuk memalsukan sejarah Palestin dan hak-hak mereka ke atas tanah, dan menambah bahawa Israel memaksa persepsi serongnya terhadap sejarah dengan paksa.

“Undang-undang baru ini bertujuan untuk menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa bererti Israel adalah orang-orang asli tanah dan Palestin adalah orang asli di negeri ini,” tambah Bahar. “Ini adalah hasil dari 20 tahun rundingan bencana, membunuh, pemusnahan, kegiatan penempatan, penyahudian Jerusalem, curi tanah, dan pemalsuan sejarah,” lanjut pejabat PLC.

Bahar meminta PBB dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk berdiri menentanng undang-undang Israel yang baru, juga menarik bagi negara-negara Arab untuk menarik diri inisiatif Arab dan menyokong rakyat Palestin secara politik, material, dan moral.

Dia meminta Abbas untuk segera keluar dari perbincangan damai yang sia-sia dengan Israel dan tidak memberikan ruang untuk melindungi undang-undang rasis seperti ini.  Di sisi lain, semasa upacara menghormati pekerja cemerlang dan pesara diadakan oleh biro pekerja sivil di Gaza pada Isnin, Dr Ahmed Bahar mengatakan, Sidang Kemuncak Arab yang diadakan baru-baru ini di Libya tidak memberikan apa-apa untuk Palestin, menekankan bahawa hasil pertemuan puncak itu mengecewakan harapan rakyat Palestin dan aspirasi mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perjanjian Shalit dihentikan, perunding menarik diri

Rabu ,13/10/2010 – Pemimpin Hamas, Dr Osama Al Muzaini berkata, Jerman tidak lagi menjadi perantara dalam rundingan di antara pejuang Palestin dan Israel setelah PM Israel Benjamin Netanyahu melanggar perjanjian sebelum ini.

“Setelah Netanyahu menarik diri, Jerman juga melakukan perkara yang sama, namun tiada perantara alternatif disediakan,” Muzaini berkata.  Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy juga mula menimbangkan semula rancangannya untuk menjadi perantara isu tersebut.

Pemimpin Hamas berkata, gerakan Hamas tidak akan sekali-kali menyampaikan sebarang mesej baik daripada pihak keluarga tentera yang ditangkap oleh pejuang penentang Gilad Shalit mahupun sebaliknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Talian Hayat 5 bersedia untuk belayar ke Gaza, tunggu lampu hijau Mesir

Rabu ,13/10/2010 –Konvoi Talian Hayat 5 yang diketuai oleh bekas anggota parlimen UK, George Galloway sedang bersiap-sedia untuk keluar dari Pelabuhan Latakia, Syria menuju ke Pelabuhan Al-Arish di Mesir.

Penyelia konvoi tersebut menjangkakan lewat petang ini pihak berkuasa Mesir akan memutuskan samada mereka akan membenarkan konvoi tersebut berlabuh di Pelabuhan Al-Arish sebelum kemudiannya membelah perairan Genting Gaza demi menghantar bantuan kemanusian.

Sebelum ini Mesir telah pun mengharamkan konvoi tersebut disebabkan isu penghantaran pulang yang dikenakan ke atas George Galloway tidak lama dahulu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menekan kerajaan Mesir agar membenarkan konvoi kapal itu berlabuh sebentar di negaranya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis luluskan usul berkenaan pengunduran dari Jerusalem dan Golan

Rabu ,13/10/2010 – Jemaah menteri rejim Zionis yang diberi kuasa undang-undang telah meluluskan satu draf undang-undang atas nama kerajaan, membuatkannya tidak boleh dinafikan – penangguhan sebarang usul yang mungkin wujud akan datang berkenaan pengunduran rejim Zionis daripada tanah yang kononnya di bawah kuasa mereka.

Seorang jurucakap di Kementerian Keadilan Israel berkata kepada AFP pada Isnin lepas bahawa undang-undang itu turut menyatakan bahawa tiada usul seumpamanya diperlukan sekiranya 2/3 majoriti parlimen (80/120 ahli parlimen) menyokong sebarang perjanjian pengunduran dari Bukit Golan atau juga dikenali sebagai Timur Jerusalem.

Draf undang-undang itu akhirnya diluluskan, secara praktikalnya bermakna adalah mustahil untuk memastikan sebarang kuasa ke atas pengunduran seperti itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Haneya seru media bersatu hadapi media Zionis

Rabu ,13/10/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan pentingnya mengambil langkah-langkah serius bagi membangunkan strategi media yang ampuh antara negara-negara Arab-Islam dalam menghadapi media Zionis. Dalam ucapannya, Haneya menyatakan peranan media begitu besar dan berpengaruh apatah lagi kekuatan media disatukan. Di samping itu era teknologi kini perlu dikuasai dalam menentang segala kezaliman Zionis-Israel.

Haneya turut memberi contoh stesen tv yang memainkan peranan yang signifikan dalam menyampaikan maklumat sebenar terhadap apa yang berlaku. Haneya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada media yang mendokong perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Polis Dubai: Suspek Utama Kes Pembunuhan Mahbouh ditahan di luar UAE

Rabu ,13/10/2010 – Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan mengumumkan bahawa seorang suspek utama dalam pembunuhan Pegawai Hamas, Mahmoud al-Mahbouh di Dubai pada 19 Januari telah ditahan di luar Negara, menurut Akhbar Kebangsaan UAE.

Khalfan memberitahu akhbar tersebut bahawa suspek itu memainkan peranan penting dalam pembunuhan itu, dan menambah bahawa Negara yang menahan suspek ini dua bulan yang lepas memohon agar pihak berkuasa UAE untuk tidak mengeluarkan sebarang maklumat tentang perkara ini.

Akhbar itu percaya bahawa Negara yang menahan suspek itu semestinya bukan Negara Eropah. Ketua Polis Dubai sebelum ini memberitahu bahawa dia telah menerima ancaman bunuh daripada Mossad untuk menghalangnya daripada meneruskan siasatan tentang jenayah pembunuhan pegawai HAMAS itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redzwan

Categories
Berita Semasa

Begitulah serang hendap terhadap syuhada’ Al-Karimi dan An-Natsheh

Rabu ,13/10/2010 – “Jam menghampiri pukul 7.30 petang hari Khamis itu (7 Oktober), dan di sana ada beberapa pesawat di udara, dan sebahagiannya turun mendekati beberapa kawasan di sekeliling tempat tinggal kami di Bukit Jauhar”, ujar seorang saksi jenayah Zionis kepada Pusat Informasi Palestin.

Saksi tersebut menambah, “saya menutup semua lampu untuk melihat dengan lebih jelas, kerana saya merasai kehadiran pasukan yang asing, kemudian anak lelaki saya memberitahu bahawa terdapat sebuah kereta jenis 608 diletakkan berdekatan rumah Abu Asnenah yang bertentangan dengan rumah kami, dan ini adalah luar biasa kerana kereta ini adalah jenis kereta bertujuan komersil yang sering digunakan untuk membeli sayur-sayuran di kawasan yang jauh daripada jalan utama. Maka saya sedar bahawa tentu ada sesuatu yang sedang berlaku.”

Sambung saksi itu lagi, “pada lebih kurang pukul 8.30 malam, bekalan elektrik terputus dan kami terpaksa berada dalam kegelapan, saya terkejut apabila anak lelaki saya memberitahu bahawa rumah jiran kamu sedang disuluhi dari luar, dan dia membawa saya menjenguk ke luar tingkap. Saya nampak kereta sayur-sayuran dihadapan rumah itu terbuka lampunya, dan di sana terdapat beberapa orang pemuda yang memakai pakaian biasa berlegar di sekeliling kereta itu. Saya melihat dengan lebih dekat untuk memastikan bahawa samaada mereka adalah tentera Zionis dan saya dapati bahawa mereka adalah pasukan khas yang dihantar untuk menceroboh rumah Al-Jawar dari keluarga Burqon yang mempunyai ramai syuhada’ dan pejuang yang telah mempertahankan keamanan di An-Natsheh dan membangunkan Al-Karimi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Halangan perpaduan terbesar adalah kerjasama tentera Fatah dengan tentera rejim Zionis.

Rabu ,13/10/2010 – Ahli Parlimen Hamas, Ismail Al-Ashqar mengatakan pasukan keselamatan yang dikuasai Fatah di Ramallah yang membuat penyelarasan keselamatan dengan pasukan keselamatan Israel (tentera Zionis Israel) adalah halangan terbesar dalam mencapai perpaduan nasional.

Ashqar, yang merupakan ketua wakil blok parlimen Hamas dalam siaran akhbar pada Isnin lalu berkata gerakannya serius dalam membuat tawaran perpaduan dan menganggapnya sebagai “pilihan strategik” yang harus sesuai dengan prinsip-prinsip tertentu yang memelihara hak-hak rakyat Palestin dan pendirian mereka.

Perlanjutan hubungan pasukan itu hanya melayani “musuh Zionis” dan kumpulan penyokong yang menafikan hak Palestin, menurut ahli parlimen itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Abbas Akui Kegagalan Perjanjian Dengan Israel

Rabu ,13/10/2010 – Ketua Pihak Autoriti (PA) Palestin, Mahmud Abbas mengakui tidak ada gunanya mereka (PA) melanjutkan pertemuan setelah entiti Zionis Israel membatalkan kesepakatan Oslo dan kesepakatan-kesepakatan lain serta penarikan kekuasaan PA terhadap wilayah Palestin.

Menurut pejabat berita Perancis Isnin (11/10), mengutip dari perunding Palestin Shaib Uraikat dari Amman, Abbas menegaskan ucapannya dalam Sidang Kemuncak di Sirte, Libya, bahawa Israel benar-benar telah membatalkan Perjanjian Oslo dan perjanjian-perjanjian lain yang ditandatangani dengan pihak PLO.”

Uraikat menambah, “Abbas juga menegaskan bahawa di samping Israel membatalkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan kami, Israel juga menarik kekuatan politik, undang-undang, keamanan dan penjawatan dari PA di atas tanah Palestin secara penuh.”

Uraikat menegaskan bahawa Abbas mengusulkan idea “meminta cadangan antarabangsa dari PBB atas wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1967,” sebagai alternatif kegagalan perundingan dengan penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman